Showing posts with label history. Show all posts
Showing posts with label history. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

Not 'strong' enough

Bismillaahirrahmaanirraheem..

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh :)

Hm, cukup lama aku tak update blog. Dari cuti sampai lah habis cuti. Oh ada update hari tu, 1 februari, masa birthday bestfriend. Tapi itu saja yang terupdate sepanjang cuti.. Dan hari nie, UIA cuti lagi. :) Dan aku satu kelas pun belum masuk lagi =,= , dan aku still takut macamana lah nanti masuk kelas? Ofkos aku takde kawan lagi dan belum kenal some lecturers. Ada yg aku dah kenal and ada yang beloms. Dan esok lusa tulat, aku ada program pulak, jadi booth coordinator, sememangkan gua akan pasti busy kan? Takpe, MISI, itu MISI! :)

Tentang soal hati.. Hmmph. Bila cakap pasal soal hati, macam-macam. Sedangkan dalam hati tu pun ada macam-macam perasaan. Suka, benci, rindu, geram, sayang, kasih, cinta, dendam, baik sangka, buruk sangka, sabar, - macam-macam lah.. Dan ia bukan semudah yang di kata. Susah mau terangkan, susah mau luahkan.

Tapi macam seorang aku, walau ada benda yang memang aku tak boleh nak luah or cakap, dan memang ada benda aku senang mau cerita dengan orang, dan memang ada benda aku kena luahkan jugak, tapi still di hati hanya ALLAH yang tahu isi sebenarnya. Orang lain mungkin faham apa yang kita cuba untuk terangkan but still, they just only can understand it but it is not the same. still not the same. Not the same with what is in our heart.

Okeyh, actually, i want to talk about two girls today. One is my bestfriend and one is my sister-in-law.

One time, aku pernah meluah berabis-rabisan ngan my bestfriend nie. And she said, - "kau bagus winn, kau tahu macamana mau luahkan perasaanmu. and at least benda tu bagus, boleh tenangkan hati mu. kau ndak serabut". 

dan aku jawab, - "tapi actually aku teringin untuk ndak meluah segala benda di hati. sebab aku percaya ALLAH dengar dan tahu segalanya tentang aku tapi macam ndak fair bila aku cerita dengan orang. and aku still cerita, how i wish aku boleh diam dan simpan saja. kalau aku diam dan simpan pun, mesti nda lama, ada jugak orang akan tertahu"

dia jawab - " iya, kalau aku, aku nda boleh winn. aku ndak pandai mau cerita dengan siapa-siapa pun. cukuplah aku dan DIA jak tahu. DIA jak tempat ku mengadu!"

aku - (sedihh!) how i wish i can be like her - "bestnya kauu"

dia - "tapi aku pun teringin mau pandai meluah dengan kau, at least aku ndak terlalu pendam di hati, cuma aku ndak pandai mau cakap. aku nda tau mau luah macamana, hihi"


itu lah satu conversation yang aku pernah ada dengan this one pretty girl yang sweet. sesetengah orang mungkin nampak aku strong, dan some tahu yang aku bukan se-strong itu, like Sarah, dia tahu yang aku bukan strong. dia pernah nampak aku selemah-lemah awin bila aku ---- ah ada kisah dulu yang sangat menakutkan dan syukur masa tu aku selamat. Alhamdulillah. 

and still, aku rasa aku bukan seorang yang cukup kuat bila aku masih mengadu domba pada orang-orang lain. memang kita perlukan segala benda nie kalau mengikut cara psychology. ia untuk mental. tetapi kalau aku sepenuhnya yakin dan percaya pada ALLAH, adakah aku perlukan orang-orang lain untuk fahami aku? tidak kan? dan how i wish aku boleh menjadi orang yang sangat kuat, sangat strong, bila orang tengok aku sentiasa tersenyum dan bersemangat dengan seribu satu rahsia yang dalam hati tanpa orang lain pun tahu. cukup lah ALLAH. cukuplah ALLAH...

dan bila berbicara tentang soal hati, bukan semua orang boleh faham kita. apa lagi kalau benda berkaitan agama. banyak orang boleh terima, banyak orang bisa mencelah dan banyak orang akan menolak juga. hati-hati yang faham, pasti akan faham, tapi bukan semua boleh rasa. ada satu benda yang isinya terlalu dalam dan bukan semua orang boleh faham.. bukan semua orang tahu, boleh dan pernah rasa.. dan aku pun, cukup banyak dan terlalu banyak ilmu agama yang belum aku tahu.. kadang-kadang aku pun menjadi salah seorang yang tidak faham tentang orang lain, dan ini selalu. cuba menerima dan memahami tapi aku lebih kepada pentingkan diri sendiri dan berdiam diri.. hati menidakkan dan menolak. tidak terluah. namun cukuplah aku memperbetulkan hati aku sendiri semula.. muhasabah balik. fikir balik.. masing-masing orang ada hati, dalam hati ada macam-macam. semua itu urusan kita dengan ALLAH..



dan tentang adik ipar ku, one time aku tanya dia, - "dik, macamana adik boleh suka sama si aboy?"

dia jawab - "mana boleh kasi tahu! :)"

aku jawab - "lah dengan kakak pun mau rahsia ka? kasi tau lah :p"

dia cuma senyum dan tukar topik.




you see. beruntung adik aku dapat isteri solehah macam dia. serius. kadang-kadang aku cemburu juga tengok perempuan-perempuan solehah nie. hebat diorang nie! hebat! pandai jaga diri. sombong dan malu bertempat. dan macam conversation tadi. pasal soal hati.. even aku nie kakak ipar dia, kakak kepada husband dia, dengan aku dia rahsia kan langsung macamana dia boleh in love ngan adik aku..

you see..

kalau aku.. ya ampun.. baru suka sikit mesti aku cerita sudah dengan bestfriend ku.. itu baru suka sikit.. haihh.. bila berubah hati or apa-apa yang di rasa pun terus cerita sama bestfriend.. ini adik ipar ku sendiri pun, even after sudah kahwin pun, still nda cerita sama aku.. hebat kan perempuan gini? semua itu cuma antara dia - husband - dan ALLAH..


setiap orang ada cara dia masing-masing..

dan aku teringat kisah yang Habib Ali ceritakan di majlis ilmu.. katanya - "Bila tiba waktu azan berkumandang, Rosulullah sallallahu 'alayhi wasallam dan 'Aisyah terus seperti orang yang tidak kenal antara satu sama lain kerna sibuk nya mereka untuk mempersiapkan diri menghadap ALLAH, menyambut seruan ILAHI"..

Hebatnya iman mereka.. Hebat!!!






