Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Friday, 21 June 2013

Its Friday and Holiday!

Alhamdulillah bernafas lagi kite pagi ni ye. Lately too many accident cases occured, dan itu pun dah menakutkan kita. Mereka pergi pada Shaaban bermaksud mereka tida sempat untuk ber-Ramadhan. How about us? Al-Fatihah.

Hari ni pagi-pagi lagi aku sudah terasa lapar yang amat sangat. Oh i miss you, foods! Dan sekarang aku masih bermalas-malasan di atas katil after Subuh tadi. Lepas solat, baring balik tapi tak tidur. Bukak FB, Twitter, Instagram, baca itu ini, tambah knowledge sikit. Dan ilmu pagi ni adalah tentang Syiah. Hmm merepek depa ni noh! Awat jadi macam tu pun tak tau lah. Tulah dia kerja Syaitan, nak memecahbelahkan ummat Nabi. Sampai macam tu depa rosakkan akal fikiran minda manusia. Tak baik sungguh.

Semester 3 or short semester dekat UIA akan bermula pada esok hari. Ramai yang mengadu dan mengeluh tak puas cuti. Luckily, i tak ambik short sem. True! Memang cuti tak puas lah budak-budak yang ambik short sem nie. Aku pun terkejut when one of my friend upload gambar beg-beg dia sebab nak balik UIA dah hari ni dan dia tak puas cuti. Then baru aku perasan ha-ah laaa UIA start isnin nie. Hoho. All the best kawan-kawan!

My thought today is, ya aku mengaku aku ada ego ku. Sometimes kita tak suka nak mengaku salah or kalah. Malah kita anggap diri kita lebih baik dari orang lain, sebagai contoh ayat poyo kita, "Ahh dia tu...", "Alahh dia pun sama jugak...", "Bagus lagi aku nie macam ni, daripada dia tu!..", hmmm..

Memang ada masa aku takmau dengar nasihat orang bila orang tu buat benda teruk dari pandang mata kita, dari pandangan hati kita. Kita tak boleh terima sebab seseorang tu melakukan benda yang tidak kita lakukan dan dia lakukan. Lagi sakit hati bila dia nasihat macam ni macam tu, but end up dia sendiri ada masalah dalam hal tu. You see. How busuk hati i am?

Tapi lepas tu aku fikir jugak, kenapa aku nak tengok benda tu? Kenapa aku nak pertikai hal tu? Why i dont i just listen to that perso  and be thankful for what that person advises. Bukan susah pun kan? Tapi inilah masalah hati. Bila buruk sangka, tak fikir positif. Rasa hebat. Macam saja orang penting. Orang lain boleh hidup tanpa kau lah winn. Orang lain lagi baik hebat dan mulia dari kau. Kau ego sangat kenapa?

Aku ego sebab aku tersakiti. Aku disakiti. Aku benci bila aku rasa sakit. Jadi cara ku menyembuhkannya dengan mengelak dan hanya berdiam diri. Tiada siapa yang salah. Hanya aku yang salah. Aku yang terlebih menyangkal gerak geri tingkah laku orang. Aku lemah. Tapi aku berlakon kuat. Aku orang nya pemarah tapi berlagak sabar. Aku orangnya penyedih tapi aku seperti tiada perasaan.

Ada benda kita boleh luah. Dan ada benda tak boleh luah. Jadi aku memilih untuk berdiam saja, tak meluah langsung dan menyendiri.

Monday, 1 April 2013

Kahwin Muda - Part 2

Assalamu'alaikum! hai. alhamdulillahi rabbil 'alamin.. sudah agak lama jugak aku ndak update blog nie. it is almost two months since my bestfriend's birthday.. dan alhamdulillah jugak semenjak bulan dua hari tu sudah start sem baru, dan ini pun baru saja selesai mid-break.. ohhh kenapa rasa sungguh sekejap saja cuti nya?? haha. 10 hari je. aku ada camping, then lepak di rumah. duduk rumah, being so passive, so aku datang lah sakit macam-macam sbb hari biasa aku sangat active bergerak sana sini walaupun malas bersukan.. since uia banyak tangga bukit bukau, anggap ja hari-hari aku ada program running man.. ji-hyo lah konon! choiiii

So ni nak cerita pasal kahwin muda. Aku tau semua excited bila sebut pasal kahwin. Campur aku lah. Dulu lah. Skrg aku sudah kurang excited. Mungkin sbb tahu banyak sangat dugaan cabaran ujian dan mungkin sebab rasa diri yang belum cukup dan jugak sebab rasa ada banyak persediaan yang harus dilakukan sebelum bernikah. Tapi zaman sekarang orang prefer kahwin awal, lagi ramai yang kahwin muda, mungkin sebab kesedaran di hati yang kita memang haram couple, tapi rasa membuak-buak untuk bercinta, so kahwin terus. Bagus lah. Alhamdulillah lah pada yang jodoh awal, syukur :) Yang jodoh lambat nie, haha, jangan risau bah. Sampai tu nanti inshaaALLAH :)

Tadi actually aku pi satu wedding. Tak mau cerita panjang, so masatu tengah makan, abg ipar aku pun cerita lah dengan tuan-puan rumah pasal kisah pemandu teksi dan penumpang. Aku pun tak ingat sangat the whole story tapi cerita dia pasal kisah nikah anak encik penumpang kot. Ke encik teksi. Tapi pasal kahwin. Ok lah, we make it pasal penumpang lah senang. So, the taxi driver lah yang bertanya. Penumpang tu cerita lah yang anak dia mau kahwin. Then, taxi driver tanya, berapa hantaran? Penumpang tu kata, RM1100 saja. Driver taxi tanya, kenapa murah sangat? Then penumpang tu kata, dah tu buat apa lah kita nak mahal-mahal, hutang sana hutang sini, dia nikah anak kita, dia bagi berapa yang dia mampu, dia jaga anak kita baik-baik, cukup lah. Kerja senang. Simple. Kita mau kahwin tu jadi senang, bukan jadi susah. Nak kahwin senang, masa kahwin senang, after kahwin pun senang......

So, bila kita dengar benda nie, mesti lagi rasa, senangnya untuk kahwin kan? Tapi iya lah, kita hidup beribu dan berbapa. Pasti parents kita mahu yang terbaik dan pasti cara pemikiran juga berbeza. Tak semua orang open-minded. Tapi orang yang kita kata tak open-minded tu, tak semestinya close-minded. Mungkin diorang fikir jauh lagi. Wallahua'lam. Sebagai contoh, adik saya, mak bapak saya cikgu, kenal ramai orang, tapi tak semestinya kami kena study molek dapat kerja baru boleh kahwin. Adik aku baru first year di UMS sudah kahwin. Kalau dah jodoh.........

Bila abang ipar aku cakap bab-bab jodoh nie, lebih-lebih lagi di rumah kenduri kahwin, aku pun kenalah tempias sekali. Dia mmg suka heboh satu dunia aku punya turn ndak lama lagi. Lucu! Even orang-orang tuan puan rumah tadi tu pun siap cakap, oh dia lepas nie? bila? Abang aku gelak dan cakap, "InshaaALLAH!!!!!!" - gaya orang penang dengan penuh keyakinan dia. Hahaa. Aku senyum ja lah. Manatau maqbul, kita iyakan saja. Hoho.

Then the aunty again masa balik siap tanya aku, ni nak balik sabah lah tak lama lagi ni buat hal 'kerja'. Aku hanya mampu senyum, maksud nya 'kerja' tu, hal kerja kahwin. Ngehngeh.

Makcik, saya takdak sapa-sapa lagi makcik. Kalau ada Tuan Sheikh yang berani jumpa bapak saya, takkan ku katakan TIDAK. Hahaa. Over nau! Biar bukan Tuan Sheikh pun, tapi kalau ala-ala tu, kita terima inshaaALLAH.. Jika diizinkanNYA.

Cakap hal jodoh nie, susah sikit. Bukan boleh main cakap jak. Suka, tak semestinya baik untuk kita. Benci, tak semestinya buruk untuk kita. Dan macam-macam lagi. Rasanya orang lain di luar sana pun lagi arif berbanding saya, wallahua'lam.

Tapi apa-apa pun, kapan pun jodoh itu sampai, kita doakan saja siapa yang telah ALLAH tentukan berjodoh dengan kita itu adalah orang yang baik-baik, berakhlak mulia dan hati yang penuh ketaqwaan. InshaaALLAH. Doakan ana, maqbul du'akum inshaaALLAH =)

#Hari ni malas mau edit kasi kaler2. Baii~

Tuesday, 12 February 2013

Not 'strong' enough

Bismillaahirrahmaanirraheem..

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh :)

Hm, cukup lama aku tak update blog. Dari cuti sampai lah habis cuti. Oh ada update hari tu, 1 februari, masa birthday bestfriend. Tapi itu saja yang terupdate sepanjang cuti.. Dan hari nie, UIA cuti lagi. :) Dan aku satu kelas pun belum masuk lagi =,= , dan aku still takut macamana lah nanti masuk kelas? Ofkos aku takde kawan lagi dan belum kenal some lecturers. Ada yg aku dah kenal and ada yang beloms. Dan esok lusa tulat, aku ada program pulak, jadi booth coordinator, sememangkan gua akan pasti busy kan? Takpe, MISI, itu MISI! :)

Tentang soal hati.. Hmmph. Bila cakap pasal soal hati, macam-macam. Sedangkan dalam hati tu pun ada macam-macam perasaan. Suka, benci, rindu, geram, sayang, kasih, cinta, dendam, baik sangka, buruk sangka, sabar, - macam-macam lah.. Dan ia bukan semudah yang di kata. Susah mau terangkan, susah mau luahkan.

Tapi macam seorang aku, walau ada benda yang memang aku tak boleh nak luah or cakap, dan memang ada benda aku senang mau cerita dengan orang, dan memang ada benda aku kena luahkan jugak, tapi still di hati hanya ALLAH yang tahu isi sebenarnya. Orang lain mungkin faham apa yang kita cuba untuk terangkan but still, they just only can understand it but it is not the same. still not the same. Not the same with what is in our heart.

Okeyh, actually, i want to talk about two girls today. One is my bestfriend and one is my sister-in-law.

One time, aku pernah meluah berabis-rabisan ngan my bestfriend nie. And she said, - "kau bagus winn, kau tahu macamana mau luahkan perasaanmu. and at least benda tu bagus, boleh tenangkan hati mu. kau ndak serabut". 

dan aku jawab, - "tapi actually aku teringin untuk ndak meluah segala benda di hati. sebab aku percaya ALLAH dengar dan tahu segalanya tentang aku tapi macam ndak fair bila aku cerita dengan orang. and aku still cerita, how i wish aku boleh diam dan simpan saja. kalau aku diam dan simpan pun, mesti nda lama, ada jugak orang akan tertahu"

dia jawab - " iya, kalau aku, aku nda boleh winn. aku ndak pandai mau cerita dengan siapa-siapa pun. cukuplah aku dan DIA jak tahu. DIA jak tempat ku mengadu!"

aku - (sedihh!) how i wish i can be like her - "bestnya kauu"

dia - "tapi aku pun teringin mau pandai meluah dengan kau, at least aku ndak terlalu pendam di hati, cuma aku ndak pandai mau cakap. aku nda tau mau luah macamana, hihi"


itu lah satu conversation yang aku pernah ada dengan this one pretty girl yang sweet. sesetengah orang mungkin nampak aku strong, dan some tahu yang aku bukan se-strong itu, like Sarah, dia tahu yang aku bukan strong. dia pernah nampak aku selemah-lemah awin bila aku ---- ah ada kisah dulu yang sangat menakutkan dan syukur masa tu aku selamat. Alhamdulillah. 

and still, aku rasa aku bukan seorang yang cukup kuat bila aku masih mengadu domba pada orang-orang lain. memang kita perlukan segala benda nie kalau mengikut cara psychology. ia untuk mental. tetapi kalau aku sepenuhnya yakin dan percaya pada ALLAH, adakah aku perlukan orang-orang lain untuk fahami aku? tidak kan? dan how i wish aku boleh menjadi orang yang sangat kuat, sangat strong, bila orang tengok aku sentiasa tersenyum dan bersemangat dengan seribu satu rahsia yang dalam hati tanpa orang lain pun tahu. cukup lah ALLAH. cukuplah ALLAH...

dan bila berbicara tentang soal hati, bukan semua orang boleh faham kita. apa lagi kalau benda berkaitan agama. banyak orang boleh terima, banyak orang bisa mencelah dan banyak orang akan menolak juga. hati-hati yang faham, pasti akan faham, tapi bukan semua boleh rasa. ada satu benda yang isinya terlalu dalam dan bukan semua orang boleh faham.. bukan semua orang tahu, boleh dan pernah rasa.. dan aku pun, cukup banyak dan terlalu banyak ilmu agama yang belum aku tahu.. kadang-kadang aku pun menjadi salah seorang yang tidak faham tentang orang lain, dan ini selalu. cuba menerima dan memahami tapi aku lebih kepada pentingkan diri sendiri dan berdiam diri.. hati menidakkan dan menolak. tidak terluah. namun cukuplah aku memperbetulkan hati aku sendiri semula.. muhasabah balik. fikir balik.. masing-masing orang ada hati, dalam hati ada macam-macam. semua itu urusan kita dengan ALLAH..



dan tentang adik ipar ku, one time aku tanya dia, - "dik, macamana adik boleh suka sama si aboy?"

dia jawab - "mana boleh kasi tahu! :)"

aku jawab - "lah dengan kakak pun mau rahsia ka? kasi tau lah :p"

dia cuma senyum dan tukar topik.




you see. beruntung adik aku dapat isteri solehah macam dia. serius. kadang-kadang aku cemburu juga tengok perempuan-perempuan solehah nie. hebat diorang nie! hebat! pandai jaga diri. sombong dan malu bertempat. dan macam conversation tadi. pasal soal hati.. even aku nie kakak ipar dia, kakak kepada husband dia, dengan aku dia rahsia kan langsung macamana dia boleh in love ngan adik aku..

you see..

kalau aku.. ya ampun.. baru suka sikit mesti aku cerita sudah dengan bestfriend ku.. itu baru suka sikit.. haihh.. bila berubah hati or apa-apa yang di rasa pun terus cerita sama bestfriend.. ini adik ipar ku sendiri pun, even after sudah kahwin pun, still nda cerita sama aku.. hebat kan perempuan gini? semua itu cuma antara dia - husband - dan ALLAH..


setiap orang ada cara dia masing-masing..

dan aku teringat kisah yang Habib Ali ceritakan di majlis ilmu.. katanya - "Bila tiba waktu azan berkumandang, Rosulullah sallallahu 'alayhi wasallam dan 'Aisyah terus seperti orang yang tidak kenal antara satu sama lain kerna sibuk nya mereka untuk mempersiapkan diri menghadap ALLAH, menyambut seruan ILAHI"..

Hebatnya iman mereka.. Hebat!!!






Saturday, 26 January 2013

Malam Cinta Rasul

Suatu malam, Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam dibasahi air mata dalam sujud baginda kepada ALLAH subhanahu wa ta'ala.
Lantai dibasahi airmata baginda.
Tanah itu dibasahi airmata baginda.
Malah lutut dan paha baginda juga kebasahan dengan air mata baginda.

Lalu baginda di datangi Aisyah RA..
Aisyah RA mempersoalkan tentang tindakan Rasulullah yang memohon ampun kepada ALLAH SWT sedangkan baginda telah pun dijanjikan Syurga, yang tidak mempunyai dosa dan takkan pernah berbuat dosa..

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa itu adalah tanda bahawa baginda terlalu bersyukur atas segala kurnia dan nikmat yang ALLAH SWT turunkan keatasnya yang terlalu tidak ternilai harganya, keindahannya, kenikmatannya dan kebahagiaannya..


Lalu Rasulullah berkata,
"Ya ALLAH, ampunkan dosa Aisyah, dosa terdahulu, dosa terkemudian, dosa yang nampak dan dosa yang tak nampak!"



Langsung terpancar kegembiraan yang tak terhingga di wajah Aisyah..


Rasulullah bertanya kepada Aisyah,  
"Kamu seronok, Aisyah?"


Aisyah berkata,  
"Ya Rasulullah, bagaimana aku tidak seronok sedangkan aku dihadiahkan doa yang sebegitu dari engkau, Ya Rasulullah..." 


Dan Rasulullah berkata,  
"Begitulah doa-doaku setiap malam yang aku panjatkan buat umatku!"


- HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID





YA ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH!
YA HANANA! YA HANANA! YA HANANA! YA HANANA!

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALIHI WASOHBIHI WASALLIM!

SOLLATU BISSALAMIL MUBIN LINUQTHOTIL TA'YIINI, YA GHAROMI~
 

Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Bila kita dilahirkan dalam ISLAM, bertuhankan ALLAH YANG MAHA ESA, berpenghulukan RASUL MUHAMMAD YANG MULIA!
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Dianugerahkan dua hadiah iaitu Al-Quran dan Sunnah~
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Bila kita menghayati bait-bait indah dari Kitab Suci dan menteladani Sunnah dan sirah Rasulullah...
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Jika kecintaan itu, bertapak di hati, dengan keutuhan dan ketaqwaan yang hakiki~
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Kerna ALLAH senantiasa mengampunkan hamba-NYA yang memohon ampun dan syafaat Rasulullah SAW menanti di akhirat sana...
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Jangan kita sia-siakan keberuntungan ini dengan segala hal yang menjauhkan kita dari ALLAH SWT dan kekasih-NYA, Rasulullah SAW..


='((

Friday, 18 January 2013

1 Jam 30 Minit

Berakhir di Januari! :) Alhamdulillah.

Haa, ni kami nak habaq pasai exam nie. Dia start bulan December. Akhir bulan January. Masa exam kan, ayat paling popular sekali bila semua dok tanya,

"woi bila hang next paper?"

"bila exam lagi?"

"next paper biler eh?"

kat mana-mana kat bumi UIA, pasti hang dengaq..

"tahun depannn!" 

"aku exam lama weh, 2 tahunn!"

"jumpa tahun depan inshaaALLAH!!" - (pedahal jumpanya tu 1 januari.)


tu ayat-ayat bila 31 dec lah tu.. 2 tahun dah aku kat uia, bila exam untuk sem 1 ja, mesti tu ja lah ayat hgpa boleh dengaq.

budak-budak uia nie kadang-kadang sengaii jugak. sengai-sengai pun, alim! hikhik. so meh carik calon kat uia~ hahahaa..

dak dak dakk.. laa nie kami bukan nak habaq pasai calon ka apa ka, ni nak habaq pasai exam lah nie..

baghu nie, kami ambik 7 papers. tak banyak mana pun kalau subjek dia campoq yang simple-simple..

meh nak habaq satu-satu lah noh!

haa.. by the way.. laa ni, aku dok tweet-tweet ngan soghang junior iic aku, oang penang.. pasai tu lah dok cakap utagha.. hik :p  kami bukan oang kedah ka penang ka perlis ka, kami orang sabah bah :p #oksambung


1- study circle 2
haa paper nie, aku dak baca ponn. notes pi mana taktau. ada ja kot. tapi saja malaih. tawakkal lah konon. tapi takdak usaha. cano tu awin? isk. tahun 2013 nie kena ubah nie. untuk sem depan. biaq molek sikit perangai. molek perangai, molek disiplin, molek lah pointer :p


2 - arab 
masa ni aku agak neves lah kot sebab ni permulaan kepada subjek-subjek lain kan. bila masuk-masuk hall, duduk kat kerusi, ready, bismillah banyak-banyak, then jawabbbb. bila jawabb, 'eihh senang jugok arab nie'. haha. #jangannakphoyohsangat! :p tapi ok lah, aku keluaq 30minit awai kot rasenye. ntahh. nie ja la satu-satunya paper yang aku keluaq awai. keluaq hall, tiba-tiba...

"syazwinnie! syazwinnie!!! senang gila kan arab tadi? aku bukak-bukak paper, ehh apesal senang..? ok lah jawab tadi. cuma part yang synonym antonym tu je lah, hee happy gila jawab" - raouf sambil senyum-senyum sengihh.. muka happy gilaa dapat jawab exam. (ayat tu takdak lah sebijik-sebijik sama, gila aku pandai kalau hapal setiap patah dia cakap, memang aku DL kalau lagu tu :p) 


 3 - bm kerjaya 
ha, exam ni lah yang aku dok mention 1 jam 30 minit tu. haiyoo! aku tak tau dia 1jam 30 minittt!! aku tauuu, tapi aku buat-buat anggap dia 2 jam.. dok tulih dok jawabb, tiba-tiba, dia habaq, 'okay u have 30 minutes left'.. huiiii, tu diaaaa!! siapa tak cuak kalau lagu tu. aku dok tukaq-tukaq page ja. sat jawab depan, sat jawab belakang. haii memang aku tension. tapi tu dia lah, tak check kat cover page soalan. kat situ kan dia dah tulis, kalau aku bukak mata luas-luas, boleh set jam terus, takdak lah dok menjawab macam lompat bintang 30x dah habis masa. (aku cakap macam nie kat ac, dia gelak). tak perasan, serius! tiba-tiba dah nak habih masa. tulis mmg tak henti lah bakhang!


4 - intro to psychology 
haha yang ni memang killer subject. memang banyak gilaa mau di baca, mau di hafal! dan aku study sehari sebelum exam. gila kan? #memangakugila. ko tau apa aku buat? masa tu ada jugak kawan-kawan mai bilik study sekali. tapi disebabkan aku malas mau baca satu-satu n hafal satu-satu sebab konfem x mampu mau hafal and masuk otak, aku pi buat exercise untuk every chapter yang ada di buku teks. so, bila jawab, akan ada 4 jawapan, so from the question, aku tengok jawapan, then every jawapan tu aku try cari apa maksud dia and fahamkan. and alhamdulillah aku berjaya faham and bezakan each terms! lepas tu dengan harapan, every soalan yang aku buat tu akan masuk exam! tapi hampehh! hahaha :p aku rasa, yang masuk cuma 2 3 soalan jak. but at least, aku tahu suda meaning dia kan. jadi quite ok lah this paper. hopefully ok inshaaALLAH :)


5 - islamic aqidah 
haha. ini lagi lah sengal. aku belajar satu pun ndak, tahu! memang aku langsung x study. bukak buku ada. dan tahu apa yang aku baca? course outline jak! haha. (jadi sabah sudah aku balik). paling sengal, aku boleh p dating sama si hani di cafe econs. haha. dari jam 11, 11 ka? ntah.. until 2.30 kot. cerita-cerita-cerita.. lepas tu, aku cepat-cepat pi masjid mau solat, takut bertembung orang yang keluar masjid lepas solat jumaat. (aku exam jam 3) sekalinya otw dari econs ke masjid, depan libry tu, ramai sudah lelaki keluar! hah sudahhh! tahu kah perasann bila u can see no other woman except you? marjaye!! (betul ka tu ejaannya? maksudnya mati dalam bahasa hindustan). lepas tu aku pun naik p ikut lalu depan libry, supaya x stuck di laluan bawah depan libry tu. bila turun dekat atm mau ke masjid...tiba-tiba kazen ku tegur dan aku testop sebab dia ajak becerita sana. nahh, miatai aku pok! bediri tengah-tengah macam model. #untunggojes! hahahahaha. #over. andddd #titewmayuuu bila rupanya ada abang-abang aikol nampak aku, siap msg lagi tuh! si abang PM lah msg aku. tapi #titewmayuu dengan kawan dia yang chomel sebab masa tu diorang sama. hahaha. okbai! =,= dan untuk paper nie, serius aku jawab macam tulis blog! wakakakakakaka. panjang gila aku tulis, ntah papa jak. penuh semua mukasurat. #wow.


6 - creative thinking 
ha ini lah subjek memang betul-betul lah! di sebabkan dia terlalu creative sampai kan aku berfikir pun telampau lama jugak. soalan dia actually senang. senang jak. tapi aku kurang ulangkaji and kurang faham dan kurang ingat format thinking skills tu. aku macam ingat tapi aku blurr. lepas tu, kerja ku main bulu mata jak masa di dalam hall. jadi aku dak mau cakap banyak sebab aku stress! kalau aku repeat, aku mau ambik sekelas ngan si qila, sebab lecturer yang dia add tu, pujaan hati ku. hahahaha. Dr Bergout (sila search di IIUM staff)


7 - introduction to history 
yang ini lah paper paling best. lepas paper creative thinking, aku ada gap 1 minggu tahu! orang kata best lah sebab masa belajar ada 1 minggu, #untunglah!. tapi boleh faham perasaan kita yang tengah ada mood exam, tiba-tiba tercuti seminggu jap, and tiba-tiba ada exam lagi? dia macam, 'ehh cuti bah nie, ada pulak paper lagi..iskk!'. walaupun fikiran ku tu nda logik sbb awal-awal sudah ada timetable kan tapi serius ini lah paper paling bosan aku tunggu. aku rasa 2 jam tu macam lama gilaaaaaaaaaaaa! aku bosan. aku mengantuk. seminggu kerja ku tiduuuuuuurrrrr jakk, jadi otak ku pun sudah tetidur, tiba-tiba exam. haishh. and paper ni paling ramai gila orang keluar. aku rasa, 30 minit terakhir tu, separuh dari hall sudah keluar. hebat lah!


dan bila aku menghadapi peperiksaan kali nih, aku tiba-tiba teringat dengan Cikgu Baljeet, cikgu ku masa sekolah menengah dulu. cikgu ni dulu guru disiplin. memang garang tapi lawak. kalau dia benci kau, memang dia kasi tunjuk dia benci, kalau dia suka, dia suka lah. macam aku, sebab aku anak bapak ku, dia kenal, so kami kamceng.. dia penah heran tengok aku ketawa di longkang sama kawan ku sampai teduduk-duduk kami! sampai besok nya dia tenampak aku dia cakap, "ehh saudari kenapa semalam tu?" aku terus, "huhh? hahaha. dakda lah sir, hihiii".. sebenarnya, hari sebelum tu, yang kami ketawa-ketawa tu, aku jatuh sebenarnya, kawan ku tahan kaki jadi aku tesungkur jatuh melutut. jadi aku rasa sangat lucu. jadi kenapa? ok baii. (malu sudah sebenarnya)

so, aku teringat kata-kata popular beliau, siapa budak SMKTawau mesti ingat nie, dia cakap "jawab apa yang di tanya, bukan apa yang kamu tahu"~

aku rasa, banyak jawapan ku untuk exam kali nie, adalah, banyak yang aku tahu. bukan apa yang di tanya. haha. maksudnya, aku jawab main ikut suka hati jer. jadi, banyakkan membaca lepas nie, biar berilmu. banyakkan mendengar, biar berilmu. banyakkan bertanya soalan yang relevan, biar berilmu! :)

ingat tu,
'Jawab apa yang di tanya, bukan apa yang kamu tahu!'


p/s: btw tadi, adikku si Sabrina komen pasal blog ku, 'aduii penat adik ketawa. punchline eberiwer.'. #macambanggapulaktutau.. boleh sudah aku jadi rajalawak. hikk >.<  rajalawak sendiri2 boleh lah. tapi aku banyak merepek jak actually. tapi enjoy lah yaa :) hee

Thursday, 10 January 2013

Asal-usul Kak Gojesh & kata mereka..

bismillaahirrahmaanirraheem :)

assalamualaikum, haii semuaaa :) apa khabar all of you? alhamdulillahi rabbil 'alamin. hari ini kita masih bernafas dengan lancar, di beri peluang kenikmatan hidup untuk memperbaiki kelemahan dan terus beribadah kepada ALLAH :)
Alhamdulillah ya Robbana 'ala kulli hal wa ni'mah :) 


hari nie awal mood kak gojesh mau tulis-tulis. dan juga, hari ini, kak gojesh bukan mau cerita pasal biodata ahkak.. haha.. walaupun topiknya asal-usul, tapi di sini kak gojesh mau cerita, dari maaana datangnya nama gojesh itu :p

okay, actually nama nie lahir dalam hidup kak gojesh masa long sem lepas kot. sebab masa tu aku join kelas kakak ku. dia budak benl. so, join kelas dia, sebab masa tu aku xda kelas, jadi join lah, tengok macamana cara lecturer dia mengajar. lecturer tu sangat comel, sapa budak benl mesti kenal kak meimei. haha. so cute and funny!

so, masa, di belakang kami duduk lah segolongan abang-abang yang ayu dan manis. eeeeeeeveryy ayat dia selalu cakap, 'gojes!'. 'gojes!'. apa-apa benda pun, dia akan sebut 'gojesss!'. dan sungguh tidak ku sangka, aku cepat tejangkit dengan virus tu, huk =.=

then, sem nie, hari tu kami ada pergi program m2m (misi to mabul island).. so, aku pun actually ndak ingat macamana diorang semua boleh testart panggil aku gojes. tapi aku mmg suka sebut perkataan 'gojes!'. cumanya, bila kami buat ta'aruf, and perkenal diri depan adik-adik tu, semua kawan-kawan ku cakap, 'si gojes', 'si kak gojes', 'si awin gojes'. haha. #jadiakuterusperasan

actually, aku nda gojes pun. tapi aku memang bajet gojes! (hahakk). tapi actually bagus perasan nie! abang ichi pernah cakap ngan aku, 'awin ni kuat perasan!'. LUCUH! si badran pun, sama. dia cakap, 'kau nie kuat perasan bah', hahah. aku nda tau la diorang ingat or ndak, tapi aku ingat.. tapii, yang bagus nya bila kita bajet gojes nie, aku sentiasa yakin bila depan semua orang, aku ndak malu mau cakap, aku ready all the time :) tapi kena lah sopan santun. kena berbatas. jangan too over (walaupun aku memang selalu over). #hukk.
like my papa always remind me to, 'BEHAVE'. (nampak sangat aku nakal ;p)

and then, bila duduk dalam group misi club. menular lahh nama gojes tu. and juniors pun panggil aku si kak gojes. haha. aku ingat lagi si afiq tanya si ejam, "siapa bah nama kakak nie? x ingat aku. aku panggil dia kak gojes sejak".. hahaha. lucu betul aku rasa. serius melekat tu nama! andd si mahadi pun, (head commex ku), dia nie besfren si afiq, kiranya, budak-budak baru diorang nie lah yang aku rapat sikit sebab diorang ni kawan kepada adik ipar ku. satu sekolah dulu. si mahadi tu lah kalau komen-komen di fb, dia akan type, 'kak gojesh'.. aku first-first tengok, "apaaa bah jugak nie ada 'h' di belakang nie??" - mau marah kunun. tapi lama-lama macam cute pulak. haha. :p

dannn, baru-baru ni jak nie aku tukar url blog ni. dulu lain. panjang sikit. so, aku tukar kasi pendek. biar pendek tapi meaningful, menusuk kalbu gituu :p

&& actually, aku happy jugak lah plus terharu (#over) bila diorang panggil aku gojes, kak gojes, sebab nya, sampai bila-bila diorang akan ingat aku dengan that special name, yang baik-baik dan malatoppp! bukan yang buruk-buruk.. kalau buruk, sedih lah sayeeee :(

dan di sini, ada kata-kata merekaaaa.....


1 - AGM : Birthday Card 



ini nie kad birthday ku untuk birthday baru-baru ni (november). masa nie AGM, kak fiq yang buat kad nie. and ramai-ramai sign. actually kad nie lambat sampai sama aku memandangkan masa birthday ku and cuti awal muharram, aku sakit. dapat mc seminggu! haha. so, xda surprise-surprise ok. tapi last-last ada juak, masa agm, sekali sama kak hanun and kak gee. kalau tengok pic nie, i mean, when you read all the wishes, you may found 'gojes' word tu here and there. huhu. #perasan


2 - study circle 2


erkk.. haha ini pulak, masa study circle 2. sem nie lah. kelas tu jam 8 baru tu di aikol. ohh sungguh mak exercise pagi-pagi jalan di aikol. syukur aikol dekat sikit, kalau econs, aku drop terus! haha. #tipujaknie. alah, kelas seminggu sekali, boleh jak bah jalan-jalan sekali sekala memantau dan menghayati keindahan uia di aikol and econs. kalau di hs terus pun, bosan jugak bah :p

actually, masa ni ada game. kakak tu suruh kita sedia satu paper. and passing around untuk semua tulis apa first impression diorang bila tengok kita.. dann, ini lah yang aku dapat! masa dapat tu, terus istighfar gua! malu bah. sebab apa yang diorang tengok tu baik-baik jak. kita ni jak tahu siapa kita sebenarnya. anddd, first impression tu ndak semestinya betul. dan komen-komen di atas nie, might be wrong :) tapi macam betul jak semua tu! hahahahahahaha. overrrrr lagi :pp

tapi banyak-banyak komen di atas, aku paling tertarik yang - ada sifat keibuan - you want to know why? sebab nya, aku tekejut lah. itu first time kami jumpa, dan budak tu boleh terus cakap aku ada sifat keibuan. tahniah lah :) and bila kenal budak tu, dia cakap aku nie macam ibu-ibu. bukan ibu bermaksud tua tapi penyayang gitueww! aww. #titewmayuuu. hikk. 

tapi alhamdulillah. sifat tu, memang kuat dan bergelora di hati. #wahh. hang tak tengok macamana aku gigih jaga anak-anak ku hari tu?


3 - m2m new year gathering


ha nie pulak masa m2m new year gathering hari tu. kami ada buat game, which is, kami kena pick one paper from the box, so, nama siapa yang kami dapat, kami kena tulis tentang first impression - bila sudah kenal - dan wishes for future. dan aku dapat dari si kak rara. dia ni satu umur ku jugak, buat again, aku memang getek mau panggil dia kakak, sebab dia panggil aku baby. #hikk.  and tengok tu, terang lagi bersuluh, "To : Awin Gorgeous".. bukan mau perasan lah tapiii.. ehm.. terima kasih lah kakak! haha. (ini memang gedik gilaa)

Tuesday, 8 January 2013

Ini tidak adil!

hai. assalamualaikum.

hari ni mau cakap sikit jak kali. :p

anyway, actually kadang-kadang aku rasa macam ndak adil pulak kalau aku cakap KL di blog nie. haha

sebabnya, aku orang sabah, tapi memoyo sangat cakap KL. dan tiba-tiba tu, ada pulak bunyi kedah. #lupadaratan

bukan aku poyo, tapi ya lah, nanti orang baca orang pening and ndak faham bah.

rasanya faham jugak bah tu kan kalau aku cakap sabah?

plus, rasa nya ndak poyo pun sebab aku sudah duduk KL 5 tahun.

rasanya entry ni ndak perlu ada pun.. haha :p

boleh jak tweet or post di fb. ngeheh. #sukahatigua

bai. :p

p/s : tentang interview ku tu, patutnya aku pegi semalam, tapi aku x pegi, aku malas. so patut aku pergi lah hari nie, tapi again, malas, jadi macamana nie? haha. sebab sepatutnya aku pergi centre hari ni sebab anak-anak ku mau datang, tapi diorang ndak jadi datang. jadi macamana lah?

Sunday, 6 January 2013

Seharian bersama Gamul & Gamul Jr

 assalamualaikum.. haii! 

hari ni kak gojesh agak letih sikit tapi alhamdulillah kerana letih ini adalah letih yang penuh barokah dan rahmat di mana hari ini saya - di temani dengan dua permata hati yang sangat menawan kalbu ku. and guess what? er tak payah guess sebab dah tahu dah kot.. anak jantan i datang u! ha gittuew! gemok dah dia, geram aku! *buat gaya nak gigit. hari nie kakak i bawak gamul jr sebab dia tau i rindu kot, hik. so saja lah bawak, suruh i jaga untuk mengasah bakat ibu yang terpendam lagi, #aww

seperti biasa, mama dorang ada exam hari nie, dua papers tu you-alls! so ahkak datang lah selaku babysitter a.k.a nanny a.k.a ibu yang so loving menjaga anak-anak dengan penuh prihatin dan penuh kasih sayang malah penuh tungkus lumus apa lagi part tukaq pampers tu ha. (bunyi kedah kena ada, #hiks

hari ni, macam semalam, kakak i datang dalam pukul 9, then kami pergi masjid sebab budak-budak nie tak mandi lagi. so kene mandikan lah budak dua ekor nie. i mandikan si kecik, kakbie mandikan si kakak. baby biasa je lah, lap-lap je. tak susah. yang susahnya mungkin part si kecik ni haluih-muluih lagi kan. tapi tak susah pun, i mean, we still and always have to be very careful, tapi sebagai perempuan nie kena ready awal, kena belajar sebab one day, inshaaALLAH ada rezeki akan ada anak sendiri. cano tu ha kalo tak ready jago anok? tapii, bak kata orang-orang, bila dah beranak sendiri tu nanti, pandai lah tu :) cumenye ape yang ahkak nak nasihatkan kat sini, belajar lah apa-apa benda, kat mana-mana pun, as long as benda tu baik dan untuk masa depan kita, belajaq lah. so, nanti bila kita dah dalam situasi tu, kita dah tau apa nak buat, apa kena buat, pehe dok? baguss :) 

si kak bie pulak mandikan sameera. haha kesian si kakak. sebabnye, dia mandi dekat tempat wudhuk tu ha. ayaq uia kan sejuk! aku pun kadang-kadang tak tahan nak mandi. menggigil-gigil ahkak tau! kadang-kadang dengan penuh rajin ambik air panas kat watercooler tu. sedap sikit mandi. semalam aku mandikan dia, kesian, kesejukan, tapi aku gelak sebab kesian dan lucu. tapi bila hari ni aku dok sebok uruskan si adik, so dari jauh aku dengar je suara si kakak nangis-nangis, jerit-jerit, merayuu kat umi dia, "umi! umi!" (terus lancar dia sebut kakbie kata). rasa sedih dan sebak pulak. #lapayaqmata

lepas tu nak cakap pasal hal jadi mak orang nie, actually tak senang woooo. #serius tak senang! aku memang teringin nak jadi mak orang sebab tu aku reti nak jaga budak-budak nie ha. aku dah anggap macam anak aku. penat macamana pun, budak-budak nie amanah ALLAH, kena jaga elok-elok. kena terap pendidikan agama awal-awal kat hati diorang. hati tu yang penting. masa kecik-kecik nie lah kena banyakkan zikir kat depa, baca surah, even semenjak dalam perut lagi. (untuk pengetahuan yang tidak mengetahui, saya adalah pemegang diploma pendidikan islam awal kanak-kanak ye).

