Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Saturday, 26 January 2013

Malam Cinta Rasul

Suatu malam, Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam dibasahi air mata dalam sujud baginda kepada ALLAH subhanahu wa ta'ala.
Lantai dibasahi airmata baginda.
Tanah itu dibasahi airmata baginda.
Malah lutut dan paha baginda juga kebasahan dengan air mata baginda.

Lalu baginda di datangi Aisyah RA..
Aisyah RA mempersoalkan tentang tindakan Rasulullah yang memohon ampun kepada ALLAH SWT sedangkan baginda telah pun dijanjikan Syurga, yang tidak mempunyai dosa dan takkan pernah berbuat dosa..

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa itu adalah tanda bahawa baginda terlalu bersyukur atas segala kurnia dan nikmat yang ALLAH SWT turunkan keatasnya yang terlalu tidak ternilai harganya, keindahannya, kenikmatannya dan kebahagiaannya..


Lalu Rasulullah berkata,
"Ya ALLAH, ampunkan dosa Aisyah, dosa terdahulu, dosa terkemudian, dosa yang nampak dan dosa yang tak nampak!"



Langsung terpancar kegembiraan yang tak terhingga di wajah Aisyah..


Rasulullah bertanya kepada Aisyah,  
"Kamu seronok, Aisyah?"


Aisyah berkata,  
"Ya Rasulullah, bagaimana aku tidak seronok sedangkan aku dihadiahkan doa yang sebegitu dari engkau, Ya Rasulullah..." 


Dan Rasulullah berkata,  
"Begitulah doa-doaku setiap malam yang aku panjatkan buat umatku!"


- HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID





YA ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH!
YA HANANA! YA HANANA! YA HANANA! YA HANANA!

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALIHI WASOHBIHI WASALLIM!

SOLLATU BISSALAMIL MUBIN LINUQTHOTIL TA'YIINI, YA GHAROMI~
 

Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Bila kita dilahirkan dalam ISLAM, bertuhankan ALLAH YANG MAHA ESA, berpenghulukan RASUL MUHAMMAD YANG MULIA!
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Dianugerahkan dua hadiah iaitu Al-Quran dan Sunnah~
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Bila kita menghayati bait-bait indah dari Kitab Suci dan menteladani Sunnah dan sirah Rasulullah...
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Jika kecintaan itu, bertapak di hati, dengan keutuhan dan ketaqwaan yang hakiki~
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Kerna ALLAH senantiasa mengampunkan hamba-NYA yang memohon ampun dan syafaat Rasulullah SAW menanti di akhirat sana...
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Jangan kita sia-siakan keberuntungan ini dengan segala hal yang menjauhkan kita dari ALLAH SWT dan kekasih-NYA, Rasulullah SAW..


='((

Wednesday, 23 January 2013

Cintaku di Setiawangsa

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh. :)

Salam Maulidur Rasul Yaa Muslimin wa Muslimat, Mukminin wa Mukminat..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin~ Syukur ke hadrat Ilahi, bernafas lagi kita sehingga ke hari ini, dan berrezeki menyambut Maulidur Rasul - Hari Kelahiran Nabi, bersama-sama, menyampaikan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, Penghulu kita.. Sallallahu 'alaihi wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam.. Teruskan selawat mu, perbanyakkan selawatmu, walau di mana kau berada, bila-bila masa, tidak mengira tempat, teruskann, di bulan ini juga teruskan lah di lain-lain bulan, InshaaALLAH.. Syafaatnya menanti di sana :)

Hari nie saya tak mau cakap banyak. Tapi nak cerita pasal kisah cinta saya. Cinta di tanah Setiawangsa yang indah. Siapa tak pernah pi, ni saya nak habaq mai :) 

Siapa tahu Masjid Muadz bin Jabal? Siapa tahu?
Dekat ja dengan stesen Setiawangsa kalau kita naik LRT Putra..
Ha.. Masjid tu, eeeevery friday night, dia akan buat majlis ta'lim..
Majlis mawlid.. Majlis Qasidah..
Sangatt sangatt sangatt best! Indahhhhh :)

Okay, dalam sebulan, hari Jumaat ada 4 hari kan? 
Jadi, 3 hari Jumaat, akan diadakan Majlis Ta'lim.. dikelolai oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid (Pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza)..
Kita akan ada bacaan durud, ceramah agama dari Habib nie..
Macam-macam topik di bincangkan, dan akan ada juga tilawah dan tadabbur..
Membaca ayat-ayat Al-Quran dan memahami maksud dan cerita di sebalik ayat..
Habib Ali banyak rujukan dari para Guru dan kitab-kitab..
Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati beliau sekeluarga..
Kenal Habib Ali? Boleh tengok TV AL-HIJRAH, beliau selalu ada..
Ada rancangan Cinta Rasul.. 
Senang kenal beliau.. Muka arab-arab, slang dia, ada bunyik indonesia sikit..
Seronok dengar Habib nie bercerita :) 

Dan, satu Jumaat lagi, akan diadakan Majlis Qasidah..
Malam nie sebulan sekali, jadi memang masa nie akan berduyun-duyun orang datang..
Penuh masjid dengan baju putih :)
Malam nie tiada ceramah ilmu seperti biasa, kita hanya akan berqasidah saja..
Dan akan ada juga orang-orang yang berkompang-kompang..
Lagi, dalam masjid tu, diorang akan sediakan LCD so dapat nampak lah Habib Ali besar sikit, hee
Di luar, dulu pakai LCD jugak, tapi sekarang sudah pakai TV.. lekat kat dinding gitu :)

Oh yaa, majlis nie di-organise oleh Darul Murtadza :) 
Kalau ada mana-mana majlis ilmu, ta'lim, haul, mawlid, qasidah, pasti Darul Murtadza juga terlibat :)

Sekali lagi saya ulang, majlis ni setiap hari Jumaat, lepas Isyak, dalam pukul 9.15 start, habis pukul 11.15pm begitu.. Budak UIA sempat ja pergi. Saya biasa naik bas yang last sekali - bas terakhir, pukul 12am. So bas akan turunkan penumpang depan gate depan sana. Hahh, gigih lah kau jalan dari gate sampai ke Mahallah Asma'! 
Siapa yang belum pernah pergi, boleh lah join lepas nie :)
Seronok sangat.. apalagi bila yang Majlis Qasidah bulanan, indah rasa di situ.. Bila kita ramai-ramai bersyair tentang kisah Nabi.. Kita menyanyikan sambil tengok skrin, ada bahasa arab dan meaning nya sekali.. Jadi kita faham lah cerita-cerita nya :)

Hari tu pun, masa bulan October, betul-betul sebelum pergi ke Mabul Island untuk community service, saya sempat dan berrezeki serta berpeluang ke Majlis Malam Cinta Rasul - yang pertama kali di adakan di Malaysia. Masa tu, depa buat dekat masjid KLCC tuh. Habib Syech dijemput khas.. Lagu-lagu beliau, qasidah-qasidah beliau memang best! Paling popular 'YA HANANA'.. Siapa belum dengar boleh search di Youtube :) 
Masa tu pergi dengan Qila & Kak Ana :)
Semangat bila ada di situ :) Lain feel nya :)
Sekarang pun, Malam Cinta Rasul ni, makin bertambah-tambah program nya. Dan Alhamdulillah, Habib Syech ada memenuhi keindahan majlis di Malaysia nie.. 
Semoga ALLAH SWT merahmati Habib Syech sekeluarga, Aameen..

Saya start ikut majlis mawlid nie masa bulan June 2012..
Sebelum diorang berpindah ke masjid nie, diorang buat di surau dekat keramat..
Lepas tu, makin ramai orang, tempat pun ndak muat, diorang tukar pi masjid nie..
Masa tu saya tahu masa tahun 2010, tapi ndak berpeluang dan berrezeki untuk pergi lagi..
Tapi alhamdulillah, akhirnya sampai jugak ke majlis yang indah inii :)
Ada jugak beberapa orang kawan saya bawak, dan inshaaALLAH mungkin di lain-lain masa, anda-anda yang membaca juga berrezeki ke sana sekali bersama saya atau pun tanpa saya, inshaaALLAH :)

Meh tengok gambar lah sikit nah :)



ini di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa. 




ini pulak di Masjid KLCC tu. - masa nie diorang belum masuk - majlis belum start



 masa nie, Malam Cinta Rasul, diorang provide buku untuk Qasidah-qasidah.. free..
kalau di Setiawangsa tu, buku ada di jual :) so boleh beliii...






ha, kami duk sebelah kanan. depan stage hanya untuk lelaki. dan sepatutnya perempuan duduk dalam masjid, area tempat solat tu, tapi disebabkan speaker x berfungsi, lcd pun x keluar apa-apa, diorang suruh kami keluar balik, duduk di luar tapi area belah kanan ja :)
yang tengah berdiri tu, itulah Habib Ali :)




 share sikit status di fb tadi sempena maulid nabi nie :)
siapa belum add fb, boleh lah add - search jak nama tu :p
#bajetretis



oh ya. beberapa hari ni, saya duk layan 30 minit Ustaz Don.. tadi layan lagi.. tengah syiok tengok, tiba-tiba Umi kata,

"Winn.. mau menantu macam tu!"

Aku terus, "?? - InshaaALLAH!!".. - Intonasi ala-ala Ustaz-ustaz (kuat dan yakin). 

Aku kata, 'kat UIA banyak kot~',- Intonasi yang kurang yakin dan pelan. banyak kott? bukan banyak kot! ha..

pastu Makcik kata, 'Sekarang nie ramai ustaz-ustaz muda, carik lah satu nak!'

Umi kata, 'Iyaa, imam-imam muda tu'

Hmm.. tiba-tiba dok pikiaq, manaa nak carik lelaki lagu nih? Haha, banyak ja kat majlis ilmu, ta'lim, haul, mawlid tu.. Hehe, tapi ofcourse lah saya tak kenal. Aku pi sana pi majlis ilmu, bukan cari jodoh. Datang, duduk, habis - terus balik. Tapi ada juga lah yang kenal through fb sebab kawan kepada kawan. Jadi berkawan lah :)

Tapi serius saya suka cara Ustaz Don. Bila dengar dia cerita kat TV, haha semangat aku, khusyuk dengar wuu.. Dia kalau bercerita macam tengah cerita kat budak-budak, comel :) Paling best suara dia, tenang ja, slow ja, lembut ja. Kita dengar pun, sedap telinga mendengar, tersentuh hati. Bila dengar beliau mengaji, sedapp nye cik oii. Tapi paling bestt bohhh, tang bahasa UTAGHA tuu.!! Haa, aku pantang bab-bab utagha nie.. Kan cek dah habaq dahh, bahasa Utagha nie SEXY!! hehehehe :p 

# post ke 100.

Friday, 11 January 2013

11 Januari bertemu Ilahi

bismillaahirahmaanirraheem.

hari ini bumi uia dikejutkan lagi dengan pemergian seorang pelajar yang kembali kerahmatullah pagi tadi. saya tak kenal arwah ni. pagi tadi saya nampak status si brother ajib, 




innalillahi wainna ilayhi rojiun~ 

lepas tu, kat twitter pun saya ada nampak @uiabest update tweet tentang berita ni. 




dan, one of my friend's friend pun ada update tweet, upload gambar status fb arwah pada 31 disember yang lepas.. 




dan tadi saya menjelajah sebentar ke fb arwah. 
sedih baca posts kat wall arwah.
semua teman-teman dan ahli keluarga arwah kesedihan.
mereka kata dia baik, periang, suka bergurau dan hormat orang..


dan arwah ada kata..   
"Laju mana pun kita lari, kita takkan dpt lari dpd ajal dan maut tuhan"  


info kat fb jugak kata arwah meninggal kat bilik kat mahallah salahuddin.
jatuh tergelincir masa nak ke toilet. terhantuk.
wallahua'lam..
doakan buat arwah.. 


Innalillahi wainna ilayhi rojiun~


Semoga roh arwah di berkati dirahmati 
dilapangkan alam kubur 
diterangi cahaya indah dari syurga
dilindungi dari azab kubur dan azab api neraka
memperoleh syafaat Rasulullah saw di akhirat kelak 
dan tempat kan di kalangan hamba-hamba ALLAH SWT yang bertaqwa dan beramal soleh di syurga firdaus di akhirat kelak.
Aameen.


terbayang....
macamana lah saat maut menjemput kita? keadaan kita?
keadaan orang2 di sekeliling kita?
post2 di fb kita?
tapi yang penting, saat nya mati itu.. adakah dengan ucapan kalimah ALLAH?
ada kah hati yang dipenuhi atau diisi iman saat ruh terpisah dengan jasad?
bagaimanaa.......... 
ALLAHU KAREEM.. selamatkan lah~ 
sejahtera kan lah~ 



- RABIUL AWWAL - 

bakal hadir
bulan lahirnya kekasih kita
dan bulan perginya kekasih kita
Ya Rasulullah, 
kau kekasih sejati
hadiah terindah dari Ilahi
Quran dan Sunnah kami teladani 
sungguh kau kami rindui 
moga bertemu suatu hari nanti...


 
"Allahumma shalli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad nuuri-kas saari wa madaadikal jaari wajma’nii bihi fi kulli athwaari wa ‘ala alihi wa shahbihi yannuur”

Ertinya:
“Ya Allah, limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad, sang cahaya-Mu yang selalu bersinar dan pemberian-Mu yang tak kunjung putus, dan kumpulkanlah aku dengan Rasulullah di setiap zaman, serta shalawat untuk keluarganya dan sahabatnya, wahai Sang Cahaya.”
 
 
WAHAI KEKASIH - NAZREY JOHANI  (klik sini)
#lagu nie sedih sangat. sebak. :'(
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hatiku tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggikan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu menawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Di akhirat kitakan bersua


Thursday, 3 January 2013

A new day.



* Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah *

Saturday, 30 June 2012

Waktu Dhuha


“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dluhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu.

Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, maka turunkanlah, apabila didalam bumi, maka keluarkanlah, apabila masih sukar, maka mudahkanlah, apabila terdapat yang haram, maka sucikanlah, apabila masih jauh, maka dekatkanlah,

Dengan Kebenaran waktu dluhaa Mu, keagungan Mu, kebagusan Mu, kekuatan dan kekuasaan Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang sholih.”

Friday, 1 June 2012

Salam Jumuah!

Bismillahirrohmaanirroheem :)

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh ~

Alhamdulillah, hari ini kita bertemu sekali lagi dengan Hari Jumaat, Penghulu segala hari! Jumuah Mubarakah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Pagi-pagi lagi hari ini saya telah diperlihatkan dengan satu video, di mana, one of my friend, kawan lama, kawan zaman sekolah menengah, tag saya dengan satu video di Youtube. Mau tahu video apa? Ini video nya ... - AL-WADOOD!

Sorry guys, saya nak share the video here lah kan, so senang uols nak tengok semua. Tapi failed! Hoho. Entah lah, saya ni, makin lama makin buta IT. Ntah apa yang silap sampai nggak bisa berhasil. Nggak apa lah, yang penting kalian bisa lihat ya video nya :)

So, dah tengok dah video nya? ALLAH sayang kita.. ALLAH sayang kita.. Jadi, let's say I LOVE ALLAH!! Jangan malu jangan segan. Lihat hati yang beriman dan bertaqwa itu, ada nama ALLAH di situ. Ada cinta ALLAH di situ. Subhanallah~ :)

Alhamdulillah, sekali lagi. Jumaat yang indah. Semalam di penghujung Asar, sehingga lah larut malam, UIA di hujani dengan titik-titik air yang sungguh indah dan syahdu. Penyejuk bumi UIA yang semakin hari di rasakan panas. Subhanallah! Penuh syahdu rintikan air membasahi bumi. Membasuh bumi. ALLAHUAKBAR~ Angin yang penuh nyaman. Semua itu ciptaan siapa? ALLAH SWT! Semua itu turunnya dengan izin siapa? ALLAH SWT! Jadi kenapa harus kita lupa pada ALLAH? Lihat nie..


 Surah Al-Kahfi, 54 : Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Qur'an ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah.


Nah.. jadi harus apa lagi? Mahu kah kita tergolong dalam hamba yang kerugian? Say NO!!! Then you ACT! Bertindak lah. Ayoh lakukan!! Pasti kalian tidak akan rugi. Jangan kuatir. Segala dugaan, cobaan, ujian, itu kan perancangan ALLAH SWT. Yang di uji itu hati-hati kita. 


"Apa hati kau kuat?" - Kata ALLAH.
"Apa hati kau yakin pada KU?" - Kata ALLAH. 
"Apa hati kau benar-benar taat pada KU?" - Sambung NYA. 
"Apa sungguh kau mencintai KU?" - Sahut NYA lagi.


 Di hari Jumaat yang indah dan penuh barokah ini, cuba kita lihat ke langit. Subhanallah! Indah! Bersih! Terang! Penuh cahaya! Tadi saya terbaca satu artikel - not terbaca lah - memang pergi view dan baca pun. Artikel di blog beliau bertajuk "Berjuta alasan hanya kerana satu sebab".


Dalam artikel beliau, beliau menyebut, bagaimana agaknya keadaan bumi jika matahari sudah putus asa dalam menjalankan tugasnya? bulan pula bagaimana? hutan yang menghijau bagaimana? Bagaimana kalau semuanya jadi lemah, letih dan berhenti dari mengikut arahan ALLAH SWT! Pastinya huru-hara!! Inikan pula kita yang sebaik-baik ciptaan. Ciptaan terindah. Yang mempunyai akal? Apa jawab mu? 


Jadi kita tanya diri kita kembali, sekali lagi ..


Surah Ar-Rahman , 45 :  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?





Ayoh kita sebut, ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! Atas segala nikmat yang ALLAH SWT berikan dalam setiap detik, saat, minit, jam, sehari-hari, sebulan, setahun, dari zaman Nabi Adam AS, Nabi Muhammad SAW, nenek moyang kita, orang tua kita, adik beradik kita, masa depan kita, ucap kan ALHAMDULILLAH! ALLAH SWT itu sebaik-baik perancang.. 

Banyakkan bersyukur. Banyakkan bersabar. Banyakkan berdoa.

Jangan kita berkeluh kesah! ALLAH itu ada :)

Sebagai penutup jangan lupa, banyakkan selawat ke atas Nabi yang tercinta di hari Jumaat yang mulia ini ;) Kat sini ada macam-macam jenis selawat yang ada, mari kita amalkan :)

Jazakumullahu khairan kathiran ~ =)

Tuesday, 29 May 2012

I'll ask my Husband to read & practice this~

 
SUNAN OF MARRIAGE:

Getting married is one of the great Sunnahs of Rasulullaah (SallAllaahu alyahi wasalam). However, it is not just a sunnah itself, but also that it opens up the door to many others as well. Below are just a few of them. May Allaah Subahanu Wa ta’ala grant all married people, by virtue of acting on these things, a blissful, loving and lasting relationship; and may He make it easy for all of us singletons to get married, so that we can implement them as well.

1) Greet her.
2) Convey salams to her from others.
3) Smile at her.
4) Make dua for her.
5) Honour her friends, even after her death. Send them food from a sacrifice.
6) Eat from the same plate.
7) Drink from the same place where she places her mouth, and eat from the same place
8 ) Put a morsel of food in her mouth.
9) Let her comb your hair.
10) Recite Qur’an, while resting your head in her lap.
11) Take a ghusl with her from a single container.
12) Teach and advise her in a gentle manner.
13) Go racing with her and let her win. Later, when she puts on weight, race with her again and beat her.
14) Call her by pleasing nicknames.
15) Wipe away her tears.
16) Heed her advice.
17) Take her with you on long journeys. If you have more than one wife, let them cast lots to decide who gets to go.
18) Spend time with her in entertainment, and stay with her until she is satisfied.
19) Let her spend time with her friends.
20) Give her time to adorn herself before going to her for intimacy.
21) Do not go to her in the manner of animals.
22) Make this dua before being intimate with her:
Bismillah. Allaahumma jannibnash shaitaan, wa jannibish shaitaana maa
razaqtanaa.
23) Wake her up to make salaah at night. If she doesn’t get up, sprinkle water on her face.

Saturday, 19 May 2012

I LOVE YOU SO ~



I pray to God
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for You
O Allah! You did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

O Allah! I'm forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One
Who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You
And I swear that I will never put anyone or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

Friday, 18 May 2012

Duhai kekasihku..


Selawat ALLAH ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi
Selawat ALLAH ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi

Wahai Nabi salam atasmu
Wahai Rasul, salam atasmu
Wahai kekasih, salam atasmu
Selawat ALLAH ke atasmu

Bulan purnama menyinari kita
Hilang segala cahaya
Indah menawan tak pernah dilihat
Wajah gembira sepanjang hayat

Kaulah matahari, kaulah bulan
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
Kaulah rahsia hidup mulia
Kaulah menyuluhi jiwa

Wahai kekasihku, Ya Muhammad
Wahai pendamping indah sejagat
Wahai Nabi dijulang dipuja
Wahai imam 2 kiblat

Bahagialah orang memandang wajahmu
Wahai penghulu keturunann mulia
Kolam airmu sejuk jernih
Kunjungi kami pada hari kiamat

Sepanjang malam unta berjalan
Tiada berhenti rindukanmu
Engkau dipayungi awan putih
Dan Malaikat sama berselawat

ALLAH mengetahui rahsia sulit
DIA-lah menyahut semua seruan
Wahai Tuhan rahmatilah kami
Dengan segala amalan soleh

Selawat ALLAH ke atas Muhammad
Sebanyak baris kertas di tulis
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
Empunya wajah berseri menawan

Selawat ALLAH ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi
Selawat ALLAH ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi

Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Friday, 11 May 2012

=)





Bila kita merasa begini......


Jadi kesimpulannya......

Doa Mohon Dipercepatkan Dapat Jodoh

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الأرْضِ جَمِيعًا
مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan yang mempersatukan hati mereka, walaupun kamu membelanjakan semua yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah al Anfal, ayat 63)

Saturday, 5 May 2012

Dear unmarried Sister's,

Dear unmarried Sister's,

True love doesn't happen just by looking at and knowing a bit about someone. TRUE LOVE EXISTS WHEN YOU LIVE WITH THAT PERSON, know that person, sacrifice your ego for that person and accept that person with his/her all positive as well as negative points.
So true love exists purely and deeply only between 'Halal Relations'.
This is something youngsters wont accept
but, insha'ALLAH EXPERIENCE WILL TEACH THEM..
 
 

Monday, 30 April 2012

The Chosen One ,

Janji Rasulullah SAW bahawa semua akan bersama orang yang ia cintai di hari kiamat nanti.

Dari Anas bin Malik ra, ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Bilakah hari kiamat itu ya Rasulullah?” Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apa yang telah engkau persiapkan untuknya?” Dia menjawab: “Aku tidak mempersiapkan untuknya dengan memperbanyak solat, puasa dan sedekah . Tetapi aku sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya." Maka Rasulullah SAW pun berkata : “Engkau bersama orang yang engkau cintai.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada Baginda Rasulullah SAW dan para Ulama’ Shalihin. Amin Allahumma Amin Ya Allah...

Ya Nabi Salam Alaika..
Ya Rasul Salam Alaika..
Ya Habib Salam 'Alaika..
Solawatullah 'Alaika..

Kami rindukan mu Ya Rasullullah..

Ya Rasulullah syafaatkanlah kami..