Sunday, 29 January 2012

untuk ukhti tersayang


walau kita tidak pernah bertentang mata
namun aku begitu sayang pada mu
walau jarang bertegur sapa
hati ini sentiasa ingin mengenali mu

setahun kita terpisah
berjauhan tanpa khabar berita
bagaikan ombak besar menerpa
dilanda badai karam di jiwa

ya ALLAH..
sesungguhnya hati ini rasa terharu saat engkau menyapa ku semula
gembira rasa, bahagia jiwa

hati tertanya-tanya, angkara siapa?

bukan aku.. bukan kamu.. dan bukan dia..

tidak mahu lagi aku persoalkan
kisah lama jangan dikenang
tiada benci tiada dendam
kerna sudah tertanam rasa sayang

ampun kan jika ada silap ku
maaf kan jika ada salah ku
semua itu bukan niat ku
perkara terjadi di luar kuasa ku

ya ALLAH..
aku mohon, engkau erat kan lah silaturrahim kami
satu kan hati ku dengan ukhti ku ini
betapa teringin aku bertemu nya
menyalam tangannya, memeluknya, mencium pipi dan dahinya..

Oh Tuhan..
Engkau jaga lah hati nya..
hilangkan kesedihan, kegalauan di hati nya..
lembut kan jiwa nya, lapangkan dadanya..
tiada daya dan upaya baginya..
hanya pertolongan dariMU yang di pintanya..



p/s : tadi lihat photo2 kakak.. masyaALLAH, indahnya wajah itu, masih sama malah makin cantik.. insyaALLAH kak, moga2 kita bertemu satu hari nanti..Awin teringin sangat jumpa kakak! harap2 lah. mudah2an..  Aamiin..



No comments: