Bila disebut orang Melayu, ramai bangsa asing akan berkata..
"Ohh orang Melayu sifatnya lemah lembut, suka senyum, berbudi bahasa, penyabar, baik hati..."
Malah mungkin macam-macam lagi pujian yang kita bisa dengar dari mereka tentang orang Melayu yang nyata nya berbeza dengan budaya mereka lebih-lebih lagi kaum wanita.
Sebagai contoh, saya sememangnya ada ramai kawan yang berasal dari luar negara lebih-lebih lagi saya merupakan pelajar UIA. Jadi, memang mudah berteman dengan mereka yang berbangsa selain Melayu. Ada satu cerita yang kawan saya ceritakan ialah, pengalaman beliau ketika hendak menaiki bas. Dia terkejut, sebabnya, bila naik bas kat Malaysia, orang semua automatik beratur, diam, tunggu giliran nak naik. Kiranya semua rileks sahaja - lelaki dan perempuan. Katanya, bila di negera mereka sendiri, usah katakan lelaki, malah perempuan juga ada yang 'ter'kasar bahasa. Bila hendak menaiki bas sahaja, mereka kelamkabut, tolak sana tolak sini, menjerit-jerit suruh orang depan cepat.
Saya terkejut. Tapi sambil menulis ayat-ayat di atas tadi, tiba-tiba saya terfikir, mungkinkah hal ini disebabkan oleh orang Melayu yang tidak suka tergopoh-gapah, atau mungkin bisa dikatakan lembab? Maksudnya mereka terlalu sabar dan rileks dan tidak mengejar masa? Dan orang bangsa lain pula terlalu menjaga masa sehingga terkurang baik akhlak nya. Hmm, sebenarnya benda disini kedua-duanya ada baik dan buruknya. Memang kawan-kawan saya yang berbangsa arab mengatakan orang melayu terlalu rileks, apalagi bila sedang berjalan. Slow-motion. Sedangkan orang arab bila berjalan, sangat laju, tergopoh-gapah. Tapi sememangnya budaya mereke sebegitu yang tidak suka membazir masa ketika berjalan. Dan adakah orang melayu ini terlalu manja? I can say yes for that, actually.
Memang benar kita lihat orang melayu ini cakap nya lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa, tapi sebenarnya kita tidak lari dari istilah talam dua muka. Ada yang lain di depan lain di belakang. Tapi bab hati dan keikhlasan itu urusan masing-masing. Kita tidak boleh hendak menghurai apa-apa. Tiada hak.
Dan disebabkan kelembutan hati orang melayu ni, dia bila terkena, pasti akan cakap..
"Biarlah orang nak kata apa... janji kita tahu kita tak buat benda tu"
"Biarlah orang nak kata apa... lama-lama penat lah dia"
"Biarlah orang nak kata apa... kita sabar ja lah"
"Biarlah orang nak kata apa... (dan sebagainya)"
Kenapa eh orang melayu lembut macam ni? Walaupun sakit di hati, kadang depa nie macam takdak hati kalau kita tengok. Pedahal sakit di hati takdak sapa yang tahu!
Adakala.. kita memang sabar dan harus terus sabar. Sabar itu memang tidak ada batasannya. Teruskan bersabar kerna itu janji ALLAH di mana kita akan mendapat balasan yang baik for that.
Tapi ada masa, kita harus bertindak. Ha, di sini yang penting. Bagaimana cara kita untuk menghentikan mereka yang ber'kata' itu. CARA itu. Jangan biar diri kita diamuk rasa marah. Jangan biar diri kita dibelenggu rasa benci dan dendam. Boleh membalas dan bertindak tapi ada caranya. Caranya biarlah dengan masih mengekalkan kesopanan, lemah lembut, dan kesabaran itu. Tunjukkan sifat ehsan, ikhlas dan kebaikan. Memang sukar. Tapi kita pasti bisa coba.
Saya juga seorang yang banyak pendam dan diam atas apa yang menyakiti saya. Kadang-kadang rasa tidak tahu bagaimana mahu nyatakan kesakitan, kerana ingin menangis juga susah! Semua dalam hati. Dalam hati. Melihat mereka melampiaskan kemarahan dengan macam-macam cara..memaki, menjerit, menghentak barang. Dan ohh sungguh saya tak biasa sebegitu. Bila saya layan kemarahan, hati saya rasa sakit, kalau saya coba hentak barang, lagi rasa stress.
Cara saya mengatasi rasa stress, marah, kecewa, terluka.. adalah dengan berdiam. Fikir balik tentang segala hal. Kenapa, mengapa, apa yang cacat cela, punca, akibat - kita tengok balik apa yang datang dan hadir dari dan pada diri kita. Semua benda berlaku ada sebab nya. Semak balik diri. Simple.
Dan saya juga begitu, biarlah orang kata apaa... yang penting aku terus sabar kerana orang yang bersabar dekat dengan ALLAH. Easy. :)