Monday 27 February 2012

Ajarkan Mereka Tentang Cinta ♥



Ajarkan mereka tentang Cinta,
Ceritakan pada mereka tentang Hati,
Lalu beritakan juga kisah Hati yang Tabah dan Rapuh.

Khabarkanlah pada mereka betapa Hati memerlukan perisai Iman,
Ingatkan mereka tentang Hati yang sangat membutuhkan Cinta yang Tulus dan Abadi,
Ingatkan juga pada mereka bahawa Hati tidak memerlukan Sang Peminjam yang tidak tulus dan jujur..
Hati hanya menginginkan Sang Peminjam yang ingin menjaganya dengan 'Hati'.

Lalu, ceritakanlah pada mereka kisah Hati yang selalu rapuh ditimpa bencana dunia,
Bencana yang sering melemahkan dan menghancurkan hati-hati yang ada di seluruh dunia,
Kerana hilangnya Cinta,
juga kerana hilangnya 'dirinya'.

Kemudian, ceritakanlah pula pada mereka tentang Hati yang Tabah,
Diajari Cinta yang paling Setia,
Siapa pun akan gentar mencubanya!
Kerana perisai yang semakin kuat melindunginya,
Pastinya juga bersama senjata do'a yang tiada hentinya,
Sehinggakan Hati sukar sekali untuk disentuh para Pemusnah Jiwa.

Perlihatkan pada mereka indahnya Cinta,
Indahnya Hati yang terpelihara,
Tunjukkan pada mereka kehebatan Hati.

Semoga hati-hati mereka terpelihara daripada segala macam pemusnah.
InsyaAllah.
Ajarkanlah mereka tentang CINTA.


copy from : Nurul Sabrina Gazali

Sunday 26 February 2012

Tanda-tanda Taubat Diterima

Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat; “Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima Allah atau tidak?

Jawabnya; “Ini adalah urusan Allah. Kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat padanya tanda-tanda, iaitu:


Seseorang itu berasa seperti dosanya masih banyak dan belum terhakis walaupun sering kali memohon keampunan kepada Allah SWT.

Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.


Sedih kerana mengenangkan azab Allah atas segala dosa yang pernah dilakukannya dulu.


Sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah dan sekalipun tidak khuatir dengan urusan hidup serta rezekinya yang sudah dijamin Allah SWT.


Sentiasa melihat rezeki yang diperoleh sangat banyak walaupun dalam pandangan mata manusia ia sangat sedikit.


Sentiasa merasakan bahawa amal ibadatnya terlalu sedikit biarpun banyak waktu dihabiskan kepada Allah SWT.


Menjaga lidah dan pertuturan, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.


Jadi, sentiasalah kita bertaubat kepada Allah serta memohon keredaan-Nya kerana hanya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang...


Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.”(as Syura:25)

 
copy from :  JEHAD_FISABILILLAH

Buying books ;)

Tahu tak, one of my favourite thing to do is, membeli buku :) beli buku banyak-banyak!!!

Bila dapat beli buku rasa puas sangat.. kan?

& I know, bukan I sorang ja yang suka beli buku.. orang lain di luar sana pun lagi ramai yang suka beli & suka baca. kan?

Hari tu, Ummi, Puan Faredah, Lecturer kelas BM Lanjutan cakap, 'saya suka sangat beli buku. sukaa sangat buat collection. tapi baca tu belum tentu bila. yang penting beli..hehe'

Yeah, same goes to me Ummi. Banyak gila buku I dah beli tapi sumpah buku yang di baca entah berapa jak. haha. Some books ada kasi tinggal di Tawau. Ntah di mana sudah. haha. Tanya Mom, beliau bilang ada tapi I pun xda masa mau carik bah. Huhu

Okay, and yesterday.. Me and Rara went to Alpha Angle, Wangsa Maju.. So pergilah MPH. Memandangkan voucher rm200 I belum di pakai lagi kan. So borong lah apa-apa yang berkenan..

Actually x banyak pun barang I beli. Sebab I ada beli color yang mahal sikit and also ada beli satu buku nie. The price is rm48.00.



The book is quite thick. 766 pages. But this is not about how thick or thin the book is, and akan menggambarkan kepandaian awak yang hebat. No! Bukan.. You know what, I think, allllll Muslimah should have this book. Yah, still belum baca. But you know what, buku nie, dia cerita satu per satu tentang perempuan, dalam setiap Surah yang ada dalam Al-Quran yang ada menyebut perihal perempuan. Surah apa, ayat berapa, isu apa, kenapa ayat ini di turunkan.. I belum baca lagi, tapi sebab tu lah I beli sebab mau tahu isi kandungan and all information to enhance my knowledge. Tapi ya lah, as I said just know, mau khatam buku ni ntah bila. Huhu. Lebih-lebih lagi 766 pages. Tapi InsyaALLAH. Banyak benda yang boleh di refer dalam buku ni untuk pengetahuan.

Dan, tahu tak buku apa lagi satu I beli? Hehe


Kalau awak semua jadi Rara, yang 24 jam sentiasa dgn I, mesti tahu kenapa I beli buku nie and rasanya memang perlu pun I beli buku nie. & all of you pun pasti tahu kenapa I bought this book kan? :) yah, rasa kita semua sama. Fitrah, Hehe

♥ Oh ALLAH...


Saturday 25 February 2012

# Just Sharing


How can a single person, peace be upon Him, achieved the greatest victory in History, in just 23years, when men tried hundreds of years achieving it yet they failed . The answer is simple, Allah's blessings/Barakah, then nothing is impossible .

p/s : copy from my friend, Nur Ashfaq...

Aamiin


Sunday 19 February 2012

Cobalah Untuk Setia

"Jangan pernah kau ingkari.. cobalah untuk setia" - Kris Dayanti

Penah dengar tak lagu tu? Mesti lah penah kan?
Tu lagu famous dulu.
Marsha AF pun penah nyanyi masa musim AF dulu.
Kakak aku pun selalu nyanyi.
Aku pun.

Cakap pasal setia, semalam aku, Abang Paen, Nisa & Mira pegi Hospital Slim River. Melawat orang sakit. Ayah Kak Ika. Besfriend, Housemate & roomate masa di Desa View & rumah sewa Flat Sri Batu dulu. Agak lambat jugak lah kami gerak dari KL. Jalan jam, hujan lebat. Kami gerak dari Ampang pun dah pukul 3. Sampai UIA ambik Nisa & Mira, dah pukul 4. Jalan jam gila dekat Sg Buloh. Last2, Alhamdulillah, sampai jugak lah kami around 6.20pm. Masi ada sisa waktu melawat 40 minit :)

Lepas dari Hospital tu, kami singgah la rumah Kak Ika di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baru. Al-maklumlah, ramai-ramai geng, aku ngan Cici yang x sampai rumah Kak Ika lagi. Pedahal, kami 3 kenal since hari pertama masuk IIC. Sebab memang satu bilik masa masuk hostel dulu. So, alang-alang menyeluk pekasam, singgah lah kan. Umi pun memang rapat sangat dah. So, singgah lah. Best rumah Kak Ika, kawasan kampung, sejuk ja, rumah besar :) hehe.

Lama jugak lah singgah rumah Kak Ika tu. Before Maghrib kami gerak dari Hospital. Then, perjalanan ke rumah agak jauh sikit, but maybe only in 30 minutes lah kot. Lepas tu, borak-borak, makan-makan, menyengal & gedik-gedik jap ngan Umi, pastu kami balik lah dekat pukul 9.30pm macam tu.

Back to the topic, so on the way balik dari KKB ke KL, aku pun pasang lah lagu-lagu yang ada kat handphone. Melayu ada, hindustan ada, english ada, arab ada.

Pastu Nisa tanya aku, "kau takde lagu baru ke?"

Aku jawab, "takde. aku jenis tak layan lagu baru sangat. eh memang tak layan pun. kecuali ada orang dengarkan kat aku, then baru lah aku update ngan lagu-lagu baru"

Nisa, "kau nie mesti dari kecik sampai skang pakai ubat gigi yang sama kan?"

Aku, "haha, haah! memang punnnnn"

Nisa, "apsal kau tak tukar2?"

Aku, "ntah lah, dah tu yang aku suka dan selesa. best kot pakai ubat gigi tu, FRESH!" *ubat gigi RAIYA okay.  *mesti ramai yang tak tahu ubat gigi nie kan?

Nisa, "haa. aku dah agak dah. kau nie setia sangat lah. tak payah lah nak setia-setia sangat tu. sebab tu lah kau tu masih suka orang yang sama sebab kau masih dengar lagu lama. tu lagu-lagu zaman kau dengan orang lama. baik kau tak payah dengar. kau dengar lagu baru, takde lah teringat sangat"

Tapi apa kaitan nye ubat gigi dengan cinta?
Mungkin dari situ lah kot kan orang boleh nilai kita.
Ya sometimes aku pun menilai orang dari perkara yang sekecik-kecik nya.
Dari benda kecik yang remeh-temeh aku boleh describe sikap seseorang tu.
Penah dulu aku describe kawan aku, Syazana, just dari benda-benda kecik macam nie lah, like cara dia susun barang-barang dia. Barang-barang dia tu letak macamana, hadiah-hadiah, ada je lah yang aku describe and kaitkan dengan cara dia, sifat dia, sikap dia.
And that time, Syazana was speechless sebab semua tu betul.
Ramalan dan andaian saja.
Tapi semua itu juga kebetulan sama kan.

So, nak cakap aku setia sangat tu, tak jugak kot.
Setia memang setia.
Tapi mungkin bersedia itu belum.
Masalah nya cuma satu, aku jadikan mereka itu satu perbandingan.
Tapi i'm not into him anymore.

Bak kata lagu "Doa Buat Kekasih" - Yang dulu usah dirindui, hilangkanlah dari hatimu...

Jadi, tak payah lah nak rindu-rinduan sangat.
Aku pun manada perasaan rindu-rinduan tu dah sekarang.
Semalam pun aku baru je update status kat FB.

"Teringat dan rindu itu berbeza.."

Memang betul pun kan? 

Tapi apa yang Nisa cakap tu memang ada betul nya pun.
Aku jenis yang stick pada yang satu.
Apa aku minat, aku suka, memang tu je lah.
Contohnya, Hello Kitty.
Sampai sekarang takde katun lain boleh buat aku in love macam aku in love dengan Hello Kitty. Danbo tu pun cam kejap je aku suka dia.
Hello Kitty nie dari zaman sekolah rendah tahap 1 lagi.
Until now aku suka ok?!
Kat bilik kat UIA tu pun, lampu meja aku Hello Kitty nyah!!
Tapi itu tak bermaksud aku masih lagi cintantahapgaban pada si jejaka lama itu.

Yang sudah tu sudah lah kan? Hee.

Pengalaman lama tu dijadikan pengajaran, iktibar.

Tapi untuk hidup dengan sejarah lama, tak kot...

I'm a survivor!! =)



BABY




p/s: MasyaALLAH.. comel nye lah budak kecik Sameera nie.. kita sebut je 'ALLAHUAKBAR'.. dia tiba2 buat Takbiratulihram sambil senyum2.. pandaii! :) Indah nyaa perasaan bila dapat tengok budak kecik depan mata, peluk dia, cium dia.. Subhanallah ♥

Saturday 11 February 2012

From cahayacinta.com


“Kita hanya berusaha untuk melupakan seseorang tapi kita juga harus kuat melawan perasaan sebab jika kita berani bermain rasa cinta pada seseorang masakan  kita tidak berani menerima sesebuah kedukaan mahupun kenyataan..”

Patah Seribu Hatikuu...

Assalamualaikum :)

Hello kawan-kawan, apa khabar? Alhamdulillah. UIA suda start new sem hari rabu lepas. So, campur hari Jumaat nie, sudah 3 hari lah UIA beroperasi sesibuk-sibuknya. Tambah-tambah lagi awal-awal sem nie kan. Of course lah busy gila! Semua sibuk dengan urusan masing-masing, buat manual add. Haa, tension! But syukur alhamdulillah, saya semuaa subjects boleh add dekat portal, no need to meet the lecturer, merayu, minta tandatangan dan busy ke sana ke mari. Walau pun hari Rabu ada jua lah ke sana ke mari. Dah la 3 minggu cuti, terlalu bersantai selalu di rumah, tiba-tiba hari rabu tu kena jadi athlete pulak ke sana ke mari. Huuuu. Terus migraine semua budak UIA. Haha. Matahari terik sangat. Kepala sakit gila. Peningg! But still Alhamdulillah for everything. Kawan-kawan pun semua sihat :) Gembira dapat jumpa semua balik. Gembira dapat kenal kawan-kawan baru, lecturers. Gembira dapat masuk kelas. Gembira dapat merasa indahnya udara di UIA. Gembira =)

Tapi gembira-gembira pun, ada peristiwa yang menyeramkan berlaku kat saya semalam. Tapi malas lah nak cerita. Takutt! Grr...~

& Just now, saya berbual panjang lagi dengan kakak tu. Alhamdulillah. Dia yang tegur dulu. Banyak benda yang kami cerita - tadika, celcom, blackberry, office, UIA, purdah.. Tapi ada satu hal dia sebut. Adik-adik nya mau ke Indonesia. Hmm. Something. Tiba-tiba. Ada. Di. Hati. Tapi aku lupakan sajaa~ Mesti dia akan terjumpa seseorang di Indon kan? Orang Indon lawa-lawa. Baik-baik. Hmm. Alah, di mana-mana pun dia boleh ja jumpa siapa-siapa winn. Itu kan suda di tetapkan Tuhan. Biarlah.. Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah :) Hehe. No worries =) I'm good =)

Tuesday 7 February 2012

Brown Eyes

Assalamualaikum :)

Halo kawan-kawan! Tahu tak, hari nie kan, saya keluar gi KLCC. Jumpa my bestbestbestfriend. Her name is Sarah.. Lama dah tak jumpa dia nie actually. Maybe in 4 5 months kot. Alhamdulillah, ada lagi rezeki dan jodoh untuk jumpa. Actually dia nie besfriend saya since tingkatan 1 lagi. So that's why laa sampai sekarang masih lagi kamceng and selalu aje jumpa, and antara bestfriends yang ter-rapat, kami berdua ja yang study semenanjung and duk KL. Miza, Niniey & Masnih, tak. Depa study di KK. Yang kawan-kawan lain pun banyak ja study semenanjung nie, but ya lah susah bah mau jumpa.

By the way, gambar ada. Tapi nda mau lah upload. Maluuuu >.<! Wahaha, actually terasa mau upload tadi. Tapi nda jadi lah sebab gambar kurang gorgeous~ haha. Gambar oke? Bukan orang nya.. Kalau orang nya, gorgeous lah sikit. Haha. Kidding! =p *gedikjap

Bukan berdua ja, ada adik dia sekali and her friends as well. Tapi berpisah. Kawan-kawan si Didi jalan-jalan. Kami bertiga. Tapi nda buat apa pun. P secret recipe & Ampang Park aje. Ada agenda di Ampang Park tapi sayang, kedai nya tutup. Kecewa terus I dengan si Sarah. Nda dapat kami berpadu tenaga tadi! Haha. Next time maybe ~

Then, tukar plan, ingat mau p taman KLCC tu, lepak-lepak, tengok orang, ambil gambar. Tengok-tengok jam sudah pukul 6. Lama betul kami di surau. Terus nda jadi lah plan mau beromantik tengok air pancut. Hmm. Kalau ndak, boleh sudah layan mood Hindustan jap. Isk-- So, lepas tu kami pun balik lah. Sebab diorang Sarah kena balik Serdang. Tahu lah, ke Serdang, depa naik KTM. Kena gerak before Maghrib lah, sebab tahu lah kan KTM macamana hebatnya kelajuan gerabak tanah melayu itu :)) Sampai boleh tidur jap di KL Sentral tu sebab tunggu tren punyalah lama! =,= Dulu saya selalu ke Nilai, itu pun macam mau nangis ja sebab penantian itu satu penyeksaan! Siksa okey tunggu KTM. Nasibaik hati kental.. Lambat pun masih lagi boleh wat muka paling sweet walaupun mulut sudah muncung sampai Sabah. Ofcourse lah takk manis kan.. Hiss!

Then, lepas tu I terus pegi Sheraton Hotel sebab Ain bawak Sameera swimming sana. Mau balik terus, kunci takde. Alynn bawak. Sudah menjadi milik nya kah kunci itu sekali dengan keychain nya? Hiss. Helo, kunci loker saya ada di sana oke? Tolong jangan hilang kan budak! Barang-barang I banyak tu nok.

Before balik, kami singgah jap di favorite restaurant, makan cheese naan. Oh saya makan sikit aje lah hari ini =p Kenyang.. Lagipun sebab selalu makan kot, jadi bosan lah kot sikit. Tapi whatever it is, cheese naan dia memang terbaikkk! Sedap giler. Kat mana? Kat kedai RSMY ke, ntahh. Alaa, dekat ngan Ukhuwah tu. Seberang Maju Junction..

Lepas tu, kami pun balik lah. Balik-balik, tiba-tiba dekat radio, depa pasang lagu Brown Eyes by Destiny's Child.. Video & lyric ada di bawah kalau mau nyanyi or dengar jap lagi :) So, sambil-sambil I dengar tu, I pun nyanyi lah sekali. Layaan feel sikit, bajet suara Misha Omar. Hehe. & masa tu terimbau lah pulak kenangan-kenangan yang lalu. Haiii, sambil nyanyi, sambil tengok bulan... Ohh bulann, kalau lah kau tahu apa dalam isi hati ku, hish. Masa dok layan feel tu, dalam hati siap cakap lagi.. Bulan, bagitau dia, aku rindu.. Haha. Takdelah rindu pun actually, teringat ja. Ingat dan rindu lain oke? Tapi lagu ni memang sedap, best, jiwang and sedih.

Kepada si jejaka berkulit putih bermata coklat berhidung mancung berkening tinggi.. Tiba-tiba teringat kamu tadi. :D terr aje. Tapi kalau boleh, tolongggg lah jangan muncul depan ku lagi. Aku takut kalau-kalau tiba-tiba hati kamu tergerak mau datang UIA... Oh mann! Nehii!~ Iya lah, kamu banyak kawan di UIA, bukan I sorang ja. Tapi jangan lah. I still dunno what will happen to me kalau kamu tiba-tiba ada depan mata. Kalau mau muncul pun, nanti-nantilah. Bukan sekarang ya kawan :)

To all of you, this song is for you :)
 
*klik title nie sebab video x dapat masuk, sorry ;) enjoy!

Remember the first day when I saw your face
remember the first day when you smiled at me
you stepped to me and then you said to me
I was the woman you dreamed about
remember the first day when you called my house
remember the first day when you took me out
we had butterflies although we tried to hide it
and we both had a beautiful night

The way we held each others hand
the way we talked the way we laughed
it felt so good to find true love
I knew right then and there you were the one

I know that he loves me cause he told me so
I know that he loves me cause his feelings show
when he stares at me you see he cares for me
you see how he is so deep in love
I know that he loves me cause its obvious
I know that he loves me cause it's me he trusts
and he's missing me if he's not kissing me
and when he looks at me his brown eyes tell his soul

Remember the first day, the first day we kissed
remember the first day we had an argument
we apologized and then we compromised
and we haven't argued since
remember the first day we stopped playing games
remember the first day you fell in love with me
it felt so good for you to say those words
cause I felt the same way too

The way we held each others hand
the way we talked the way we laughed
it felt so good to fall in love
and I knew right then and there you were the one

I know that he loves me cause he told me so
I know that he loves me cause his feelings show
when he stares at me you see he cares for me
you see how he is so deep in love
I know that he loves me cause its obvious
I know that he loves me cause it's me he trusts
and he's missing me if he's not kissing me
and when he looks at me his brown eyes tell his soul

i'm so happy so happy that you're in my life
and baby now that you're a part of me
you showed me
showed me the true meaning of love
and i know he loves me

I know that he loves me cause he told me so
I know that he loves me cause his feelings show
when he stares at me you see he cares for me
you see how he is so deep in love
I know that he loves me cause its obvious
I know that he loves me cause it's me he trusts
and he's missing me if he's not kissing me
and when he looks at me his brown eyes tell his soul

He looks at me and his brown eyes tell his soul

Monday 6 February 2012

Yaa Habeebi,


 
If Jannah was a flower I would pick it for you, If Jannah was a bird I would catch it for you, If Jannah was a house i'd build it for you, But since Jannah is a place no eye has ever seen, I make dua to ALLAH to reserve it for you! Aameen ♥

Saturday 4 February 2012

Biarlah bulan bicara sendiri..

Oh bulan..
Ingat kah masih kau pada ku?

Dulu aku pernah berkongsi suka duka denganmu..

Kau pernah melihat senyum tawaku
Dan kau juga pernah melihat tangis hibaku

Ada kala kau memancar penuh indah
Menerangi malam ku
Ada kala kau tenggelam di sebalik awan
Malap dan suram dunia ku

Apa kau ingat dengan cerita-cerita ku?

Aku pernah tersenyum bahagia saat cinta memelukku
Aku pernah ketawa saat cinta mencuit hati ku
Aku pernah berduka saat cinta menjadi keruh
Dan aku pernah menangis saat cinta tidak lagi tersuluh

Aku lalu lupa bercerita pada mu
Hati jadi punah bila tiada balasmu
Jiwa tiada asa menjengah dirimu
Pergi.. jangan kau hirau akan diriku..

Satu saat
Kau ku teringat
Apa masih sudi mendengar?
Walau kau hanya berbicara sendiri..


Friday 3 February 2012

Saya mahu solat yang baik :)

Alhamdulillah. Saya baru saja selesai menyaksikan filem 'Hafalan Solat Delisa' dengan ditemani adik dan sepupu saya. Alhamdulillah, cerita tu bagus sangat. Cerita yang mengisahkan tentang satu keluarga yang duduk di Acheh  dan menghadapi musibah dilanda badai Tsunami.

Kawan-kawan dah tengok belum?

Saya syorkan agar semua tengok lah filem tu. Menarik ceritanya.
Sedih. Menginsafkan. Terbit rasa ikhlas. Kesabaran dalam menghadapi dugaan.
Pokok nya, banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada filem ni.

Satu benda yang saya suka dalam filem nie ialah bila Delisa kata, "Delisa pengen solat yang baik, agar bisa doain Umi, Kak Fatimah, Kak Aisyah, Kak Zahra, Keluarga Tiur, Kakak-kakaknya Umam"..

MasyaALLAH! Sedih!

Marilah kita sama-sama struggle perbaiki solat kita agar makbul doa kita. Doa-doa anak yang soleh dan solehah buat orang tuanya.

Kita sekarang, rajin berdoa, nak tu nak nie, kita doa.. Apa-apa, kita selalu minta orang doakan kita. Kalau nervous exam, kita pasti cakap 'doakan ya'. Betul, insyaALLAH makbul lah doa diantara doa-doa itu. Tapi solat kita, kita titikberat kan kah? Sempurna kah solat kita? Sedangkan anak sekecil ini boleh terlintas untuk menjadi ikhlas kerana ALLAH. Mahu perbaiki solat, hafal bacaan sebetulnya sekaligus memahami maknanya. Apa pula dengan kita? Mari kita usaha kawan-kawan.

Other than that, masa Delisa kata, 'Delisa cinta Umi kerana ALLAH!'.. MasyaALLAH, sejuk hati bila anak cakap macam tu. Yes, mungkin dan sememangnya, anak-anak belum faham definisi sebenar mencintai kerana ALLAH itu. Tapi kan sebaiknya dari umur sebeginilah kita mendidik anak-anak agar semenjak usia muda lagi sudah tertanam kecintaan di hati terhadap ALLAH Yang Maha Esa.

Sebolehnya, saya berharap dan menginginkan agar Ujian Lisan PAFA or KAFA yang ada di Malaysia ini di mantapkan lagi. Sebagai contoh yang kita boleh lihat di filem ini, ada praktikal atau test Solat. Di mana, semua pelajar di kumpulkan dalam satu kelas dan anak-anak akan dipanggil mengikut giliran dan diuji dihadapan semua orang dengan bacaan yang jelas. Jadi bisa semua orang dengar dan dari situ kita pasti akan struggle nak perbetulkan segalanya. Mungkin ada yang menghafal hanya kerna ujian untuk lulus dan malu kalau salah bacaan di hadapan orang ramai. Tapi bila dah ada hafalan yang baik semenjak kecil dan environment di rumah juga environment Islamic, insyaALLAH. Kerna itu ibu bapa berperanan penting menjadi role model kepada anak-anak.

Sebab apa yang saya pernah alami, di sekolah dulu, ujian lisan hanya depan guru, hanya seorang guru yang mendengar. Atau pun bacaan beramai-ramai. Yang terbaru, tak sure pula, kalau sudah ada pembaharuan. Saya pun kurang pasti dan mohon kemaafan jika saya tersilap. Alhamdulillah jika ada sekolah-sekolah yang mengamalkan ini.

Saya nak bercerita sedikit lah pengalaman saya ketika praktikal dulu. Saya buat industrial training di Islamic Child Development Center (ICDC). Kenapa saya pilih tadika nie, sebab dekat dengan rumah kakak saya di Ampang dan environment Islamic itu. Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah. Tadika itu saaangat bagus. Tadika ni tak macam tadika lain tau. Tadika ni cuma kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun sahaja. Pengajarannya dalam Bahasa Inggeris. Setiap pagi, akan ada kelas Hafazan, menghafal Juz' Amma, Hadith2, dan Do'a2 dari pukul 8.30 hingga pukul 11. Ada sarapan pukul 9.30-10pagi. Kelas pukul 11-12, 12-1. Pukul 1, makan tengahari. Pukul 1.30 solat Zuhur berjemaah. Akan ada budak yang dipilih untuk menjadi Imam, bergilir-gilir. Lelaki dan perempuan di pisahkan dengan tabir. Then rehat sampai pukul 2.45. Lepas tu kelas sampai pukul 3.45. Lepas tu minum petang dan Solat Asar berjemaah juga. Kemudian pulang.

Dan saya sangat-sangat lah bersyukur sebab tempat nie sangat best. Kadang-kadang memang tension jugak dengan kerenah budak-budak nie, tapi bahagia bila tengok diorang tu hafal ayat, Surah, Hadith, Doa, yang kita ajar. Sejuk hati :) Indah betul pengalaman dan kenangan sepanjang berada di ICDC. Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati Teacher JoAnne, para Guru yang pernah berkhidmat di ICDC dan semua pelajar ICDC. Semoga ALLAH menempatkan kamu di Syurga. Aaaminn. =)

InsyaALLAH, marilah kita bersama-sama memperbaiki solat kita. Mengecapi solat yang khusyuk. Dan semoga ALLAH SWT menerima segala amal ibadah, melipat gandakan pahala kita, mengampunkan dosa-dosa kita, melindungi kita dari azab kubur dan azab api neraka, dan menempatkan kita di kalangan hamba-hamba yang beriman, beramal soleh, bertaqwa dan sentiasa taat kepada ALLAH di Jannah, di Akhirat kelak. Aamiin..


Thursday 2 February 2012

Mr. Husband, Let's travel the world together!

Tajuk di atas hanya untuk masa depan. Saya bujang lagi sebenarnya. Hehe.
Sebelum nie ada yang pernah bertanya, "Sudah berpunya?"
Apa yang saya mampu jawab hanya lah, "Berpunya atau tak, itu rahsia ALLAH. tak boleh kata ya tak boleh kata tak. sebab siapa jodoh tu, ALLAH dah tentukan, cuma mungkin belum masanya, wallahua'lam."

Dan sekali lagi. Mr.Husband masih belum wujud.
Tapi bakal isteri awak dah ada di sini. Haha.
Dia dah wujud lah kot kan. Cuma belum sah menjadi milik ku. :)

Okay by the way, as a woman, kita mesti banyak plan or impian bila kita sudah dinikahi bukan?
Perempuan nie, dia suka hidup berteman. Satu pun takpa. Yang penting ada.
Sebab dia suka membebel and bercerita pasal semuaaa benda yang dia suka.
So, kalau takda pendengar macam mana nak story mory right? Bosan lah jadi nya.
Sebab tu lah ditakdir kan ada Adam dan Hawa. Saling Melengkapi. =)
Bila satu bercakap, satu mendengar.
Bila satu mendengar, satu bercakap.
Bila satu sedih, satu menghiburkan.
Bila satu merajuk, satu lagi memujuk.
Bila satu marah, yang satu tu diam.
Bila yang satu menangis, yang satu lagi menenangkan.
Bila satu mencinta, satu lagi dicintai dan ada lah rindu-rinduan. Gorgeous nye ;)

Tapi jangan asyik dengan cinta dunia ye kawan?
Nikah terus bila dah ada yang berkenan. Jangan takut jangan segan nak jumpa orang tua gadis-gadis yang menawan itu. InsyaALLAH, ada jodoh, bersama lah.
Tiada jodoh dengan yang ini, pasti ada jodoh dengan yang itu.
Inikan secret. Hehe. ALLAH je tahu. Kita doa je lah :)

Selain tu, jangan lah angau ye bila bercinta.
Nowadays, budak-budak sekolah.. mak aii~ hebat belako kisah cinta adik-adik nie!
Padahal, kakak-kakak, abang-abang, geleng kepala, gelak je lah lihat ekaw semua.
Tapi tak pe lah, mana-mana yang kita mampu nasihat, kita nasihat lah.
Kita ingat kan. InsyaALLAH nanti dengar lah tu.
Bila kita cerita pengalaman kita yang tak pernah bercinta nie, mesti diorang rasa kagum sebab hati kita tidak di nodai.
Yah. & kalau boleh, jadikan mereka itu ikut apa yang kita buat but make sure benda yang elok lah kawan. Jangan benda buruk pulak. Ish ish. =p

Ok lah. Let me proceed to the thing that I want to talk here lah ya...




Mr. Husband,
Tahu tak, semua impian para isteri adalah menjelajah dunia dengan Hero mereka tau. 
Dan saya juga macam tu. Tapi kat sini Dunia dia besaqq sikit lah. hehe. 
Meh saya cerita sikit lah ye :)


#1 
Saya nak kita jelajah Dunia Islam bersama. 
Which means, not focus only on 'Dunia' tapi Akhirat juga. 
Dunia Islam itu kan besar. Mari kita kaji bersama. Kita gali bersama.
Sepakat membawa berkat kan. Jadi indah lah bila kita sama-sama mencari, jumpa dan menang. Hehe. 
Bila kita sama-sama tahu tentang keindahan Islam tu, kita pun akan sentiasa saling ingat-mengingati, nasihat-menasihati, buat bersama, saling bekerjasama, bahagia bersama untuk dunia dan lebih-lebih lagi akhirat. Sejuk hati tengok awak kalau awak ada banyak ilmu yang boleh awak kongsi dan banyak cerita yang boleh awak cerita. Lagi satu, bila kita bersama mencari dan berusaha, pasti objektif kita bukan hanya di sini, tapi di 'sana' juga kan? Struggle together to enter Jannah :)


#2
Saya nak kita jelajah Dunia Percintaan bersama.
Bila dah nikah, semua jadi halal. Takde dah istilah maksiat. 
Saya boleh sayang awak, awak boleh sayang saya. 
Macam orang yang bercinta, kita pun macam tu jugak lah. 
Tapi bila dah nikah, orang pun tak lah rasa annoying kat kita bila kita romantik sikit kan? Hee. 
Kita balik kampung sama-sama. Shopping sama. 
Saya masak, awak basuh pinggan.
Saya basuh kain, awak sidai.
Saya lipat kain, awak letak kat almari.
Saya siram bunga, awak cuci kereta. 
Haha.
Tapi iye lah, masa nie lah baru kita nak tau dan selami Dunia Percintaan tu macamana.
Takde dah istilah couple-putus-couple balik-then putus lagi tu.
Pikir nak bepisah tu susah sebab ini kan dah tanggungjawab.
So, masa nie lah baru kita tahu kadar saling menghargai tu.


#3
Saya nak kita jelajah Dunia Kanak-kanak bersama.
Mesti yang nie semua orang suka kan? Hehe.
Bila dah berdua, lama-lama, mesti sunyi.
Ada rezeki, insyaALLAH, ALLAH kurniakan lah zuriat.
Masa nie lah baru tahu macamana payah nya mak ayah besar kan kita.
Layan kerenah kita. Puaskan hati kita.
Masa nie lah baru sedar, baru tahu.
Dan kita pun, masa nie lah bahagia sebab ada budak kecik yang tak tahu apa-apa. 
Yang comel aje perangainye.
Geram! Geram! Macam nak gigit pipi yang tembam tuu. Eee! 
Bukan satu budak aje, insyaALLAH, 2 dan lebih..
Masa jaga tu pun, umur lain-lain.
So lagi lah sakit jiwa dan mental nak handle! 
Tapi iya lah, tanggungjawab. Amanah. 
Itu lah harta kita yang boleh mendoakan kita Dunia dan Akhirat =)


#4
Saya nak kita jelajah Dunia Tua bersama.
Dah ada anak. Makin lama usia kita pun meningkat lah.
Makin besar anak tu, makin tua lah kita.
Kita tatang mereka, jaga mereka, urus minum makan pakai mereka.
Sehinggalah mereka kahwin dan beranak pinak.
Satu satu anak kita kahwin.
Lama-lama tinggal lah kita berdua. 
Masa tu, ibarat zaman muda-muda dulu.
Hanya kau dan aku. Hihi.
Anak, menantu, cucu mungkinlah duduk rumah yang lain.
Kita duduk lah bersama. Jangan lah jadi macam cerita Baghban - ibu bapa terpisah, satu ikut anak sana, satu ikut anak sini. Tapi tak bahagia dan sedih mengenangkan suami dan isteri yang jauh. Sedih cerita tuu. :((
So masa nie lah saya dan awak, insyaALLAH akan saling jaga menjagai.
Awak sakit, saya tolong awak ingatkan untuk makan ubat. Jaga timing dia. 
Semua lah sama-sama. Ibarat muda dulu. Tapi ya lah, kali nie kita dah tua lah. 
Tapi takpa, biar tua asal hati tu muda :)
Masa tua-tua nie, best bila kita kenang dan cerita peristiwa-peristiwa lampau. Hehe. 
Saya pun, kalau tengok orang-orang tua yang masih romantik sampai sekarang, rasa cam best je. Hati diorang baik, ikhlas mencintai pasangan. Itulah dinamakan teman sejati. 
Muda hingga ke tua.
Dunia hingga ke Akhirat.
InsyaALLAH..


Itulah anganan dan pesan buat Mr.Husband. 
Taktau lah dia tu siapa kan. 
Tapi cukup lah 4 ini aje yang terlist.
Dunia lain nanti kita tambah. Hehe.


Akhir kata, 
Semoga ALLAH sentiasa menjaga mu,
melindungi mu,
merahmati mu,
memberkati mu,
menerima amal ibadah mu,
memakbulkan doa-doa mu,
mengampunkan dosa mu,
memurahkan rezeki mu,
memudahkan segala urusan mu,
menyayangi dan mengasihi mu,
memberi kesejahteraan di dunia,
dan menempatkan mu di Syurga yang indah.
Aamiin. 



Wednesday 1 February 2012

Deafening silence

Respect the emotions in someone’s heart, rather than the expressions on someone’s face because expression is just a formality but emotions are reality..

#3 Ukhti Tersayang

✿ Sahabatku tersayang,
aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq, persahabatan dijalin kerana al-Khaliq, harta dikorban bukan sedikit, cintakan kebenaran, sanggup bersakit. Serta tawakkal Ibrahim mulia, ketika meninggalkan insan tercinta, di bumi tandus tanpa bicara, meyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar, berdiri tatkala tunduknya manusia, bersuara tatkala diamnya... mereka, menggerunkan musuh durjana. Serta senyuman Syed al-Qutb, ketika berhadapan dgn tali maut, akidah mantap tidak terrenggut, roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair, menahan panahan Hajjaj dgn rela, bersama si ibu tua, lalu syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna, fikrahnya jernih, menggegar dunia, merelakan tubuhnya di mamah peluru, demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari, menentang kezaliman walaupun diancam, moga kan lahir lagi di abad ini, jiwa jitu pemuda yg tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf, tetap menyintai saudaranya, walaupun di humban ke perigi tua, terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi, bagai harumnya pusara Masyitah, semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini, dapat menjadi syafaat, di Mahkamah Mahsyar nanti.

Persahabatan ibarat sebuah rumah,
Tak perlu mewah,
Tak perlu kaya,
Yang penting kita merasa bahagia didalamnya
Semoga Allah selalu menjaga ukhuwah kita.. ✿


p/s : InsyaALLAH, Aamiin.. Her status today :) 

Astaghfirullah...

SHAM KAMIKAZE : Berhentilah membuka aib sendiri dgn postkan mood tak baik, sakit hati dan sebagainya di FB, Twitter dan sebagainya yg ada di alam maya. Tiada manfaat malah mendapat dosa di sisi Allah swt. Lebih beristighfar dan lafazkan hamdalah sahabatku semua :-)

p/s : di sebab kan post ini, akan ku delete entry yang sebelum nya..