Suatu malam, Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam dibasahi air mata dalam sujud baginda kepada ALLAH subhanahu wa ta'ala.
Lantai dibasahi airmata baginda.
Tanah itu dibasahi airmata baginda.
Malah lutut dan paha baginda juga kebasahan dengan air mata baginda.
Lalu baginda di datangi Aisyah RA..
Aisyah RA mempersoalkan tentang tindakan Rasulullah yang memohon ampun kepada ALLAH SWT sedangkan baginda telah pun dijanjikan Syurga, yang tidak mempunyai dosa dan takkan pernah berbuat dosa..
Rasulullah SAW menjelaskan bahawa itu adalah tanda bahawa baginda terlalu bersyukur atas segala kurnia dan nikmat yang ALLAH SWT turunkan keatasnya yang terlalu tidak ternilai harganya, keindahannya, kenikmatannya dan kebahagiaannya..
Lalu Rasulullah berkata,
"Ya ALLAH, ampunkan dosa Aisyah, dosa terdahulu, dosa terkemudian, dosa yang nampak dan dosa yang tak nampak!"
Langsung terpancar kegembiraan yang tak terhingga di wajah Aisyah..
Rasulullah bertanya kepada Aisyah,
"Kamu seronok, Aisyah?"
Aisyah berkata,
"Ya Rasulullah, bagaimana aku tidak seronok sedangkan aku dihadiahkan doa yang sebegitu dari engkau, Ya Rasulullah..."
Dan Rasulullah berkata,
"Begitulah doa-doaku setiap malam yang aku panjatkan buat umatku!"
- HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID
YA ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH!
YA HANANA! YA HANANA! YA HANANA! YA HANANA!
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALIHI WASOHBIHI WASALLIM!
SOLLATU BISSALAMIL MUBIN LINUQTHOTIL TA'YIINI, YA GHAROMI~
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Bila kita dilahirkan dalam ISLAM, bertuhankan ALLAH YANG MAHA ESA, berpenghulukan RASUL MUHAMMAD YANG MULIA!
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Dianugerahkan dua hadiah iaitu Al-Quran dan Sunnah~
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Bila kita menghayati bait-bait indah dari Kitab Suci dan menteladani Sunnah dan sirah Rasulullah...
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Jika kecintaan itu, bertapak di hati, dengan keutuhan dan ketaqwaan yang hakiki~
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Kerna ALLAH senantiasa mengampunkan hamba-NYA yang memohon ampun dan syafaat Rasulullah SAW menanti di akhirat sana...
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Jangan kita sia-siakan keberuntungan ini dengan segala hal yang menjauhkan kita dari ALLAH SWT dan kekasih-NYA, Rasulullah SAW..
='((
No comments:
Post a Comment