Tuesday, 9 July 2013

Bila hati dah suka

Bila hati dah suka, macam-macam perubahan akan jadi pada kita kan?

Tadi di fikiran saya, bila perempuan ni suka atau tertarik pada seseorang, macam-macam yang akan berlaku.

Tapi benda tu mungkin tidak berlaku juga pada perempuan lain. Manatahu berlaku pada lelaki pulak?

Jadi di sini saya mau cerita bagaimana kalau saya yang tersuka pada seseorang. Hikhik

Bila saya suka pada seseorang atau tertarik pada seseorang, saya akan senyum dalam hati bila terlihat nama dia apatah lagi bila terlihat wajah dia. Iyaa, saya senyum tapi dalam hati saja. Tapi kalau dia pandang saya dan senyum pada saya, saya pun senyum lah betul-betul di bibir. ;)

Bila saya suka atau tertarik pada seseorang, saya akan ambil tahu macam-macam tentang dia. Dalam erti kata lain, saya stalk dia berabisan. Tidak juga la berabisan sebenarnya, stalk sikit-sikit saja, nda boleh juga kita kalau telampau melampau men-stalk orang. Over itu! Tapi information yang akan saya dapat tu, agak padat juga lah kan. Haha. Tapi itu dulu lah. Dulu masa saya suka sama someone ni, habis adik beradik dia pun saya pigi kawan di fb, ini betul-betul nda malu oo. Sampai jadi rapat, ishh. Kesian si kawan, macam nda selesa pula  tu aa tiba-tiba adik beradik dia kita pigi rapat-rapat. Ishh. Jadi dari situ saya insaf. Dulu sebab saya terlalu sukakan dia dan kagum dengan dirinya, sehingga saya lupa untuk berpada-pada dan melanggar batas. Namun banyak hikmah yang tersimpan setelah saya bertemu dia. Tapi yang berlalu telah pun berlalu alhamdulillah :)

Bila saya suka atau tertarik pada seseorang, kadang-kadang saya termenonjolkan diri. Oh malunya! Maksudnya, bila dia post something, saya suka nak like, always nak like, and sometimes komen. Waduh, terukkan. Kadang-kadang, niat di hati nak secret. Suka senyap-senyap, tapi pasti tertunjuk jugak =,=. This is my bad. And it is sooo bad. Kan? Lepas tu, nanti kang orang tu post apa-apa kah, mula lah kita pun tulis itu dan tulis ini di twitter. Sentap sendiri. Kau pehal? Emo lebih kau winn. Overrr sangat. Huukk.

Bila saya suka atau tertarik pada seseorang, and this is part yang paling tak best, which is, tetiba jadi orang paling cemburu dalam duniaaahhhhhh.. Hoh! Bila nampak perempuan lain like or comment, terus buruk sangka, fikir bukan-bukan, fikir ohh ini awek dia kot. Fikir ohh perempuan ni suka dia kot. Fikir, ohh dan ohh dan ohh. Hoiii ape kejadah nak menjeles kat orang winn? Kau kenal dia pun tidak, rapat dengan dia pun tidak..dan ini rasa benar! Hiss. Tapi kejap aje lah. Takde mase aku nak menjeles lama-lama. Kita relax sudeyh. Hoho.

Ape lagi?

Ohh bila saya suka atau tertarik pada seseorang, always ternanti-nanti post dari dia. Tak sabar nak tengok and baca apa dia nak post, lepas tu nak like or komen. Dan menunggu dia like kita punya? Komen kita punya? Haha. mengadakan? Dan tetiba kecik hati bila dia tak like kite punya dan like orang lain punya lepas tu tak komen kite tapi komen orang lain, dan paling membencikan bila kita komen dia tak reply dan orang punya komen dia reply.. Cisss!

Lagii..

Haa paling lucu, bila saya suka dan tertarik pada seseorang, saya akan termimpi-mimpi.. wakaka! Dan ini sangat over. Apa benda yang paling kite nak atau mengharap dari orang tu, itulah yang saya mimpi. Haha adakah ini sebab over fikir? Ye agaknye. Macam semalam, saya mimpi orang tu dok laikkkkeee semua gambar saya kat instagram and reply my comments! Which is banyak notification from him lah. Haii macam-macam.


Tapi lately ni saya ada masalah! Nak tahu ape? Dalam kiraan masa 8 bulan nie, saya tertarik pada jejaka yang.........lagi muda dari saya!!! Ohhh ape nak jadi awinnnn? Opss, tertarik di sini means, saya rasa kagum, hormat dengan cara mereka, pembawaan diri mereka, ilmu mereka, daaaann saya fikir mereka lagi tua daripada saya!! Sangat!! I mean, dalam 88 or 89.. Tapi rupa-rupanya 91 dan 92! Ohh nehi~. Tapi suka yang tiada makna. Hanya suka-- macam saya cakap tadi, kagum, hormat, dan mereka orang yang berilmu. :)


The very first characteristic lelaki idaman saya adalah orang yang kaya dengan ilmu agama :)


Tapi bila saya suka kat diorang nie, saya jadi segan, saya jadi malu, saya jadi rendah diri, dan saya rasa tak layak nak dekat, rapat or baik dengan diorang (dan ini memang tak perlu pun). Tapi the best part is, saya struggle tetibah untuk jadi yang terrrbaik. Yang solehah. Dan terus melupakan mereka (perasaan suka tu) tapi hormat still ade, :) Berusaha mengubah dan terus mengubah apa yang patut di ubahh. Semoga istiqomah dan lagi baik dari masa ke semasa. ^_^


No comments: