Thursday 23 May 2013

Sinar Yang Malap

Di sepertiga malam ini. Aku kembali merenung diri. Melihat kembali hari-hari lalu. Mengimbau rasa rindu yang pernah berlabuh. Iya, aku rindu! Rindu pada masa itu. Rindu pada rasa itu. Di seketika ini, aku bagai dalam mimpi. Di ketika-ketika ini, aku seperti jauh pergi. Tapi malam ini aku seperti terjaga dari mimpi. Aku ingin kembali ke masa itu. Bukan tidak pernah aku memikirkan, namun sering kali aku gagal. Gagal kerana usaha yang tiada usaha.

Di satu jalan yang lurus. Aku berdiri di bawah neon lampu. Lampu yang putih, yang terang. Aku lihat lampu itu, wah cantiknya. Terang dan mendamaikan. Langsung tidak menyakitkan mata. Namun membuahkan senyum di bibirku. Saat ia memancar menerangi aku, aku merasa dunia ku sempurna. Tiada yang aku perlukan melainkan lampu itu. Walau tiada siapa di sekeliling ku, aku merasa cukup. Kiri kanan depan belakang, semua kosong. Hanya aku dan lampu. Bahagianya! 

Satu masa aku memandang lampu indah itu. Mengapa ia sudah tidak seterang dulu? Mengapa ia seakan pudar? Mengapa aku tidak tersenyum? Malah aku sebok melihat ke sana ke mari mencari sesuatu yang lain. Dulu aku cukup bahagia hanya bersama lampu ini. Tapi masa ini aku melilau kiri kanan depan belakang. Aku alpa bersama mereka. Aku asyik sehingga aku terlupa neon ku yang semakin malap.

Aku merenung dia. Kenapa kau semakin aku lupakan? Mengapa setelah sekian lama aku tak menjengah mu dan kau sudah tidak seterang dahulu? Kau merajuk padaku kah? Dan apakah aku yang salah? Sedangkan memang itu sifat mu yang memberiku cahaya.

Aku merenung dia. Kaca yang melingkarinya penuh dengan habuk. Dari jauh bisa ku lihat. Dan baru aku perasan setelah sekian lama aku tidak merenungnya sebegini lama. Ohh habuk yang memalapkan cahayanya. Dari mana datangnya habuk ini? 

Aku tahu. Salah aku yang membiarkannya. Aku yang bersalah kerana tidak mengelapkan agar ia terus benderang. Aku tidak menggilapnya agar ia terus memancar bersih. Aku yang tidak mengendahkannya sehingga dia tidak mampu memberiku cahaya seperti sedia kala semahunya. Memang salah aku.

Aku lihat lagi. Aku boleh mengelap kaca itu. Aku boleh membersihkannya. Aku boleh. Tapi mengapa hanya aku renung dan membiarkannya terus dipenuhi habuk? Aku lihat saja. Aku tiada usaha. Usaha ku hanya melihat dengan harapan dia akan memberi ku cahaya yang indah semula tanpa berusaha membersihkannya dari segala kekotoran! Aku ada kudrat itu tapi....... Aku tiada usaha... aku tiada usahaa.....

Mengapa? Mengapa? Aku terlalu selesa diterangi cahaya lampu yang sepatutnya aku jaga. Aku yang patut terus setia bersamanya walaupun dia berada di sebatang tiang yang teguh dan kukuh. Aku tidak perlu ke mana-mana, kerna dia takkan kemana. Aku harus terus bersamanya kerna aku tak tahu ada apa di kiri kanan depan dan belakang itu. 

Aku harus setia. Aku harus terus berdiri bersamanya. Aku harus membersihkannya dari habuk kotor itu. Terus-terusan. Bukan sekali dua. Namun acapkali. Agar tiada habuk yang bisa menepek terus di kacanya....




OH ALLAH......... Agama mu, cahaya hidup ku~
Aku rindu getaran itu Ya Rabb
Aku rindu rasa rindu yang terlalu
Aku mendambakan cinta yang pernah ada dihati untuk kembali
Aku rindu Ya ALLAH....
Bersihkan lah...
Bersihkan lah...
Sucikan lah...
Sucikan lah...
Bantulah aku... Bantulah aku...
Laa hawla wala quwwata illa billah......

Tuesday 21 May 2013

Kahwin nak grand je ke ?

Semalam terlihat photos yang diupload oleh one of my schoolmate dekat Instagram. It was a wedding ceremony. Tema color peach. Ada pengapit-pengapit and flower girls. Freehair and hijabster (Perkataan si Hani selalu pakai untuk si Rara). Haha. One of the photo siap ada briefing lagi untuk all these aweks.

Sememangnya topik kahwin ni topik paling hangat dalam dunia habaq kat hang! Siapa-siapa pun bila sebut pasal kahwin excited, ye dok? Tapi, aku rasa, still, there are some 'human' yang tak excited. Tapi itu hak masing-masing. Kita tak boleh nak condemn orang yang ada pendirian macam ni. Suka hati dia lah, kau nak sebok ape? Yang penting, sama-sama kita doakan kita bertemu pasangan yang soleh-solehah, baik budi pekerti, manis sedap elok mata memandang, dan sefahaman. 

Bila fikir balik, kenapa zaman sekarang ni, semua orang berebut mau kahwin dengan satu ekspresi yang bilamana kita tengok, kita akan sebut-- woww! gile lah! grand habis! (sambil nak tebeliak bijik mata kau!) Kann? Don't you think so? Tak tahu lah. Bila tengok-tengok, ye lah, maybe sebab kahwin sekali seumur hidup, jadi depa pun nak lah buat the best among the best. Tapi........

Dalam adik-beradik saya, baru 2 orang yang kahwin. Kakak saya yang nombor tiga. Dan adik saya--saya ada satu je adik dan dia adik lelaki, and takde abang. So yang first kahwin, kakak saya lah ofcourse. Masa dia kahwin dulu, hmm, nak kata grand, takde lah grand sangat, nak kata simple, tak jugak, biasa-biasa ja. Orang Tawau punya style bah! Haha. Tapi untuk wedding dia nie, kami buat 3 hari 3 malam jugak, siap pakai adat Brunei lagi. Hohh letih mak. Tapi serious puas lah sebab anak first mak ayah yang kahwin. So cam happy lah. Plus, dia nie kira bahan eksperiment jugak. Kekeke. Sebabnya tau dah di mana nak carik baju pengantin, pelamin, tukang masak, blablabla.. And also, maybe dia ni jugak the first and the last yang ber-adat brunei kahwin nya. Haha. Nda mau lah sudah buat pasnie. Hoho

Adik saya pulak. Sangat simple. Nikah pagi di Masjid Likas, terus majlis belah pompuan di masjid tu jugak sampai lepas Zohor. Petang rehat. Malam belah kami. Then, habis. Rumah the pengantins dekat ja, dalam jarak 10-15 minutes agaknye. 

So from these two ceremonies, boleh lah agak-agak macamana kami yang lain mau buat pulak kan. Yang penting simple, selamat, doa dari orang ramai, alhamdulillah. :) 

Tapi paling best is kawan ku si Hani. Haha. Dia cakap, bila dia kahwin, dia mau serve nasi ayam ja. Simple dan senang dan sedap. Haha. Hmm, so true. Aku pun terfikir benda yang lebih kurang macam tu, tapi idea kuu........biarlah rahsia! Hikhik~ Tunggulah time aku kahwin nanti, itu pun kalau my mom approve. Haha. 

Monday 13 May 2013

when i feel...

Aku berdiam diri bukan kerna aku bisu
Ada suara yang berbisik
Hanya hati yang mendengar
Ingin ku katakan
Tapi pasti itu bukan yang terbaik

Mereka benar
Mereka selalu benar
Mereka sentiasa benar
Bila aku berkata, mereka terus benar
Aku lah si pesalah
Ibarat dosa yang terlalu jahat sifatnya
Aku mungkin buta mata
Tapi mereka buta hati
Malah nafsu marah terus membelenggu diri

Luka yang berdarah
Dulu ia adalah parut
Pernah berparut
Dan sekarang berdarah lagi
Terus berdarah
Sehingga tidak mampu diobati
Dimana kan ku cari penawarnya?
Ada. Pasti ada.
Tapi mana bisa aku lupa letak duduk parut yg pernah ada..andai pun ia telah hilang

Aku kegelapan
Silapku...
Aku kesesatan
Salah aku...
Aku terlihat bayang sinar cahaya
Namun aku diam. Diam membeku..
Diri jijik pada diri sendiri.
Atas rasa dan luka yang membanjiri naluri

Menghela nafas
Berat dirasakan
Menghembus nafas
Mengharap beban terlepaskan
Apa yang ada lagi jika bukan hati yang kuat?
Bila iman mu kuat, maka kuat lah dirimu...
Engkau kuat.. engkau mampu..
Tiada daya dan upaya, segalanya hanya dariNYA...