Wednesday 23 January 2013

Cintaku di Setiawangsa

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh. :)

Salam Maulidur Rasul Yaa Muslimin wa Muslimat, Mukminin wa Mukminat..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin~ Syukur ke hadrat Ilahi, bernafas lagi kita sehingga ke hari ini, dan berrezeki menyambut Maulidur Rasul - Hari Kelahiran Nabi, bersama-sama, menyampaikan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, Penghulu kita.. Sallallahu 'alaihi wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam.. Teruskan selawat mu, perbanyakkan selawatmu, walau di mana kau berada, bila-bila masa, tidak mengira tempat, teruskann, di bulan ini juga teruskan lah di lain-lain bulan, InshaaALLAH.. Syafaatnya menanti di sana :)

Hari nie saya tak mau cakap banyak. Tapi nak cerita pasal kisah cinta saya. Cinta di tanah Setiawangsa yang indah. Siapa tak pernah pi, ni saya nak habaq mai :) 

Siapa tahu Masjid Muadz bin Jabal? Siapa tahu?
Dekat ja dengan stesen Setiawangsa kalau kita naik LRT Putra..
Ha.. Masjid tu, eeeevery friday night, dia akan buat majlis ta'lim..
Majlis mawlid.. Majlis Qasidah..
Sangatt sangatt sangatt best! Indahhhhh :)

Okay, dalam sebulan, hari Jumaat ada 4 hari kan? 
Jadi, 3 hari Jumaat, akan diadakan Majlis Ta'lim.. dikelolai oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid (Pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza)..
Kita akan ada bacaan durud, ceramah agama dari Habib nie..
Macam-macam topik di bincangkan, dan akan ada juga tilawah dan tadabbur..
Membaca ayat-ayat Al-Quran dan memahami maksud dan cerita di sebalik ayat..
Habib Ali banyak rujukan dari para Guru dan kitab-kitab..
Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati beliau sekeluarga..
Kenal Habib Ali? Boleh tengok TV AL-HIJRAH, beliau selalu ada..
Ada rancangan Cinta Rasul.. 
Senang kenal beliau.. Muka arab-arab, slang dia, ada bunyik indonesia sikit..
Seronok dengar Habib nie bercerita :) 

Dan, satu Jumaat lagi, akan diadakan Majlis Qasidah..
Malam nie sebulan sekali, jadi memang masa nie akan berduyun-duyun orang datang..
Penuh masjid dengan baju putih :)
Malam nie tiada ceramah ilmu seperti biasa, kita hanya akan berqasidah saja..
Dan akan ada juga orang-orang yang berkompang-kompang..
Lagi, dalam masjid tu, diorang akan sediakan LCD so dapat nampak lah Habib Ali besar sikit, hee
Di luar, dulu pakai LCD jugak, tapi sekarang sudah pakai TV.. lekat kat dinding gitu :)

Oh yaa, majlis nie di-organise oleh Darul Murtadza :) 
Kalau ada mana-mana majlis ilmu, ta'lim, haul, mawlid, qasidah, pasti Darul Murtadza juga terlibat :)

Sekali lagi saya ulang, majlis ni setiap hari Jumaat, lepas Isyak, dalam pukul 9.15 start, habis pukul 11.15pm begitu.. Budak UIA sempat ja pergi. Saya biasa naik bas yang last sekali - bas terakhir, pukul 12am. So bas akan turunkan penumpang depan gate depan sana. Hahh, gigih lah kau jalan dari gate sampai ke Mahallah Asma'! 
Siapa yang belum pernah pergi, boleh lah join lepas nie :)
Seronok sangat.. apalagi bila yang Majlis Qasidah bulanan, indah rasa di situ.. Bila kita ramai-ramai bersyair tentang kisah Nabi.. Kita menyanyikan sambil tengok skrin, ada bahasa arab dan meaning nya sekali.. Jadi kita faham lah cerita-cerita nya :)

