Monday 1 April 2013

Kahwin Muda - Part 2

Assalamu'alaikum! hai. alhamdulillahi rabbil 'alamin.. sudah agak lama jugak aku ndak update blog nie. it is almost two months since my bestfriend's birthday.. dan alhamdulillah jugak semenjak bulan dua hari tu sudah start sem baru, dan ini pun baru saja selesai mid-break.. ohhh kenapa rasa sungguh sekejap saja cuti nya?? haha. 10 hari je. aku ada camping, then lepak di rumah. duduk rumah, being so passive, so aku datang lah sakit macam-macam sbb hari biasa aku sangat active bergerak sana sini walaupun malas bersukan.. since uia banyak tangga bukit bukau, anggap ja hari-hari aku ada program running man.. ji-hyo lah konon! choiiii

So ni nak cerita pasal kahwin muda. Aku tau semua excited bila sebut pasal kahwin. Campur aku lah. Dulu lah. Skrg aku sudah kurang excited. Mungkin sbb tahu banyak sangat dugaan cabaran ujian dan mungkin sebab rasa diri yang belum cukup dan jugak sebab rasa ada banyak persediaan yang harus dilakukan sebelum bernikah. Tapi zaman sekarang orang prefer kahwin awal, lagi ramai yang kahwin muda, mungkin sebab kesedaran di hati yang kita memang haram couple, tapi rasa membuak-buak untuk bercinta, so kahwin terus. Bagus lah. Alhamdulillah lah pada yang jodoh awal, syukur :) Yang jodoh lambat nie, haha, jangan risau bah. Sampai tu nanti inshaaALLAH :)

Tadi actually aku pi satu wedding. Tak mau cerita panjang, so masatu tengah makan, abg ipar aku pun cerita lah dengan tuan-puan rumah pasal kisah pemandu teksi dan penumpang. Aku pun tak ingat sangat the whole story tapi cerita dia pasal kisah nikah anak encik penumpang kot. Ke encik teksi. Tapi pasal kahwin. Ok lah, we make it pasal penumpang lah senang. So, the taxi driver lah yang bertanya. Penumpang tu cerita lah yang anak dia mau kahwin. Then, taxi driver tanya, berapa hantaran? Penumpang tu kata, RM1100 saja. Driver taxi tanya, kenapa murah sangat? Then penumpang tu kata, dah tu buat apa lah kita nak mahal-mahal, hutang sana hutang sini, dia nikah anak kita, dia bagi berapa yang dia mampu, dia jaga anak kita baik-baik, cukup lah. Kerja senang. Simple. Kita mau kahwin tu jadi senang, bukan jadi susah. Nak kahwin senang, masa kahwin senang, after kahwin pun senang......

So, bila kita dengar benda nie, mesti lagi rasa, senangnya untuk kahwin kan? Tapi iya lah, kita hidup beribu dan berbapa. Pasti parents kita mahu yang terbaik dan pasti cara pemikiran juga berbeza. Tak semua orang open-minded. Tapi orang yang kita kata tak open-minded tu, tak semestinya close-minded. Mungkin diorang fikir jauh lagi. Wallahua'lam. Sebagai contoh, adik saya, mak bapak saya cikgu, kenal ramai orang, tapi tak semestinya kami kena study molek dapat kerja baru boleh kahwin. Adik aku baru first year di UMS sudah kahwin. Kalau dah jodoh.........

Bila abang ipar aku cakap bab-bab jodoh nie, lebih-lebih lagi di rumah kenduri kahwin, aku pun kenalah tempias sekali. Dia mmg suka heboh satu dunia aku punya turn ndak lama lagi. Lucu! Even orang-orang tuan puan rumah tadi tu pun siap cakap, oh dia lepas nie? bila? Abang aku gelak dan cakap, "InshaaALLAH!!!!!!" - gaya orang penang dengan penuh keyakinan dia. Hahaa. Aku senyum ja lah. Manatau maqbul, kita iyakan saja. Hoho.

Then the aunty again masa balik siap tanya aku, ni nak balik sabah lah tak lama lagi ni buat hal 'kerja'. Aku hanya mampu senyum, maksud nya 'kerja' tu, hal kerja kahwin. Ngehngeh.

Makcik, saya takdak sapa-sapa lagi makcik. Kalau ada Tuan Sheikh yang berani jumpa bapak saya, takkan ku katakan TIDAK. Hahaa. Over nau! Biar bukan Tuan Sheikh pun, tapi kalau ala-ala tu, kita terima inshaaALLAH.. Jika diizinkanNYA.

Cakap hal jodoh nie, susah sikit. Bukan boleh main cakap jak. Suka, tak semestinya baik untuk kita. Benci, tak semestinya buruk untuk kita. Dan macam-macam lagi. Rasanya orang lain di luar sana pun lagi arif berbanding saya, wallahua'lam.

Tapi apa-apa pun, kapan pun jodoh itu sampai, kita doakan saja siapa yang telah ALLAH tentukan berjodoh dengan kita itu adalah orang yang baik-baik, berakhlak mulia dan hati yang penuh ketaqwaan. InshaaALLAH. Doakan ana, maqbul du'akum inshaaALLAH =)

#Hari ni malas mau edit kasi kaler2. Baii~