Friday, 18 January 2013

1 Jam 30 Minit

Berakhir di Januari! :) Alhamdulillah.

Haa, ni kami nak habaq pasai exam nie. Dia start bulan December. Akhir bulan January. Masa exam kan, ayat paling popular sekali bila semua dok tanya,

"woi bila hang next paper?"

"bila exam lagi?"

"next paper biler eh?"

kat mana-mana kat bumi UIA, pasti hang dengaq..

"tahun depannn!" 

"aku exam lama weh, 2 tahunn!"

"jumpa tahun depan inshaaALLAH!!" - (pedahal jumpanya tu 1 januari.)


tu ayat-ayat bila 31 dec lah tu.. 2 tahun dah aku kat uia, bila exam untuk sem 1 ja, mesti tu ja lah ayat hgpa boleh dengaq.

budak-budak uia nie kadang-kadang sengaii jugak. sengai-sengai pun, alim! hikhik. so meh carik calon kat uia~ hahahaa..

dak dak dakk.. laa nie kami bukan nak habaq pasai calon ka apa ka, ni nak habaq pasai exam lah nie..

baghu nie, kami ambik 7 papers. tak banyak mana pun kalau subjek dia campoq yang simple-simple..

meh nak habaq satu-satu lah noh!

haa.. by the way.. laa ni, aku dok tweet-tweet ngan soghang junior iic aku, oang penang.. pasai tu lah dok cakap utagha.. hik :p  kami bukan oang kedah ka penang ka perlis ka, kami orang sabah bah :p #oksambung


1- study circle 2
haa paper nie, aku dak baca ponn. notes pi mana taktau. ada ja kot. tapi saja malaih. tawakkal lah konon. tapi takdak usaha. cano tu awin? isk. tahun 2013 nie kena ubah nie. untuk sem depan. biaq molek sikit perangai. molek perangai, molek disiplin, molek lah pointer :p


2 - arab 
masa ni aku agak neves lah kot sebab ni permulaan kepada subjek-subjek lain kan. bila masuk-masuk hall, duduk kat kerusi, ready, bismillah banyak-banyak, then jawabbbb. bila jawabb, 'eihh senang jugok arab nie'. haha. #jangannakphoyohsangat! :p tapi ok lah, aku keluaq 30minit awai kot rasenye. ntahh. nie ja la satu-satunya paper yang aku keluaq awai. keluaq hall, tiba-tiba...

"syazwinnie! syazwinnie!!! senang gila kan arab tadi? aku bukak-bukak paper, ehh apesal senang..? ok lah jawab tadi. cuma part yang synonym antonym tu je lah, hee happy gila jawab" - raouf sambil senyum-senyum sengihh.. muka happy gilaa dapat jawab exam. (ayat tu takdak lah sebijik-sebijik sama, gila aku pandai kalau hapal setiap patah dia cakap, memang aku DL kalau lagu tu :p) 


 3 - bm kerjaya 
ha, exam ni lah yang aku dok mention 1 jam 30 minit tu. haiyoo! aku tak tau dia 1jam 30 minittt!! aku tauuu, tapi aku buat-buat anggap dia 2 jam.. dok tulih dok jawabb, tiba-tiba, dia habaq, 'okay u have 30 minutes left'.. huiiii, tu diaaaa!! siapa tak cuak kalau lagu tu. aku dok tukaq-tukaq page ja. sat jawab depan, sat jawab belakang. haii memang aku tension. tapi tu dia lah, tak check kat cover page soalan. kat situ kan dia dah tulis, kalau aku bukak mata luas-luas, boleh set jam terus, takdak lah dok menjawab macam lompat bintang 30x dah habis masa. (aku cakap macam nie kat ac, dia gelak). tak perasan, serius! tiba-tiba dah nak habih masa. tulis mmg tak henti lah bakhang!


4 - intro to psychology 
haha yang ni memang killer subject. memang banyak gilaa mau di baca, mau di hafal! dan aku study sehari sebelum exam. gila kan? #memangakugila. ko tau apa aku buat? masa tu ada jugak kawan-kawan mai bilik study sekali. tapi disebabkan aku malas mau baca satu-satu n hafal satu-satu sebab konfem x mampu mau hafal and masuk otak, aku pi buat exercise untuk every chapter yang ada di buku teks. so, bila jawab, akan ada 4 jawapan, so from the question, aku tengok jawapan, then every jawapan tu aku try cari apa maksud dia and fahamkan. and alhamdulillah aku berjaya faham and bezakan each terms! lepas tu dengan harapan, every soalan yang aku buat tu akan masuk exam! tapi hampehh! hahaha :p aku rasa, yang masuk cuma 2 3 soalan jak. but at least, aku tahu suda meaning dia kan. jadi quite ok lah this paper. hopefully ok inshaaALLAH :)


