"Jangan pernah kau ingkari.. cobalah untuk setia" - Kris Dayanti
Penah dengar tak lagu tu? Mesti lah penah kan?
Tu lagu famous dulu.
Marsha AF pun penah nyanyi masa musim AF dulu.
Kakak aku pun selalu nyanyi.
Aku pun.
Cakap pasal setia, semalam aku, Abang Paen, Nisa & Mira pegi Hospital Slim River. Melawat orang sakit. Ayah Kak Ika. Besfriend, Housemate & roomate masa di Desa View & rumah sewa Flat Sri Batu dulu. Agak lambat jugak lah kami gerak dari KL. Jalan jam, hujan lebat. Kami gerak dari Ampang pun dah pukul 3. Sampai UIA ambik Nisa & Mira, dah pukul 4. Jalan jam gila dekat Sg Buloh. Last2, Alhamdulillah, sampai jugak lah kami around 6.20pm. Masi ada sisa waktu melawat 40 minit :)
Lepas dari Hospital tu, kami singgah la rumah Kak Ika di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baru. Al-maklumlah, ramai-ramai geng, aku ngan Cici yang x sampai rumah Kak Ika lagi. Pedahal, kami 3 kenal since hari pertama masuk IIC. Sebab memang satu bilik masa masuk hostel dulu. So, alang-alang menyeluk pekasam, singgah lah kan. Umi pun memang rapat sangat dah. So, singgah lah. Best rumah Kak Ika, kawasan kampung, sejuk ja, rumah besar :) hehe.
Lama jugak lah singgah rumah Kak Ika tu. Before Maghrib kami gerak dari Hospital. Then, perjalanan ke rumah agak jauh sikit, but maybe only in 30 minutes lah kot. Lepas tu, borak-borak, makan-makan, menyengal & gedik-gedik jap ngan Umi, pastu kami balik lah dekat pukul 9.30pm macam tu.
Back to the topic, so on the way balik dari KKB ke KL, aku pun pasang lah lagu-lagu yang ada kat handphone. Melayu ada, hindustan ada, english ada, arab ada.
Pastu Nisa tanya aku, "kau takde lagu baru ke?"
Aku jawab, "takde. aku jenis tak layan lagu baru sangat. eh memang tak layan pun. kecuali ada orang dengarkan kat aku, then baru lah aku update ngan lagu-lagu baru"
Nisa, "kau nie mesti dari kecik sampai skang pakai ubat gigi yang sama kan?"
Aku, "haha, haah! memang punnnnn"
Nisa, "apsal kau tak tukar2?"
Aku, "ntah lah, dah tu yang aku suka dan selesa. best kot pakai ubat gigi tu, FRESH!" *ubat gigi RAIYA okay. *mesti ramai yang tak tahu ubat gigi nie kan?
Nisa, "haa. aku dah agak dah. kau nie setia sangat lah. tak payah lah nak setia-setia sangat tu. sebab tu lah kau tu masih suka orang yang sama sebab kau masih dengar lagu lama. tu lagu-lagu zaman kau dengan orang lama. baik kau tak payah dengar. kau dengar lagu baru, takde lah teringat sangat"
Tapi apa kaitan nye ubat gigi dengan cinta?
Mungkin dari situ lah kot kan orang boleh nilai kita.
Ya sometimes aku pun menilai orang dari perkara yang sekecik-kecik nya.
Dari benda kecik yang remeh-temeh aku boleh describe sikap seseorang tu.
Penah dulu aku describe kawan aku, Syazana, just dari benda-benda kecik macam nie lah, like cara dia susun barang-barang dia. Barang-barang dia tu letak macamana, hadiah-hadiah, ada je lah yang aku describe and kaitkan dengan cara dia, sifat dia, sikap dia.
And that time, Syazana was speechless sebab semua tu betul.
Ramalan dan andaian saja.
Tapi semua itu juga kebetulan sama kan.
So, nak cakap aku setia sangat tu, tak jugak kot.
Setia memang setia.
Tapi mungkin bersedia itu belum.
Masalah nya cuma satu, aku jadikan mereka itu satu perbandingan.
Tapi i'm not into him anymore.
Bak kata lagu "Doa Buat Kekasih" - Yang dulu usah dirindui, hilangkanlah dari hatimu...
Jadi, tak payah lah nak rindu-rinduan sangat.
Aku pun manada perasaan rindu-rinduan tu dah sekarang.
Semalam pun aku baru je update status kat FB.
"Teringat dan rindu itu berbeza.."
Memang betul pun kan?
Tapi apa yang Nisa cakap tu memang ada betul nya pun.
Aku jenis yang stick pada yang satu.
Apa aku minat, aku suka, memang tu je lah.
Contohnya, Hello Kitty.
Sampai sekarang takde katun lain boleh buat aku in love macam aku in love dengan Hello Kitty. Danbo tu pun cam kejap je aku suka dia.
Hello Kitty nie dari zaman sekolah rendah tahap 1 lagi.
Until now aku suka ok?!
Kat bilik kat UIA tu pun, lampu meja aku Hello Kitty nyah!!
Tapi itu tak bermaksud aku masih lagi cintantahapgaban pada si jejaka lama itu.
Yang sudah tu sudah lah kan? Hee.
Pengalaman lama tu dijadikan pengajaran, iktibar.
Tapi untuk hidup dengan sejarah lama, tak kot...
I'm a survivor!! =)
2 comments:
aku br jak tau bapak kak ika sakit tadik. lepas tu, tegerak plak hatiku mau bukak blog mu. sedih plakk aku bah ndak dpt lawat ummi.
padahal kak ika tu, orang pertama yg di kenal. tp, ndakapala. ada jgk kau kan, wakilkan aku.
p/s : okay suda kah abah win? smpikan slmku sma kak ika ya win. ;(
ya, aku pun baru jak tau jumaat. itu pun kak mira msg & c paen call ajak p sana. teruk cit! doakan jak lah ya...
Post a Comment