Wednesday 6 November 2013

Kekecewaan

hari ini aku merasa kekecewaan yang sebenar. tapi redha. biasalah kecewa kann. sebab nya, tadi dapat kertas jawapan paper pertama mid term kali ni. kertas tu aku agak pulun baca jugak la. tapi rasanya setakat tu jak. tapi baca lah. compare to other papers, subjek ni memang aku baca betul-betul. tapi dapat markah yang just enough. more than half, alhamdulillah. cuma macam baru ada perasaan yang, 'ini ja markah aku dapat?', selama aku belajar di UIA ni. aku tau rezeki masing-masing, atas usaha masing-masing. baru aku faham perasaan orang yang pulun belajar dan mengharapkan markah terbaik untuk exam, yang buat betul-betul. bila check balik paper tu, banyak jawapan yang tidak jelas, sir ada tanda situ. 'not clear, not clear'. nda pa lah, by the way, aku nda mengaku kalah dan putus asa. actually benda ni bagus dan sangat membantu, supaya lepas ni aku usaha lagi. since aku ni sangat lah relax, semua benda ambik mudah dan senang, terlalu santai, kurang work hard. so lepas ni kena make sure aku baca betul-betul, ingat betul-betul, paham kan soalan tu betul-betul, sebab tadi ada satu soalan yang dia minta pasal past, aku kurang penjelasan pasal masa lalu. so, that is totally my mistake bila menjawab tidak menepati kehendak soalan, right? so.. inshaaALLAH i will try my best more :)

dan ada cerita lucu. last monday, masa otw ke masjid untuk grand maulid. aku and kak ana kena kejar ambuk! haha. ambuk is monyet. so that is the funny story. aku memang nda tau suda apa mau jadi, yang aku tahu aku lari, dengan pecut! ahaha. kalah sudah jaesuk dalam running man. haishh cincahh!. tapi memang kenangan tu sebab akhir tahun hijrah, betul-betul mau masuk maghrib tu, haha. sebab sekitar 6.30. bilang kakak ku, hebat, permulaan tahun baru ku - bergerak laju dan pantas! haha. inshaaALLAH, semoga kita menjadi orang yang cergas, pantas, laju dan cekap! yeah~

Friday 1 November 2013

Bukan cantik semata

Past few days, i met Ainaa and we talked about searching a partner.
And she said, she read about one article and it says that, "ugly person are easier to find a partner",
and she said, "kite bersyukur lah akak, sebab tandenye kite ni cantik lah jugak!"
haha. tegelak aku. sengal tol budak manja sorang nie.
and she said, "tapi kakwin takpe lah, akak lawa, senang je nak dapat mana2"..

hmm. tang tu buat aku sentap sikit dan terdiam.
yes, cantik itu subjective. ada orang kata aku lawa, ada kata tak.
ada kata comel, ada kata tak.
dan semestinya sangat pasti ada yang kata biase jeee.
depends kat mata masing-masing lah kan.
tapi memang terkecuali lah orang-orang yang mmg lawa!
diorang tu kat mata sapaa pun mmg lawa :)

and talking about this, cantik semata bukan menjanjikan kebahagiaan.
and this is so true!
i am not saying that i am pretty, but i spent four years waiting and hoping for someone!
menunggu dia datang, mengharap dia datang.
empat tahun ya. empat tahun! bukan sekejapp. lamaa.

aku ingat lagi, dulu aku pelik sangat orang yang setia nauu ni.
dalam hati cakap, eee kalau dah kena tinggal or orang taknak tu, move on je lah. tak yah setia bagai nak rak sebab setia tu tak berbaloi kan? dah kena tinggal, orang tu tak suka, tak berjanji apa-apa then kau nak setia bagai. buang masa ok!
but then bila kena kat muka batang hidung sendiri, baru aku tahu, baru aku faham.
memang susah. memang payah. tak senang. dan bukan mudah~
bila hati dah tahu apa yang kita nak, siapa yang kita nak, hati tu memang susah nak terbuka pada orang lain, pada benda lain.
bukan kita tak try to move on, tapi this thing sangat la takes time.

yeap. bukan cantik semata.
bila lelaki itu memang suka kau, bukan mudah dia nak ungkap kan, ucap kan. lebih-lebih lagi yang beragama, yang tahu dan berpegang pada 'jodoh tu di tangan Tuhan'. nanti kang tak pasal-pasal terjanji palsu pada anak orang. sebab tu mereka sabar. walaupun suka!

honestly, dalam masa beberapa tahun di uia ni, tipu lah kalau aku tak coba cari orang lain. ada memang ada. tapi like i said just now, bukan mudah. kita suka, kita minat, kita tertarik, tapi cuma suka, cuma minat, cuma tertarik. not more than that.
memang rasa bersalah bila seperti memainkan perasaan orang tapi kita takde niat untuk melukakan pun. kita niat nak move on, nak gembira, nak buka buku baru, tapi sayang, buku lama belum habis rupanya. masih banyak blank page.

dan cantik juga bukan semata-mata cantik.
kecantikan perempuan ini bisa membutakan hati lelaki.
ya benar dia suka. tapi dia juga tidak menyangka dia akan suka.
dia suka setelah dia sudah berjanji dengan orang lain.
salah dia kah? ofcourse not!
dia dah ada pilihan. then kenal kita. dan dia suka kita~
tahu tak sakit nye hati dia bila dia dalam dilemma?
dia tak sengaja nak suka...
memang kita sakit sebab seperti di permainkan tapi can you imagine how he felt that time?
okay. this is history. and he got married already :) barakallah~

ya, bukan cantik semata.
like my sister said, tengok nasha aziz. sangat cantik.
tapi jodoh tak ada. belum ada.
sebab tu kata tak semestinya cantik senang nak dapat pasangan. takkk~

dan bila aku baik balik dengan lelaki yang aku tunggu-tunggu tu,
aku dah rasa takde ape dah..
bertahun aku spend masa dengan menunggu, dan mengharap
selalu ternanti, bila lah dapat jumpa, rapat, dan baik balik macam dulu
bila dah dalam keadaan sekarang,
aku bersyukur sebab kami dah baik.
aku bersyukur sebab kami boleh berborak macam biasa.
aku bersyukur sebab aku boleh tanya mcm2 soalan dan dia jawab dgn mcm2 jawapan.
aku bersyukur..
tapi lain.
aku bersyukur sebab kami dah kawan balik,
dan bersyukur sebab aku boleh anggap dia betul-betul hanya kawan
tanpa perasaan menunggu dan mengharap itu
perasaan tu dah tak ada
aku redha..
aku redha..
kesakitan lama hilang dengan rasa redha yang hadir..

dan hadir lagi bulan november
pretty november!
oh ya this is my month
because i was born on this month
in the middle of the month
23 tahun. 23 tahun.
syukur alhamdulillah.
23 tahun dan menuju Jannah. InshaaALLAH~
semoga bertambah-tambah cantik khususnya dalaman ku, rohani ku
kerna jika itu cantik, automatically the outer part will be beautiful too
Alhamdulillah~