Showing posts with label buahhati. Show all posts
Showing posts with label buahhati. Show all posts

Wednesday, 26 June 2013

This is not right

Semenjak cuti bermula, err, actually masa ndak cuti pun, tidur ku sebenarnya tidak teratur. Dan aku boleh lihat yang tidur ku sememangnya tidur yang tidak berkualiti. Dan setiap kali tidur aku sering bermimpi. Yah, sentiasa bermimpi. Dan itu sudah sangat menunjukkan yang tidur ku tidak betul bukan? Tidur yang tidak berkualiti kerana otak ku masih bergerak dan berjalan seperti di waktu jaga ku. Nampak sangat aku jenis suka berfikir. Iya, memang aku suka berfikir, tapi aku nda tau kenapa aku nda pandai dalam bidang akademik bila memikirkan result ku yang sangat teruk di UIA. *nangistersedu*. 

Actually, aku tahu aku tak bodoh. Aku boleh dapat result yang lagi hebat dan sangat membanggakan. But the problem is, aku sangat malas ulangkaji dan baca buku. Sangat. Mungkin satu subjek boleh dikira berapa kali aku ulangkaji. *Coba mengingat berapa kali. Ohh seperti tiada, *sigh!. Tapi seriously, aku jenis malas mau ulangkaji, belajar dan baca buku pelajaran ku, tapi aku jenis suka focus dalam kelas. Focus dan fahami sebetulnya. When i was in college, i used to be like that (towards the end of my studies lah tapi.. haha, sebab ada juga kelas yang aku tidur). Tapi bila di UIA ni, focus aku makin kurang, dan kurang. Adakah ini menunjukkan aku sudah tua? Ohhh Gerontology! Hukk... Nahh. I know i'm not that old and still, how young i am! Tapi tu lah, aku jadi susah mau focus, mengantuk dalam kelas, tidur, main hp, tulis puisi, dan mengkhayal. Hmm. 

You know what, dalam pada aku langsung x ulangkaji, just belajar sikit2 during study week, aku boleh dapat result yang ok, how about if aku struggle sehabisan macam si Hani since the beginning of the semester? For every semester? Mesti aku boleh dapat DL macam si Hani. Haha *Bachat lah dia kalau baca nie. Sorry hann. Saranghae chingu. Mwahh. 

Berbalik kepada isu tidur, i don't know. Aku jadi susah mau tidur. Aku takut mau tidur. Aku ndak dapat tidur. Aku dengar bunyi macam-macam. Aku ntahh. Namun, aku syukur, bila aku keep on resah dan gelisah ndak dapat tidur nie, aku jadi takut. Jadi manusia, biasa lah, time susah baru ingat Tuhan. Masa tu lah baru gagah zikir sana zikir sini. Syukur alhamdulillah, bila keresahan membawa kita ke jalan yang terang yang penuh cahaya. Alhamdulillahi robbil 'alamiin. 

Dan sebenarnya, malam ini aku agak sedih. Kenapa, sebab my mom called me. And we talked about my flight back to Sabah. So memikirkan yang aku bakal meninggalkan Sameera, aku sudah sedih. *nangisterseduagain. Yah, i'm sad. Aku sedih fikir yang dia bakal tiada kawan. Tiada tolong kakak aku jaga Sameera since Saad is too manja. So, aku selalu dengan Sameera. So, i am really sad. I am really do! T.T *beayaqdahmata.

You know how it feels when you really want to have a baby? To have your own kid? I was dreaming like that. And still actually. When Allah gave us Sameera, i was so happy. And by that time, I thankful to Allah by giving me a daughter. I do anything for her, love her, care for her, anything. And I was like, this is enough Allah. Everything is in your hand, InshaaALLAH one day I will get married and have my own babies, but Sameera will always be my first daughter. And even if I don't get married or don't have any kids, Sameera is enough for me. I will always take care of her, love her, help her, feed her, hug her, wipe her tears, and everything. So do you know now how much I love her? I really love her. Really do. *crying*

Please pray for my baby. For my baby Sameera. May ALLAH SWT always love her, bless her, protect her in this world and hereafter. May ALLAH SWT place her in Jannatul Firdaws forever. Aameen.

Ibu sayang Sameera. So much.... T.T


Friday, 21 June 2013

Nahh!!!


Ini adalah bunyi suara Pou kekenyangan tak nak makan tu. Sameera suka sangat buat bunyik nie. Especially bila dia nak main game nie because she doesn't know the name of the game and dia pun masih tak reti cakap sangat lagi. So dia buat bunyi je lah. Kalau nak main, nampak hp aku, dia cakap, "mama..nahh!! Nahh!!"

Budak-budak......

Tuesday, 12 February 2013

Not 'strong' enough

Bismillaahirrahmaanirraheem..

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh :)

Hm, cukup lama aku tak update blog. Dari cuti sampai lah habis cuti. Oh ada update hari tu, 1 februari, masa birthday bestfriend. Tapi itu saja yang terupdate sepanjang cuti.. Dan hari nie, UIA cuti lagi. :) Dan aku satu kelas pun belum masuk lagi =,= , dan aku still takut macamana lah nanti masuk kelas? Ofkos aku takde kawan lagi dan belum kenal some lecturers. Ada yg aku dah kenal and ada yang beloms. Dan esok lusa tulat, aku ada program pulak, jadi booth coordinator, sememangkan gua akan pasti busy kan? Takpe, MISI, itu MISI! :)

Tentang soal hati.. Hmmph. Bila cakap pasal soal hati, macam-macam. Sedangkan dalam hati tu pun ada macam-macam perasaan. Suka, benci, rindu, geram, sayang, kasih, cinta, dendam, baik sangka, buruk sangka, sabar, - macam-macam lah.. Dan ia bukan semudah yang di kata. Susah mau terangkan, susah mau luahkan.

Tapi macam seorang aku, walau ada benda yang memang aku tak boleh nak luah or cakap, dan memang ada benda aku senang mau cerita dengan orang, dan memang ada benda aku kena luahkan jugak, tapi still di hati hanya ALLAH yang tahu isi sebenarnya. Orang lain mungkin faham apa yang kita cuba untuk terangkan but still, they just only can understand it but it is not the same. still not the same. Not the same with what is in our heart.

Okeyh, actually, i want to talk about two girls today. One is my bestfriend and one is my sister-in-law.

One time, aku pernah meluah berabis-rabisan ngan my bestfriend nie. And she said, - "kau bagus winn, kau tahu macamana mau luahkan perasaanmu. and at least benda tu bagus, boleh tenangkan hati mu. kau ndak serabut". 

dan aku jawab, - "tapi actually aku teringin untuk ndak meluah segala benda di hati. sebab aku percaya ALLAH dengar dan tahu segalanya tentang aku tapi macam ndak fair bila aku cerita dengan orang. and aku still cerita, how i wish aku boleh diam dan simpan saja. kalau aku diam dan simpan pun, mesti nda lama, ada jugak orang akan tertahu"

dia jawab - " iya, kalau aku, aku nda boleh winn. aku ndak pandai mau cerita dengan siapa-siapa pun. cukuplah aku dan DIA jak tahu. DIA jak tempat ku mengadu!"

aku - (sedihh!) how i wish i can be like her - "bestnya kauu"

dia - "tapi aku pun teringin mau pandai meluah dengan kau, at least aku ndak terlalu pendam di hati, cuma aku ndak pandai mau cakap. aku nda tau mau luah macamana, hihi"


itu lah satu conversation yang aku pernah ada dengan this one pretty girl yang sweet. sesetengah orang mungkin nampak aku strong, dan some tahu yang aku bukan se-strong itu, like Sarah, dia tahu yang aku bukan strong. dia pernah nampak aku selemah-lemah awin bila aku ---- ah ada kisah dulu yang sangat menakutkan dan syukur masa tu aku selamat. Alhamdulillah. 

and still, aku rasa aku bukan seorang yang cukup kuat bila aku masih mengadu domba pada orang-orang lain. memang kita perlukan segala benda nie kalau mengikut cara psychology. ia untuk mental. tetapi kalau aku sepenuhnya yakin dan percaya pada ALLAH, adakah aku perlukan orang-orang lain untuk fahami aku? tidak kan? dan how i wish aku boleh menjadi orang yang sangat kuat, sangat strong, bila orang tengok aku sentiasa tersenyum dan bersemangat dengan seribu satu rahsia yang dalam hati tanpa orang lain pun tahu. cukup lah ALLAH. cukuplah ALLAH...

dan bila berbicara tentang soal hati, bukan semua orang boleh faham kita. apa lagi kalau benda berkaitan agama. banyak orang boleh terima, banyak orang bisa mencelah dan banyak orang akan menolak juga. hati-hati yang faham, pasti akan faham, tapi bukan semua boleh rasa. ada satu benda yang isinya terlalu dalam dan bukan semua orang boleh faham.. bukan semua orang tahu, boleh dan pernah rasa.. dan aku pun, cukup banyak dan terlalu banyak ilmu agama yang belum aku tahu.. kadang-kadang aku pun menjadi salah seorang yang tidak faham tentang orang lain, dan ini selalu. cuba menerima dan memahami tapi aku lebih kepada pentingkan diri sendiri dan berdiam diri.. hati menidakkan dan menolak. tidak terluah. namun cukuplah aku memperbetulkan hati aku sendiri semula.. muhasabah balik. fikir balik.. masing-masing orang ada hati, dalam hati ada macam-macam. semua itu urusan kita dengan ALLAH..



dan tentang adik ipar ku, one time aku tanya dia, - "dik, macamana adik boleh suka sama si aboy?"

dia jawab - "mana boleh kasi tahu! :)"

aku jawab - "lah dengan kakak pun mau rahsia ka? kasi tau lah :p"

dia cuma senyum dan tukar topik.




you see. beruntung adik aku dapat isteri solehah macam dia. serius. kadang-kadang aku cemburu juga tengok perempuan-perempuan solehah nie. hebat diorang nie! hebat! pandai jaga diri. sombong dan malu bertempat. dan macam conversation tadi. pasal soal hati.. even aku nie kakak ipar dia, kakak kepada husband dia, dengan aku dia rahsia kan langsung macamana dia boleh in love ngan adik aku..

you see..

kalau aku.. ya ampun.. baru suka sikit mesti aku cerita sudah dengan bestfriend ku.. itu baru suka sikit.. haihh.. bila berubah hati or apa-apa yang di rasa pun terus cerita sama bestfriend.. ini adik ipar ku sendiri pun, even after sudah kahwin pun, still nda cerita sama aku.. hebat kan perempuan gini? semua itu cuma antara dia - husband - dan ALLAH..


setiap orang ada cara dia masing-masing..

dan aku teringat kisah yang Habib Ali ceritakan di majlis ilmu.. katanya - "Bila tiba waktu azan berkumandang, Rosulullah sallallahu 'alayhi wasallam dan 'Aisyah terus seperti orang yang tidak kenal antara satu sama lain kerna sibuk nya mereka untuk mempersiapkan diri menghadap ALLAH, menyambut seruan ILAHI"..

Hebatnya iman mereka.. Hebat!!!






Friday, 1 February 2013

23 years old Sarah Norfadhilah

Assalamualaikum :)

Hai Sarah. It's your birthday today, ha, miss you much bestfriend.

berapa lama sudah agak nya kita ndak jumpa? aku sampai nda ingat bila last kita jumpa. tapi aku rasa last kita jumpa masa kau ambil barang di rumah ampang, jam 10 tu, yang sekejap jak tu. tapi aku rasa bukan.. ka last yang masa kau tidur di uia tu? atau yang kita jumpa masa ada si didi sekali tu? haha, aku sangat nda ingat.

kita bestfriend, tapi untuk contact sangat jarang gila-gila.. kadang, aku rasa more than two months kita nda contact kan? tapi aku faham dan yakin, kau ndak kan pernah lupa aku.. haha, ya kah tu? atau itu cuma feeling aku ja? haha.

you know what, macam-macam aku mau cerita dengan kau. tapi aku rasa, bila kita jumpa, yang macam-macam benda tu ndak kan jadi tercerita sebab kita akan more to flashback-ing all the memories yang ada antara kita.. time sekolah menengah , haha

baru-baru nie pun aku teringat hal yang si mico tahan kaki ku sampai aku jatuh tu!! haaaaaa, sangat kurang asam okehhh, haha. tapi bila ingat memang lucu gila-gila. aku pun terus ketawa. kin panas oo si mico.. hahaha

knowing you as my bestfriend, from time to time, banyak mengajar aku sarah.. apa lagi bila tengok changes kau since form 1 until now :) .. kau sangat WOW, now a genius girl :) such an intelligent lady, so hardworking and never give up! aku suka.... how I wish kau punya semangat menyerap ke aku.. haha..

btw tahniah sebab sekarang mau buat LI, so you'll be fulltime in KL, so senang mau jumpa, i mean agak senang lah mau jumpa compare to bila kau berada di jengka. hikk. all the best my dear love :))

anywayss, happy birthday my best friend :)
semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, tajam akal fikiran, dilapangkan dada, di cergaskan minda, diterangi jiwa, dibersihkan hati setiap detik dan saat, diberikan petunjuk ke jalan yang benar terus-terusan, menjadi hamba ALLAH yang beriman, beramal soleh, bertaqwa dan sentiasa taat pada ALLAH SWT, menjadi anak yang solehah yang sentiasa berbuat baik dan mendoakan orang tua dan orang sekitar, memiliki akhlak mulia, diterima segala amal ibadah, diampunkan dosa-dosa, dimaqbulkan doa-doa, dilapangkan alam kubur, dilindungi daripada azab api neraka, mendapat kesejahteraan kebahagiaan kesenangan keselamatan kegembiraan ketenangan dan kebaikan di dunia dan diakhirat, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di Syurga Firdaus, inshaaALLAH, Aameen :)

moga bertemu di kehidupan akhirat kelak, inshaaALLAH <3

all the best for you my dear best friend <3

thanx for every single thing my dear, and i am really sorry sorry sorry for every single mistake that i have done.. i love you always <3

jangan lupakan aku dalam doa mu~ will see you soon inshaaALLAH..



# Wish you have a lovely day filled with plenty of smiles and laughter. Many many happy returns of the day to my sweetheart friend! Love you always.

#  May every passing year bring you all the things that you have wished for. Have a wonderful life ahead. Happy Birthday to you!

#  Stay young throughout your life. Let your age never affect the inner child inside you. Enjoy a lovely birthday with lots of gifts. Happy Birthday!

#  Live your life to the fullest, forget about your past and don't worry about the future. Say all is well and enjoy every moment in your life.

# Years will age you, but never let the child inside you wither away. Explore your talent and aim high. Dream big, beyond the limits and touch the sky. I am sure you will coz I know you best. Have a rocking Birthday.

#  Life is a huge stage. And you will give the best performance, I am sure. You will WIN every possible opportunity that comes your way. Happy Birthday to my bestest friend.

Saturday, 26 January 2013

Malam Cinta Rasul

Suatu malam, Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam dibasahi air mata dalam sujud baginda kepada ALLAH subhanahu wa ta'ala.
Lantai dibasahi airmata baginda.
Tanah itu dibasahi airmata baginda.
Malah lutut dan paha baginda juga kebasahan dengan air mata baginda.

Lalu baginda di datangi Aisyah RA..
Aisyah RA mempersoalkan tentang tindakan Rasulullah yang memohon ampun kepada ALLAH SWT sedangkan baginda telah pun dijanjikan Syurga, yang tidak mempunyai dosa dan takkan pernah berbuat dosa..

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa itu adalah tanda bahawa baginda terlalu bersyukur atas segala kurnia dan nikmat yang ALLAH SWT turunkan keatasnya yang terlalu tidak ternilai harganya, keindahannya, kenikmatannya dan kebahagiaannya..


Lalu Rasulullah berkata,
"Ya ALLAH, ampunkan dosa Aisyah, dosa terdahulu, dosa terkemudian, dosa yang nampak dan dosa yang tak nampak!"



Langsung terpancar kegembiraan yang tak terhingga di wajah Aisyah..


Rasulullah bertanya kepada Aisyah,  
"Kamu seronok, Aisyah?"


Aisyah berkata,  
"Ya Rasulullah, bagaimana aku tidak seronok sedangkan aku dihadiahkan doa yang sebegitu dari engkau, Ya Rasulullah..." 


Dan Rasulullah berkata,  
"Begitulah doa-doaku setiap malam yang aku panjatkan buat umatku!"


- HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID





YA ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH!
YA HANANA! YA HANANA! YA HANANA! YA HANANA!

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALIHI WASOHBIHI WASALLIM!

SOLLATU BISSALAMIL MUBIN LINUQTHOTIL TA'YIINI, YA GHAROMI~
 

Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Bila kita dilahirkan dalam ISLAM, bertuhankan ALLAH YANG MAHA ESA, berpenghulukan RASUL MUHAMMAD YANG MULIA!
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Dianugerahkan dua hadiah iaitu Al-Quran dan Sunnah~
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Bila kita menghayati bait-bait indah dari Kitab Suci dan menteladani Sunnah dan sirah Rasulullah...
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Jika kecintaan itu, bertapak di hati, dengan keutuhan dan ketaqwaan yang hakiki~
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Kerna ALLAH senantiasa mengampunkan hamba-NYA yang memohon ampun dan syafaat Rasulullah SAW menanti di akhirat sana...
Beruntungnya kita! Betapa beruntungnya kita!
Jangan kita sia-siakan keberuntungan ini dengan segala hal yang menjauhkan kita dari ALLAH SWT dan kekasih-NYA, Rasulullah SAW..


='((

Friday, 11 January 2013

11 Januari bertemu Ilahi

bismillaahirahmaanirraheem.

hari ini bumi uia dikejutkan lagi dengan pemergian seorang pelajar yang kembali kerahmatullah pagi tadi. saya tak kenal arwah ni. pagi tadi saya nampak status si brother ajib, 




innalillahi wainna ilayhi rojiun~ 

lepas tu, kat twitter pun saya ada nampak @uiabest update tweet tentang berita ni. 




dan, one of my friend's friend pun ada update tweet, upload gambar status fb arwah pada 31 disember yang lepas.. 




dan tadi saya menjelajah sebentar ke fb arwah. 
sedih baca posts kat wall arwah.
semua teman-teman dan ahli keluarga arwah kesedihan.
mereka kata dia baik, periang, suka bergurau dan hormat orang..


dan arwah ada kata..   
"Laju mana pun kita lari, kita takkan dpt lari dpd ajal dan maut tuhan"  


info kat fb jugak kata arwah meninggal kat bilik kat mahallah salahuddin.
jatuh tergelincir masa nak ke toilet. terhantuk.
wallahua'lam..
doakan buat arwah.. 


Innalillahi wainna ilayhi rojiun~


Semoga roh arwah di berkati dirahmati 
dilapangkan alam kubur 
diterangi cahaya indah dari syurga
dilindungi dari azab kubur dan azab api neraka
memperoleh syafaat Rasulullah saw di akhirat kelak 
dan tempat kan di kalangan hamba-hamba ALLAH SWT yang bertaqwa dan beramal soleh di syurga firdaus di akhirat kelak.
Aameen.


terbayang....
macamana lah saat maut menjemput kita? keadaan kita?
keadaan orang2 di sekeliling kita?
post2 di fb kita?
tapi yang penting, saat nya mati itu.. adakah dengan ucapan kalimah ALLAH?
ada kah hati yang dipenuhi atau diisi iman saat ruh terpisah dengan jasad?
bagaimanaa.......... 
ALLAHU KAREEM.. selamatkan lah~ 
sejahtera kan lah~ 



- RABIUL AWWAL - 

bakal hadir
bulan lahirnya kekasih kita
dan bulan perginya kekasih kita
Ya Rasulullah, 
kau kekasih sejati
hadiah terindah dari Ilahi
Quran dan Sunnah kami teladani 
sungguh kau kami rindui 
moga bertemu suatu hari nanti...


 
"Allahumma shalli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad nuuri-kas saari wa madaadikal jaari wajma’nii bihi fi kulli athwaari wa ‘ala alihi wa shahbihi yannuur”

Ertinya:
“Ya Allah, limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad, sang cahaya-Mu yang selalu bersinar dan pemberian-Mu yang tak kunjung putus, dan kumpulkanlah aku dengan Rasulullah di setiap zaman, serta shalawat untuk keluarganya dan sahabatnya, wahai Sang Cahaya.”
 
 
WAHAI KEKASIH - NAZREY JOHANI  (klik sini)
#lagu nie sedih sangat. sebak. :'(
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hatiku tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggikan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu menawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Di akhirat kitakan bersua


Saturday, 5 January 2013

Sepagi bersama si Gamul

hai. assalamualaikum. 

hari ni kak gojesh nak cerita pasal pagi ku yang indah ditemani anak ku si gamul yang cute. actually nama gamul tu bukan nama dia atau pun nama samaran. tidak sama sekali.. ceritanya gini, satu hari tu kakak i whatsapp dengan one of her good friend masa zaman ys (yayasan sabah) dulu, dia mau type gemuk tetaip gamul. so sejak tu lah aku panggil dia si gamul.. ^,^

actually hari ni kakak ku ada exam sebab tu budak nie datang uia. alhamdulillah after 11 hari tak jumpa, jumpa balik ibu dengan anak ibu nie. and sepatutnya akashah pun ada, tapi ya lah, baru 3weeks, so my brother-in-law suruh ja kasi tinggal akashah di taman tar - rumah mummy. kalau bawak ke uia pun, macam risau pulak, kesian, baru 3weeks, nanti tejumpa ramai-ramai orang, macam kesian budak tu. so, biar lah awak duduk rumah rehat-rehat gamul junior. :p

tadi masa lepak-lepak di hs cafe, budak nie tiba-tiba keluar mengadanya. jadi aku bawak dia pi tepi sungai tu. plus budak nie pantang nampak kucing. tapi masa tu kucing xda, so aku bawak dia tengok burung. excited lah si kawann... sambil-sambil tu sempat lagi posing-posing..

haiii.. nama saya gamul :p





















titew mayuuu >.<


majuk ahh cennieee! #konon
ini pulak macam artis kena terjah oleh melodi #makpasrahje

sameera ni sangat lucu. walau pun tahun ni baru mau masuk 2 tahun, tapi dia sangat independent. sometimes dengan dia ni aku boleh main macam aku main aku dengan kau je. (i mean me and u, tukang baca). serious! budak nie lawak sangat. even tadi, masa di cafe, suddenly ada nadia, izzati, n tyhah (adik2 junior misi), so masa tu sameera tengah duduk atas meja, aku tepi dia. then, masa nampak adik-adik tu, biasalah i, mesti lah over, aku macam terkinja-kinja la dok panggey depa, nadia! nadia! dengan penuh excited sambil melambai-lambai ala-ala rose lambai dekat jack atas kapal titanic #gittuew. then, budak kecik nie boleh pandang aku dengan pandangan sipi sambil senyum sumbing dengan riak "kenapa ibu gedik nie? over!" *mcm tu lah lebih kurang

pastu aku terus, "eeiii, kenapa pandang ibu gituu???" *sambil cubit pipi beliau
terus dia gelakk. hiss budak kecik nie..

and budak kecik nie actually anak kakak gua. anak first. dan dia cucu pertama dalam family kami. so memang anak emas lah kan. aku pun memang sayang dia lebeh. tapi akashah pun aku sayang sebab dia anak buah lelaki pertama tapi dia masih kecil, i mean, asyik tidoq ja! nak main apa x tau. kerja aku tukaq pampers, lap badan, tukaq baju, dodoi, tu ja lah kot.. kalau sameera nie, macam-macam boleh! kadang-kadang dia yang buli kami mak-mak dia nie.. ikut perangai sapa x tau! haha.

tapi budak nie cute tau. nama dia panjang gila. bapak panjang. tapi kan, bila kita panggil, anisa - dia tau tu dia. bila kita panggil marsha - dia tau tu dia. bila kita panggil sameera - dia tau tu dia. tapi kami x pernah lah gedik dok panggil dia bahari - kang satu family bahari pandang. huhu. 


Wednesday, 2 January 2013

M2M New Year Gathering



Rara | Kak Fiq | Kak Ima | Awin | Kak Sabrina | Qila
Ejam | Ajib | Salam | Badran | Nik | Redza

Ini lah buah-buah hati M2M saya. 

M2M tu actually is - Misi to Mabul Island. We went to Mabul Island during this semester's mid break, doing some community stuff, for 4 days before the Eid Adha. 

There are 12 of us, no lecturer or ustaz went together to the island. It is just 12 of us. 

Actually there are so much things to say about the trip, but I can't say a word because that moment was too precious, fantastic and amazing, even I can't turn it into words. Only these 12 hearts can feel how enjoy we are, how happy we are, and how meaningful the ukhuwwah between us.

And these pictures was taken last night, by Ramis, during our M2M NY Gath. It was held at Edu square, tepi kolam yang ada air pancut, ada sungai yang mengalir indah airnya, bulan bersinar dengan awan mengelilingi nya, bunyi-bunyi cengkerik dan katak juga menemani kami di situ. :) 

Seperti keadaan yang sama ketika di Mabul dulu, keriangan, kegembiraan dan kemesraan itu dirasakan sekali lagi bila kami ramai-ramai berkumpul, makan bersama, minum bersama, bermain game bersama, bergelak ketawa bersama dan menyanyi bersama. 

Ada yang membancuh air, ada yang memerap ayam, ada yang membakar arang serta memanggang ayam dan sosej, ada yang membawa cake dan donut, ada yang membawa keropok, ada yang membawa air kotak, ada yang membawa dadih, ada yang membawa kek batik, dan ada juga yang bergegas membeli domino's demi kekenyangan bersama :) 

Detik 12 malam yang tidak di temani fireworks, namun bisa kami mendengar bunyi-bunyi dentumannya. Orang di luar sana mungkin berasak-asak, berpanas-panas dan mungkin menjerit-jerit saat detik 12 tengah malam tu dilaungkan. Kami di sini, dengan udara yang nyaman, tenang, kenyang, senyum manis, dan macam-macam lagi. 

Module di mulakan dengam mengenang kenangan bermulanya perjalanan kami ke Mabul, di Mabul dan seterusnya saat perpisahan - oleh Brother Salam. Kemudian, module ke dua, permainan game, yang berulang-ulang kali cabutan namanya kerana asyik ada saja yang terkena nama sendiri. Dapat nama kawan, then tulis tentang 1st impression, bila sudah kenal dan wishes for them in future. Macam-macam impressions yang ada. Lepas tu saling teka meneka siapa gerangan yang menulis tentang kita :)

# Mungkin ayat saya agak skema di sini, tapi memang benar. Suara hati selalu skema dan puitis. Berbeza kadang-kala dengan bunyi suara lisan kita yang bermacam intonasinya. Dan ini juga mungkin kata-kata yang tidak mampu terluahkan. Ada banyak lagi. Tapi cukup lah sekadar hati yang merasa. Ikutkan, setiap seorang satu ingin ku tulis personality mereka. Mungkin di lain masa yaa.. 

# Dan Alhamdulillah, mereka-mereka ini juga lah golongan-golongan yang baik yang ku kenali.. Terima kasih kawan-kawan. Anda adalah yang terbaik, terima kasih atas segalanya, mohon ampun maaf dunia akhirat di atas segalanya selama perkenalan kita di dunia ini.. Moga bertemu di akhirat sana~ Di syurga Firdaus kelak, InshaaALLAH :)

# # Dan lihat kan banner baru header saya di atas? Itu lah salah satu gambar kenangan kami di Pulau Mabul. Sungguh indah segalanya :) 

1 / 1 / 2013 3:43 AM

perasaan hati

naluri hati

rasa suka dan cinta

tidak boleh dilihat

hanya boleh dirasa

malu mengakui

dan kadang-kadang ragu

namun hakikat nya benar, ia berputik

tanpa sedar

menyangka cuma khayal

bunga-bunga cinta kian mekar

sukar di kawal, namun tak terluahkan

terus menerus suka tanpa sebab

merindu saban waktu

mendoakan saat hati luluh

mengalir air mata merintih

mohon dia mengerti

namun cuma tersimpan di hati

sepi

sepi

sepi

dia... pergi..................

Wednesday, 1 August 2012

Untuk 3 Tahun

Bismillaahirrahmaanirraheem..

Alhamdulillah syukur nikmat, masih lagi bernafas di bumi ALLAH, di bulan yang mulia, bulan Ramadhan, mohon kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat, terhindar jauh dari azab api neraka dan syurga menjadi rumah buat selama-lamanya!

Memandangkan hari ini adalah 1 august. Ingin aku ceritakan kisah bermula 3 tahun lepas; Julai 2009 hingga lah ke Julai 2012 :) 

JULAI 2009 : Aku lihat Dia. Dia hamba ALLAH yang sangat biasa. Terlihatkan sosok nya buat kali pertama menampakkan dia seperti orang-orang lain. Remaja lain. Namun ada satu aura yang membuat ku tertanya, siapa dia. Ku tanyakan kepada kawan-kawan nya, teman serumah nya.. "Siapa Dia?". Jawapan terindah, "Dia sebaik-baik lelaki".. Aku pelik, dan dari situ aku mulai mengenali nya dan berkenalan rapat dengan nya sehinggalah ada sinar baru dalam hidup yang aku jalani. Ohh ALLAH, sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan aku bersyukur disaat aku menjejaki Kolej Islam Antarabangsa, dan mengenali teman-teman yang begitu mewarnai hidup ku :) Saat itu, hati ku tersenyum kerna mata hati ku disapa mata hatinya :) 

Julai 2010 : Banyak pengalaman indah, banyak peristiwa suka dan duka ku alami selama setahun aku mengenalinya. Banyak ilmu yang dikongsikan, banyak pengalaman yang dia ajarkan, banyak perasaan yang dia isikan di hati kecil ku. Aku sungguh berbesar hati di saat mengenalinya dan Dia bukan calang2 orangnya. Memang tidak hairan bila ramai yang mencintainya dan adakala aku begitu cemburu. Namun aku diamkan. Peristiwa indah di hari perkahwinan kakak ku. Kau datang :) Datang dengan baju berwarna ungu. Dan kita sedondon :) Umi kata, "baguslah, dia kan bakal orang rumah juga". Indahnya masa itu :) Dan aku nyanyi lagu kegemaran abang ipar ku, yang aku tujukan khas buat pengantin namun sebenarnya bait-bait liriknya begitu menusuk ke kalbu yang merujuk kepada Dia ; Sampai Menutup Mata.. Indahh. Indah. Betapa syahdu ku dendangkan lagu itu, ibarat hati yang bernyanyi, bukan suara dari tekak ku.. 

Julai 2011 : Hilang. Dia hilang. Adakah Dia membuang aku atau aku yang membuangnya? Kesakitan yang dirasai, aku sendiri yang tahu. Kenapa dan mengapa juga aku tidak pasti. Doa tetap ada. Sekejap hati jadi benci. Sekejap hati rasa sedih. Sekejap hati merintih. Sekejap hati menginginkan kau kembali. Sekejap hati tersenyum kerana merana bodohnya diri ini. Tapi itu bukan soal bodoh atau apa, tapi itu perasaan. Perasaan yang lahir di hati, kau tidak bisa lihat, namun mampu kau rasa dengan setulus hatimu. Betapa rindunya saat dulu. Tapi aku tabah terus ke hadapan dengan kerja yang harus aku fokus kan. 

Julai 2012 : Alhamdulillah :) Banyak peristiwa yang terus berlaku. ALLAH Maha Mengetahui, kita tidak tahu apa yang tersurat dan tersirat tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kakak mu menjadi teman baik ku kini dan aku tak tahu apa sangkaan di hati dan minda mu. Biarlah. Walau kini aku makin tenang, tidak rindu, cuma sedetik tertanya akan khabarmu, hati ku merasa cukup dan puas, biarlah, ada doa di antara kita kerna ada ketika kita bicara walau sekejap, namun kita kini menjauh - sekali lagi. Biar lah, anadai ada jodoh, bahagia denganmu didepan sana. Andai tiada jodoh, orang lain pasti bahagia dengan ku. Dan orang lain pasti bahagia dengan mu :) 

UNTUK 3 TAHUN, kau bertakhta di hati. Sudah cukup :) Bertahun aku tidak melihat mu. Walau kita di tanah yang sama, mata itu tidak ku tatapi, bila ku pulang ke kampung halaman, juga kita di tanah yang sama, sosok itu tetap tidak bisa dijejaki. Julai 2009 aku pertama kali melihatmu, Julai 2010 terakhir kali aku melihatmu. Setahun aku mengenali mu, 2 tahun aku tidak bertemumu tapi cinta itu masih ada dan membara di hati. Kenapa ya? Doakan aku wahai Habibi.. Kau tahu di mana aku bila kau ingin mencari..

Friday, 1 June 2012

Salam Jumuah!

Bismillahirrohmaanirroheem :)

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh ~

Alhamdulillah, hari ini kita bertemu sekali lagi dengan Hari Jumaat, Penghulu segala hari! Jumuah Mubarakah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Pagi-pagi lagi hari ini saya telah diperlihatkan dengan satu video, di mana, one of my friend, kawan lama, kawan zaman sekolah menengah, tag saya dengan satu video di Youtube. Mau tahu video apa? Ini video nya ... - AL-WADOOD!

Sorry guys, saya nak share the video here lah kan, so senang uols nak tengok semua. Tapi failed! Hoho. Entah lah, saya ni, makin lama makin buta IT. Ntah apa yang silap sampai nggak bisa berhasil. Nggak apa lah, yang penting kalian bisa lihat ya video nya :)

So, dah tengok dah video nya? ALLAH sayang kita.. ALLAH sayang kita.. Jadi, let's say I LOVE ALLAH!! Jangan malu jangan segan. Lihat hati yang beriman dan bertaqwa itu, ada nama ALLAH di situ. Ada cinta ALLAH di situ. Subhanallah~ :)

Alhamdulillah, sekali lagi. Jumaat yang indah. Semalam di penghujung Asar, sehingga lah larut malam, UIA di hujani dengan titik-titik air yang sungguh indah dan syahdu. Penyejuk bumi UIA yang semakin hari di rasakan panas. Subhanallah! Penuh syahdu rintikan air membasahi bumi. Membasuh bumi. ALLAHUAKBAR~ Angin yang penuh nyaman. Semua itu ciptaan siapa? ALLAH SWT! Semua itu turunnya dengan izin siapa? ALLAH SWT! Jadi kenapa harus kita lupa pada ALLAH? Lihat nie..


 Surah Al-Kahfi, 54 : Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Qur'an ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah.


Nah.. jadi harus apa lagi? Mahu kah kita tergolong dalam hamba yang kerugian? Say NO!!! Then you ACT! Bertindak lah. Ayoh lakukan!! Pasti kalian tidak akan rugi. Jangan kuatir. Segala dugaan, cobaan, ujian, itu kan perancangan ALLAH SWT. Yang di uji itu hati-hati kita. 


"Apa hati kau kuat?" - Kata ALLAH.
"Apa hati kau yakin pada KU?" - Kata ALLAH. 
"Apa hati kau benar-benar taat pada KU?" - Sambung NYA. 
"Apa sungguh kau mencintai KU?" - Sahut NYA lagi.


 Di hari Jumaat yang indah dan penuh barokah ini, cuba kita lihat ke langit. Subhanallah! Indah! Bersih! Terang! Penuh cahaya! Tadi saya terbaca satu artikel - not terbaca lah - memang pergi view dan baca pun. Artikel di blog beliau bertajuk "Berjuta alasan hanya kerana satu sebab".


Dalam artikel beliau, beliau menyebut, bagaimana agaknya keadaan bumi jika matahari sudah putus asa dalam menjalankan tugasnya? bulan pula bagaimana? hutan yang menghijau bagaimana? Bagaimana kalau semuanya jadi lemah, letih dan berhenti dari mengikut arahan ALLAH SWT! Pastinya huru-hara!! Inikan pula kita yang sebaik-baik ciptaan. Ciptaan terindah. Yang mempunyai akal? Apa jawab mu? 


Jadi kita tanya diri kita kembali, sekali lagi ..


Surah Ar-Rahman , 45 :  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?





Ayoh kita sebut, ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! Atas segala nikmat yang ALLAH SWT berikan dalam setiap detik, saat, minit, jam, sehari-hari, sebulan, setahun, dari zaman Nabi Adam AS, Nabi Muhammad SAW, nenek moyang kita, orang tua kita, adik beradik kita, masa depan kita, ucap kan ALHAMDULILLAH! ALLAH SWT itu sebaik-baik perancang.. 

Banyakkan bersyukur. Banyakkan bersabar. Banyakkan berdoa.

Jangan kita berkeluh kesah! ALLAH itu ada :)

Sebagai penutup jangan lupa, banyakkan selawat ke atas Nabi yang tercinta di hari Jumaat yang mulia ini ;) Kat sini ada macam-macam jenis selawat yang ada, mari kita amalkan :)

Jazakumullahu khairan kathiran ~ =)

Wednesday, 30 May 2012

Sehari sebelum bulan Jun

Bismillahirrahmaanirroheem..

Assalamualaikum :)

Today is 30th of May. Tomorrow is 31st. The day after tomorrow is 1st June. Actually, for me, there is nothing special in month of June. Yang best nya adalah, aku rehat-rehat di rumah. Jaga my baby boo yang sedang sakit kerana banyak gigi mau tumbuh dan baru mau start berjalan. Semalam, I and my kakak - kak bie - also our maid, pergi UIA, ambil my sis - ain - yang ada exam. Eh, budak kecik Sameera tu pun of course lah ikut sekali kan. Nama dia tu I rasa tak perlu nak mention pun. Iye lah, kalau semua takdak kat rumah, sapa nak jaga beliau kan? And of course kalau tengok orang jalan je, confirm dia nak ikut. So, semalam... I bawak lah shawl yang I baru ambik dari kakbie. And then, I pun pakai kan kat SamSam. Ya ALLAH!! She's soooo cute you know! Wallahi~ Subhanallah. Cantik sangat! I pun mestilah nak over, pakai kan dia ala-ala style Arobbb giteww. And the best part is, dia duk diaaaaamm aje. Dari rumah to UIA, 20 minutes kot, dia diam aje and langsung tak bukak the tudung. Tapi for sure, kami on aircond kuat-kuat lah kan. Takut si kecik nie kepanasan. And lagi satu, dia sakit, so that is why lah dia diam aje. 

Our pretty-pretty wowww :)

Cantik tak? Comel tak? Hehe, I tak kisah lah uols kate tak cantik or tak comel ke, yang penting di mata I, Sameera saaaaaangatt cantik :) Because, she is my anak so mestilah dia penyejuk mata saya kan. Always beautiful :) Oh ya, you know what, I really like her bila dia sakit. Bukan sebab apa, tapi bila dia sakit kan, dia diam, dia tak banyak cakap, dia kurang ke sana ke sini, bila dia mai kat kita kan, dia manja-manja, menyandar kat badan kita, soo cute!! Lagi satu, bila kita peluk cium, dia diam ja. Dia suka. Kalau time dia sihat, makk aii. Pi sana, pi sini, cakap sana, cakap sini, tak mau tidoq, kami dok peluk cium pun dia ghimaihhh. Aku tekanan betullah! Sometimes kan, kita yang penat tengok dia. Tapi ye lah, budak-budak kan. Tapi kesian jugak lah kalo tengok dia sakit. Tapi dia nie, sakit-sakit pun, Upin Ipin tetap jalan. Mesti tengokk ok!! :D

Okay nextttttt!!

Okay, now I nak cerita pasal Kak Ana. Kak Ana tu, kakak kepada kawan I. Actually dah kenal lama. But only thru FB lah kan. Sebab mengenali adik nya buat aku ingin mengenali seluruh saudara maranya. Haha. Tapi itu over lah kan! Cukup lah adik beradik mak ayah dia saja. So, kami kenal 2009 or 2010 kot. Ntah lah.. Kamek sik ingat lah! Tapi yang pasti bukan 2008 lah. Sebab I masuk IIC, tahun 2008. I kenal adik beliau, tahun 2009. So, begitulah seterusnya.. Actually, kami kenal gitew-gitew aje kat FB tu. Takdelah rapat sangat mana pun. Tapi friend lah. Like sana, like sini. Tipulah kalau kau ada FB tapi kau tak kaki LIKE kan.. Then, komen sana, komen sini. Kadang-kadang chatting. Itu saja. Thennnn, tiba-tiba ada peristiwa berlaku antara kami last year, dan buat kami terpisahhhhh! Sedih sekali :(( Tapi tak apo, benda yang jadi itu dengan izin ALLOH, pasti ada hikmahnya yaa bukk.. Jangan kawatir, Sabar aja =) 

Dan Alhamdulillah, kini kami berteman semula masa bulan January hari tu. Inboxxxx aja terus langsung rapat sampai ke hari ini :) First time jumpa masa 19 Mei hari tu. Masa tu, hari Sabtu. Dia baru datang dari Brunei hari Isnin. Ha, cuma berapa hari ja dia di sini kan. Dia lum jumpa lagi pun adik-adik nya masa tu sebab diorang di Kedah. So, kami pun jumpa for the first time. Agak nervous jugak lah kan :D Hikhik. Tapi Alhamdulillah, everything went well. Pluss, kami pun sudah biasa chatting kan, so takdelah janggal sangat. Masa tu, I ngan Alynn yang pergi jumpa beliau. Alynn pun biasa juak ngan Kak Ana nie :)

Ini lah dia Kak Ana yang cantik tu :)
Siapa yang kenal adik dia, confirm orang kata sebijikkk!! Haha. Memang sama gila punn :) So, second time I jumpa Kak Ana nie, last week. Dia mai UIA. Tidoq sini. So, biasalah, cerita panjang-panjang, lebar-lebar, curhat gitew! Jam4 baru kami tidur~ HAHA! And, Kak Ana datang sini hari Sabtu after Zuhur, so, balik bilik, makan, rehat, relax, cerita-cerita. Then after Maghrib kami pi Greenwood. Ada mawlid. Alhamdulillah! Lama sudah I nak join mawlid nie. Alhamdulillah, first time I pi mawlid dengan Kak Ana. Kalau I sorang, memang I tak pergi kot, x tahu tempat. Tapi sebab ada kawan, so I pun pergi, Kak Ana pun semangat mau pergi. Lagipun, adik Ima a.k.a Cahaya Ayubi ambik kami di UIA nie ha. So kami pergi lah. Lagi satu, sebab ada saudara-teman dari Indonesia, adik Kak Farihah, Kariem namanya. Sebab tu pergi. Kak Farihah pun berharap sangat yang kami dapat jumpa si Kariem. Btw, walaupun Ima tu junior I masa di IIC, ini lah first time I jumpa dia. Hahaa. Lepas tu, ada lagi beberapa orang I jumpa, Linda (baru kenal malam tu), Asy Syazwi (Kawan FB), Burhanuddin (bukan kawan FB tapi Kak Farihah pernah cerita pasal beliau & kazen kpd Syazwi).

 
Kariem, Ima, Kak Ana, Awen =)

So, Alhamdulillah, rezeki bulan 5 nie, bertemu saudara-saudara yang tak pernah jumpa tapi dekat di hati :) Alhamdulillah.

&& Today is Kak Farihah's birthday! Sanah Helwah Ya ukhti wa Habeebti :) Uhibbukifillah =)

Tuesday, 29 May 2012

I'll ask my Husband to read & practice this~

 
SUNAN OF MARRIAGE:

Getting married is one of the great Sunnahs of Rasulullaah (SallAllaahu alyahi wasalam). However, it is not just a sunnah itself, but also that it opens up the door to many others as well. Below are just a few of them. May Allaah Subahanu Wa ta’ala grant all married people, by virtue of acting on these things, a blissful, loving and lasting relationship; and may He make it easy for all of us singletons to get married, so that we can implement them as well.

1) Greet her.
2) Convey salams to her from others.
3) Smile at her.
4) Make dua for her.
5) Honour her friends, even after her death. Send them food from a sacrifice.
6) Eat from the same plate.
7) Drink from the same place where she places her mouth, and eat from the same place
8 ) Put a morsel of food in her mouth.
9) Let her comb your hair.
10) Recite Qur’an, while resting your head in her lap.
11) Take a ghusl with her from a single container.
12) Teach and advise her in a gentle manner.
13) Go racing with her and let her win. Later, when she puts on weight, race with her again and beat her.
14) Call her by pleasing nicknames.
15) Wipe away her tears.
16) Heed her advice.
17) Take her with you on long journeys. If you have more than one wife, let them cast lots to decide who gets to go.
18) Spend time with her in entertainment, and stay with her until she is satisfied.
19) Let her spend time with her friends.
20) Give her time to adorn herself before going to her for intimacy.
21) Do not go to her in the manner of animals.
22) Make this dua before being intimate with her:
Bismillah. Allaahumma jannibnash shaitaan, wa jannibish shaitaana maa
razaqtanaa.
23) Wake her up to make salaah at night. If she doesn’t get up, sprinkle water on her face.

Saturday, 19 May 2012

I LOVE YOU SO ~



I pray to God
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for You
O Allah! You did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

O Allah! I'm forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One
Who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You
And I swear that I will never put anyone or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong