Sunday 4 August 2013

Selagi Bujang

Hari tu kawan aku ada tanya, "Kat mana win? Sabah? Raya sana?"

Aku jawab, "Sabah lah. Selagi aku bujang mmg aku raya sini dulu lah"

Dia kata, "selagi bujang tak boleh blah!"

Kihkih. Betul lah kan. Selagi aku masih bujang, puasa raya wajib lah di sisi mak bapak. Lain lah kalau aku study kat oversea nuu.. ni takat uiam ja pun. Mestilah balik, nak-nak lagi tengah cuti ni ha. Balik laa..

Tengok. Memang tak lari dari topik kakhwin kan? Bukan ape. Ni nak cerita nikmatnya hidup masih bujang sebagai anak mak ayah yang comel :p

Aku adik beradik 6 orang. 4 kakak dan 1 adik lelaki, aku anak ke5. Dua orang dah kahwin, kakak aku yg nombor 3 ngan adik aku. ADIK aku yang lelaki tu dah kahwin okay. Jadi, kesimpulannya, secara automatic aku yang anak perempuan bongsu jadilah anak bujang mak ayah yang paling muda. Ye. Aku masih bujang. Dan paling muda tolak adik aku sebab dia dah kahwin. Kire, masih jagaan mak bapak lah.

Bila masih dalam jagaan ni, komitmen dia kurang lah sikit kan. Takat dok urus diri sendiri, lagi-lagi yang masih study tak kerja, memand rutin dok buat assignment, tido, jalan-jalan, tengok runningman, layan hp, tunggu cuti balik kampung. Takde lah busy nauu! Jadik, memang sangat takde lah komitmennye.. sebab tu nikmat aku kata jadi bujanh and masih study ni. Kalau bujang tapi dah kerja, tu lain cerita.. nikmat di situ lain pulak..

Kenikmatan lain is, kami adik beradik ramai. Rumah kadang ada nenek, ada makcik pacik kazen yang datang, apalagi kalau raya. Ramai2lah syok kan. Meriahh sikit. Tapi tang tidoq tu kena pandai2. Lagi2 rumah kami ada 3bilik ja. Mmg ada la yg tidoq bawah. Tidoq merata la kate ko.. ha gitu.. Adik aku pulak dah kahwin, dulu boleh je tompang bilik dia, laa ni mmg x dapat laa... so the best thing of being me is, aku tidoq ngan mak ayah ler jaeabnye hehe. Tapi takdak lah berkasih sayang ngan mak sangat. Setakat tidoq seblah menyebelah tutup mata bangun pagi sudah. Xde aku na manja2. Tapi ingat lagi dulu masa aku kat kolej.. penah tu aku balik cuti, bapak pulak asyik mancing ja. Aku tidoq ngan umi siap peluk2. Pastu mengalir mata sebab rinduu. Drama sangat kau winn. Touching gitu~ tapi ye lah...masa tu aku budak lagii. Dah mak ada depan mata peluk cium la puas2. Nangis tu perasaan..x salah nangis kat mak kita.. mana boleh ego.. Hmm nanti bila dah kahwin susah dah nak tidoq sebilik macam ni nga mak ayah. Tapi kalau laki ku sempoi redha tidoq bawah ngn geng2 lelaki (kot2 masa tu semua dah kawin, hahh pi pakat tidoq bawah semua, geng mak mak dan anak anak tido atas), ok ahh kannn...

Lagii. Masa ni free sangat lagi nak berkhidmat kat mak ayah nenek. Depa nak apa kita layannn. Depa mintak apa kita bagi tolong buatt. Apa ja kita ringan kan tulang. Satgi dah ada laki ada anak, tu dia nak urus laki satu hal, nak urus anak satu hal, nak urus diri satu hal. Tu dia lahh. As i said just now, tak banyak komitmen... nantii nantii, hahh banyakk sangat dah lah. Kalau kerja lagi lah.

Lagii .. bila dah kahwin.. banyak nak kene fikir. Mcmn kita fikir jaga mak ayah kita, kat mertua kita buat lagu tu jugak. Tak boleh berat seblah. Mmg la aku boleh cakap sbb aku x rasa lagi. Tapi apa payahnya? Kita cuba lah nanti.. positif sikit.. nanti inshaaAllah kita dapat yg senang nak handle jugak ;) yg sayang kat kita jugak ;)

So setakat ni syukur alhamdulillah aku masih bernafas sebagai seorg ana yg comel kepada makayah aku, sebagai student yg menuntut ilmu dan seorang bujang yg masih banyak yg perlu di perbaiki utk diri sendiri dan sekeliling. InshaaAllah.