♥ ♥ ♥ Cantik itu bukan yang auratnya kelihatan, tapi yang auranya kelihatan. =)
Monday, 27 February 2012
Ajarkan Mereka Tentang Cinta ♥
Ajarkan mereka tentang Cinta,
Ceritakan pada mereka tentang Hati,
Lalu beritakan juga kisah Hati yang Tabah dan Rapuh.
Khabarkanlah pada mereka betapa Hati memerlukan perisai Iman,
Ingatkan mereka tentang Hati yang sangat membutuhkan Cinta yang Tulus dan Abadi,
Ingatkan juga pada mereka bahawa Hati tidak memerlukan Sang Peminjam yang tidak tulus dan jujur..
Hati hanya menginginkan Sang Peminjam yang ingin menjaganya dengan 'Hati'.
Lalu, ceritakanlah pada mereka kisah Hati yang selalu rapuh ditimpa bencana dunia,
Bencana yang sering melemahkan dan menghancurkan hati-hati yang ada di seluruh dunia,
Kerana hilangnya Cinta,
juga kerana hilangnya 'dirinya'.
Kemudian, ceritakanlah pula pada mereka tentang Hati yang Tabah,
Diajari Cinta yang paling Setia,
Siapa pun akan gentar mencubanya!
Kerana perisai yang semakin kuat melindunginya,
Pastinya juga bersama senjata do'a yang tiada hentinya,
Sehinggakan Hati sukar sekali untuk disentuh para Pemusnah Jiwa.
Perlihatkan pada mereka indahnya Cinta,
Indahnya Hati yang terpelihara,
Tunjukkan pada mereka kehebatan Hati.
Semoga hati-hati mereka terpelihara daripada segala macam pemusnah.
InsyaAllah.
Ajarkanlah mereka tentang CINTA.
copy from : Nurul Sabrina Gazali
Labels:
dakwah,
fb,
motivation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment