Friday 3 February 2012

Saya mahu solat yang baik :)

Alhamdulillah. Saya baru saja selesai menyaksikan filem 'Hafalan Solat Delisa' dengan ditemani adik dan sepupu saya. Alhamdulillah, cerita tu bagus sangat. Cerita yang mengisahkan tentang satu keluarga yang duduk di Acheh  dan menghadapi musibah dilanda badai Tsunami.

Kawan-kawan dah tengok belum?

Saya syorkan agar semua tengok lah filem tu. Menarik ceritanya.
Sedih. Menginsafkan. Terbit rasa ikhlas. Kesabaran dalam menghadapi dugaan.
Pokok nya, banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada filem ni.

Satu benda yang saya suka dalam filem nie ialah bila Delisa kata, "Delisa pengen solat yang baik, agar bisa doain Umi, Kak Fatimah, Kak Aisyah, Kak Zahra, Keluarga Tiur, Kakak-kakaknya Umam"..

MasyaALLAH! Sedih!

Marilah kita sama-sama struggle perbaiki solat kita agar makbul doa kita. Doa-doa anak yang soleh dan solehah buat orang tuanya.

Kita sekarang, rajin berdoa, nak tu nak nie, kita doa.. Apa-apa, kita selalu minta orang doakan kita. Kalau nervous exam, kita pasti cakap 'doakan ya'. Betul, insyaALLAH makbul lah doa diantara doa-doa itu. Tapi solat kita, kita titikberat kan kah? Sempurna kah solat kita? Sedangkan anak sekecil ini boleh terlintas untuk menjadi ikhlas kerana ALLAH. Mahu perbaiki solat, hafal bacaan sebetulnya sekaligus memahami maknanya. Apa pula dengan kita? Mari kita usaha kawan-kawan.

Other than that, masa Delisa kata, 'Delisa cinta Umi kerana ALLAH!'.. MasyaALLAH, sejuk hati bila anak cakap macam tu. Yes, mungkin dan sememangnya, anak-anak belum faham definisi sebenar mencintai kerana ALLAH itu. Tapi kan sebaiknya dari umur sebeginilah kita mendidik anak-anak agar semenjak usia muda lagi sudah tertanam kecintaan di hati terhadap ALLAH Yang Maha Esa.

Sebolehnya, saya berharap dan menginginkan agar Ujian Lisan PAFA or KAFA yang ada di Malaysia ini di mantapkan lagi. Sebagai contoh yang kita boleh lihat di filem ini, ada praktikal atau test Solat. Di mana, semua pelajar di kumpulkan dalam satu kelas dan anak-anak akan dipanggil mengikut giliran dan diuji dihadapan semua orang dengan bacaan yang jelas. Jadi bisa semua orang dengar dan dari situ kita pasti akan struggle nak perbetulkan segalanya. Mungkin ada yang menghafal hanya kerna ujian untuk lulus dan malu kalau salah bacaan di hadapan orang ramai. Tapi bila dah ada hafalan yang baik semenjak kecil dan environment di rumah juga environment Islamic, insyaALLAH. Kerna itu ibu bapa berperanan penting menjadi role model kepada anak-anak.

Sebab apa yang saya pernah alami, di sekolah dulu, ujian lisan hanya depan guru, hanya seorang guru yang mendengar. Atau pun bacaan beramai-ramai. Yang terbaru, tak sure pula, kalau sudah ada pembaharuan. Saya pun kurang pasti dan mohon kemaafan jika saya tersilap. Alhamdulillah jika ada sekolah-sekolah yang mengamalkan ini.

Saya nak bercerita sedikit lah pengalaman saya ketika praktikal dulu. Saya buat industrial training di Islamic Child Development Center (ICDC). Kenapa saya pilih tadika nie, sebab dekat dengan rumah kakak saya di Ampang dan environment Islamic itu. Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah. Tadika itu saaangat bagus. Tadika ni tak macam tadika lain tau. Tadika ni cuma kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun sahaja. Pengajarannya dalam Bahasa Inggeris. Setiap pagi, akan ada kelas Hafazan, menghafal Juz' Amma, Hadith2, dan Do'a2 dari pukul 8.30 hingga pukul 11. Ada sarapan pukul 9.30-10pagi. Kelas pukul 11-12, 12-1. Pukul 1, makan tengahari. Pukul 1.30 solat Zuhur berjemaah. Akan ada budak yang dipilih untuk menjadi Imam, bergilir-gilir. Lelaki dan perempuan di pisahkan dengan tabir. Then rehat sampai pukul 2.45. Lepas tu kelas sampai pukul 3.45. Lepas tu minum petang dan Solat Asar berjemaah juga. Kemudian pulang.

Dan saya sangat-sangat lah bersyukur sebab tempat nie sangat best. Kadang-kadang memang tension jugak dengan kerenah budak-budak nie, tapi bahagia bila tengok diorang tu hafal ayat, Surah, Hadith, Doa, yang kita ajar. Sejuk hati :) Indah betul pengalaman dan kenangan sepanjang berada di ICDC. Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati Teacher JoAnne, para Guru yang pernah berkhidmat di ICDC dan semua pelajar ICDC. Semoga ALLAH menempatkan kamu di Syurga. Aaaminn. =)

InsyaALLAH, marilah kita bersama-sama memperbaiki solat kita. Mengecapi solat yang khusyuk. Dan semoga ALLAH SWT menerima segala amal ibadah, melipat gandakan pahala kita, mengampunkan dosa-dosa kita, melindungi kita dari azab kubur dan azab api neraka, dan menempatkan kita di kalangan hamba-hamba yang beriman, beramal soleh, bertaqwa dan sentiasa taat kepada ALLAH di Jannah, di Akhirat kelak. Aamiin..


2 comments:

fateen_zahari said...

waaa..awen dh tgk eh?? kak aten penah baca novel dia,perghh menusuk kalbu.. serius kak aten ms baca tu cm malu plak dgn delisa >.<

Noura Nur said...

amin..yup..setuju sangat