jadi nak di jadikan cerita tentang pengalaman ahkak tadi, macam nie, masa aku dok jaga anak-anak ni tadi kan.. ini masa sesi petang (cam sekolah), mak diorang ada exam kul 9 and kul 3 hari ni, jadi ni cerita petang tadi. kami dok lepak kat masjid lah sambil tunggu mak dia exam. so, pas mak dia gerak pi hall, aku dok jaga si akashah saad nie. dia tengah tidoq. pastu, si kakak nie pulak main sana, main sini, dah lah tadi termuntah, habis active sangat! hyperactive. muntah, keluaq semua, acid lactic katenyee! haha. tak padan ngan muntah, sambung main, tak serik budak kecik ni oii. lepas tu, saad tengah tidoq, sameera pulak nangis-nangis tak mau tidoq nak main. kakbie dukung, bila kakbie nak letak bawah, dia marah. pastu, sebagai ibu yang berkaliber, aku hamik lah budak nie ha. "meh kat ibu nak, ibu dodoi". aku dukung lah anak soghang nie. dok zikir. dok nyanyi. dok dodoi. last-last tidoq laaaaa kakak gamul nie. 

dah satu ok, satu pulakkkkk buat hal. merengek nak kat tangan. saad memang ngade sikit, tapi die ngade baik, jarang buat hal, cuma dia nak orang pegang-pegang. touch-touch gitu. tapi tak boleh go! ha. lepas tu, ibu sekali lagi lah pi dodoi budak sorang nie. nangis pulak. ape tak kene tak tau. rupenye lapaaaarrr bahh. susu tinggal kat keta. kakbie pi amik. kete parking depan rector building. aku dok nyanyi, zikir, hmm hmm hmmm sikit, budak nie lena pulak. tapi bila aku duduk, maghah! #samangankakakdia. pastu bila susu mai dah, bagi susu, puas hati kenyanggg.. urkk! tiba-tiba berak pulak. aku tukaq lah pampers (sebenaqnya diaper kan? pampers tu jenama). letak minyak telon sikit takut masuk angin. pastu tiba-tiba muak lah pulookkk. habis semua susu keluaq~ hadui, anak ibu. kesiann. aku lap sana, lap sini. pastu kesian dia hick-up. hek! hek! aku dok pegangggg lah sampai dia tidoq. bila dia tidoq (kat tangan aku), aku pun nak tido gakk. terlelap, dahi dah bertemu dahi dia, tiba-tiba si kakak pulak bangun, tekejut, nangis, mimpi apa x tau! tapi kakak aku kata, kalau time ptg dia selalu tidur, tebangun sebab mimpi hantu. haha. pastu dia tak mau kat mak dia, mak dia nak ambik dia tak mau, dia nak mak-mak yang lain yang dukung. mimpi apa time tidoq pun tak tau lah! kesian budak kecik. pastu, dok jaga si kakak pulak dah.. zikir-zikir, nyanyi-nyanyi, sampai dia ok.. 

pastu, waktu azan asar lawak, dia nak mengada and nak mengamok, aku cakap, hah! hah! shuh! azan-azan! *buat gaya excited cam ade something lah, nak seek attention dia. pastu, bila azan, dia terus cakap, "mama-mama, aaapa ko buat tuu? apa nye menyi menyi?" *bunyik pelat dia sambil tunjuk speaker. 
aku tak faham pun apa dia cakap. tapi buat faham je lah. ajak je borak. budak baru nak belajauu kate ko! and nie dah 2 3 kali dah kot dia panggil aku mama. confuse ngan mak dia. habis aku dok melepak kat uia ja. jarang balik. so jarang dah dengar sebut ibu. 

tapi apa yang saya nak habaq kat sini kan. bayangkan, bila kita jadi ibu, mak aii. ini baru dua anak tau. satu macam tu. satu macam ni. satu nak tu. satu nak ni. tengok macam aku tadi, tak rehat dibuatnye! lepas satu, satu. lepas satu, satu! bayangkan, tu ade akak aku (kakbie), kalau kakbie takdak? i mean, bayangkan bila kita jadi ibu nanti, takdak sapa tolong kita, kita yang jaga semua, buat semua.. tu lah sebabnya 
'syurga itu di telapak kaki ibu'! 
hebat tul sapa-sapa yang jadi ibu nie. SUBHANALLAH!
aku memang tabik lah ibu-ibu sedunia nie. hebatt! sungguh hebat kasih sayang mereka terhadap anak-anak yang ALLAH kurniakan.. 
ALLAHU YA KAREEM!

aku malas nak cakap dah, hangpa tengok lah gambar-gambar yang ada nie ha... 

CAJAAAAAAAAAAAA!!!!! 
(tadaaa actually tapi sameera yg sebut macam tu)


ni masa kat hs nie ha. dok makan roti telur. licin you! #lapaq


 gamul junior

 bosan. takde orang layan. dok temenung. favorite dia tu temenung. 


 ini masa kat johnny's. kami pergi jj wangsamaju tengahari tadi. #bananasplit


 ini yang masa aku dodoi first time uh. #pengsan!


hamek kau! 


 
 kakak borek, adik rintik.


 ini lah ibu yang berkaliber tu. #bajetayu. 
tolong bagi skala tahap keayuan 1-10 pls. HAHA (superover)


 tengok tu. lena gila tido kat tangan ibu yang ayu. #anugerah


tiba-tiba ada pulak orang bersenam - bersukan - bersukaria di masjid nie. 


2011 - ibu & sameera umur seminggu | 2013 - ibu & saad umur 3 minggu 
tapiiiii kenapa si ibu tu macam gorgeous lebeh?
aww hukk!  
*sambil tutup mulut - tutup mata - tutup hidung - tutup muka - tutup semuaaaa 
sebab #titewmayuuu sangat!

Thursday, 3 January 2013

Interview

Baru second year dah ade interview?

Hey! I ada diploma what?

Tak salah pun kalau tiba-tiba ada interview kan.

Tapi ini UIA okay, even clubs je pun ada macam-macam interview. Pelik nau! Aku tak penah pegi pongg or experience it~

Yaaahh, tadi aku dapat call. Baru jak. Tengah hari tadi nie. Before azan. Erkk, before dan before lagi kot.

Num 03+ plus plus dan plus, dan aku dah agak mesti UIA lah kann.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

"Cik Syazwinnie?"

"Ye saye"

"Boleh datang ke CACC tak dalam minggu ni atau minggu depan untuk interview?"

"Ohhh, ehhmmmmm, boleh kot, hari ape eh?"

"Ikut lah bila free, minggu ni or minggu depan"

"Next week lah kot, hari isnin.. kul berape ye?"

"Anytime tapi kalau boleh pagi lah"

"Oh ok thanx Assalamualaikum"

Hmm. Actually, hari tu aku isi borang untuk jadi naqibah untuk kelas halaqohhhh. Faci and Chief Faci yang rekeman aku untuk isi. So, mak isi je lah, dengan sorang lagi kawan mak - Min - tapi budak nie adik lah dari ahkakk.

Sebenarnya, dulu masa masuk kelas halaqah 1, aku memang ada berangan-angan untuk jadi naqibah. Tapi aku tak tahu macamana pelantikan nye. Aku fikir cuma budak master or phd je. Then one day tu, aku ada kenal sorang kakak ni, geng-geng usrah, kat fail dia, ada namelist students untuk kelas halaqah. Kakak tu baru 3rd year. So, aku fikir, oohhh UG pun boleh je jadik naqibah..

Then, alhamdulillah, rezeki aku kot dipilih oleh Sis Aini and Sis Namuli.

Jadi naqibah ni, bagi aku mungkin kita lihat senang je, tapi itu pun satu tanggungjawab tau. Kita kena simpan satu masa jumaat or sabtu, ikut jadual, jadi seorang naqibah, gi kelas - dan kena datang awal. Haha, aku dah la suka datang lambat gi kelas. Kalau jadi naqibah kena discipline more lah - itu pun kalau dapat jadi. Interview pun aku tak lepas lagi. Hoho.

And then, jadi naqibah nie, ada silibus yang diorang bagi. Akan ada notes sikit - jadi naqibah kena pandai mengejar and explain lah kan. Lepas tu, ada ayat-ayat Al-Quran yang kena hafal, hadith, doa, dan ma'thurat. So, tugasnye, kita kena make sure kita datang, datang awal!, mengajar ikut silibus or boleh gak borak-borak tapi ikut silibus tu lah kot, i mean, sharing moments ke.. Pastu, ada presentations - aku kena creative nak suh depa buat apa. Then make sure budak-budak nie hafal lah ayat-ayat hafalan tu..

Tapi aku belommmmm lagi interview.

Nak dijadikan cerita, actually interview nie dah lepas tau. Haha.

Hari tu dia mesej, suh mai ccac masa 27hb Dec, pukul 9 katenyeee.

Malam tu pulak, 26hb tu, kami ada solat hajat untuk Misi Club, dekat Female Sports Complex. Program tu habis awal je kot dalam pukul 10 or pkul 1030, ntah ler, lebih kurang macam tu lah. Bila dah kemas-kemas, orang pun dan beransur pulang, aku ajak si Mahadi meeting jap untuk Commex (Communique Exco) tentang apa plan for next tenure..

Lepas tu. yang mainboard lain nie pun ada meeting lah jugak kan. Meeting punya meeting punya meeting, ada lah mau pukul 2 jugak habis, or 0130 begitu kali ya? Ntah laa.. Masa diorang meeting tu, sempat lagi aku sama si qila practice berinterview konon, hahaa

Then, aku, qila, pija, rara pun balik ke Hafsah.. Tengok2 gate tutup! Dangggg betul! So, kami pun pusinggggg lah pergi pagar Asma' menghadap Aminah tu, haha. Aku tidur bilik Pija malam tu memandangkan aku lupa kunci ku tarok mana..

Sampai bilik, apa lagi, macam biasa, macam gaya beliau-beliau, kami pun cerita-cerita pasal masa depan, pasal Misi and macam-macam lah. Tapi kopi sja nda da bah. Hehe >.+

Cerita punya cerita, mak aiii, pukul 4 pagi sudah. Nahh. Tidur kita yunggg, aku interview jam 9 jo!

Tidur-tidur, bangun-bangun, tengok-tengok, jam 8. Mau pergi, ahhhh mau tidur! Aku msg Min. Min pun taknak pergi dan takut. So, aku sambung tidur, hoho

Lepas tu, fikir punya fikir, rasa rugi, tapi nda pa lah. Memandangkan next sem pun aku busy dengan Commex ku, Misi ku, so, aku nda perlu kot jadi naqibah nie. Mesti aku busy teruk.. Or just busy -- katenyee!

Tapi last-last, kena call jugak aku~

Rasa-rasa nya... aku lulus ka, fail? Hihi



A new day.



* Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah *

Thursday, 15 November 2012

22 years old! Happy Birthday!

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad.....................

ALLAH, ALLAH, syukur ke hadrat Ilahi, bertambah lagi umur ku di hari yang indah 1 Muharram 1434H ini :)

Kalau dulu-dulu, ini lah hari di nanti-nanti kan. Meningkat dewasa itu adalah impian semua  budak kecik kerna kita akan menjadi bebas dari pekuk dunia anak-anak kecil. Tapi sumpah aku rindu zaman dulu. Kalau boleh ingin aku menjadi bayi semula! Makan di suap, di susukan, di mandikan, ditidurkan, indaahhnyaa.. Tapi itu pastilah mustahil!

Melihatkan banyak mereka-mereka yang mengepost di wall ku, mentweet aku, aku melihat dengan renungan kosong.. ALLAH, moga Engkau membalas dan memaqbulkan doa-doa mereka malah, melimpah rahmat dan berkah MU keatas mereka!

Sekali lagi, aku mengeluh. Kerna menyedari tanggungjawab-tanggungjawab yang bakal aku pikul! Dan ada yang sedang aku pikul~ ALLAH. Sungguh berat sebenarnya amanah-amanah itu Ya ALLAH.. Tapi aku yakin, denganMU, dengan cintaMU, aku pasti boleh! aku yakin aku boleh! :)

Nikmat, kurnia, macam-macam lagi yang ALLAH limpahkan ke aku.. Semua itu indah! Manis, cinta, bahagia, pahit, sedih, kecewa, tapi itu kan tandanya kasih sayang ALLAH. Semuanya ada hikmah di sebaliknya! ALLAH itu Maha Adil dan Maha Tahu :) Tiada sebab untuk aku berputus asa dan bersedih pilu~

 Di hari yang indah ini juga, semua Muslimin dan Muslimat yang meraikan tahun baru, dirundum kesedihan dan kerisauan megenangkan nasib saudara-saudara kita di Gaza. ALLAH! Israel itu kejam!! kejam!!!

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad~

Wednesday, 1 August 2012

Untuk 3 Tahun

Bismillaahirrahmaanirraheem..

Alhamdulillah syukur nikmat, masih lagi bernafas di bumi ALLAH, di bulan yang mulia, bulan Ramadhan, mohon kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat, terhindar jauh dari azab api neraka dan syurga menjadi rumah buat selama-lamanya!

Memandangkan hari ini adalah 1 august. Ingin aku ceritakan kisah bermula 3 tahun lepas; Julai 2009 hingga lah ke Julai 2012 :) 

JULAI 2009 : Aku lihat Dia. Dia hamba ALLAH yang sangat biasa. Terlihatkan sosok nya buat kali pertama menampakkan dia seperti orang-orang lain. Remaja lain. Namun ada satu aura yang membuat ku tertanya, siapa dia. Ku tanyakan kepada kawan-kawan nya, teman serumah nya.. "Siapa Dia?". Jawapan terindah, "Dia sebaik-baik lelaki".. Aku pelik, dan dari situ aku mulai mengenali nya dan berkenalan rapat dengan nya sehinggalah ada sinar baru dalam hidup yang aku jalani. Ohh ALLAH, sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan aku bersyukur disaat aku menjejaki Kolej Islam Antarabangsa, dan mengenali teman-teman yang begitu mewarnai hidup ku :) Saat itu, hati ku tersenyum kerna mata hati ku disapa mata hatinya :) 

Julai 2010 : Banyak pengalaman indah, banyak peristiwa suka dan duka ku alami selama setahun aku mengenalinya. Banyak ilmu yang dikongsikan, banyak pengalaman yang dia ajarkan, banyak perasaan yang dia isikan di hati kecil ku. Aku sungguh berbesar hati di saat mengenalinya dan Dia bukan calang2 orangnya. Memang tidak hairan bila ramai yang mencintainya dan adakala aku begitu cemburu. Namun aku diamkan. Peristiwa indah di hari perkahwinan kakak ku. Kau datang :) Datang dengan baju berwarna ungu. Dan kita sedondon :) Umi kata, "baguslah, dia kan bakal orang rumah juga". Indahnya masa itu :) Dan aku nyanyi lagu kegemaran abang ipar ku, yang aku tujukan khas buat pengantin namun sebenarnya bait-bait liriknya begitu menusuk ke kalbu yang merujuk kepada Dia ; Sampai Menutup Mata.. Indahh. Indah. Betapa syahdu ku dendangkan lagu itu, ibarat hati yang bernyanyi, bukan suara dari tekak ku.. 

Julai 2011 : Hilang. Dia hilang. Adakah Dia membuang aku atau aku yang membuangnya? Kesakitan yang dirasai, aku sendiri yang tahu. Kenapa dan mengapa juga aku tidak pasti. Doa tetap ada. Sekejap hati jadi benci. Sekejap hati rasa sedih. Sekejap hati merintih. Sekejap hati menginginkan kau kembali. Sekejap hati tersenyum kerana merana bodohnya diri ini. Tapi itu bukan soal bodoh atau apa, tapi itu perasaan. Perasaan yang lahir di hati, kau tidak bisa lihat, namun mampu kau rasa dengan setulus hatimu. Betapa rindunya saat dulu. Tapi aku tabah terus ke hadapan dengan kerja yang harus aku fokus kan. 

Julai 2012 : Alhamdulillah :) Banyak peristiwa yang terus berlaku. ALLAH Maha Mengetahui, kita tidak tahu apa yang tersurat dan tersirat tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kakak mu menjadi teman baik ku kini dan aku tak tahu apa sangkaan di hati dan minda mu. Biarlah. Walau kini aku makin tenang, tidak rindu, cuma sedetik tertanya akan khabarmu, hati ku merasa cukup dan puas, biarlah, ada doa di antara kita kerna ada ketika kita bicara walau sekejap, namun kita kini menjauh - sekali lagi. Biar lah, anadai ada jodoh, bahagia denganmu didepan sana. Andai tiada jodoh, orang lain pasti bahagia dengan ku. Dan orang lain pasti bahagia dengan mu :) 

UNTUK 3 TAHUN, kau bertakhta di hati. Sudah cukup :) Bertahun aku tidak melihat mu. Walau kita di tanah yang sama, mata itu tidak ku tatapi, bila ku pulang ke kampung halaman, juga kita di tanah yang sama, sosok itu tetap tidak bisa dijejaki. Julai 2009 aku pertama kali melihatmu, Julai 2010 terakhir kali aku melihatmu. Setahun aku mengenali mu, 2 tahun aku tidak bertemumu tapi cinta itu masih ada dan membara di hati. Kenapa ya? Doakan aku wahai Habibi.. Kau tahu di mana aku bila kau ingin mencari..

Friday, 29 June 2012

Jumuah Mubarakah!

ALLAH itu MAHA Pengasih, MAHA Penyayang, MAHA Pengampun.. Tandanya, ALLAH tidak mengira siapapun jemputan-NYA yang datang ke Baitullah, semua ALLAH jemput, tidak di kira dan tidak di lihat dosa pahalanya, siapa yang ALLAH panggil, ALLAH terus panggil di waktu-waktu yang DIA izinkan.. ALLAH tidak memanggil yang warak dan beriman shj, malah yg pernah berbuat dosa pun ALLAH tidak tunjuk aib nya ketika di Tanah Suci.. Subhanallah! Betapa baiknya ALLAH.. Namun, kita masih juga lalai kan? Byk cerita yg kita dgrkan, bila berada di sana, hati sayu, tercarik2 kehibaan, merintih menangis bila melihat Kaabah, spt tidak mahu pulang.. Namun bila sudah kembali ke kg halaman msg2, kngn tetap kngn dan keinginan utk dtg ke sana sentiasa mekar namun ada jg yg masih buta tuli dan pekak dgn pahala serta dosa.. Jangan lah begitu.. CINTA ALLAH itu mmg sudah ada dalam hati-hati kita, jgn kita cemari ia.. Cambahkan sehari2, biar ia terus mekar dan utuh di hati, jiwa, kalbu dan sanubari kita.. InsyaALLAH! Satu hari nanti pasti kita akan bertemu Kekasih, cinta hakiki kita dalam keadaan yg sgt membahagiakan dan menenangkan! Mari kita sentiasa beringat dgn suruhan dan larangan ALLAH yg sudah tercatat di dalam AL-Quran! Wallahu'alam.. Mohon doa kalian semua agar pnjg umur dan murah rezeki sy sekeluarga utk di jemput/di panggil ALLAH SWT ke Tanah Suci dalam waktu yg ALLAH izinkan.. Allahumma Aameen! Maqbul Duakum InsyaALLAH..

Salam Jumuah Yaa Muslimin, Muslimat, Mukminin wal Mukminat =)

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM... ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Monday, 25 June 2012

Budak baru mau naik ~

Bismillaahirrahmaanirraheem. :)

Setiap orang akan melalui fasa hidup yang sama. Dari alam ke alam kita lalui. Ada 5 alam semua nya..

Alam Roh -> Alam Rahim -> Alam Fana -> Alam Barzakh -> Alam Akhirat

Dan sekarang kita berada di Alam Fana, alam yang akan musnah..

Actually bukan ini yang ingin saya cerita kan. Tetapi sebagai mukadimah, marilah kita beringat yang saat ini kita berada di alam fana.. Alam yang suatu masa nanti akan musnah! Telah pun di janjikan ALLAH di dalam Al-Quran.. Kita di Juzu' terakhir atau lebih di kenali Juz Amma, di situ bermacam2 cerita mengenai Hari Kiamat. Jadi, boleh lah kita merenung kembali. Pelajari, dalami, hayati dan muhasabah diri. Semoga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat..

Alam Roh dan Alam Rahim telah pun berlalu! Sebelum Alam Fana kita dah pun berada di sana. Tapi, ada x benda yang kita ingat? Tiada. Satu kejadian tentang keadaan kita di sana, apa pun kita tidak ingat. Namun, di Alam Barzakh, lain pula ceritanya. Di Alam Akhirat kelak lagi lah lain cerita nya. Wallahua'lam. Semuanya bersangkut paut dan pasti kita di perlihatkan dengan Alam Fana yang kita hadapi kini.

Baik lah. Zaman maju sekarang nie, teknologi semakin canggih. Semoga mahu kan yang terbaik, terpopular, hebat. Even kita lihat saja di Facebook. Majoriti sekarang ni, kita boleh lihat yang lebih ramai lagi budak2 sekolah daripada yang sebaya saya dan ke atas kan? Budak sekolah rendah, sekolah menengah, ramai dah yang start ber-FB.. Macam2 perangai ada. Kadang2, naik pening tengok status2 budak2 yang baru mau naik nie.. Hebat diorang behujah sekarang! Walaupun di usia muda. Cakap itu cakap ini. Kadang2 dalam seminit, ntah berapa banyak puluh status yang di update. Paling hebat lah bila bercakap bab cinta...

Haha, tapi kadang2, rasa mau sakit hati pun x jadi. Sebab i pun pernah "baru mau naik".. Penah jugak feeling2 in love dulu. Haha! Update status pun bab cinta selalu. Betul lah orang2 tua selalu pesan, or orang yang lebih tua dari kita, "Janganlah bercinta dulu!!".. Kita pun balas, "Alah, dulu lain, sekarang lain!".. Haa, ini lah masalah nyaa. Daripada 1 conversation saja pun boleh kita lihat banyak masalah di situ..

1) orang nasihat tak mau dengaq

2) melawan pulak tu!

3) ikut budaya barat

4) mengutamakan perasaan berbanding akal

5) lebihkan cinta hati berbanding orang tua


Cukup lah 5 kan. Ada tambahan sila tambah :)


Tapi serius, bila di ingat benda2 lama... Haduii rasa lucu tu satu.. Rasa mau menangis tu dua. Bila bab insaf lagi lah x tau mau cakap macamana.! ='(

Bertahun-tahun kita hidup dalam keadaan yang sungguh Jahil :(

Islam, bertudung, tapi.... (siapa org Sabah dia faham lah) ='(

Itulah, kadang2 mau blame budak2 ni pun. Kita pun buat benda sama. Apa yang boleh kita buat, jangan caci hina maki, nasihat sikit2, tegur sikit2, cakap lembut2, mesti budak2 tu dengar tu nanti. =') Biar kata2 kita tu di ingat, di kenang, di jadikan pedoman. Biar ada semangat di situ. Biar diorang jadikan kita satu contoh di zaman moden ni. Kita boleh lawan, apa alasan mereka tidak boleh? BOLEH!! Cuma, apa kesilapan dan kesalahan kita di masa lalu, jadi kan biar mereka ulangi..

 Tapi itu lah jugak bah budak2 zaman sekarang nie. Haduii. Mentang2 lah, di mana2 kita boleh tarik perhatian orang, berganda2 jugak lah perasaan mintak perhatian diorang tu.. Isk isk.. Macam2 kan sekarang nie? Zaman akan datang macamana lah pulak yaa?? Wallahu'alam..

Tapi aura baru sudah menular~!! ALHAMDULILLAH :) Bumi egypt kini disimbahi hujan rahmat dan berkat.. moga pantas lah tempias2 hujan itu membasahi seluruh alam semesta, bau syurga yang mewangi di hidu seluruh alam, dan cahaya berkilauan akan memancar dan terpancar di mana-mana.. ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!!!