Hari tu pun, masa bulan October, betul-betul sebelum pergi ke Mabul Island untuk community service, saya sempat dan berrezeki serta berpeluang ke Majlis Malam Cinta Rasul - yang pertama kali di adakan di Malaysia. Masa tu, depa buat dekat masjid KLCC tuh. Habib Syech dijemput khas.. Lagu-lagu beliau, qasidah-qasidah beliau memang best! Paling popular 'YA HANANA'.. Siapa belum dengar boleh search di Youtube :) 
Masa tu pergi dengan Qila & Kak Ana :)
Semangat bila ada di situ :) Lain feel nya :)
Sekarang pun, Malam Cinta Rasul ni, makin bertambah-tambah program nya. Dan Alhamdulillah, Habib Syech ada memenuhi keindahan majlis di Malaysia nie.. 
Semoga ALLAH SWT merahmati Habib Syech sekeluarga, Aameen..

Saya start ikut majlis mawlid nie masa bulan June 2012..
Sebelum diorang berpindah ke masjid nie, diorang buat di surau dekat keramat..
Lepas tu, makin ramai orang, tempat pun ndak muat, diorang tukar pi masjid nie..
Masa tu saya tahu masa tahun 2010, tapi ndak berpeluang dan berrezeki untuk pergi lagi..
Tapi alhamdulillah, akhirnya sampai jugak ke majlis yang indah inii :)
Ada jugak beberapa orang kawan saya bawak, dan inshaaALLAH mungkin di lain-lain masa, anda-anda yang membaca juga berrezeki ke sana sekali bersama saya atau pun tanpa saya, inshaaALLAH :)

Meh tengok gambar lah sikit nah :)



ini di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa. 




ini pulak di Masjid KLCC tu. - masa nie diorang belum masuk - majlis belum start



 masa nie, Malam Cinta Rasul, diorang provide buku untuk Qasidah-qasidah.. free..
kalau di Setiawangsa tu, buku ada di jual :) so boleh beliii...






ha, kami duk sebelah kanan. depan stage hanya untuk lelaki. dan sepatutnya perempuan duduk dalam masjid, area tempat solat tu, tapi disebabkan speaker x berfungsi, lcd pun x keluar apa-apa, diorang suruh kami keluar balik, duduk di luar tapi area belah kanan ja :)
yang tengah berdiri tu, itulah Habib Ali :)




 share sikit status di fb tadi sempena maulid nabi nie :)
siapa belum add fb, boleh lah add - search jak nama tu :p
#bajetretis



oh ya. beberapa hari ni, saya duk layan 30 minit Ustaz Don.. tadi layan lagi.. tengah syiok tengok, tiba-tiba Umi kata,

"Winn.. mau menantu macam tu!"

Aku terus, "?? - InshaaALLAH!!".. - Intonasi ala-ala Ustaz-ustaz (kuat dan yakin). 

Aku kata, 'kat UIA banyak kot~',- Intonasi yang kurang yakin dan pelan. banyak kott? bukan banyak kot! ha..

pastu Makcik kata, 'Sekarang nie ramai ustaz-ustaz muda, carik lah satu nak!'

Umi kata, 'Iyaa, imam-imam muda tu'

Hmm.. tiba-tiba dok pikiaq, manaa nak carik lelaki lagu nih? Haha, banyak ja kat majlis ilmu, ta'lim, haul, mawlid tu.. Hehe, tapi ofcourse lah saya tak kenal. Aku pi sana pi majlis ilmu, bukan cari jodoh. Datang, duduk, habis - terus balik. Tapi ada juga lah yang kenal through fb sebab kawan kepada kawan. Jadi berkawan lah :)

Tapi serius saya suka cara Ustaz Don. Bila dengar dia cerita kat TV, haha semangat aku, khusyuk dengar wuu.. Dia kalau bercerita macam tengah cerita kat budak-budak, comel :) Paling best suara dia, tenang ja, slow ja, lembut ja. Kita dengar pun, sedap telinga mendengar, tersentuh hati. Bila dengar beliau mengaji, sedapp nye cik oii. Tapi paling bestt bohhh, tang bahasa UTAGHA tuu.!! Haa, aku pantang bab-bab utagha nie.. Kan cek dah habaq dahh, bahasa Utagha nie SEXY!! hehehehe :p 

# post ke 100.

No comments: