Showing posts with label lovestory. Show all posts
Showing posts with label lovestory. Show all posts

Saturday, 26 January 2013

Malam Cinta Rasul

Suatu malam, Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam dibasahi air mata dalam sujud baginda kepada ALLAH subhanahu wa ta'ala.
Lantai dibasahi airmata baginda.
Tanah itu dibasahi airmata baginda.
Malah lutut dan paha baginda juga kebasahan dengan air mata baginda.

Lalu baginda di datangi Aisyah RA..
Aisyah RA mempersoalkan tentang tindakan Rasulullah yang memohon ampun kepada ALLAH SWT sedangkan baginda telah pun dijanjikan Syurga, yang tidak mempunyai dosa dan takkan pernah berbuat dosa..

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa itu adalah tanda bahawa baginda terlalu bersyukur atas segala kurnia dan nikmat yang ALLAH SWT turunkan keatasnya yang terlalu tidak ternilai harganya, keindahannya, kenikmatannya dan kebahagiaannya..


Lalu Rasulullah berkata,
"Ya ALLAH, ampunkan dosa Aisyah, dosa terdahulu, dosa terkemudian, dosa yang nampak dan dosa yang tak nampak!"



Langsung terpancar kegembiraan yang tak terhingga di wajah Aisyah..


Rasulullah bertanya kepada Aisyah,  
"Kamu seronok, Aisyah?"


Aisyah berkata,  
"Ya Rasulullah, bagaimana aku tidak seronok sedangkan aku dihadiahkan doa yang sebegitu dari engkau, Ya Rasulullah..." 


Dan Rasulullah berkata,  
"Begitulah doa-doaku setiap malam yang aku panjatkan buat umatku!"


- HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID





YA ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH!
YA HANANA! YA HANANA! YA HANANA! YA HANANA!

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALIHI WASOHBIHI WASALLIM!

SOLLATU BISSALAMIL MUBIN LINUQTHOTIL TA'YIINI, YA GHAROMI~
 

Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Bila kita dilahirkan dalam ISLAM, bertuhankan ALLAH YANG MAHA ESA, berpenghulukan RASUL MUHAMMAD YANG MULIA!
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Dianugerahkan dua hadiah iaitu Al-Quran dan Sunnah~
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Bila kita menghayati bait-bait indah dari Kitab Suci dan menteladani Sunnah dan sirah Rasulullah...
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Jika kecintaan itu, bertapak di hati, dengan keutuhan dan ketaqwaan yang hakiki~
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Kerna ALLAH senantiasa mengampunkan hamba-NYA yang memohon ampun dan syafaat Rasulullah SAW menanti di akhirat sana...
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Jangan kita sia-siakan keberuntungan ini dengan segala hal yang menjauhkan kita dari ALLAH SWT dan kekasih-NYA, Rasulullah SAW..


='((

Wednesday, 23 January 2013

Cintaku di Setiawangsa

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh. :)

Salam Maulidur Rasul Yaa Muslimin wa Muslimat, Mukminin wa Mukminat..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin~ Syukur ke hadrat Ilahi, bernafas lagi kita sehingga ke hari ini, dan berrezeki menyambut Maulidur Rasul - Hari Kelahiran Nabi, bersama-sama, menyampaikan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, Penghulu kita.. Sallallahu 'alaihi wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam.. Teruskan selawat mu, perbanyakkan selawatmu, walau di mana kau berada, bila-bila masa, tidak mengira tempat, teruskann, di bulan ini juga teruskan lah di lain-lain bulan, InshaaALLAH.. Syafaatnya menanti di sana :)

Hari nie saya tak mau cakap banyak. Tapi nak cerita pasal kisah cinta saya. Cinta di tanah Setiawangsa yang indah. Siapa tak pernah pi, ni saya nak habaq mai :) 

Siapa tahu Masjid Muadz bin Jabal? Siapa tahu?
Dekat ja dengan stesen Setiawangsa kalau kita naik LRT Putra..
Ha.. Masjid tu, eeeevery friday night, dia akan buat majlis ta'lim..
Majlis mawlid.. Majlis Qasidah..
Sangatt sangatt sangatt best! Indahhhhh :)

Okay, dalam sebulan, hari Jumaat ada 4 hari kan? 
Jadi, 3 hari Jumaat, akan diadakan Majlis Ta'lim.. dikelolai oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid (Pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza)..
Kita akan ada bacaan durud, ceramah agama dari Habib nie..
Macam-macam topik di bincangkan, dan akan ada juga tilawah dan tadabbur..
Membaca ayat-ayat Al-Quran dan memahami maksud dan cerita di sebalik ayat..
Habib Ali banyak rujukan dari para Guru dan kitab-kitab..
Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati beliau sekeluarga..
Kenal Habib Ali? Boleh tengok TV AL-HIJRAH, beliau selalu ada..
Ada rancangan Cinta Rasul.. 
Senang kenal beliau.. Muka arab-arab, slang dia, ada bunyik indonesia sikit..
Seronok dengar Habib nie bercerita :) 

Dan, satu Jumaat lagi, akan diadakan Majlis Qasidah..
Malam nie sebulan sekali, jadi memang masa nie akan berduyun-duyun orang datang..
Penuh masjid dengan baju putih :)
Malam nie tiada ceramah ilmu seperti biasa, kita hanya akan berqasidah saja..
Dan akan ada juga orang-orang yang berkompang-kompang..
Lagi, dalam masjid tu, diorang akan sediakan LCD so dapat nampak lah Habib Ali besar sikit, hee
Di luar, dulu pakai LCD jugak, tapi sekarang sudah pakai TV.. lekat kat dinding gitu :)

Oh yaa, majlis nie di-organise oleh Darul Murtadza :) 
Kalau ada mana-mana majlis ilmu, ta'lim, haul, mawlid, qasidah, pasti Darul Murtadza juga terlibat :)

Sekali lagi saya ulang, majlis ni setiap hari Jumaat, lepas Isyak, dalam pukul 9.15 start, habis pukul 11.15pm begitu.. Budak UIA sempat ja pergi. Saya biasa naik bas yang last sekali - bas terakhir, pukul 12am. So bas akan turunkan penumpang depan gate depan sana. Hahh, gigih lah kau jalan dari gate sampai ke Mahallah Asma'! 
Siapa yang belum pernah pergi, boleh lah join lepas nie :)
Seronok sangat.. apalagi bila yang Majlis Qasidah bulanan, indah rasa di situ.. Bila kita ramai-ramai bersyair tentang kisah Nabi.. Kita menyanyikan sambil tengok skrin, ada bahasa arab dan meaning nya sekali.. Jadi kita faham lah cerita-cerita nya :)

Hari tu pun, masa bulan October, betul-betul sebelum pergi ke Mabul Island untuk community service, saya sempat dan berrezeki serta berpeluang ke Majlis Malam Cinta Rasul - yang pertama kali di adakan di Malaysia. Masa tu, depa buat dekat masjid KLCC tuh. Habib Syech dijemput khas.. Lagu-lagu beliau, qasidah-qasidah beliau memang best! Paling popular 'YA HANANA'.. Siapa belum dengar boleh search di Youtube :) 
Masa tu pergi dengan Qila & Kak Ana :)
Semangat bila ada di situ :) Lain feel nya :)
Sekarang pun, Malam Cinta Rasul ni, makin bertambah-tambah program nya. Dan Alhamdulillah, Habib Syech ada memenuhi keindahan majlis di Malaysia nie.. 
Semoga ALLAH SWT merahmati Habib Syech sekeluarga, Aameen..

Saya start ikut majlis mawlid nie masa bulan June 2012..
Sebelum diorang berpindah ke masjid nie, diorang buat di surau dekat keramat..
Lepas tu, makin ramai orang, tempat pun ndak muat, diorang tukar pi masjid nie..
Masa tu saya tahu masa tahun 2010, tapi ndak berpeluang dan berrezeki untuk pergi lagi..
Tapi alhamdulillah, akhirnya sampai jugak ke majlis yang indah inii :)
Ada jugak beberapa orang kawan saya bawak, dan inshaaALLAH mungkin di lain-lain masa, anda-anda yang membaca juga berrezeki ke sana sekali bersama saya atau pun tanpa saya, inshaaALLAH :)

Meh tengok gambar lah sikit nah :)



ini di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa. 




ini pulak di Masjid KLCC tu. - masa nie diorang belum masuk - majlis belum start



 masa nie, Malam Cinta Rasul, diorang provide buku untuk Qasidah-qasidah.. free..
kalau di Setiawangsa tu, buku ada di jual :) so boleh beliii...






ha, kami duk sebelah kanan. depan stage hanya untuk lelaki. dan sepatutnya perempuan duduk dalam masjid, area tempat solat tu, tapi disebabkan speaker x berfungsi, lcd pun x keluar apa-apa, diorang suruh kami keluar balik, duduk di luar tapi area belah kanan ja :)
yang tengah berdiri tu, itulah Habib Ali :)




 share sikit status di fb tadi sempena maulid nabi nie :)
siapa belum add fb, boleh lah add - search jak nama tu :p
#bajetretis



oh ya. beberapa hari ni, saya duk layan 30 minit Ustaz Don.. tadi layan lagi.. tengah syiok tengok, tiba-tiba Umi kata,

"Winn.. mau menantu macam tu!"

Aku terus, "?? - InshaaALLAH!!".. - Intonasi ala-ala Ustaz-ustaz (kuat dan yakin). 

Aku kata, 'kat UIA banyak kot~',- Intonasi yang kurang yakin dan pelan. banyak kott? bukan banyak kot! ha..

pastu Makcik kata, 'Sekarang nie ramai ustaz-ustaz muda, carik lah satu nak!'

Umi kata, 'Iyaa, imam-imam muda tu'

Hmm.. tiba-tiba dok pikiaq, manaa nak carik lelaki lagu nih? Haha, banyak ja kat majlis ilmu, ta'lim, haul, mawlid tu.. Hehe, tapi ofcourse lah saya tak kenal. Aku pi sana pi majlis ilmu, bukan cari jodoh. Datang, duduk, habis - terus balik. Tapi ada juga lah yang kenal through fb sebab kawan kepada kawan. Jadi berkawan lah :)

Tapi serius saya suka cara Ustaz Don. Bila dengar dia cerita kat TV, haha semangat aku, khusyuk dengar wuu.. Dia kalau bercerita macam tengah cerita kat budak-budak, comel :) Paling best suara dia, tenang ja, slow ja, lembut ja. Kita dengar pun, sedap telinga mendengar, tersentuh hati. Bila dengar beliau mengaji, sedapp nye cik oii. Tapi paling bestt bohhh, tang bahasa UTAGHA tuu.!! Haa, aku pantang bab-bab utagha nie.. Kan cek dah habaq dahh, bahasa Utagha nie SEXY!! hehehehe :p 

# post ke 100.

Wednesday, 2 January 2013

1 / 1 / 2013 3:43 AM

perasaan hati

naluri hati

rasa suka dan cinta

tidak boleh dilihat

hanya boleh dirasa

malu mengakui

dan kadang-kadang ragu

namun hakikat nya benar, ia berputik

tanpa sedar

menyangka cuma khayal

bunga-bunga cinta kian mekar

sukar di kawal, namun tak terluahkan

terus menerus suka tanpa sebab

merindu saban waktu

mendoakan saat hati luluh

mengalir air mata merintih

mohon dia mengerti

namun cuma tersimpan di hati

sepi

sepi

sepi

dia... pergi..................

Wednesday, 1 August 2012

Untuk 3 Tahun

Bismillaahirrahmaanirraheem..

Alhamdulillah syukur nikmat, masih lagi bernafas di bumi ALLAH, di bulan yang mulia, bulan Ramadhan, mohon kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat, terhindar jauh dari azab api neraka dan syurga menjadi rumah buat selama-lamanya!

Memandangkan hari ini adalah 1 august. Ingin aku ceritakan kisah bermula 3 tahun lepas; Julai 2009 hingga lah ke Julai 2012 :) 

JULAI 2009 : Aku lihat Dia. Dia hamba ALLAH yang sangat biasa. Terlihatkan sosok nya buat kali pertama menampakkan dia seperti orang-orang lain. Remaja lain. Namun ada satu aura yang membuat ku tertanya, siapa dia. Ku tanyakan kepada kawan-kawan nya, teman serumah nya.. "Siapa Dia?". Jawapan terindah, "Dia sebaik-baik lelaki".. Aku pelik, dan dari situ aku mulai mengenali nya dan berkenalan rapat dengan nya sehinggalah ada sinar baru dalam hidup yang aku jalani. Ohh ALLAH, sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan aku bersyukur disaat aku menjejaki Kolej Islam Antarabangsa, dan mengenali teman-teman yang begitu mewarnai hidup ku :) Saat itu, hati ku tersenyum kerna mata hati ku disapa mata hatinya :) 

Julai 2010 : Banyak pengalaman indah, banyak peristiwa suka dan duka ku alami selama setahun aku mengenalinya. Banyak ilmu yang dikongsikan, banyak pengalaman yang dia ajarkan, banyak perasaan yang dia isikan di hati kecil ku. Aku sungguh berbesar hati di saat mengenalinya dan Dia bukan calang2 orangnya. Memang tidak hairan bila ramai yang mencintainya dan adakala aku begitu cemburu. Namun aku diamkan. Peristiwa indah di hari perkahwinan kakak ku. Kau datang :) Datang dengan baju berwarna ungu. Dan kita sedondon :) Umi kata, "baguslah, dia kan bakal orang rumah juga". Indahnya masa itu :) Dan aku nyanyi lagu kegemaran abang ipar ku, yang aku tujukan khas buat pengantin namun sebenarnya bait-bait liriknya begitu menusuk ke kalbu yang merujuk kepada Dia ; Sampai Menutup Mata.. Indahh. Indah. Betapa syahdu ku dendangkan lagu itu, ibarat hati yang bernyanyi, bukan suara dari tekak ku.. 

Julai 2011 : Hilang. Dia hilang. Adakah Dia membuang aku atau aku yang membuangnya? Kesakitan yang dirasai, aku sendiri yang tahu. Kenapa dan mengapa juga aku tidak pasti. Doa tetap ada. Sekejap hati jadi benci. Sekejap hati rasa sedih. Sekejap hati merintih. Sekejap hati menginginkan kau kembali. Sekejap hati tersenyum kerana merana bodohnya diri ini. Tapi itu bukan soal bodoh atau apa, tapi itu perasaan. Perasaan yang lahir di hati, kau tidak bisa lihat, namun mampu kau rasa dengan setulus hatimu. Betapa rindunya saat dulu. Tapi aku tabah terus ke hadapan dengan kerja yang harus aku fokus kan. 

Julai 2012 : Alhamdulillah :) Banyak peristiwa yang terus berlaku. ALLAH Maha Mengetahui, kita tidak tahu apa yang tersurat dan tersirat tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kakak mu menjadi teman baik ku kini dan aku tak tahu apa sangkaan di hati dan minda mu. Biarlah. Walau kini aku makin tenang, tidak rindu, cuma sedetik tertanya akan khabarmu, hati ku merasa cukup dan puas, biarlah, ada doa di antara kita kerna ada ketika kita bicara walau sekejap, namun kita kini menjauh - sekali lagi. Biar lah, anadai ada jodoh, bahagia denganmu didepan sana. Andai tiada jodoh, orang lain pasti bahagia dengan ku. Dan orang lain pasti bahagia dengan mu :) 

UNTUK 3 TAHUN, kau bertakhta di hati. Sudah cukup :) Bertahun aku tidak melihat mu. Walau kita di tanah yang sama, mata itu tidak ku tatapi, bila ku pulang ke kampung halaman, juga kita di tanah yang sama, sosok itu tetap tidak bisa dijejaki. Julai 2009 aku pertama kali melihatmu, Julai 2010 terakhir kali aku melihatmu. Setahun aku mengenali mu, 2 tahun aku tidak bertemumu tapi cinta itu masih ada dan membara di hati. Kenapa ya? Doakan aku wahai Habibi.. Kau tahu di mana aku bila kau ingin mencari..

Friday, 25 May 2012

Baitullah!


YA ALLAH!
semalam aku bermimpi berada di sana YA ALLAH!

ALLAHU AKBAR~ 
ALLAHU AKBAR~
ALLAHU AKBAR~

betapa hati rindu YA ALLAH!
walau tidak pernah ku jejaki..
namun, hati ku di sana YA ALLAH..
cuma jasad yang belum KAU izinkan~
maqbulkan doa kami YA RABB..
perkenankan hajat kami YA RABB..

*************************************

wahai Tuhan ku, 
aku tahu Kau Maha Mengetahui apa yang ada di hati ku
tiada siapa yang lebih mengerti perasaan ku
apa yang ada di hati ku
apa yang terlintas di benak ku
melainkan Kau lah yang Maha Mengerti~
dugaan demi dugaan
walau tidak seberat yang dirasai Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam
namun, aku hamba Mu yang lemah lagi kerdil lagi penuh dosa
aku ibarat terkulai, patah sayap Ya ALLAH
namun aku tidak mahu mengaku kalah
aku tidak mahu menjadi hamba yang lemah
aku tahu ini lah satu tangga yang harus aku jejaki untuk aku hadapi
bagaimana bisa aku sampai ke tangga syurga andai tangga perjuangan juga tidak mampu ku tempuhi?
bagaimana aku bisa mendapat rahmatMU andai aku biarkan diriku luluh di tengah jalan?
bagaimana harus aku buktikan cintaku padaMU bilamana aku menjadi lesu lalu berputus asa?
aku bukan begitu!!
aku hambaMU yang kuat!!
aku hambaMU yang sabar!!
aku hambaMU yang penuh jihad!!
namun semua itu hanya dengan pertolonganMU YA ALLAH!!
tiada daya dan upaya ku melainkan dengan pertolonganMU YA RAHMAN YA RAHEEM~~~

**********************************

Engkau Maha Adil Ya ALLAH!
tiada apa yang boleh aku nafikan mengenaiMU!
tiada apa yang boleh aku nafikan tentangMU!
Kau lah TUHAN YANG MAHA AGUNG!
Rasul MU lah RASUL MULIA!!

**********************************

Biarlah orang mengecam aku itu dan ini
biarlah orang menghina aku itu dan ini
biarlah orang mengata aku itu dan ini
biarlah orang memperlekehkan aku itu dan ini
biarlah orang mencela aku itu dan ini
yang penting hati ku..
hati ku aku ajar baik2 dengan mengenalMU YA ALLAH!
hati ku mencintaiMU...
hati ku mencintai dan rindu pada RASULMU...
 itu sudah cukup~
namun, Kau bagi lah aku kekuatan 
agar aku terus kuat menghadapi pancaroba di muka bumi ini
agar aku terus teguh mempertahan kan agama MU..
agar aku tidak lemah dalam perjuangan ku..
agar aku tidak penat dalam menyebarkan agama MU..
agar aku terus menerus memberi peringatan..
Kau kuatlah aku YA ALLAH!
Semoga mereka semua di berikan petunjuk YA ALLAH..
Hidayah di hati-hati mereka...

*********************************

semalam aku bermimpi berada di tempat itu. pagi tadi, aku nangis2 calling ngan umi :((
she was shocked! but i cannot hide what i feel inside my heart~ i was crying and crying.. 
mudah2an apa yang mereka doakan akan menjadi kenyataan.. 
maqbulkan YA ALLAH!
Jemput kami!
Jemput kami ke Tanah Suci MU!
Jemput kami ke rumah MU!!

='(

Monday, 21 May 2012

Suka atau Cinta

Beza.
“Apa beza suka dan cinta?” si Gadis bertanya.
“Sama macam apa kita rasa pada sekuntum mawar.” Lelaki menjawab.
“Terangkan.”
“Kalau kita suka pada sekuntum mawar, kita akan petik mawar tu sebab mawar tu cantik dan harum. Tapi kalau kita cintakan ia, kita akan siram mawar tu hari-hari, untuk pastikan ia sentiasa mekar pada dahannya.”
“Jadi?”
“Sama macam sesama manusia. Kalau kita suka dia, kita akan berusaha untuk jadikan dia milik kita, walau apa cara sekalipun. Tetapi kalau kita cintakan dia, kita akan sentiasa berdoa untuk dia, agar dia sentiasa bahagia walau bukan bersama kita.”
Si Gadis tersenyum. Si Lelaki juga begitu. Hujan yang tadi turun kini berhenti. Dan mereka jumpa pelangi ; bukan hanya di langit tapi dalam hati masing-masing.

Saturday, 19 May 2012

I LOVE YOU SO ~



I pray to God
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for You
O Allah! You did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

O Allah! I'm forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One
Who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You
And I swear that I will never put anyone or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

Friday, 18 May 2012

Duhai kekasihku..


Selawat ALLAH ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi
Selawat ALLAH ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi

Wahai Nabi salam atasmu
Wahai Rasul, salam atasmu
Wahai kekasih, salam atasmu
Selawat ALLAH ke atasmu

Bulan purnama menyinari kita
Hilang segala cahaya
Indah menawan tak pernah dilihat
Wajah gembira sepanjang hayat

Kaulah matahari, kaulah bulan
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
Kaulah rahsia hidup mulia
Kaulah menyuluhi jiwa

Wahai kekasihku, Ya Muhammad
Wahai pendamping indah sejagat
Wahai Nabi dijulang dipuja
Wahai imam 2 kiblat

Bahagialah orang memandang wajahmu
Wahai penghulu keturunann mulia
Kolam airmu sejuk jernih
Kunjungi kami pada hari kiamat

Sepanjang malam unta berjalan
Tiada berhenti rindukanmu
Engkau dipayungi awan putih
Dan Malaikat sama berselawat

ALLAH mengetahui rahsia sulit
DIA-lah menyahut semua seruan
Wahai Tuhan rahmatilah kami
Dengan segala amalan soleh

Selawat ALLAH ke atas Muhammad
Sebanyak baris kertas di tulis
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
Empunya wajah berseri menawan

Selawat ALLAH ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi
Selawat ALLAH ke atas Muhammad
Selawat salam dipohon lagi

Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Thursday, 10 May 2012

kalau lah senang



ada orang yang tidak menyokong fakta ini.
ada orang yang tidak percaya pada fakta ini.
they said, "i don't think so", "not agree"
of course lah, lelaki yang tak percaya tu kan.

tapi perempuan.
diaorang sangat sokong.
why?
sebab this is the truth!
the fact about them!
about us~

yeahh. you know. sometimes aku rasa aku punya salah semuanya.
aku yang lemah. 
i thought dia yang x move on. sebab dia x mampu mau hadapi aku or mengelak.
& aku yang strong, move on. sbb mampu hadapi dia.
but deep in my heart, aku perasan yang actually di situ masih ada harapan.
pengharapan untuk kita bersama...

='(
i'm sad.

again.

when it comes to you, i cannot lie to myself.
there's something in my heart.
still. i cannot change. 
July 2009 - until now..............
mau 3 tahun suda kan?

dulu aku pelik.. why la people boleh nak setia bertahun-tahun lamanya..
why laaaa....
bila orang tu tak nak kau, or
dah takde pape,
jangan lah kenang lagi..
lupakan..
start with a new life! 
new hope. new feelings. new love.
why do you have to setia lama2? 
heiiii. come on lah!
move onnnnnnnnnnnnnnnnnn~

but now,
aku yang pelik dengan diri ku sendiri
kenapa aku yang boleh jadi dalam situasi itu?
kenapa aku masih ndak mampu lupa kau?
hati ku terlampau kuat sama kau.
gerak hati. naluri. terikat.
kenapa winn?

kalau lah senang.......
kalau lah senang.......
kalau lah senang.....!!
='(

aku cuba. 
aku berusaha.
untuk lupa.
tapi gerak hati masih menjalar ke kamu.
harus bagaimana?


when it comes to you, aku selalu jadi lemah
kerna kau lah kekuatan itu
bila aku sendiri aku kuat
tapi bila aku rasa ada sinar harapan
dan aku mula teringat2 or mengharap dgn kau
aku jadi lemah
penyedih
mohon kau mengerti
but ..........

how I wish I can tell you everything
anything
all things!

I don't want to let go
I don't want!
selagi aku belum cakap..
mungkin orang kata, better jgn cakap
takut jawapannya menyedihkan
dan buat kita sakit 

but do I need to listen to others?
yess.. sometimes...
tapi ini soal hati mu..
you know what to do awin..
kau tahu..





Thursday, 26 April 2012

Waiting, no searching!




~♥~ Kepada Hawa. Biarlah Adam yang 
mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga. ~♥~ ^_^

Saturday, 21 April 2012

kumbang pilihan

Carilah pasangan hidupmu yang mana jika melihatnya, engkau pasti akan teringat pada ALLAH serta bercita-cita ke arah memperbaiki imanmu kepada ALLAH..
Akan tetapi janganlah mencari pasangan hidupmu yang mana jika melihatnya, engkau pasti melupai ALLAH dan teringat akan nafsu kejahatan..
_____________________________________________________________ 
 
Orang mungkin bisa berkata apa saja tentang aku, namun hanya aku yang lebih mengetahui hati aku berbanding kamu. Orang bisa berkata apa tentang kamu namun hanya kamu yang lebih mengetahui hati kamu berbanding mereka. 
Bila ku bercerita tentang cinta, mereka juga punya kisah cinta. Namun mungkin berbeza. Cita-cita kita tidak sama. Dan cinta kita jugak tidak sama. Malah cerita cinta kita juga berbeza dan tidak sama.
 Aku suka bila bercerita tentang kisah cintaku. Aku suka bila di tanya tentang kisah cintaku. Namun adakalanya aku takut dengan mainan perasaanku. Kerna kamu tidak pernah meluahkan isi hatimu padaku.
Saat mereka bertanya, hanya senyuman yang menjadi jawapan. Kau adalah tanda senyuman itu. Kenapa aku hanya mampu tersenyum? Kerna itu lah lambang rasa yang ada di hati yang menandakan aku bahagia. Jika aku tidak bahagia, apakah mudah bagiku unutuk tersenyum? 
 Kenapa dia? Kenapa engkau? Kenapa sang kumbang itu yang menjadi pilihan ku? Apa kau tahu isi hati ku bila kau coba menanyakan soalan itu? Kau tidak tahu. Apa kau tahu siapa dia yang mencuri hati ku? Kau tidak tahu. Hati ku bisa melihat hati nya, dan hatinya bisa melihat hatiku.
Pandangan mata itu, masih teringat aku akan panahannya. Jantung berdegup laju lantas kau tersenyum. Hati tersenyum dan aku cuma mampu menundukkan wajah. Aku tertunduk malu. Aku kuatir dengan rasa yang mula bercambah. 
Bila wajah mu kemerahan, tersipu malu, aku seakan mampu membaca malah merasa getaran yang ada di jiwa mu. Apakah aku pilihanmu? 
Mereka yang mengenali mu pasti tahu kenapa aku memilihmu. Mata hati ini lebih mengenali mu dan tertawan dengan keperibadianmu. Kerna itu kau kumbang pilihan ku!
Apa bisa aku lupakan dirimu bila mana saat aku melihat mu, aku menjadi rindu pada ALLAH?
Apa bisa aku melupakan mu bila mana saat aku melihatmu, aku jadi cinta pada RASULULLAH?
Apa bisa aku menolak dirimu bila mana saat aku melihatmu, terngiang-ngiang kalimah ALLAH? Selawat ke atas Nabi? Ayat-ayat cinta di Kitab Al-Quran?
 Apa bisa aku menidakkan perasaan ku bila mana aku pernah melihat mu menjadi Imam dan mengalunkan ayat-ayat suci di waktu solat jemaah?
Apa bisa aku menepis mu bila mana kau juga yang mengajar ku, mengalirkan rasa cinta pada yang Satu, menabur benih kerinduan pada Rasul Mulia, di dalam darah-darah ku?    
Kau kekasih ku!
Kau pilihan ku!
Kau semangat ku!
Kau kesayangan ku!
Kau naluri ku!
Bila kah akan kau pulang pada ku?
Bila kah akan kau kembali pada ku?
Bila kah akan kau datang semula padaku?
Kau ku seru.. Bila kelam jadi terang, aku pasti kau datang..
 
 

Friday, 2 March 2012

was


i've seen this before. but now you're gone. you left and i moved on. i keep all things behind and be strong. stronger than before. and now, i see this again. not in one person eyes, but more than i should have. and you know what, the shining of their eyes, fails to make my heart beats as fast as you did. they failed to make me fall in love as i did to you. and still, i cannot open my heart and try to love other person, like how much i love you. my ex-love, you are the best! among all man i've ever met...

Tuesday, 7 February 2012

Brown Eyes

Assalamualaikum :)

Halo kawan-kawan! Tahu tak, hari nie kan, saya keluar gi KLCC. Jumpa my bestbestbestfriend. Her name is Sarah.. Lama dah tak jumpa dia nie actually. Maybe in 4 5 months kot. Alhamdulillah, ada lagi rezeki dan jodoh untuk jumpa. Actually dia nie besfriend saya since tingkatan 1 lagi. So that's why laa sampai sekarang masih lagi kamceng and selalu aje jumpa, and antara bestfriends yang ter-rapat, kami berdua ja yang study semenanjung and duk KL. Miza, Niniey & Masnih, tak. Depa study di KK. Yang kawan-kawan lain pun banyak ja study semenanjung nie, but ya lah susah bah mau jumpa.

By the way, gambar ada. Tapi nda mau lah upload. Maluuuu >.<! Wahaha, actually terasa mau upload tadi. Tapi nda jadi lah sebab gambar kurang gorgeous~ haha. Gambar oke? Bukan orang nya.. Kalau orang nya, gorgeous lah sikit. Haha. Kidding! =p *gedikjap

Bukan berdua ja, ada adik dia sekali and her friends as well. Tapi berpisah. Kawan-kawan si Didi jalan-jalan. Kami bertiga. Tapi nda buat apa pun. P secret recipe & Ampang Park aje. Ada agenda di Ampang Park tapi sayang, kedai nya tutup. Kecewa terus I dengan si Sarah. Nda dapat kami berpadu tenaga tadi! Haha. Next time maybe ~

Then, tukar plan, ingat mau p taman KLCC tu, lepak-lepak, tengok orang, ambil gambar. Tengok-tengok jam sudah pukul 6. Lama betul kami di surau. Terus nda jadi lah plan mau beromantik tengok air pancut. Hmm. Kalau ndak, boleh sudah layan mood Hindustan jap. Isk-- So, lepas tu kami pun balik lah. Sebab diorang Sarah kena balik Serdang. Tahu lah, ke Serdang, depa naik KTM. Kena gerak before Maghrib lah, sebab tahu lah kan KTM macamana hebatnya kelajuan gerabak tanah melayu itu :)) Sampai boleh tidur jap di KL Sentral tu sebab tunggu tren punyalah lama! =,= Dulu saya selalu ke Nilai, itu pun macam mau nangis ja sebab penantian itu satu penyeksaan! Siksa okey tunggu KTM. Nasibaik hati kental.. Lambat pun masih lagi boleh wat muka paling sweet walaupun mulut sudah muncung sampai Sabah. Ofcourse lah takk manis kan.. Hiss!

Then, lepas tu I terus pegi Sheraton Hotel sebab Ain bawak Sameera swimming sana. Mau balik terus, kunci takde. Alynn bawak. Sudah menjadi milik nya kah kunci itu sekali dengan keychain nya? Hiss. Helo, kunci loker saya ada di sana oke? Tolong jangan hilang kan budak! Barang-barang I banyak tu nok.

Before balik, kami singgah jap di favorite restaurant, makan cheese naan. Oh saya makan sikit aje lah hari ini =p Kenyang.. Lagipun sebab selalu makan kot, jadi bosan lah kot sikit. Tapi whatever it is, cheese naan dia memang terbaikkk! Sedap giler. Kat mana? Kat kedai RSMY ke, ntahh. Alaa, dekat ngan Ukhuwah tu. Seberang Maju Junction..

Lepas tu, kami pun balik lah. Balik-balik, tiba-tiba dekat radio, depa pasang lagu Brown Eyes by Destiny's Child.. Video & lyric ada di bawah kalau mau nyanyi or dengar jap lagi :) So, sambil-sambil I dengar tu, I pun nyanyi lah sekali. Layaan feel sikit, bajet suara Misha Omar. Hehe. & masa tu terimbau lah pulak kenangan-kenangan yang lalu. Haiii, sambil nyanyi, sambil tengok bulan... Ohh bulann, kalau lah kau tahu apa dalam isi hati ku, hish. Masa dok layan feel tu, dalam hati siap cakap lagi.. Bulan, bagitau dia, aku rindu.. Haha. Takdelah rindu pun actually, teringat ja. Ingat dan rindu lain oke? Tapi lagu ni memang sedap, best, jiwang and sedih.

Kepada si jejaka berkulit putih bermata coklat berhidung mancung berkening tinggi.. Tiba-tiba teringat kamu tadi. :D terr aje. Tapi kalau boleh, tolongggg lah jangan muncul depan ku lagi. Aku takut kalau-kalau tiba-tiba hati kamu tergerak mau datang UIA... Oh mann! Nehii!~ Iya lah, kamu banyak kawan di UIA, bukan I sorang ja. Tapi jangan lah. I still dunno what will happen to me kalau kamu tiba-tiba ada depan mata. Kalau mau muncul pun, nanti-nantilah. Bukan sekarang ya kawan :)

To all of you, this song is for you :)
 
*klik title nie sebab video x dapat masuk, sorry ;) enjoy!

Remember the first day when I saw your face
remember the first day when you smiled at me
you stepped to me and then you said to me
I was the woman you dreamed about
remember the first day when you called my house
remember the first day when you took me out
we had butterflies although we tried to hide it
and we both had a beautiful night

The way we held each others hand
the way we talked the way we laughed
it felt so good to find true love
I knew right then and there you were the one

I know that he loves me cause he told me so
I know that he loves me cause his feelings show
when he stares at me you see he cares for me
you see how he is so deep in love
I know that he loves me cause its obvious
I know that he loves me cause it's me he trusts
and he's missing me if he's not kissing me
and when he looks at me his brown eyes tell his soul

Remember the first day, the first day we kissed
remember the first day we had an argument
we apologized and then we compromised
and we haven't argued since
remember the first day we stopped playing games
remember the first day you fell in love with me
it felt so good for you to say those words
cause I felt the same way too

The way we held each others hand
the way we talked the way we laughed
it felt so good to fall in love
and I knew right then and there you were the one

I know that he loves me cause he told me so
I know that he loves me cause his feelings show
when he stares at me you see he cares for me
you see how he is so deep in love
I know that he loves me cause its obvious
I know that he loves me cause it's me he trusts
and he's missing me if he's not kissing me
and when he looks at me his brown eyes tell his soul

i'm so happy so happy that you're in my life
and baby now that you're a part of me
you showed me
showed me the true meaning of love
and i know he loves me

I know that he loves me cause he told me so
I know that he loves me cause his feelings show
when he stares at me you see he cares for me
you see how he is so deep in love
I know that he loves me cause its obvious
I know that he loves me cause it's me he trusts
and he's missing me if he's not kissing me
and when he looks at me his brown eyes tell his soul

He looks at me and his brown eyes tell his soul