Wednesday, 23 January 2013

Cintaku di Setiawangsa

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh. :)

Salam Maulidur Rasul Yaa Muslimin wa Muslimat, Mukminin wa Mukminat..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin~ Syukur ke hadrat Ilahi, bernafas lagi kita sehingga ke hari ini, dan berrezeki menyambut Maulidur Rasul - Hari Kelahiran Nabi, bersama-sama, menyampaikan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, Penghulu kita.. Sallallahu 'alaihi wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam.. Teruskan selawat mu, perbanyakkan selawatmu, walau di mana kau berada, bila-bila masa, tidak mengira tempat, teruskann, di bulan ini juga teruskan lah di lain-lain bulan, InshaaALLAH.. Syafaatnya menanti di sana :)

Hari nie saya tak mau cakap banyak. Tapi nak cerita pasal kisah cinta saya. Cinta di tanah Setiawangsa yang indah. Siapa tak pernah pi, ni saya nak habaq mai :) 

Siapa tahu Masjid Muadz bin Jabal? Siapa tahu?
Dekat ja dengan stesen Setiawangsa kalau kita naik LRT Putra..
Ha.. Masjid tu, eeeevery friday night, dia akan buat majlis ta'lim..
Majlis mawlid.. Majlis Qasidah..
Sangatt sangatt sangatt best! Indahhhhh :)

Okay, dalam sebulan, hari Jumaat ada 4 hari kan? 
Jadi, 3 hari Jumaat, akan diadakan Majlis Ta'lim.. dikelolai oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid (Pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza)..
Kita akan ada bacaan durud, ceramah agama dari Habib nie..
Macam-macam topik di bincangkan, dan akan ada juga tilawah dan tadabbur..
Membaca ayat-ayat Al-Quran dan memahami maksud dan cerita di sebalik ayat..
Habib Ali banyak rujukan dari para Guru dan kitab-kitab..
Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati beliau sekeluarga..
Kenal Habib Ali? Boleh tengok TV AL-HIJRAH, beliau selalu ada..
Ada rancangan Cinta Rasul.. 
Senang kenal beliau.. Muka arab-arab, slang dia, ada bunyik indonesia sikit..
Seronok dengar Habib nie bercerita :) 

Dan, satu Jumaat lagi, akan diadakan Majlis Qasidah..
Malam nie sebulan sekali, jadi memang masa nie akan berduyun-duyun orang datang..
Penuh masjid dengan baju putih :)
Malam nie tiada ceramah ilmu seperti biasa, kita hanya akan berqasidah saja..
Dan akan ada juga orang-orang yang berkompang-kompang..
Lagi, dalam masjid tu, diorang akan sediakan LCD so dapat nampak lah Habib Ali besar sikit, hee
Di luar, dulu pakai LCD jugak, tapi sekarang sudah pakai TV.. lekat kat dinding gitu :)

Oh yaa, majlis nie di-organise oleh Darul Murtadza :) 
Kalau ada mana-mana majlis ilmu, ta'lim, haul, mawlid, qasidah, pasti Darul Murtadza juga terlibat :)

Sekali lagi saya ulang, majlis ni setiap hari Jumaat, lepas Isyak, dalam pukul 9.15 start, habis pukul 11.15pm begitu.. Budak UIA sempat ja pergi. Saya biasa naik bas yang last sekali - bas terakhir, pukul 12am. So bas akan turunkan penumpang depan gate depan sana. Hahh, gigih lah kau jalan dari gate sampai ke Mahallah Asma'! 
Siapa yang belum pernah pergi, boleh lah join lepas nie :)
Seronok sangat.. apalagi bila yang Majlis Qasidah bulanan, indah rasa di situ.. Bila kita ramai-ramai bersyair tentang kisah Nabi.. Kita menyanyikan sambil tengok skrin, ada bahasa arab dan meaning nya sekali.. Jadi kita faham lah cerita-cerita nya :)

Hari tu pun, masa bulan October, betul-betul sebelum pergi ke Mabul Island untuk community service, saya sempat dan berrezeki serta berpeluang ke Majlis Malam Cinta Rasul - yang pertama kali di adakan di Malaysia. Masa tu, depa buat dekat masjid KLCC tuh. Habib Syech dijemput khas.. Lagu-lagu beliau, qasidah-qasidah beliau memang best! Paling popular 'YA HANANA'.. Siapa belum dengar boleh search di Youtube :) 
Masa tu pergi dengan Qila & Kak Ana :)
Semangat bila ada di situ :) Lain feel nya :)
Sekarang pun, Malam Cinta Rasul ni, makin bertambah-tambah program nya. Dan Alhamdulillah, Habib Syech ada memenuhi keindahan majlis di Malaysia nie.. 
Semoga ALLAH SWT merahmati Habib Syech sekeluarga, Aameen..

Saya start ikut majlis mawlid nie masa bulan June 2012..
Sebelum diorang berpindah ke masjid nie, diorang buat di surau dekat keramat..
Lepas tu, makin ramai orang, tempat pun ndak muat, diorang tukar pi masjid nie..
Masa tu saya tahu masa tahun 2010, tapi ndak berpeluang dan berrezeki untuk pergi lagi..
Tapi alhamdulillah, akhirnya sampai jugak ke majlis yang indah inii :)
Ada jugak beberapa orang kawan saya bawak, dan inshaaALLAH mungkin di lain-lain masa, anda-anda yang membaca juga berrezeki ke sana sekali bersama saya atau pun tanpa saya, inshaaALLAH :)

Meh tengok gambar lah sikit nah :)



ini di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa. 




ini pulak di Masjid KLCC tu. - masa nie diorang belum masuk - majlis belum start



 masa nie, Malam Cinta Rasul, diorang provide buku untuk Qasidah-qasidah.. free..
kalau di Setiawangsa tu, buku ada di jual :) so boleh beliii...






ha, kami duk sebelah kanan. depan stage hanya untuk lelaki. dan sepatutnya perempuan duduk dalam masjid, area tempat solat tu, tapi disebabkan speaker x berfungsi, lcd pun x keluar apa-apa, diorang suruh kami keluar balik, duduk di luar tapi area belah kanan ja :)
yang tengah berdiri tu, itulah Habib Ali :)




 share sikit status di fb tadi sempena maulid nabi nie :)
siapa belum add fb, boleh lah add - search jak nama tu :p
#bajetretis



oh ya. beberapa hari ni, saya duk layan 30 minit Ustaz Don.. tadi layan lagi.. tengah syiok tengok, tiba-tiba Umi kata,

"Winn.. mau menantu macam tu!"

Aku terus, "?? - InshaaALLAH!!".. - Intonasi ala-ala Ustaz-ustaz (kuat dan yakin). 

Aku kata, 'kat UIA banyak kot~',- Intonasi yang kurang yakin dan pelan. banyak kott? bukan banyak kot! ha..

pastu Makcik kata, 'Sekarang nie ramai ustaz-ustaz muda, carik lah satu nak!'

Umi kata, 'Iyaa, imam-imam muda tu'

Hmm.. tiba-tiba dok pikiaq, manaa nak carik lelaki lagu nih? Haha, banyak ja kat majlis ilmu, ta'lim, haul, mawlid tu.. Hehe, tapi ofcourse lah saya tak kenal. Aku pi sana pi majlis ilmu, bukan cari jodoh. Datang, duduk, habis - terus balik. Tapi ada juga lah yang kenal through fb sebab kawan kepada kawan. Jadi berkawan lah :)

Tapi serius saya suka cara Ustaz Don. Bila dengar dia cerita kat TV, haha semangat aku, khusyuk dengar wuu.. Dia kalau bercerita macam tengah cerita kat budak-budak, comel :) Paling best suara dia, tenang ja, slow ja, lembut ja. Kita dengar pun, sedap telinga mendengar, tersentuh hati. Bila dengar beliau mengaji, sedapp nye cik oii. Tapi paling bestt bohhh, tang bahasa UTAGHA tuu.!! Haa, aku pantang bab-bab utagha nie.. Kan cek dah habaq dahh, bahasa Utagha nie SEXY!! hehehehe :p 

# post ke 100.

Friday, 18 January 2013

1 Jam 30 Minit

Berakhir di Januari! :) Alhamdulillah.

Haa, ni kami nak habaq pasai exam nie. Dia start bulan December. Akhir bulan January. Masa exam kan, ayat paling popular sekali bila semua dok tanya,

"woi bila hang next paper?"

"bila exam lagi?"

"next paper biler eh?"

kat mana-mana kat bumi UIA, pasti hang dengaq..

"tahun depannn!" 

"aku exam lama weh, 2 tahunn!"

"jumpa tahun depan inshaaALLAH!!" - (pedahal jumpanya tu 1 januari.)


tu ayat-ayat bila 31 dec lah tu.. 2 tahun dah aku kat uia, bila exam untuk sem 1 ja, mesti tu ja lah ayat hgpa boleh dengaq.

budak-budak uia nie kadang-kadang sengaii jugak. sengai-sengai pun, alim! hikhik. so meh carik calon kat uia~ hahahaa..

dak dak dakk.. laa nie kami bukan nak habaq pasai calon ka apa ka, ni nak habaq pasai exam lah nie..

baghu nie, kami ambik 7 papers. tak banyak mana pun kalau subjek dia campoq yang simple-simple..

meh nak habaq satu-satu lah noh!

haa.. by the way.. laa ni, aku dok tweet-tweet ngan soghang junior iic aku, oang penang.. pasai tu lah dok cakap utagha.. hik :p  kami bukan oang kedah ka penang ka perlis ka, kami orang sabah bah :p #oksambung


1- study circle 2
haa paper nie, aku dak baca ponn. notes pi mana taktau. ada ja kot. tapi saja malaih. tawakkal lah konon. tapi takdak usaha. cano tu awin? isk. tahun 2013 nie kena ubah nie. untuk sem depan. biaq molek sikit perangai. molek perangai, molek disiplin, molek lah pointer :p


2 - arab 
masa ni aku agak neves lah kot sebab ni permulaan kepada subjek-subjek lain kan. bila masuk-masuk hall, duduk kat kerusi, ready, bismillah banyak-banyak, then jawabbbb. bila jawabb, 'eihh senang jugok arab nie'. haha. #jangannakphoyohsangat! :p tapi ok lah, aku keluaq 30minit awai kot rasenye. ntahh. nie ja la satu-satunya paper yang aku keluaq awai. keluaq hall, tiba-tiba...

"syazwinnie! syazwinnie!!! senang gila kan arab tadi? aku bukak-bukak paper, ehh apesal senang..? ok lah jawab tadi. cuma part yang synonym antonym tu je lah, hee happy gila jawab" - raouf sambil senyum-senyum sengihh.. muka happy gilaa dapat jawab exam. (ayat tu takdak lah sebijik-sebijik sama, gila aku pandai kalau hapal setiap patah dia cakap, memang aku DL kalau lagu tu :p) 


 3 - bm kerjaya 
ha, exam ni lah yang aku dok mention 1 jam 30 minit tu. haiyoo! aku tak tau dia 1jam 30 minittt!! aku tauuu, tapi aku buat-buat anggap dia 2 jam.. dok tulih dok jawabb, tiba-tiba, dia habaq, 'okay u have 30 minutes left'.. huiiii, tu diaaaa!! siapa tak cuak kalau lagu tu. aku dok tukaq-tukaq page ja. sat jawab depan, sat jawab belakang. haii memang aku tension. tapi tu dia lah, tak check kat cover page soalan. kat situ kan dia dah tulis, kalau aku bukak mata luas-luas, boleh set jam terus, takdak lah dok menjawab macam lompat bintang 30x dah habis masa. (aku cakap macam nie kat ac, dia gelak). tak perasan, serius! tiba-tiba dah nak habih masa. tulis mmg tak henti lah bakhang!


4 - intro to psychology 
haha yang ni memang killer subject. memang banyak gilaa mau di baca, mau di hafal! dan aku study sehari sebelum exam. gila kan? #memangakugila. ko tau apa aku buat? masa tu ada jugak kawan-kawan mai bilik study sekali. tapi disebabkan aku malas mau baca satu-satu n hafal satu-satu sebab konfem x mampu mau hafal and masuk otak, aku pi buat exercise untuk every chapter yang ada di buku teks. so, bila jawab, akan ada 4 jawapan, so from the question, aku tengok jawapan, then every jawapan tu aku try cari apa maksud dia and fahamkan. and alhamdulillah aku berjaya faham and bezakan each terms! lepas tu dengan harapan, every soalan yang aku buat tu akan masuk exam! tapi hampehh! hahaha :p aku rasa, yang masuk cuma 2 3 soalan jak. but at least, aku tahu suda meaning dia kan. jadi quite ok lah this paper. hopefully ok inshaaALLAH :)


5 - islamic aqidah 
haha. ini lagi lah sengal. aku belajar satu pun ndak, tahu! memang aku langsung x study. bukak buku ada. dan tahu apa yang aku baca? course outline jak! haha. (jadi sabah sudah aku balik). paling sengal, aku boleh p dating sama si hani di cafe econs. haha. dari jam 11, 11 ka? ntah.. until 2.30 kot. cerita-cerita-cerita.. lepas tu, aku cepat-cepat pi masjid mau solat, takut bertembung orang yang keluar masjid lepas solat jumaat. (aku exam jam 3) sekalinya otw dari econs ke masjid, depan libry tu, ramai sudah lelaki keluar! hah sudahhh! tahu kah perasann bila u can see no other woman except you? marjaye!! (betul ka tu ejaannya? maksudnya mati dalam bahasa hindustan). lepas tu aku pun naik p ikut lalu depan libry, supaya x stuck di laluan bawah depan libry tu. bila turun dekat atm mau ke masjid...tiba-tiba kazen ku tegur dan aku testop sebab dia ajak becerita sana. nahh, miatai aku pok! bediri tengah-tengah macam model. #untunggojes! hahahahaha. #over. andddd #titewmayuuu bila rupanya ada abang-abang aikol nampak aku, siap msg lagi tuh! si abang PM lah msg aku. tapi #titewmayuu dengan kawan dia yang chomel sebab masa tu diorang sama. hahaha. okbai! =,= dan untuk paper nie, serius aku jawab macam tulis blog! wakakakakakaka. panjang gila aku tulis, ntah papa jak. penuh semua mukasurat. #wow.


6 - creative thinking 
ha ini lah subjek memang betul-betul lah! di sebabkan dia terlalu creative sampai kan aku berfikir pun telampau lama jugak. soalan dia actually senang. senang jak. tapi aku kurang ulangkaji and kurang faham dan kurang ingat format thinking skills tu. aku macam ingat tapi aku blurr. lepas tu, kerja ku main bulu mata jak masa di dalam hall. jadi aku dak mau cakap banyak sebab aku stress! kalau aku repeat, aku mau ambik sekelas ngan si qila, sebab lecturer yang dia add tu, pujaan hati ku. hahahaha. Dr Bergout (sila search di IIUM staff)


7 - introduction to history 
yang ini lah paper paling best. lepas paper creative thinking, aku ada gap 1 minggu tahu! orang kata best lah sebab masa belajar ada 1 minggu, #untunglah!. tapi boleh faham perasaan kita yang tengah ada mood exam, tiba-tiba tercuti seminggu jap, and tiba-tiba ada exam lagi? dia macam, 'ehh cuti bah nie, ada pulak paper lagi..iskk!'. walaupun fikiran ku tu nda logik sbb awal-awal sudah ada timetable kan tapi serius ini lah paper paling bosan aku tunggu. aku rasa 2 jam tu macam lama gilaaaaaaaaaaaa! aku bosan. aku mengantuk. seminggu kerja ku tiduuuuuuurrrrr jakk, jadi otak ku pun sudah tetidur, tiba-tiba exam. haishh. and paper ni paling ramai gila orang keluar. aku rasa, 30 minit terakhir tu, separuh dari hall sudah keluar. hebat lah!


dan bila aku menghadapi peperiksaan kali nih, aku tiba-tiba teringat dengan Cikgu Baljeet, cikgu ku masa sekolah menengah dulu. cikgu ni dulu guru disiplin. memang garang tapi lawak. kalau dia benci kau, memang dia kasi tunjuk dia benci, kalau dia suka, dia suka lah. macam aku, sebab aku anak bapak ku, dia kenal, so kami kamceng.. dia penah heran tengok aku ketawa di longkang sama kawan ku sampai teduduk-duduk kami! sampai besok nya dia tenampak aku dia cakap, "ehh saudari kenapa semalam tu?" aku terus, "huhh? hahaha. dakda lah sir, hihiii".. sebenarnya, hari sebelum tu, yang kami ketawa-ketawa tu, aku jatuh sebenarnya, kawan ku tahan kaki jadi aku tesungkur jatuh melutut. jadi aku rasa sangat lucu. jadi kenapa? ok baii. (malu sudah sebenarnya)

so, aku teringat kata-kata popular beliau, siapa budak SMKTawau mesti ingat nie, dia cakap "jawab apa yang di tanya, bukan apa yang kamu tahu"~

aku rasa, banyak jawapan ku untuk exam kali nie, adalah, banyak yang aku tahu. bukan apa yang di tanya. haha. maksudnya, aku jawab main ikut suka hati jer. jadi, banyakkan membaca lepas nie, biar berilmu. banyakkan mendengar, biar berilmu. banyakkan bertanya soalan yang relevan, biar berilmu! :)

ingat tu,
'Jawab apa yang di tanya, bukan apa yang kamu tahu!'


p/s: btw tadi, adikku si Sabrina komen pasal blog ku, 'aduii penat adik ketawa. punchline eberiwer.'. #macambanggapulaktutau.. boleh sudah aku jadi rajalawak. hikk >.<  rajalawak sendiri2 boleh lah. tapi aku banyak merepek jak actually. tapi enjoy lah yaa :) hee

Wednesday, 1 August 2012

Untuk 3 Tahun

Bismillaahirrahmaanirraheem..

Alhamdulillah syukur nikmat, masih lagi bernafas di bumi ALLAH, di bulan yang mulia, bulan Ramadhan, mohon kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat, terhindar jauh dari azab api neraka dan syurga menjadi rumah buat selama-lamanya!

Memandangkan hari ini adalah 1 august. Ingin aku ceritakan kisah bermula 3 tahun lepas; Julai 2009 hingga lah ke Julai 2012 :) 

JULAI 2009 : Aku lihat Dia. Dia hamba ALLAH yang sangat biasa. Terlihatkan sosok nya buat kali pertama menampakkan dia seperti orang-orang lain. Remaja lain. Namun ada satu aura yang membuat ku tertanya, siapa dia. Ku tanyakan kepada kawan-kawan nya, teman serumah nya.. "Siapa Dia?". Jawapan terindah, "Dia sebaik-baik lelaki".. Aku pelik, dan dari situ aku mulai mengenali nya dan berkenalan rapat dengan nya sehinggalah ada sinar baru dalam hidup yang aku jalani. Ohh ALLAH, sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan aku bersyukur disaat aku menjejaki Kolej Islam Antarabangsa, dan mengenali teman-teman yang begitu mewarnai hidup ku :) Saat itu, hati ku tersenyum kerna mata hati ku disapa mata hatinya :) 

Julai 2010 : Banyak pengalaman indah, banyak peristiwa suka dan duka ku alami selama setahun aku mengenalinya. Banyak ilmu yang dikongsikan, banyak pengalaman yang dia ajarkan, banyak perasaan yang dia isikan di hati kecil ku. Aku sungguh berbesar hati di saat mengenalinya dan Dia bukan calang2 orangnya. Memang tidak hairan bila ramai yang mencintainya dan adakala aku begitu cemburu. Namun aku diamkan. Peristiwa indah di hari perkahwinan kakak ku. Kau datang :) Datang dengan baju berwarna ungu. Dan kita sedondon :) Umi kata, "baguslah, dia kan bakal orang rumah juga". Indahnya masa itu :) Dan aku nyanyi lagu kegemaran abang ipar ku, yang aku tujukan khas buat pengantin namun sebenarnya bait-bait liriknya begitu menusuk ke kalbu yang merujuk kepada Dia ; Sampai Menutup Mata.. Indahh. Indah. Betapa syahdu ku dendangkan lagu itu, ibarat hati yang bernyanyi, bukan suara dari tekak ku.. 

Julai 2011 : Hilang. Dia hilang. Adakah Dia membuang aku atau aku yang membuangnya? Kesakitan yang dirasai, aku sendiri yang tahu. Kenapa dan mengapa juga aku tidak pasti. Doa tetap ada. Sekejap hati jadi benci. Sekejap hati rasa sedih. Sekejap hati merintih. Sekejap hati menginginkan kau kembali. Sekejap hati tersenyum kerana merana bodohnya diri ini. Tapi itu bukan soal bodoh atau apa, tapi itu perasaan. Perasaan yang lahir di hati, kau tidak bisa lihat, namun mampu kau rasa dengan setulus hatimu. Betapa rindunya saat dulu. Tapi aku tabah terus ke hadapan dengan kerja yang harus aku fokus kan. 

Julai 2012 : Alhamdulillah :) Banyak peristiwa yang terus berlaku. ALLAH Maha Mengetahui, kita tidak tahu apa yang tersurat dan tersirat tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kakak mu menjadi teman baik ku kini dan aku tak tahu apa sangkaan di hati dan minda mu. Biarlah. Walau kini aku makin tenang, tidak rindu, cuma sedetik tertanya akan khabarmu, hati ku merasa cukup dan puas, biarlah, ada doa di antara kita kerna ada ketika kita bicara walau sekejap, namun kita kini menjauh - sekali lagi. Biar lah, anadai ada jodoh, bahagia denganmu didepan sana. Andai tiada jodoh, orang lain pasti bahagia dengan ku. Dan orang lain pasti bahagia dengan mu :) 

UNTUK 3 TAHUN, kau bertakhta di hati. Sudah cukup :) Bertahun aku tidak melihat mu. Walau kita di tanah yang sama, mata itu tidak ku tatapi, bila ku pulang ke kampung halaman, juga kita di tanah yang sama, sosok itu tetap tidak bisa dijejaki. Julai 2009 aku pertama kali melihatmu, Julai 2010 terakhir kali aku melihatmu. Setahun aku mengenali mu, 2 tahun aku tidak bertemumu tapi cinta itu masih ada dan membara di hati. Kenapa ya? Doakan aku wahai Habibi.. Kau tahu di mana aku bila kau ingin mencari..

Monday, 25 June 2012

Budak baru mau naik ~

Bismillaahirrahmaanirraheem. :)

Setiap orang akan melalui fasa hidup yang sama. Dari alam ke alam kita lalui. Ada 5 alam semua nya..

Alam Roh -> Alam Rahim -> Alam Fana -> Alam Barzakh -> Alam Akhirat

Dan sekarang kita berada di Alam Fana, alam yang akan musnah..

Actually bukan ini yang ingin saya cerita kan. Tetapi sebagai mukadimah, marilah kita beringat yang saat ini kita berada di alam fana.. Alam yang suatu masa nanti akan musnah! Telah pun di janjikan ALLAH di dalam Al-Quran.. Kita di Juzu' terakhir atau lebih di kenali Juz Amma, di situ bermacam2 cerita mengenai Hari Kiamat. Jadi, boleh lah kita merenung kembali. Pelajari, dalami, hayati dan muhasabah diri. Semoga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat..

Alam Roh dan Alam Rahim telah pun berlalu! Sebelum Alam Fana kita dah pun berada di sana. Tapi, ada x benda yang kita ingat? Tiada. Satu kejadian tentang keadaan kita di sana, apa pun kita tidak ingat. Namun, di Alam Barzakh, lain pula ceritanya. Di Alam Akhirat kelak lagi lah lain cerita nya. Wallahua'lam. Semuanya bersangkut paut dan pasti kita di perlihatkan dengan Alam Fana yang kita hadapi kini.

Baik lah. Zaman maju sekarang nie, teknologi semakin canggih. Semoga mahu kan yang terbaik, terpopular, hebat. Even kita lihat saja di Facebook. Majoriti sekarang ni, kita boleh lihat yang lebih ramai lagi budak2 sekolah daripada yang sebaya saya dan ke atas kan? Budak sekolah rendah, sekolah menengah, ramai dah yang start ber-FB.. Macam2 perangai ada. Kadang2, naik pening tengok status2 budak2 yang baru mau naik nie.. Hebat diorang behujah sekarang! Walaupun di usia muda. Cakap itu cakap ini. Kadang2 dalam seminit, ntah berapa banyak puluh status yang di update. Paling hebat lah bila bercakap bab cinta...

Haha, tapi kadang2, rasa mau sakit hati pun x jadi. Sebab i pun pernah "baru mau naik".. Penah jugak feeling2 in love dulu. Haha! Update status pun bab cinta selalu. Betul lah orang2 tua selalu pesan, or orang yang lebih tua dari kita, "Janganlah bercinta dulu!!".. Kita pun balas, "Alah, dulu lain, sekarang lain!".. Haa, ini lah masalah nyaa. Daripada 1 conversation saja pun boleh kita lihat banyak masalah di situ..

1) orang nasihat tak mau dengaq

2) melawan pulak tu!

3) ikut budaya barat

4) mengutamakan perasaan berbanding akal

5) lebihkan cinta hati berbanding orang tua


Cukup lah 5 kan. Ada tambahan sila tambah :)


Tapi serius, bila di ingat benda2 lama... Haduii rasa lucu tu satu.. Rasa mau menangis tu dua. Bila bab insaf lagi lah x tau mau cakap macamana.! ='(

Bertahun-tahun kita hidup dalam keadaan yang sungguh Jahil :(

Islam, bertudung, tapi.... (siapa org Sabah dia faham lah) ='(

Itulah, kadang2 mau blame budak2 ni pun. Kita pun buat benda sama. Apa yang boleh kita buat, jangan caci hina maki, nasihat sikit2, tegur sikit2, cakap lembut2, mesti budak2 tu dengar tu nanti. =') Biar kata2 kita tu di ingat, di kenang, di jadikan pedoman. Biar ada semangat di situ. Biar diorang jadikan kita satu contoh di zaman moden ni. Kita boleh lawan, apa alasan mereka tidak boleh? BOLEH!! Cuma, apa kesilapan dan kesalahan kita di masa lalu, jadi kan biar mereka ulangi..

 Tapi itu lah jugak bah budak2 zaman sekarang nie. Haduii. Mentang2 lah, di mana2 kita boleh tarik perhatian orang, berganda2 jugak lah perasaan mintak perhatian diorang tu.. Isk isk.. Macam2 kan sekarang nie? Zaman akan datang macamana lah pulak yaa?? Wallahu'alam..

Tapi aura baru sudah menular~!! ALHAMDULILLAH :) Bumi egypt kini disimbahi hujan rahmat dan berkat.. moga pantas lah tempias2 hujan itu membasahi seluruh alam semesta, bau syurga yang mewangi di hidu seluruh alam, dan cahaya berkilauan akan memancar dan terpancar di mana-mana.. ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!!!

Tuesday, 8 May 2012

Mood : Sad

Saya terbaca sesuatu di facebook. - baru saja. baru sangat. seconds ago.

(◠‿◠) saya pernah SETIA,
tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)

(◠‿◠) saya pernah PERCAYA,
tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)

(◠‿◠) saya pernah MENCINTAI,
tapi DISAKITI..(╯︵╰,)

(◠‿◠) saya pernah MEMILIKI,
tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)

(◠‿◠) saya pernah JUJUR,
tapi DITIPU..(╯︵╰,)

(◠‿◠) saya pernah BERHARAP,
tapi harapan tu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)

— Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada menghabiskan waktu dengan orang yang salah ツ
apa yang awak fikir tentang apa yang ada di minda saya sekarang nie?
apa yang awak mampu fahami?
apa yang awak boleh teka?
huh! ya! saya sedih!! sedih tau takk~ *haha
semalam, tetiba dok nangis2. issh. why? why? why? why laaaaaaaaaaaa..
perlukah nak nangis cik awin? 
actually, mungkin disebabkan banyak sangat benda terpendam dan tak mampu di luahkan. 
simpan. simpan. dan simpan.
SAKIT! - itu lah jawapannya.
but then semalam baru mampu terlepas dengan titisan air mata satu dua sahaja.
saya bukan cengeng tau takk!! saya bukan seorang yang kuat nangis!! dulu yaa.. but not now.. not anymore~
sometimes, aku pun lupa how to cry =,=
i don't know why! 
mungkin sudah terlalu banyak kesakitan yang dirasa, menjadikan aku sudah biasa. *tapi bila di lihat kesedihan aku, dugaan aku, apa yang aku hadapi tak lah seteruk orang lain kan.
tapi Alhamdulillah, segala kesedihan, dugaan itu pun dari ALLAH dan ada sebab serta hikmahnya!
aku jadi kuat. aku jadi semangat. aku tak lemah. aku mampu lawan. aku mampu sabar. dan masih tersenyum.
the best part is, aku kurang mengadu pada orang-orang.
bila ada masalah, dan kita simpan sendiri, lepas tu kita berserah pada ALLAH, itu lagi INDAH!
you want to know why? sebab ALLAH tolong kita!! ALLAH tolong :) dan itu memberi satu nafas yang cukup lega..
ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL!
even sometimes aku terfikir, why do we need to talk to other people? supaya terlepas sikit beban di dada? supaya hati tak rasa sakit sangat? supaya lega?
YA! true. itu aku tak nafikan. cuma kadang2, what i found is, ada orang kdg2 terkhianati kita. terlepas cakap. or when we talk to them, they only can listen to us. mampu dengar, tak mampu nak tolong. 
but yes still. they are besides us, trying to help us. trying to decrease the burden..
hmmm. bukan aku mencaci atau membenci atau tidak percaya, NO!! (*ala2 si tom cat bila kena pegang ekornya, haha)
tapi aku lagi sakit bila we try to talk to them, tell them, tapi diorang macam nak tak nak dengar aje. diorang like dengar tapi xda perasaan. or x memahami kita. 
fed up lah!
bila kita tolong orang, ndak semestinya orang buat benda yang sama dengan kita winn! jangan mengharap!
aku bukan mengharap! aku berhenti mengharap! that's why aku malas mau bergantung pada orang. 
tapi aku sedih sometimes dengan diri ku yang manja. kadang2 ndak mampu disiplinkan diri sendiri. aku manja dengan mom, dad, siblings. 
sometimes berharap dengan diorang! 
YOU ARE 22 ALREADY!!! 
sometimes terfikir, aku nie nak kahwin, tapi kalau aku begini, aku tak menyusahkan laki aku ke?
sedih. sedih. sedih. 
i miss mama. banyak sangat actually benda mau luah ngan mom. tapi sentiasa tak terluah. aku nda mampu luahkan apa yang ada di dalam hati. kerna bila melihat umi tersenyum, tengok umi seronok berbual pasal itu dan ini, tgk umi seronok layan sameera.. kesedihan, kesakitan, kepahitan, semua hilang....

& & & semalam saya nangis. sikit ja lah tapi.. takde lah aku nangis meraung or what..
aku pun nda tau napa aku sedih. aku nangis. but deep in my heart aku sedih.
& suddenly aku ternampak something di wall someone. 
siapa dan apa biarlah rahsia kan.
memang lately nie pun, aku tengok mereka itu macam makin close.
and rupanya aku sedih kerna aku di 'curangi'.. kot.. *HAHA!
statement vangang - bak kata johan!
hmmm. takpe lah, what to do kan. 
orang tu tanak kat aku kot. tanak DAH kat aku kot.
tapi ingat senang kah aku nak carik lain?
kalau lah senang.. bukan sekarang, 2 tahun lepas aku sudah carik orang lain.
ehh.. takdelah dua tahun lepas, sbb masa tu aku masi terbang-terbang di awangan lagi.
setahun yang lepas lah, masa kau tiba2 'hilang'.
tapi kenapa sampai sekarang rasa tu masih ada?
bukan selalu pun aku ingat kau. rindu jauh sekali. tapi bila cakap pasal kau, jatuh nya jantung i~ macam mau tecabut ja. ishh.
tension tau! tension!! dok kenang orang yang tak kenang kita~ dannggggg

& i love listening to sad songs......
you know why? sebab aku susah mau menangis. susah mau mengalirkan air mata. sometimes, aku ndak tau macamana mau menangis. pelik kan? kawan2 ku yang dulu2 semua pelik! sebab dulu aku nie ratu air mata! haha. sensitive betul. telampau penyedih. haha. 
but not anymore :(  kadang2 aku tercari2 jugak mana diri ku yang dulu :(
so sebab tu lah kadang2 aku dengar sad songs, supaya aku sedih & aku nangis. pastu aku lega lah. 
kalau ndak, nda tau betimbun lah macam perasaan di hati nie. mungkin ada yang berhabuk juga kali. 
sad~ feel like crying but no tears :(

Monday, 7 May 2012

Alhamdulillah 'ala kulli hal

Bismillahirrahmaanirraheem :)

Alhamdulillah 'ala kulli hal~

I just update my status with that saying and somebody commented on it - 

"beetemu jodoh la tu"

and I replied,

"hey ingat jodoh ja baru bersyukur ka? tapi betul la tu.. dgn ilmu2, dgn cinta2, dgn cita2, KULLI HAL :)"

actually there's nothing wrong pun dengan his comment. 

maybe di sebabkan oleh aku yang tiba-tiba change my profile photo with this photo --

how blessed it is to have a happy family :)

and also maybe these days, many budak-budak yang sebaya aku or younger than me always talk about marriage :) semua tak sabar nak kahwin kot~ semua terasa terpenjara agaknya dengan perasaan yang dipendam or they understand that couple is not allowed in Islam. but do we think we already know and can cope with the responsibilities as a married couple? do you think so? do I think so? 


and at this time, ada sound from outside.. "vuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~~~


bunyi angin yang sangat kuat. and im nervous! even though this is not the first time listening to that kind of sound, but im still nervous! tingkap dalam bilik terbuka and I can feel the wind dari tempat aku duduk which is di ruang tamu~ kuat kan? sliding door pun bergegar-gegar. well, we're staying - living at level 10 ok. that's why :) so tinggi maa~


so let's talk more. plus, aku dah lama and rindu jugak mau update something. you know, as a blogger, kadang-kadang, even dalam masa sehari pun boleh jadi rasa, dah lama tak update blog walaupun baru update semalam. rasa mau update-update-dan update lagi. and me, aku pun nda sure bila last time aku update. but for sure, memang aku ada update tapi copy and paste aje lah kan. 


and sometimes, I feel like facebook is not a right place for you to talk about anything. to be exact, that is the truth actually! and for me, i cannot say anything - update anything just like everyone does. kadang2, perasaan x selesa pun ada jugak di fb tu. ppl may read our status like this and that but they tend to think about ourself in other way round. ya true, jangan terlalu fikirkan apa yang orang cakap pasal kita, just fikir what do ALLAH think about us? but, in the same time, kenapa ppl, instead of saying that fact, why don't you change your attitude? macam2 ragam, macam2 perangai kita boleh tengok only thru FB kan? 


these two weeks, macam2 jadi. and again, Alhamdulillah 'ala kulli hal.
actually last week, aku ada macam, not an argument, but ada sedikit dingin with one of my friend. a good friend lah. and i called him 'Adik'. dia budak yang baik. and he is not a Malaysian. tapi ada satu situasi or peristiwa yang membuatkan aku like bengang kat dia disebabkan oleh his statement yang aku rasa, do you have to say that? instead of saying about me - talking about me - or cakap benda2 yang not so true about me - you better look at you self!! teruk kan aku sampai pikir macam tu?. hmm. no, the think is, dia tiba2 cakap benda yang - sampai aku cakap, "whatever" and blahhh macam tu aje. 

and suddenly ada orang update status bla bla bla.. hey kawan, kau kenal dia baru saja, less than a year! and kau kenal aku almost 4 years and ----- ?? aku tahu kau sayang dia more than just a friend but you only know the story from him, and you don't know my part? that is so not professional. SIAPA HEBAT? haha. kau tanya aku siapa hebat? just because aku update status "you think you know me? i don't think so". hey, even kau pun aku rasa aku tak kenal kau sangat lagi. well yeah, perempuan selalu akan menangkan kekasih than their friend. aku faham. sebab aku perempuan. why don't we act just like most men where they will stand the right of their bestfriend? btw, dia cakap tanpa fikir dulu, dia nampak aku dia yang tunduk and langsung x pandang, x tegur, dia yang bersedih2an, and aku yang salah?? 



mesti orang pelik kan kenapa aku ada hati busuk macam nie. actually bila benda nie berlaku, baru aku sedar, i need to say sorry even bukan aku yang salah. ada kawan aku ckp, my good friend, dia cakap, kalau awak tak salah tak perlu minta maaf. tapi kalau awak mintak maaf, maruah awak lagi tinggi nilainya :) 
what i want to highlight here is, bukan soal aku salah or aku betul and minta maaf dan memberi maaf, cuma bila kita perkara macam ni jadi, apa tindakan yang patut kita buat? disebabkan hal remeh macam ni, aku jadi payah nak beribadah sebab hati tu tercalit kekotoran. see! how important kemaafan dalam Islam tu sendiri. Subhanallah! jadi x kira lah siapa salah siapa betul and siapa say sorry, free your mind and your heart from any hatred. jauhkan dari dendam dan pendam. be free! positive!


Alhamdulillah 'ala kulli hal.
this weekend aku pergi ke Daurah. Daurah di Surau Ansar Keramat. MasyaALLAH! betapa indahnya perasaan berada di kalangan para solehah itu :) ilmu, pengalaman, perkongsian, pengisian, ibadah, aktiviti, persaudaraan, akhlaq, perkenalan, ukhuwahfillah, subhanallah! walaupun daurah tu start pukul 6pm hari sabtu dan berakhir 1pm hari ahad, you see, less than 24hrs, but perasaan berada di situ, kasih sayang antara kami, terasa indah sangat! sumpah! even masa aku di satu, belum habis lagi, aku sudah ckp dgn Farhana, my very good friend, please invite me to the next Daurah!!! and when i mention about it in front of all of them during closing, everybody was like, wahhhhh~ :) and i know rasa itu ada di hati semua orang :) Indah sangattt! 


Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!


Topik minggu ni pasal Pemimpin - Kepimpinan. Best! dan salah satu benda yang dapat kami kongsikan, Rasulullah s.a.w adalah pemimpin kepada umatnya. perancang kepada umatnya. namun, baginda tidak memandang remeh pada apa yang ada di sekelilingnya. baginda tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab baginda yang dimana orang - kita selalu terlepas pandang. sebagai contoh, baginda membantu isteri baginda menguli roti :) Indahkan Islam :) Sweet nya Rasulullah! Allahumma solli 'ala Muhammad ~


Next, sifat sebagai seorang pemimpin tu perlu ada dalam diri setiap individu. kerna yang penting, dasar itu dahulu, kita perlu pimpin diri kita sendiri. jadi orang yang amanah pada diri sendiri. jadi orang yang bertanggungjawab pada diri sendiri. lepas tu, pada kedua orang tua, adik beradik, keluarga, rakan-rakan, masyarakat. even, dalam satu hadith tu pun ada menyebut tapi saya lupa, tapi ayat dia mcm nie, kalau kita keluar berjalan dalam 3 orang, perlulah di lantik seorang untuk menjadi pemimpin. see! dalam benda sekecik2 itu pun perlu ada yang memimpin.


Paling best sekali, segala benda yang Kak Farah rungkaikan. ceritakan. persoalkan. based on her own experiences! barulah kami terfikir. barulah kami terbuka mata. terbuka minda. insyaALLAH akan di kongsi kan di lain masa, wallahua'lam :) 


Jazakumullah khairan kathiran.
 

Saturday, 21 April 2012

kumbang pilihan

Carilah pasangan hidupmu yang mana jika melihatnya, engkau pasti akan teringat pada ALLAH serta bercita-cita ke arah memperbaiki imanmu kepada ALLAH..
Akan tetapi janganlah mencari pasangan hidupmu yang mana jika melihatnya, engkau pasti melupai ALLAH dan teringat akan nafsu kejahatan..
_____________________________________________________________ 
 
Orang mungkin bisa berkata apa saja tentang aku, namun hanya aku yang lebih mengetahui hati aku berbanding kamu. Orang bisa berkata apa tentang kamu namun hanya kamu yang lebih mengetahui hati kamu berbanding mereka. 
Bila ku bercerita tentang cinta, mereka juga punya kisah cinta. Namun mungkin berbeza. Cita-cita kita tidak sama. Dan cinta kita jugak tidak sama. Malah cerita cinta kita juga berbeza dan tidak sama.
 Aku suka bila bercerita tentang kisah cintaku. Aku suka bila di tanya tentang kisah cintaku. Namun adakalanya aku takut dengan mainan perasaanku. Kerna kamu tidak pernah meluahkan isi hatimu padaku.
Saat mereka bertanya, hanya senyuman yang menjadi jawapan. Kau adalah tanda senyuman itu. Kenapa aku hanya mampu tersenyum? Kerna itu lah lambang rasa yang ada di hati yang menandakan aku bahagia. Jika aku tidak bahagia, apakah mudah bagiku unutuk tersenyum? 
 Kenapa dia? Kenapa engkau? Kenapa sang kumbang itu yang menjadi pilihan ku? Apa kau tahu isi hati ku bila kau coba menanyakan soalan itu? Kau tidak tahu. Apa kau tahu siapa dia yang mencuri hati ku? Kau tidak tahu. Hati ku bisa melihat hati nya, dan hatinya bisa melihat hatiku.
Pandangan mata itu, masih teringat aku akan panahannya. Jantung berdegup laju lantas kau tersenyum. Hati tersenyum dan aku cuma mampu menundukkan wajah. Aku tertunduk malu. Aku kuatir dengan rasa yang mula bercambah. 
Bila wajah mu kemerahan, tersipu malu, aku seakan mampu membaca malah merasa getaran yang ada di jiwa mu. Apakah aku pilihanmu? 
Mereka yang mengenali mu pasti tahu kenapa aku memilihmu. Mata hati ini lebih mengenali mu dan tertawan dengan keperibadianmu. Kerna itu kau kumbang pilihan ku!
Apa bisa aku lupakan dirimu bila mana saat aku melihat mu, aku menjadi rindu pada ALLAH?
Apa bisa aku melupakan mu bila mana saat aku melihatmu, aku jadi cinta pada RASULULLAH?
Apa bisa aku menolak dirimu bila mana saat aku melihatmu, terngiang-ngiang kalimah ALLAH? Selawat ke atas Nabi? Ayat-ayat cinta di Kitab Al-Quran?
 Apa bisa aku menidakkan perasaan ku bila mana aku pernah melihat mu menjadi Imam dan mengalunkan ayat-ayat suci di waktu solat jemaah?
Apa bisa aku menepis mu bila mana kau juga yang mengajar ku, mengalirkan rasa cinta pada yang Satu, menabur benih kerinduan pada Rasul Mulia, di dalam darah-darah ku?    
Kau kekasih ku!
Kau pilihan ku!
Kau semangat ku!
Kau kesayangan ku!
Kau naluri ku!
Bila kah akan kau pulang pada ku?
Bila kah akan kau kembali pada ku?
Bila kah akan kau datang semula padaku?
Kau ku seru.. Bila kelam jadi terang, aku pasti kau datang..
 
 

Tuesday, 7 February 2012

Brown Eyes

Assalamualaikum :)

Halo kawan-kawan! Tahu tak, hari nie kan, saya keluar gi KLCC. Jumpa my bestbestbestfriend. Her name is Sarah.. Lama dah tak jumpa dia nie actually. Maybe in 4 5 months kot. Alhamdulillah, ada lagi rezeki dan jodoh untuk jumpa. Actually dia nie besfriend saya since tingkatan 1 lagi. So that's why laa sampai sekarang masih lagi kamceng and selalu aje jumpa, and antara bestfriends yang ter-rapat, kami berdua ja yang study semenanjung and duk KL. Miza, Niniey & Masnih, tak. Depa study di KK. Yang kawan-kawan lain pun banyak ja study semenanjung nie, but ya lah susah bah mau jumpa.

By the way, gambar ada. Tapi nda mau lah upload. Maluuuu >.<! Wahaha, actually terasa mau upload tadi. Tapi nda jadi lah sebab gambar kurang gorgeous~ haha. Gambar oke? Bukan orang nya.. Kalau orang nya, gorgeous lah sikit. Haha. Kidding! =p *gedikjap

Bukan berdua ja, ada adik dia sekali and her friends as well. Tapi berpisah. Kawan-kawan si Didi jalan-jalan. Kami bertiga. Tapi nda buat apa pun. P secret recipe & Ampang Park aje. Ada agenda di Ampang Park tapi sayang, kedai nya tutup. Kecewa terus I dengan si Sarah. Nda dapat kami berpadu tenaga tadi! Haha. Next time maybe ~

Then, tukar plan, ingat mau p taman KLCC tu, lepak-lepak, tengok orang, ambil gambar. Tengok-tengok jam sudah pukul 6. Lama betul kami di surau. Terus nda jadi lah plan mau beromantik tengok air pancut. Hmm. Kalau ndak, boleh sudah layan mood Hindustan jap. Isk-- So, lepas tu kami pun balik lah. Sebab diorang Sarah kena balik Serdang. Tahu lah, ke Serdang, depa naik KTM. Kena gerak before Maghrib lah, sebab tahu lah kan KTM macamana hebatnya kelajuan gerabak tanah melayu itu :)) Sampai boleh tidur jap di KL Sentral tu sebab tunggu tren punyalah lama! =,= Dulu saya selalu ke Nilai, itu pun macam mau nangis ja sebab penantian itu satu penyeksaan! Siksa okey tunggu KTM. Nasibaik hati kental.. Lambat pun masih lagi boleh wat muka paling sweet walaupun mulut sudah muncung sampai Sabah. Ofcourse lah takk manis kan.. Hiss!

Then, lepas tu I terus pegi Sheraton Hotel sebab Ain bawak Sameera swimming sana. Mau balik terus, kunci takde. Alynn bawak. Sudah menjadi milik nya kah kunci itu sekali dengan keychain nya? Hiss. Helo, kunci loker saya ada di sana oke? Tolong jangan hilang kan budak! Barang-barang I banyak tu nok.

Before balik, kami singgah jap di favorite restaurant, makan cheese naan. Oh saya makan sikit aje lah hari ini =p Kenyang.. Lagipun sebab selalu makan kot, jadi bosan lah kot sikit. Tapi whatever it is, cheese naan dia memang terbaikkk! Sedap giler. Kat mana? Kat kedai RSMY ke, ntahh. Alaa, dekat ngan Ukhuwah tu. Seberang Maju Junction..

Lepas tu, kami pun balik lah. Balik-balik, tiba-tiba dekat radio, depa pasang lagu Brown Eyes by Destiny's Child.. Video & lyric ada di bawah kalau mau nyanyi or dengar jap lagi :) So, sambil-sambil I dengar tu, I pun nyanyi lah sekali. Layaan feel sikit, bajet suara Misha Omar. Hehe. & masa tu terimbau lah pulak kenangan-kenangan yang lalu. Haiii, sambil nyanyi, sambil tengok bulan... Ohh bulann, kalau lah kau tahu apa dalam isi hati ku, hish. Masa dok layan feel tu, dalam hati siap cakap lagi.. Bulan, bagitau dia, aku rindu.. Haha. Takdelah rindu pun actually, teringat ja. Ingat dan rindu lain oke? Tapi lagu ni memang sedap, best, jiwang and sedih.

Kepada si jejaka berkulit putih bermata coklat berhidung mancung berkening tinggi.. Tiba-tiba teringat kamu tadi. :D terr aje. Tapi kalau boleh, tolongggg lah jangan muncul depan ku lagi. Aku takut kalau-kalau tiba-tiba hati kamu tergerak mau datang UIA... Oh mann! Nehii!~ Iya lah, kamu banyak kawan di UIA, bukan I sorang ja. Tapi jangan lah. I still dunno what will happen to me kalau kamu tiba-tiba ada depan mata. Kalau mau muncul pun, nanti-nantilah. Bukan sekarang ya kawan :)

To all of you, this song is for you :)
 
*klik title nie sebab video x dapat masuk, sorry ;) enjoy!

Remember the first day when I saw your face
remember the first day when you smiled at me
you stepped to me and then you said to me
I was the woman you dreamed about
remember the first day when you called my house
remember the first day when you took me out
we had butterflies although we tried to hide it
and we both had a beautiful night

The way we held each others hand
the way we talked the way we laughed
it felt so good to find true love
I knew right then and there you were the one

I know that he loves me cause he told me so
I know that he loves me cause his feelings show
when he stares at me you see he cares for me
you see how he is so deep in love
I know that he loves me cause its obvious
I know that he loves me cause it's me he trusts
and he's missing me if he's not kissing me
and when he looks at me his brown eyes tell his soul

Remember the first day, the first day we kissed
remember the first day we had an argument
we apologized and then we compromised
and we haven't argued since
remember the first day we stopped playing games
remember the first day you fell in love with me
it felt so good for you to say those words
cause I felt the same way too

The way we held each others hand
the way we talked the way we laughed
it felt so good to fall in love
and I knew right then and there you were the one

I know that he loves me cause he told me so
I know that he loves me cause his feelings show
when he stares at me you see he cares for me
you see how he is so deep in love
I know that he loves me cause its obvious
I know that he loves me cause it's me he trusts
and he's missing me if he's not kissing me
and when he looks at me his brown eyes tell his soul

i'm so happy so happy that you're in my life
and baby now that you're a part of me
you showed me
showed me the true meaning of love
and i know he loves me

I know that he loves me cause he told me so
I know that he loves me cause his feelings show
when he stares at me you see he cares for me
you see how he is so deep in love
I know that he loves me cause its obvious
I know that he loves me cause it's me he trusts
and he's missing me if he's not kissing me
and when he looks at me his brown eyes tell his soul

He looks at me and his brown eyes tell his soul

Sunday, 29 January 2012

alhamdulillah!


Alhamdulillah ya ALLAH! syukur alhamdulillah!!
sungguh tak ku sangka...
syukur ya ALLAH... alhamdulillah~!
syukur atas nikmat di pagi ini..
syukur atas perasaan ini di pagi ini...
syukur dengan kurniaan mu yang indah ini ya ALLAH...
mohon semoga istiqamah la ya ALLAH...
aku bersyukur ya ALLAH setelah sekian lama..
it's been a year!!
nda kisah la apa pun, siapa yang buat, or apa2 lah.. aku bersyukur ya ALLAH..
alhamdulillah hal nie settle juga & suda terang dan jelas lagi bersuluh, mungkin bukan salah siapa2.
wallahua'lam.. siapa yang buat tu, Tuhan ja yang tahu.. tapi biar lah..
benda lama kan.. aku pun sudah lupa semua..
cuma tekejut sebab tiba2 benda tu datang dan dirungkaikan balik..
ALLAH....
lembutkan lah hati-hati kami ya ALLAH~....
jadi kan lah ikatan persaudaraan kami sesama Islam berkekalan dunia dan akhirat.. Aamiinn...
Syukur alhamdulillahhh!!


p/s : ya ALLAH.. dua benda bikin jantungku tecabut hari nie.. ALLAHU ALLAH...