5 - islamic aqidah 
haha. ini lagi lah sengal. aku belajar satu pun ndak, tahu! memang aku langsung x study. bukak buku ada. dan tahu apa yang aku baca? course outline jak! haha. (jadi sabah sudah aku balik). paling sengal, aku boleh p dating sama si hani di cafe econs. haha. dari jam 11, 11 ka? ntah.. until 2.30 kot. cerita-cerita-cerita.. lepas tu, aku cepat-cepat pi masjid mau solat, takut bertembung orang yang keluar masjid lepas solat jumaat. (aku exam jam 3) sekalinya otw dari econs ke masjid, depan libry tu, ramai sudah lelaki keluar! hah sudahhh! tahu kah perasann bila u can see no other woman except you? marjaye!! (betul ka tu ejaannya? maksudnya mati dalam bahasa hindustan). lepas tu aku pun naik p ikut lalu depan libry, supaya x stuck di laluan bawah depan libry tu. bila turun dekat atm mau ke masjid...tiba-tiba kazen ku tegur dan aku testop sebab dia ajak becerita sana. nahh, miatai aku pok! bediri tengah-tengah macam model. #untunggojes! hahahahaha. #over. andddd #titewmayuuu bila rupanya ada abang-abang aikol nampak aku, siap msg lagi tuh! si abang PM lah msg aku. tapi #titewmayuu dengan kawan dia yang chomel sebab masa tu diorang sama. hahaha. okbai! =,= dan untuk paper nie, serius aku jawab macam tulis blog! wakakakakakaka. panjang gila aku tulis, ntah papa jak. penuh semua mukasurat. #wow.


6 - creative thinking 
ha ini lah subjek memang betul-betul lah! di sebabkan dia terlalu creative sampai kan aku berfikir pun telampau lama jugak. soalan dia actually senang. senang jak. tapi aku kurang ulangkaji and kurang faham dan kurang ingat format thinking skills tu. aku macam ingat tapi aku blurr. lepas tu, kerja ku main bulu mata jak masa di dalam hall. jadi aku dak mau cakap banyak sebab aku stress! kalau aku repeat, aku mau ambik sekelas ngan si qila, sebab lecturer yang dia add tu, pujaan hati ku. hahahaha. Dr Bergout (sila search di IIUM staff)


7 - introduction to history 
yang ini lah paper paling best. lepas paper creative thinking, aku ada gap 1 minggu tahu! orang kata best lah sebab masa belajar ada 1 minggu, #untunglah!. tapi boleh faham perasaan kita yang tengah ada mood exam, tiba-tiba tercuti seminggu jap, and tiba-tiba ada exam lagi? dia macam, 'ehh cuti bah nie, ada pulak paper lagi..iskk!'. walaupun fikiran ku tu nda logik sbb awal-awal sudah ada timetable kan tapi serius ini lah paper paling bosan aku tunggu. aku rasa 2 jam tu macam lama gilaaaaaaaaaaaa! aku bosan. aku mengantuk. seminggu kerja ku tiduuuuuuurrrrr jakk, jadi otak ku pun sudah tetidur, tiba-tiba exam. haishh. and paper ni paling ramai gila orang keluar. aku rasa, 30 minit terakhir tu, separuh dari hall sudah keluar. hebat lah!


dan bila aku menghadapi peperiksaan kali nih, aku tiba-tiba teringat dengan Cikgu Baljeet, cikgu ku masa sekolah menengah dulu. cikgu ni dulu guru disiplin. memang garang tapi lawak. kalau dia benci kau, memang dia kasi tunjuk dia benci, kalau dia suka, dia suka lah. macam aku, sebab aku anak bapak ku, dia kenal, so kami kamceng.. dia penah heran tengok aku ketawa di longkang sama kawan ku sampai teduduk-duduk kami! sampai besok nya dia tenampak aku dia cakap, "ehh saudari kenapa semalam tu?" aku terus, "huhh? hahaha. dakda lah sir, hihiii".. sebenarnya, hari sebelum tu, yang kami ketawa-ketawa tu, aku jatuh sebenarnya, kawan ku tahan kaki jadi aku tesungkur jatuh melutut. jadi aku rasa sangat lucu. jadi kenapa? ok baii. (malu sudah sebenarnya)

so, aku teringat kata-kata popular beliau, siapa budak SMKTawau mesti ingat nie, dia cakap "jawab apa yang di tanya, bukan apa yang kamu tahu"~

aku rasa, banyak jawapan ku untuk exam kali nie, adalah, banyak yang aku tahu. bukan apa yang di tanya. haha. maksudnya, aku jawab main ikut suka hati jer. jadi, banyakkan membaca lepas nie, biar berilmu. banyakkan mendengar, biar berilmu. banyakkan bertanya soalan yang relevan, biar berilmu! :)

ingat tu,
'Jawab apa yang di tanya, bukan apa yang kamu tahu!'


p/s: btw tadi, adikku si Sabrina komen pasal blog ku, 'aduii penat adik ketawa. punchline eberiwer.'. #macambanggapulaktutau.. boleh sudah aku jadi rajalawak. hikk >.<  rajalawak sendiri2 boleh lah. tapi aku banyak merepek jak actually. tapi enjoy lah yaa :) hee

No comments: