Monday 30 April 2012

The Chosen One ,

Janji Rasulullah SAW bahawa semua akan bersama orang yang ia cintai di hari kiamat nanti.

Dari Anas bin Malik ra, ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Bilakah hari kiamat itu ya Rasulullah?” Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apa yang telah engkau persiapkan untuknya?” Dia menjawab: “Aku tidak mempersiapkan untuknya dengan memperbanyak solat, puasa dan sedekah . Tetapi aku sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya." Maka Rasulullah SAW pun berkata : “Engkau bersama orang yang engkau cintai.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada Baginda Rasulullah SAW dan para Ulama’ Shalihin. Amin Allahumma Amin Ya Allah...

Ya Nabi Salam Alaika..
Ya Rasul Salam Alaika..
Ya Habib Salam 'Alaika..
Solawatullah 'Alaika..

Kami rindukan mu Ya Rasullullah..

Ya Rasulullah syafaatkanlah kami..


Sunday 29 April 2012

Doa Mohon Petunjuk


Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

(Al-Mulk : Ayat 14)

Thursday 26 April 2012

Waiting, no searching!




~♥~ Kepada Hawa. Biarlah Adam yang 
mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga. ~♥~ ^_^

Wednesday 25 April 2012

Saya Anak Malaysia!!

Saya berbangga menjadi anak Malaysia!

Di Malaysia, kita beruntung tau. Sebab kita dididik dengan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. So, dari kecik lagi kita sudah expose dengan these two languages. Tak macam country lain, ada yang langsung tak tahu nak cakap Inggeris dari kecik sampai lah besar or sampai lah merantau ke negara lain. Sebagai contoh, saya ada banyak kawan dari negara luar. Salah satu nya, Algeria. Dari Algeria, ada Mohamed T., Chamsdeen, Mohamed D., Nuur, Asma, Iman. Ok, macam orang2 dari negara Algeria nie, mereka di sana, belajar dua bahasa jugak but Bahasa Arab dan Bahasa Perancis. Tak semua boleh cakap Arab dan juga Perancis. Bila mereka sampai di Malaysia, baru lah belajar bahasa Inggeris. Kesian kan? Tapi ok lah, baaanyak bahasa they can learn :) Macam kita, at least, kita tahu bahasa yang semua orang tahu dan semua orang boleh cakap.. Cuma the thing is, kita belajar bahasa Inggeris dari tadika, tapi sampai masuk Uni pun masih belum fasih. Malu kan? Kawan2 aku pun selalu aje gelakkan aku bila banyak grammar mistakes. They said, "All Malaysia are like that!". Hey!! not all ok!! Aku silap tak semestinya semua orang silap. Kawan aku silap tak semestinya semua orang silap. Sometimes pelik kan, diorang2 nie suka blame orang lain & tengok kesalahan orang lain. Tegur lagi. Tapi diri sendiri diorang kurang perasan. Takpe lah, diorang tegur pun, kira ok lah tu, so that I can improve myself :D

Actually, apa yang I mau cakap hari nie, bukan pasal itu semua. Macam nie, tadi pagi ada adegan yang berlaku semasa aku baru saja keluar dari bilik, turun dari level 4 and terjumpa makcik2 cleaner di bawah. Masa tu ada 3 makcik cleaner di depan ku. Then aku pun tengok la muka diorang & senyum...... Masa baru ja lalu diorang, tiba2 one of the makcik cakap,

"Tengok tu! Orang luar aje senyum, Malaysian takde pun yang senyum!!!"

Dangggg.....!

And I was like....."Makcik, I am Malaysian laa" (dalam hati aje)

The problem here is, aku tak kesah langsung lah about aku nie nampak Malaysian or not. Sebab, bukannya aku di sebut orang luar tu, aku ni orang putih or orang arab. It can be a Bruneian, Singaporean, Indonesian, Philippines, Siamese, or any other country lah dekat dengan Malaysia lah, Asean countries.

The thing is, pasal senyum tuu!!

Hey people! UIAM students!! awat hangpa takmao senyum, mahal sangat?

Bukan sebab view makcik tu je eh~ tapi aku pun kadang2 pelik. Actually banyak sangat orang claimed yang UIA students sombong2, belagak2.

Bila tiba waktu practical, memang banyak lah komen2 macam nie dari boss2 or supervisors.

To be very frank, aku ndak tekejut pun dengan this kind of statement! Yah.....

Sebab, aku sendiri tahu budak UIA tu macamana.. Memang bukan semua sombong dan berlagak.. But still. Just because kau budak UIA, International University, perlu kah kita berlagak?? Perlukah? Senyum pun takmau bagi ka? Apaa daa..

Senyum tu sedekah ok. Bila senyum, hati lagi senang..
Tolong lah jangan kedekut kawan2 :(
Bak kata orang Indon, senyum aja harus pelitt?? Ga usah pelit ahhh!!!

So, bermula hari ini, AYOH SENYUM DONG!!!!! =))






Saturday 21 April 2012

kumbang pilihan

Carilah pasangan hidupmu yang mana jika melihatnya, engkau pasti akan teringat pada ALLAH serta bercita-cita ke arah memperbaiki imanmu kepada ALLAH..
Akan tetapi janganlah mencari pasangan hidupmu yang mana jika melihatnya, engkau pasti melupai ALLAH dan teringat akan nafsu kejahatan..
_____________________________________________________________ 
 
Orang mungkin bisa berkata apa saja tentang aku, namun hanya aku yang lebih mengetahui hati aku berbanding kamu. Orang bisa berkata apa tentang kamu namun hanya kamu yang lebih mengetahui hati kamu berbanding mereka. 
Bila ku bercerita tentang cinta, mereka juga punya kisah cinta. Namun mungkin berbeza. Cita-cita kita tidak sama. Dan cinta kita jugak tidak sama. Malah cerita cinta kita juga berbeza dan tidak sama.
 Aku suka bila bercerita tentang kisah cintaku. Aku suka bila di tanya tentang kisah cintaku. Namun adakalanya aku takut dengan mainan perasaanku. Kerna kamu tidak pernah meluahkan isi hatimu padaku.
Saat mereka bertanya, hanya senyuman yang menjadi jawapan. Kau adalah tanda senyuman itu. Kenapa aku hanya mampu tersenyum? Kerna itu lah lambang rasa yang ada di hati yang menandakan aku bahagia. Jika aku tidak bahagia, apakah mudah bagiku unutuk tersenyum? 
 Kenapa dia? Kenapa engkau? Kenapa sang kumbang itu yang menjadi pilihan ku? Apa kau tahu isi hati ku bila kau coba menanyakan soalan itu? Kau tidak tahu. Apa kau tahu siapa dia yang mencuri hati ku? Kau tidak tahu. Hati ku bisa melihat hati nya, dan hatinya bisa melihat hatiku.
Pandangan mata itu, masih teringat aku akan panahannya. Jantung berdegup laju lantas kau tersenyum. Hati tersenyum dan aku cuma mampu menundukkan wajah. Aku tertunduk malu. Aku kuatir dengan rasa yang mula bercambah. 
Bila wajah mu kemerahan, tersipu malu, aku seakan mampu membaca malah merasa getaran yang ada di jiwa mu. Apakah aku pilihanmu? 
Mereka yang mengenali mu pasti tahu kenapa aku memilihmu. Mata hati ini lebih mengenali mu dan tertawan dengan keperibadianmu. Kerna itu kau kumbang pilihan ku!
Apa bisa aku lupakan dirimu bila mana saat aku melihat mu, aku menjadi rindu pada ALLAH?
Apa bisa aku melupakan mu bila mana saat aku melihatmu, aku jadi cinta pada RASULULLAH?
Apa bisa aku menolak dirimu bila mana saat aku melihatmu, terngiang-ngiang kalimah ALLAH? Selawat ke atas Nabi? Ayat-ayat cinta di Kitab Al-Quran?
 Apa bisa aku menidakkan perasaan ku bila mana aku pernah melihat mu menjadi Imam dan mengalunkan ayat-ayat suci di waktu solat jemaah?
Apa bisa aku menepis mu bila mana kau juga yang mengajar ku, mengalirkan rasa cinta pada yang Satu, menabur benih kerinduan pada Rasul Mulia, di dalam darah-darah ku?    
Kau kekasih ku!
Kau pilihan ku!
Kau semangat ku!
Kau kesayangan ku!
Kau naluri ku!
Bila kah akan kau pulang pada ku?
Bila kah akan kau kembali pada ku?
Bila kah akan kau datang semula padaku?
Kau ku seru.. Bila kelam jadi terang, aku pasti kau datang..
 
 

Friday 20 April 2012

menyakitkan hati

saya tak tahu lah kenapa, saya sakit hati sangat. tension sangat. geram sangat. bengang sangat. bukan pada sesiapa, tetapi pada diri saya sendiri :( rasa nak nangis, rasa nak menjerit, rasa nak tumbuk-tumbuk, rasa nak gigit orang, tapi semua itu sebab diri saya sendiri yang selalu aje careless & lupa & suka nak tangguh-tangguh kerja. :(( huwaaaaa.

first thing yang buat saya tension sangat is, seperti apa yang saya tulis di entry sebelum ini, about my assignments, reports & presentations. benda tu lama dah. tapi buat relax. buat santai. tak buat apa-apa. yah, buku dah pinjam dah pun dari library tapi tak buat apa pun. buku tu elok lagi kat dalam plastik sebab masa pinjam hari tu terus ambik buku sekali banyak. so, memang dari bawak plastik. tapi dari hari pinjam until now, memang buku tu tak keluarkan lagi, tak baca lagi, tak carik point lagi. salah siapa?? SYAZWINNIE!! :(

sedangkan semua kerja dan tugasan tu bukan baru ja kena bagi like on the spot dapat terus kena hantar in two three days. no! before mid break lagi ok. tapi cik syazwinnie nie malas tahap babun, bila balik ampang tak bawak buku sebab aku memang jaga baby ja or on9 even sumtimes tak bawak laptop coz kat rumah ada laptop kakak. bila balik bilik kat uia aku kerja tidur aje. now lagi aku dah ada broadband sebab aboy ndak mau pakai sudah. dia pun terganggu belajar sebab asyik on9. & now aku mengadap jugak bendalah nie. salah siapa?? SYAZWINNIE!! :(

lepas tu, about uia nie. hari ni ada pre-reg for next semester and sem 1 which is bulan 9 nanti. dan aku ada masalah sikit. aku malas la nak cite panjang lebar kat sini. sebab panjang cite nye malas nak explain dan ia menyakitkan hati gue ok?! tapi semua itu salah siapa?? SYAZWINNIE!! :(

Hadui Syazwinnie, apa lah nak jadik kat hang ni oi?

Sedih nie. nak nangis tak boleh. takde rasa pun yang air mata ni akan keluar. sedih la. nak makan, bilik ni aku takde makanan. biskut je lah. makanan la tu kan. serbuk2 air pun ada. tapi heater aku rosak! tenson betul. menyakitkan hati lagi. memang dari hari tu lagi, aku pelik, masa masak air, tiba2 cam ada bau besi panas, cam tu lah. alah, tau kan mcmn bau besi2 tebakar tu? aku dok tengok belek2 heater nie, takdak pa pun. tapi bau ada. pastu rosak lah pulak!!

whatever it is, YOU CAN DO IT SYAZWINNIE! lantak pi la noh. ada masa 3 4 hari lagi walaupun kau sangat busy :) alah, akal ALLAH bagi dah. kudrat ada insyaALLAH. ilham tu mintak pada ALLAH. ALLAH ada. ALLAH kan tolong punyer :) La hawla wala quwwata illa billah =)

Thursday 19 April 2012

Berakhir lah riwayat mu

Bismillahirrahmaanirrahiim :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Subhanallah, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerna aku masih lagi hidup di muka bumi ini. Hidup dengan nama hamba. Mendapat perintah untuk patuh, taat, dan beribadah hanya untuk-NYA. Alhamdulillah kerna aku masih lagi mampu dan mempunyai kudrat kurniaan Ilahi. Alhamdulillah atas kasih dan sayang-MU Ya RABB. Kasih, sayang dan cinta itu tiada ganti nya. Terlalu bernilai sehinggakan jasad ini juga tiada erti tanpa kasih dan sayang mu. Hati dan jiwa ini tiada erti bila tiada cinta yang mekar buat-MU. Syukur Alhamdulillah Tuhan Pencipta Alam yang mencintai setiap hamba-NYA. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bila di ceritakan, diungkapkan, dibahaskan, dibincangkan, diulaskan mengenai kata dan rasa syukur.. ianya seakan tidak bisa habis! Dan memang tidak akan habis!


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman : 16)


Ada yang bisa menjawab persoalan itu? Tiada!! Tiada!! Kehebatan, keagungan, keEsaan ALLAH, mmg tidak boleh dinafikan..
Siapa yang menciptakan alam? ALLAH!
Siapa yang menciptakan manusia? ALLAH!
Siapa yang menciptakan pokok dan haiwan? ALLAH!
Siapa yang menciptakan malaikat dan jin? ALLAH!
Siapa yang menciptakan air dan api? ALLAH!

Itu, ini, sana, sini, situ.. Semua itu dari ALLAH! Datang dari ALLAH!
Subhanallah! Hebat nya DIA!!



_________________________________________________________________


Sudah agak lama Cik Syazwinnie tidak menulis apa-apa di blog ini kan? Kalau ada entry baru pun kebanyakannya cuma copy & paste saja dari Fb or dari mana2 blog lain. But mostly from Fb lah.

And you know what? Berakhir sudah riwayat twitter ku :)
Kenapa? Ok, let me tell you...
Dulu-dulu, masa start buat twitter, aku pening ngan twitter. Aku rasa x best langsung. Semua yang kita tweet keluar kat Home/Timeline, even yang kita komen orang or balas post orang. So rasanya macam agak public di situ. Kurang privacy kan.

But then I realized that Twitter is much more better than Facebook. You want to know why? Sebabnya, macam di Fb, kalau kita tulis status yang hangen sikit kan, orang mesti touching la, terasa la, maki hamun or apa-apa lah, but when we tweet something on Twitter, nobody will respond to it! Which means we can be a freedom writer there. You can write anything you want. Tiada siapa peduli! Tiada siapa terasa hati! Tiada pergaduhan. Disebabkan oleh segala macam benda tweet, retweet keluar di timeline, makanya, orang pun kurang membaca posts kita. So, your business is your business, mine is mine.

But then today, aku mendapat semangat baru untuk mendelete nya!! hoyeahhhh :))
Actually, dari dulu lagi aku pernah terdetik untuk menghapus akaun Twitter ku, tapi aku fikir kawan-kawan dan aku takut what if aku delete and aku still mau pakai lagi akaun tu. Patut kah saya membuat yang baru pulak? Or dengan kata lain, aku menyesal mendelete nya..............

Tetapi hari ini, saya dengan penuh yakin telah men'deactivate'kan akaun Twitter saya.

Kenapa? Sebabnya, disebabkan orang suka menulis macam2, tweet macam2, iya lah, orang lain tak baca pun kan, or baca but with no respond so mereka2 itu lagi lah menjadi superduper freedom writer. Tulis ikut suka sedap hati saja.

And most of the tweets adalah makian. Or kutukan. Or ketidakpuasan hati. Or apa2 lah. And I, jadi rimas!!! Tahu apa rimas? Rimas ialah suatu perasaan yang mengundang ketidaksedapan di hati atau kesesakan di hati. Aku tak cek pun kat kamus or wikipedia or search di internet. Teori sendiri. Whatever =p

And, segala macam hal jugak lah kau nak tulis kat situ. Pasal kau. Lagu kau. Pasal orang. Masalah orang. Kebencian kau. Kecintaan kau. Perlukah kita mention allllll things tentang kita di situ? Keaiban, keburukan, kebaikan? No need sayang. Sometimes boleh la kot. Tapi hal baik tu aku rasa ok. But hal buruk? Hmmm..

Tadi pun ada sebab2 tertentu kenapa aku tiba2 jadi kuat mahu delete itu Twitter. Ntah lah. Ada lah beberepa orang yang tweet about something. And aku tiba2 terasa something or ada perasaan yang nggak enak di hati. Jahat kan? Jadi bagi mengelakkan pembiakan perasaan yang negative di hati, aku pun mengundur diri. Daripada aku memakan diri sendiri. Bagus aku makan roti :)

So that's why la no more Twitter. Fb aje lah. Tumblr pun, jarang suda aku reblog2 skrg. Jarang p tgk tu Tumblr. Fb la juak paling ku rajin...

And this blogspot pun, punyaaa lama baru aku ada semangat mau menulis.. Rinduu! :) Haha, tapi you know what, aku ada baaaanyak sangat assignment mau hantar. This week, kena hantar satu assignment & Alhamdulillah sudah present hari tu. Bahasa Melayu Lanjutan. The bad part is, semasa pembentangan aku tersasul cakap, "so", "alright".. dan markah pun di tolak :(( so sadd! But still I don't know markah ku berapa.

Then, ada satu presentation untuk Mass Comm. Itu assignment sudah hantar, tinggal present aje. Should be this week but kelas dua2 hari cancelled. So postponed!

& I have to finish two more assignments! & two presentations as well! By next week okayy. Weekend ni pulak I busy. Tapi takpe lah :) Aku pasti bisa lakukannya!!! Yeehaaa :))

To kawan2, doakan Syazwinnie okayy :)

Sunday 15 April 2012

KELEBIHAN MEMBACA SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN


KELEBIHAN MEMBACA SURAH SURAH DI DALAM Al QURAN

1) SURAH YASIN
Diriwayatkan dari Anas R.A.
"sesungguhnya setiap sesuatu memiliki hati. Dan hati al-quran di surah yasin. Barang siapa yang membacanya, Allah akan menulis baginya pahala seperti membaca al-quran sepuluh kali."

.
2) SURAH AL-WAQI’AH
Dari Ibnu Umar R.A.
"Bacalah kamu surah al-waqi’ah .Dan ajarkanlah kepada anak-anak mu. Kerana dengan membacanya mereka tidak akan faqir."


3) SURAH AD-DHUKHON
Dari Abu Hurairah R.A.
" Barang siapa yang membaca surat Ad-dhukhon malam hari. Nescaya keesokan harinya, tujuh puluh ribu malaikat memintakan ampunan baginya."


4) SURAH AL-MAA’RIJ
"Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya akan aman dari junub dan mimpi buruk "
Dipetik dari kitab Al-Wasail


5) SURAH AL-MUZAMMIL
"Barang siapa ingin berjumpa dengan nabi Muhammad S.A.W. dalam mimpi. Maka bacalah surat Al-Muzammil empat puluh satu kali "
Dipetik dari kitab Al-Wasail


6) SURAH ALAM NASYROH
Al-Imam Syafi’i Rahimahullah berkata :
" Barang siapa ingin merasa kenyang dan sabar dari rasa lapar, maka bacalah surat Alam Nasyroh tujuh kali.
Dan barang siapa ingin marahnya menjadi reda, maka bacalah surat Alam Nasyroh setiap hari satu kali.
Dan barang siapa ingin merasakan tidur yang sedikit tetapi cukup baginya, maka bacalah surat Alam Nasyroh tiga atau tujuh kali ketika hendak tidur.
Dan barang siapa ingin kesulitannya dipermudahkan oleh Allah, maka bacalah surat alam nasyroh tiga kali setiap selesai sholat lima waktu."


7) SURAH AL-QODR

" Barang siapa membacanya diwaktu setelah solat isyak sebanyak tujuh kali, nescaya Allah akan melindunginya dari segala bala yang diturunkan pada malam itu, sampai pagi hari.
Dan barang siapa membacanya satu kali setiap selesai solat lima waktu, nescaya Allah akan menghapuskan kesedihan, serta membawa keberkatan bagi rumahnya.
Dan barang siapa membacanya tujuh kali ketika diatas kapal laut, tidak akan tenggelam dengan izin Allah.
Dan barang siapa yang membacanya setelah solat jumaat, insya Allah akan diringankan hutangnya."
Dpetik dari kitab Ghoyatul Murtah.


8) SURAH LAM YAQUNIL

Rasulullah S.A.W. bersabda
" Kalau seandainya manusia tahu apa yang ada didalam kandungan surat lam-yaqunil, maka mereka akan meninggalkan keluarga dan hartanya untuk belajar surat lam-yaqunil, tidaklah seorang hamba membacanya melainkan Allah mengirimkan kepadanya malaikat untuk menjaga dirinya, agama dan hartanya.
Dan jika ditulis didalam sebuah wadah untuk orang yang sulit baginya mencari jodoh, kemudian dihilangkan dengan air dan di siramkan ke seluruh badan. insya Allah akan dipermudahkan jodohnya. Dengan syarat salah satu dari hurufnya tidak terhapus atau hilang."


KEISTIMEWAAN BEBERAPA SURAH AL-QUR’AN

1) Barang siapa membaca surah " Idza dzul ", maka seakan-akan membaca separuh Al-Qur’an.

2) Dan barang siapa membaca surat " Qulya ", maka sama dengan membaca seperempat Al-Qur’an.

3) Barang siapa membaca surah " Al-’adiyat ", waktu dalam keadaan kesulitan ekonomi, insya Allah akan dilapangkan rezekinya dari jalan yang tidak terduga.

4) Barang siapa yang membaca surat " Al-Qori’ah ", kelak akan diberatkan timbangan kebaikannya.

5) Diriwayatkan dari Umar R.A. berkata, Rasulullah bersabda
" Barang siapa membaca dalam satu malam seribu ayat. kelak ia akan berjumpa dengan Allah … dan Dia (Allah) senyum gembira kepadanya. Sayidinah Umar berkata, " wahai Rosulullah siapa yang kuat membacanya seribu ayat ?"
Maka Rosulullah S.A.W. membaca surat " Al-Haqumut takastur ", kemudian beliau berkata,
" Sungguh demi jiwaku yang ada digenggamannya, sesungguhnya surah "Al-Haqumut takastur" sama dengan membaca seribu ayat."

6) Barang siapa membaca surat " Quraisy " akan dihilangkan beban fikirannya, kesedihan, waswas dan dilindungi dari segala kejahatan. Dan kalau dibaca pada suatu makanan, maka akan dihilangkan oleh Allah bahaya dari makanan itu.

7) Surat Al-Fiil, membacanya seratus kali akan terlihat suatu yang menghairankan bagi musuh dan orang yang iri hati. Surah ini baik dibaca bagi orang yang memusuhinya atau hasud.

8) Surat "Qulya" dengan "Al-Ikhlas" disunahkan dibaca di dalam dua rakaat solat istikharah, tahiyatul masjid, solat musafir, qabliyah subuh, solat witir, sesudah tawaf, solat maghrib pada malam jumaat, dan solat ba’diyah maghrib. Barang siapa membacanya didalam hajat sepuluh kali, insya Allah akan dikabulkan. Dan begitu pula dengan surat "An-Nasr" membacanya sama dengan membaca seperempat Qur’an.

.
9) SURAT AL-IKHLAS

Diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W. bersabda
" Apakah kalian tidak dapat dalam semalam membaca sepertiga Al-Qur’an ?" sahabat bertanya, " Bagaimana caranya ya Rosulullah ?"
" bacalah surat Al-Ikhlas , oleh kerana membacanya sama dengan membaca sepertiga Al-Qur’an.

Dan diriwayatkan dari Anas R.A. barang siapa yang hendak tidur maka tidurlah dengan berbaring dengan rusuk yang sebelah kanan, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas seratus kali. maka jikalau datang hari kiamat, akan berkata kepadanya " Wahai hambaku masuklah kamu dalam syurga dari sebelah kanan."

Dan barang siapa membacanya setiap hari lima puluh kali, kelak dipanggil pada hari kiamat dalam kuburannya, " Wahai orang yang berbuat baik terhadap Allah, bangkitlah dan masuklah ke surga."

Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad R.A. berkata,
" seorang laki-laki datang kepada Rasululllah S.A.W. kemudian mengeluh kepadanya akan ekonomi rumah tangganya, dan pekerjaannya. Lalu Rasulullah S.A.W berkata,
" kalau kamu masuk kerumahmu, ucapkan salam kepada orang yang berada di rumah maupun tidak ada dirumah, kemudian berselawatlah kepadaku dan bacalah surat Al-Ikhlas sekali."
Lalu orang itu mengerjakan apa yang telah dikatakan oleh Rasululllah S.A.W. Tak lama kemudian Allah memberikan rezeki kepadanya berlimpa ruah.

Diriwayatkan dari Sa’id ibnu Musayib, Dari Rosulullah S.A.W. bersabda,
" Barang siapa membaca surat Al-Ikhlas sebelas kali, nescaya Allah akan membangunkan sebuah istana untuknya di syurga."
" Dan barang siapa membacanya dua puluh kali nescaya Allah akan membangunkan kepadanya dua istana dalam surga."
" Dan barang siapa membacanya tiga kali, nescaya Allah akan membangunkannya tiga istana didalam surga."

Sayidina Umar berkata,
" Wahai Rosulullah, kalau begitu istana kami sangat banyak di syurga, Maka Nabi Muhammad S.A.W. berkata,
" wahai umar, sesungguhnya kekuasaan dan syurga Allah lebih luas daripada istana-istana itu."


Sumber Habib Hasan Baagil.


Friday 13 April 2012

kalau kau rindu



Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥

palingan malu


iya! aku adalah aku.
dan kamu tidak mengenal aku.
meskipun kau kenal siapa aku.
namun, engkau tidak tahu apa isi hati ku.
sebab itu aku berpaling.
tidak menunjukkan wajah ku.
aku malu!
aku kuatir!
aku takut!
aku sedih!

aku malu pada kau di luar sana
aku malu menunjukkan wajah ku yang menipu
yang lain dengan isi di hati
kau lihat aku mulia
namun hati ini banyak hinanya
aku malu kerna wajah ini bertopeng
topeng halimunan
kau tidak melihat
namun aku tahu ia ada

aku bukan mulia seperti kamu
jangan kau memuji aku sewenangnya
aku kuatir aku punya rasa riak
menjadi bangga malah bongkak
bukan itu sifatnya orang Islam!
bukan!

aku takut pada dunia
semakin hari semakin ganas
nafsu sana sini membuak-buak
bisa terasa aura merah yang menakutkan
disana sini mengalir darah merah
dibunuh, didera, dibuang, dibakar
kamu bersifat binatang dan syaitan!
mereka tidak berdosa!
malah kau lah yang celaka!

apa dosa nya anak-anak itu?
apa dosa kami yang beragama Islam?
adakah engkau dijamin syurga?
kenapa kau begitu rakus pada dunia?
aku sedih melihat manusia-manusia bodoh
berakal namun bersifat lalai
di mana ajaran agama yang kamu anut?
semoga kamu diberi kefahaman
semoga kamu diberi petunjuk
semoga kamu diberi ketenangan
semoga kamu diberi pengetahuan

aku malu!
aku malu dengan diri ku
menuding orang sana dan sini
apa aku sudah terjamin syurga?
bukankah aku juga manusia bodoh itu?
kerna itu aku berpaling
aku malu!!
kerna dosa pada Tuhan ku

beri aku cinta Ya ALLAH
cinta buat mu
cinta yang penuh cinta
jauh dari cinta dunia yang pura-pura
tapi lengkap dengan cinta akhirat yang indah
berikan aku kecintaan terhadap Kekasih-MU
Dia lelaki mulia yang aku puja
kerna dia cahaya di atas cahaya!