Sunday 6 January 2013

Seharian bersama Gamul & Gamul Jr

 assalamualaikum.. haii! 

hari ni kak gojesh agak letih sikit tapi alhamdulillah kerana letih ini adalah letih yang penuh barokah dan rahmat di mana hari ini saya - di temani dengan dua permata hati yang sangat menawan kalbu ku. and guess what? er tak payah guess sebab dah tahu dah kot.. anak jantan i datang u! ha gittuew! gemok dah dia, geram aku! *buat gaya nak gigit. hari nie kakak i bawak gamul jr sebab dia tau i rindu kot, hik. so saja lah bawak, suruh i jaga untuk mengasah bakat ibu yang terpendam lagi, #aww

seperti biasa, mama dorang ada exam hari nie, dua papers tu you-alls! so ahkak datang lah selaku babysitter a.k.a nanny a.k.a ibu yang so loving menjaga anak-anak dengan penuh prihatin dan penuh kasih sayang malah penuh tungkus lumus apa lagi part tukaq pampers tu ha. (bunyi kedah kena ada, #hiks

hari ni, macam semalam, kakak i datang dalam pukul 9, then kami pergi masjid sebab budak-budak nie tak mandi lagi. so kene mandikan lah budak dua ekor nie. i mandikan si kecik, kakbie mandikan si kakak. baby biasa je lah, lap-lap je. tak susah. yang susahnya mungkin part si kecik ni haluih-muluih lagi kan. tapi tak susah pun, i mean, we still and always have to be very careful, tapi sebagai perempuan nie kena ready awal, kena belajar sebab one day, inshaaALLAH ada rezeki akan ada anak sendiri. cano tu ha kalo tak ready jago anok? tapii, bak kata orang-orang, bila dah beranak sendiri tu nanti, pandai lah tu :) cumenye ape yang ahkak nak nasihatkan kat sini, belajar lah apa-apa benda, kat mana-mana pun, as long as benda tu baik dan untuk masa depan kita, belajaq lah. so, nanti bila kita dah dalam situasi tu, kita dah tau apa nak buat, apa kena buat, pehe dok? baguss :) 

si kak bie pulak mandikan sameera. haha kesian si kakak. sebabnye, dia mandi dekat tempat wudhuk tu ha. ayaq uia kan sejuk! aku pun kadang-kadang tak tahan nak mandi. menggigil-gigil ahkak tau! kadang-kadang dengan penuh rajin ambik air panas kat watercooler tu. sedap sikit mandi. semalam aku mandikan dia, kesian, kesejukan, tapi aku gelak sebab kesian dan lucu. tapi bila hari ni aku dok sebok uruskan si adik, so dari jauh aku dengar je suara si kakak nangis-nangis, jerit-jerit, merayuu kat umi dia, "umi! umi!" (terus lancar dia sebut kakbie kata). rasa sedih dan sebak pulak. #lapayaqmata

lepas tu nak cakap pasal hal jadi mak orang nie, actually tak senang woooo. #serius tak senang! aku memang teringin nak jadi mak orang sebab tu aku reti nak jaga budak-budak nie ha. aku dah anggap macam anak aku. penat macamana pun, budak-budak nie amanah ALLAH, kena jaga elok-elok. kena terap pendidikan agama awal-awal kat hati diorang. hati tu yang penting. masa kecik-kecik nie lah kena banyakkan zikir kat depa, baca surah, even semenjak dalam perut lagi. (untuk pengetahuan yang tidak mengetahui, saya adalah pemegang diploma pendidikan islam awal kanak-kanak ye).

jadi nak di jadikan cerita tentang pengalaman ahkak tadi, macam nie, masa aku dok jaga anak-anak ni tadi kan.. ini masa sesi petang (cam sekolah), mak diorang ada exam kul 9 and kul 3 hari ni, jadi ni cerita petang tadi. kami dok lepak kat masjid lah sambil tunggu mak dia exam. so, pas mak dia gerak pi hall, aku dok jaga si akashah saad nie. dia tengah tidoq. pastu, si kakak nie pulak main sana, main sini, dah lah tadi termuntah, habis active sangat! hyperactive. muntah, keluaq semua, acid lactic katenyee! haha. tak padan ngan muntah, sambung main, tak serik budak kecik ni oii. lepas tu, saad tengah tidoq, sameera pulak nangis-nangis tak mau tidoq nak main. kakbie dukung, bila kakbie nak letak bawah, dia marah. pastu, sebagai ibu yang berkaliber, aku hamik lah budak nie ha. "meh kat ibu nak, ibu dodoi". aku dukung lah anak soghang nie. dok zikir. dok nyanyi. dok dodoi. last-last tidoq laaaaa kakak gamul nie. 

dah satu ok, satu pulakkkkk buat hal. merengek nak kat tangan. saad memang ngade sikit, tapi die ngade baik, jarang buat hal, cuma dia nak orang pegang-pegang. touch-touch gitu. tapi tak boleh go! ha. lepas tu, ibu sekali lagi lah pi dodoi budak sorang nie. nangis pulak. ape tak kene tak tau. rupenye lapaaaarrr bahh. susu tinggal kat keta. kakbie pi amik. kete parking depan rector building. aku dok nyanyi, zikir, hmm hmm hmmm sikit, budak nie lena pulak. tapi bila aku duduk, maghah! #samangankakakdia. pastu bila susu mai dah, bagi susu, puas hati kenyanggg.. urkk! tiba-tiba berak pulak. aku tukaq lah pampers (sebenaqnya diaper kan? pampers tu jenama). letak minyak telon sikit takut masuk angin. pastu tiba-tiba muak lah pulookkk. habis semua susu keluaq~ hadui, anak ibu. kesiann. aku lap sana, lap sini. pastu kesian dia hick-up. hek! hek! aku dok pegangggg lah sampai dia tidoq. bila dia tidoq (kat tangan aku), aku pun nak tido gakk. terlelap, dahi dah bertemu dahi dia, tiba-tiba si kakak pulak bangun, tekejut, nangis, mimpi apa x tau! tapi kakak aku kata, kalau time ptg dia selalu tidur, tebangun sebab mimpi hantu. haha. pastu dia tak mau kat mak dia, mak dia nak ambik dia tak mau, dia nak mak-mak yang lain yang dukung. mimpi apa time tidoq pun tak tau lah! kesian budak kecik. pastu, dok jaga si kakak pulak dah.. zikir-zikir, nyanyi-nyanyi, sampai dia ok.. 

pastu, waktu azan asar lawak, dia nak mengada and nak mengamok, aku cakap, hah! hah! shuh! azan-azan! *buat gaya excited cam ade something lah, nak seek attention dia. pastu, bila azan, dia terus cakap, "mama-mama, aaapa ko buat tuu? apa nye menyi menyi?" *bunyik pelat dia sambil tunjuk speaker. 
aku tak faham pun apa dia cakap. tapi buat faham je lah. ajak je borak. budak baru nak belajauu kate ko! and nie dah 2 3 kali dah kot dia panggil aku mama. confuse ngan mak dia. habis aku dok melepak kat uia ja. jarang balik. so jarang dah dengar sebut ibu. 

tapi apa yang saya nak habaq kat sini kan. bayangkan, bila kita jadi ibu, mak aii. ini baru dua anak tau. satu macam tu. satu macam ni. satu nak tu. satu nak ni. tengok macam aku tadi, tak rehat dibuatnye! lepas satu, satu. lepas satu, satu! bayangkan, tu ade akak aku (kakbie), kalau kakbie takdak? i mean, bayangkan bila kita jadi ibu nanti, takdak sapa tolong kita, kita yang jaga semua, buat semua.. tu lah sebabnya 
'syurga itu di telapak kaki ibu'! 
hebat tul sapa-sapa yang jadi ibu nie. SUBHANALLAH!
aku memang tabik lah ibu-ibu sedunia nie. hebatt! sungguh hebat kasih sayang mereka terhadap anak-anak yang ALLAH kurniakan.. 
ALLAHU YA KAREEM!

aku malas nak cakap dah, hangpa tengok lah gambar-gambar yang ada nie ha... 

CAJAAAAAAAAAAAA!!!!! 
(tadaaa actually tapi sameera yg sebut macam tu)


ni masa kat hs nie ha. dok makan roti telur. licin you! #lapaq


 gamul junior

 bosan. takde orang layan. dok temenung. favorite dia tu temenung. 


 ini masa kat johnny's. kami pergi jj wangsamaju tengahari tadi. #bananasplit


 ini yang masa aku dodoi first time uh. #pengsan!


hamek kau! 


 
 kakak borek, adik rintik.


 ini lah ibu yang berkaliber tu. #bajetayu. 
tolong bagi skala tahap keayuan 1-10 pls. HAHA (superover)


 tengok tu. lena gila tido kat tangan ibu yang ayu. #anugerah


tiba-tiba ada pulak orang bersenam - bersukan - bersukaria di masjid nie. 


2011 - ibu & sameera umur seminggu | 2013 - ibu & saad umur 3 minggu 
tapiiiii kenapa si ibu tu macam gorgeous lebeh?
aww hukk!  
*sambil tutup mulut - tutup mata - tutup hidung - tutup muka - tutup semuaaaa 
sebab #titewmayuuu sangat!

No comments: