Showing posts with label uia. Show all posts
Showing posts with label uia. Show all posts

Wednesday, 26 June 2013

This is not right

Semenjak cuti bermula, err, actually masa ndak cuti pun, tidur ku sebenarnya tidak teratur. Dan aku boleh lihat yang tidur ku sememangnya tidur yang tidak berkualiti. Dan setiap kali tidur aku sering bermimpi. Yah, sentiasa bermimpi. Dan itu sudah sangat menunjukkan yang tidur ku tidak betul bukan? Tidur yang tidak berkualiti kerana otak ku masih bergerak dan berjalan seperti di waktu jaga ku. Nampak sangat aku jenis suka berfikir. Iya, memang aku suka berfikir, tapi aku nda tau kenapa aku nda pandai dalam bidang akademik bila memikirkan result ku yang sangat teruk di UIA. *nangistersedu*. 

Actually, aku tahu aku tak bodoh. Aku boleh dapat result yang lagi hebat dan sangat membanggakan. But the problem is, aku sangat malas ulangkaji dan baca buku. Sangat. Mungkin satu subjek boleh dikira berapa kali aku ulangkaji. *Coba mengingat berapa kali. Ohh seperti tiada, *sigh!. Tapi seriously, aku jenis malas mau ulangkaji, belajar dan baca buku pelajaran ku, tapi aku jenis suka focus dalam kelas. Focus dan fahami sebetulnya. When i was in college, i used to be like that (towards the end of my studies lah tapi.. haha, sebab ada juga kelas yang aku tidur). Tapi bila di UIA ni, focus aku makin kurang, dan kurang. Adakah ini menunjukkan aku sudah tua? Ohhh Gerontology! Hukk... Nahh. I know i'm not that old and still, how young i am! Tapi tu lah, aku jadi susah mau focus, mengantuk dalam kelas, tidur, main hp, tulis puisi, dan mengkhayal. Hmm. 

You know what, dalam pada aku langsung x ulangkaji, just belajar sikit2 during study week, aku boleh dapat result yang ok, how about if aku struggle sehabisan macam si Hani since the beginning of the semester? For every semester? Mesti aku boleh dapat DL macam si Hani. Haha *Bachat lah dia kalau baca nie. Sorry hann. Saranghae chingu. Mwahh. 

Berbalik kepada isu tidur, i don't know. Aku jadi susah mau tidur. Aku takut mau tidur. Aku ndak dapat tidur. Aku dengar bunyi macam-macam. Aku ntahh. Namun, aku syukur, bila aku keep on resah dan gelisah ndak dapat tidur nie, aku jadi takut. Jadi manusia, biasa lah, time susah baru ingat Tuhan. Masa tu lah baru gagah zikir sana zikir sini. Syukur alhamdulillah, bila keresahan membawa kita ke jalan yang terang yang penuh cahaya. Alhamdulillahi robbil 'alamiin. 

Dan sebenarnya, malam ini aku agak sedih. Kenapa, sebab my mom called me. And we talked about my flight back to Sabah. So memikirkan yang aku bakal meninggalkan Sameera, aku sudah sedih. *nangisterseduagain. Yah, i'm sad. Aku sedih fikir yang dia bakal tiada kawan. Tiada tolong kakak aku jaga Sameera since Saad is too manja. So, aku selalu dengan Sameera. So, i am really sad. I am really do! T.T *beayaqdahmata.

You know how it feels when you really want to have a baby? To have your own kid? I was dreaming like that. And still actually. When Allah gave us Sameera, i was so happy. And by that time, I thankful to Allah by giving me a daughter. I do anything for her, love her, care for her, anything. And I was like, this is enough Allah. Everything is in your hand, InshaaALLAH one day I will get married and have my own babies, but Sameera will always be my first daughter. And even if I don't get married or don't have any kids, Sameera is enough for me. I will always take care of her, love her, help her, feed her, hug her, wipe her tears, and everything. So do you know now how much I love her? I really love her. Really do. *crying*

Please pray for my baby. For my baby Sameera. May ALLAH SWT always love her, bless her, protect her in this world and hereafter. May ALLAH SWT place her in Jannatul Firdaws forever. Aameen.

Ibu sayang Sameera. So much.... T.T


Friday, 21 June 2013

Its Friday and Holiday!

Alhamdulillah bernafas lagi kite pagi ni ye. Lately too many accident cases occured, dan itu pun dah menakutkan kita. Mereka pergi pada Shaaban bermaksud mereka tida sempat untuk ber-Ramadhan. How about us? Al-Fatihah.

Hari ni pagi-pagi lagi aku sudah terasa lapar yang amat sangat. Oh i miss you, foods! Dan sekarang aku masih bermalas-malasan di atas katil after Subuh tadi. Lepas solat, baring balik tapi tak tidur. Bukak FB, Twitter, Instagram, baca itu ini, tambah knowledge sikit. Dan ilmu pagi ni adalah tentang Syiah. Hmm merepek depa ni noh! Awat jadi macam tu pun tak tau lah. Tulah dia kerja Syaitan, nak memecahbelahkan ummat Nabi. Sampai macam tu depa rosakkan akal fikiran minda manusia. Tak baik sungguh.

Semester 3 or short semester dekat UIA akan bermula pada esok hari. Ramai yang mengadu dan mengeluh tak puas cuti. Luckily, i tak ambik short sem. True! Memang cuti tak puas lah budak-budak yang ambik short sem nie. Aku pun terkejut when one of my friend upload gambar beg-beg dia sebab nak balik UIA dah hari ni dan dia tak puas cuti. Then baru aku perasan ha-ah laaa UIA start isnin nie. Hoho. All the best kawan-kawan!

My thought today is, ya aku mengaku aku ada ego ku. Sometimes kita tak suka nak mengaku salah or kalah. Malah kita anggap diri kita lebih baik dari orang lain, sebagai contoh ayat poyo kita, "Ahh dia tu...", "Alahh dia pun sama jugak...", "Bagus lagi aku nie macam ni, daripada dia tu!..", hmmm..

Memang ada masa aku takmau dengar nasihat orang bila orang tu buat benda teruk dari pandang mata kita, dari pandangan hati kita. Kita tak boleh terima sebab seseorang tu melakukan benda yang tidak kita lakukan dan dia lakukan. Lagi sakit hati bila dia nasihat macam ni macam tu, but end up dia sendiri ada masalah dalam hal tu. You see. How busuk hati i am?

Tapi lepas tu aku fikir jugak, kenapa aku nak tengok benda tu? Kenapa aku nak pertikai hal tu? Why i dont i just listen to that perso  and be thankful for what that person advises. Bukan susah pun kan? Tapi inilah masalah hati. Bila buruk sangka, tak fikir positif. Rasa hebat. Macam saja orang penting. Orang lain boleh hidup tanpa kau lah winn. Orang lain lagi baik hebat dan mulia dari kau. Kau ego sangat kenapa?

Aku ego sebab aku tersakiti. Aku disakiti. Aku benci bila aku rasa sakit. Jadi cara ku menyembuhkannya dengan mengelak dan hanya berdiam diri. Tiada siapa yang salah. Hanya aku yang salah. Aku yang terlebih menyangkal gerak geri tingkah laku orang. Aku lemah. Tapi aku berlakon kuat. Aku orang nya pemarah tapi berlagak sabar. Aku orangnya penyedih tapi aku seperti tiada perasaan.

Ada benda kita boleh luah. Dan ada benda tak boleh luah. Jadi aku memilih untuk berdiam saja, tak meluah langsung dan menyendiri.

Sunday, 9 June 2013

Long holiday -- activated!

Alhamdulillahi rabbil 'alamiin. Akhirnya khalas juga exam yang bermula pada 27/5 dan berakhir pada 8/6. Syukur alhamdulillah. Exam kali ni, ok lah. Much better preparation compared to previous semesters. Dan hopefully menaik lagi pointer gua kali nie. Dan harap2 semuanya ok lah. Yang penting lepas inshaaAllah ;)

Malam2 macam ni tak buat apa pun. Duduk dan berbaring di atas sofa di ruang tamu, anak2 sudah belayar, so i pun layan blues. Esok inshaaAllah akan ke uia mau kemas bilik and check-out. Macamanalah mau kemas barang2 ituu?? Aigooo.

Dan today officially my first day holiday. A loonnnggg holiday. Bulan 6-8 yaa. Bulan 9 baru start sem lagi. Nahhh jadi apa kita mau bikin sepanjang cuti ni? Makin gojes la aku dengan bersantai di rumah with foods. Uhh yummy :)  Dan hari ini, aku sudah merasai kebosanan itu. Oh maiiii. Macamanaa... tapi ya lahh, sekarang ni pun baru bermood holiday, mood rehat2, lepak2 di rumah. Belum kuar mood jalan2. Memang kerja ku hari2 main begaduh besayang2 ja la sama si sameera.

This is my 2nd time tulis blog pakai hp. Ok juga la kali. Cuma lambat lah menaip sikit kan banding dengan di laptop. Plus malas mau mengedit2, leceh tu gingg..

Haihh banyak lagi benda yang kak gojesh mau cerita tapi x tecerita. Haduu. Nantilah kalau datang rajin ku. InshaAllah perjalanan hidup menari2 di blog ni. Baaii ;)

Friday, 18 January 2013

1 Jam 30 Minit

Berakhir di Januari! :) Alhamdulillah.

Haa, ni kami nak habaq pasai exam nie. Dia start bulan December. Akhir bulan January. Masa exam kan, ayat paling popular sekali bila semua dok tanya,

"woi bila hang next paper?"

"bila exam lagi?"

"next paper biler eh?"

kat mana-mana kat bumi UIA, pasti hang dengaq..

"tahun depannn!" 

"aku exam lama weh, 2 tahunn!"

"jumpa tahun depan inshaaALLAH!!" - (pedahal jumpanya tu 1 januari.)


tu ayat-ayat bila 31 dec lah tu.. 2 tahun dah aku kat uia, bila exam untuk sem 1 ja, mesti tu ja lah ayat hgpa boleh dengaq.

budak-budak uia nie kadang-kadang sengaii jugak. sengai-sengai pun, alim! hikhik. so meh carik calon kat uia~ hahahaa..

dak dak dakk.. laa nie kami bukan nak habaq pasai calon ka apa ka, ni nak habaq pasai exam lah nie..

baghu nie, kami ambik 7 papers. tak banyak mana pun kalau subjek dia campoq yang simple-simple..

meh nak habaq satu-satu lah noh!

haa.. by the way.. laa ni, aku dok tweet-tweet ngan soghang junior iic aku, oang penang.. pasai tu lah dok cakap utagha.. hik :p  kami bukan oang kedah ka penang ka perlis ka, kami orang sabah bah :p #oksambung


1- study circle 2
haa paper nie, aku dak baca ponn. notes pi mana taktau. ada ja kot. tapi saja malaih. tawakkal lah konon. tapi takdak usaha. cano tu awin? isk. tahun 2013 nie kena ubah nie. untuk sem depan. biaq molek sikit perangai. molek perangai, molek disiplin, molek lah pointer :p


2 - arab 
masa ni aku agak neves lah kot sebab ni permulaan kepada subjek-subjek lain kan. bila masuk-masuk hall, duduk kat kerusi, ready, bismillah banyak-banyak, then jawabbbb. bila jawabb, 'eihh senang jugok arab nie'. haha. #jangannakphoyohsangat! :p tapi ok lah, aku keluaq 30minit awai kot rasenye. ntahh. nie ja la satu-satunya paper yang aku keluaq awai. keluaq hall, tiba-tiba...

"syazwinnie! syazwinnie!!! senang gila kan arab tadi? aku bukak-bukak paper, ehh apesal senang..? ok lah jawab tadi. cuma part yang synonym antonym tu je lah, hee happy gila jawab" - raouf sambil senyum-senyum sengihh.. muka happy gilaa dapat jawab exam. (ayat tu takdak lah sebijik-sebijik sama, gila aku pandai kalau hapal setiap patah dia cakap, memang aku DL kalau lagu tu :p) 


 3 - bm kerjaya 
ha, exam ni lah yang aku dok mention 1 jam 30 minit tu. haiyoo! aku tak tau dia 1jam 30 minittt!! aku tauuu, tapi aku buat-buat anggap dia 2 jam.. dok tulih dok jawabb, tiba-tiba, dia habaq, 'okay u have 30 minutes left'.. huiiii, tu diaaaa!! siapa tak cuak kalau lagu tu. aku dok tukaq-tukaq page ja. sat jawab depan, sat jawab belakang. haii memang aku tension. tapi tu dia lah, tak check kat cover page soalan. kat situ kan dia dah tulis, kalau aku bukak mata luas-luas, boleh set jam terus, takdak lah dok menjawab macam lompat bintang 30x dah habis masa. (aku cakap macam nie kat ac, dia gelak). tak perasan, serius! tiba-tiba dah nak habih masa. tulis mmg tak henti lah bakhang!


4 - intro to psychology 
haha yang ni memang killer subject. memang banyak gilaa mau di baca, mau di hafal! dan aku study sehari sebelum exam. gila kan? #memangakugila. ko tau apa aku buat? masa tu ada jugak kawan-kawan mai bilik study sekali. tapi disebabkan aku malas mau baca satu-satu n hafal satu-satu sebab konfem x mampu mau hafal and masuk otak, aku pi buat exercise untuk every chapter yang ada di buku teks. so, bila jawab, akan ada 4 jawapan, so from the question, aku tengok jawapan, then every jawapan tu aku try cari apa maksud dia and fahamkan. and alhamdulillah aku berjaya faham and bezakan each terms! lepas tu dengan harapan, every soalan yang aku buat tu akan masuk exam! tapi hampehh! hahaha :p aku rasa, yang masuk cuma 2 3 soalan jak. but at least, aku tahu suda meaning dia kan. jadi quite ok lah this paper. hopefully ok inshaaALLAH :)


5 - islamic aqidah 
haha. ini lagi lah sengal. aku belajar satu pun ndak, tahu! memang aku langsung x study. bukak buku ada. dan tahu apa yang aku baca? course outline jak! haha. (jadi sabah sudah aku balik). paling sengal, aku boleh p dating sama si hani di cafe econs. haha. dari jam 11, 11 ka? ntah.. until 2.30 kot. cerita-cerita-cerita.. lepas tu, aku cepat-cepat pi masjid mau solat, takut bertembung orang yang keluar masjid lepas solat jumaat. (aku exam jam 3) sekalinya otw dari econs ke masjid, depan libry tu, ramai sudah lelaki keluar! hah sudahhh! tahu kah perasann bila u can see no other woman except you? marjaye!! (betul ka tu ejaannya? maksudnya mati dalam bahasa hindustan). lepas tu aku pun naik p ikut lalu depan libry, supaya x stuck di laluan bawah depan libry tu. bila turun dekat atm mau ke masjid...tiba-tiba kazen ku tegur dan aku testop sebab dia ajak becerita sana. nahh, miatai aku pok! bediri tengah-tengah macam model. #untunggojes! hahahahaha. #over. andddd #titewmayuuu bila rupanya ada abang-abang aikol nampak aku, siap msg lagi tuh! si abang PM lah msg aku. tapi #titewmayuu dengan kawan dia yang chomel sebab masa tu diorang sama. hahaha. okbai! =,= dan untuk paper nie, serius aku jawab macam tulis blog! wakakakakakaka. panjang gila aku tulis, ntah papa jak. penuh semua mukasurat. #wow.


6 - creative thinking 
ha ini lah subjek memang betul-betul lah! di sebabkan dia terlalu creative sampai kan aku berfikir pun telampau lama jugak. soalan dia actually senang. senang jak. tapi aku kurang ulangkaji and kurang faham dan kurang ingat format thinking skills tu. aku macam ingat tapi aku blurr. lepas tu, kerja ku main bulu mata jak masa di dalam hall. jadi aku dak mau cakap banyak sebab aku stress! kalau aku repeat, aku mau ambik sekelas ngan si qila, sebab lecturer yang dia add tu, pujaan hati ku. hahahaha. Dr Bergout (sila search di IIUM staff)


7 - introduction to history 
yang ini lah paper paling best. lepas paper creative thinking, aku ada gap 1 minggu tahu! orang kata best lah sebab masa belajar ada 1 minggu, #untunglah!. tapi boleh faham perasaan kita yang tengah ada mood exam, tiba-tiba tercuti seminggu jap, and tiba-tiba ada exam lagi? dia macam, 'ehh cuti bah nie, ada pulak paper lagi..iskk!'. walaupun fikiran ku tu nda logik sbb awal-awal sudah ada timetable kan tapi serius ini lah paper paling bosan aku tunggu. aku rasa 2 jam tu macam lama gilaaaaaaaaaaaa! aku bosan. aku mengantuk. seminggu kerja ku tiduuuuuuurrrrr jakk, jadi otak ku pun sudah tetidur, tiba-tiba exam. haishh. and paper ni paling ramai gila orang keluar. aku rasa, 30 minit terakhir tu, separuh dari hall sudah keluar. hebat lah!


dan bila aku menghadapi peperiksaan kali nih, aku tiba-tiba teringat dengan Cikgu Baljeet, cikgu ku masa sekolah menengah dulu. cikgu ni dulu guru disiplin. memang garang tapi lawak. kalau dia benci kau, memang dia kasi tunjuk dia benci, kalau dia suka, dia suka lah. macam aku, sebab aku anak bapak ku, dia kenal, so kami kamceng.. dia penah heran tengok aku ketawa di longkang sama kawan ku sampai teduduk-duduk kami! sampai besok nya dia tenampak aku dia cakap, "ehh saudari kenapa semalam tu?" aku terus, "huhh? hahaha. dakda lah sir, hihiii".. sebenarnya, hari sebelum tu, yang kami ketawa-ketawa tu, aku jatuh sebenarnya, kawan ku tahan kaki jadi aku tesungkur jatuh melutut. jadi aku rasa sangat lucu. jadi kenapa? ok baii. (malu sudah sebenarnya)

so, aku teringat kata-kata popular beliau, siapa budak SMKTawau mesti ingat nie, dia cakap "jawab apa yang di tanya, bukan apa yang kamu tahu"~

aku rasa, banyak jawapan ku untuk exam kali nie, adalah, banyak yang aku tahu. bukan apa yang di tanya. haha. maksudnya, aku jawab main ikut suka hati jer. jadi, banyakkan membaca lepas nie, biar berilmu. banyakkan mendengar, biar berilmu. banyakkan bertanya soalan yang relevan, biar berilmu! :)

ingat tu,
'Jawab apa yang di tanya, bukan apa yang kamu tahu!'


p/s: btw tadi, adikku si Sabrina komen pasal blog ku, 'aduii penat adik ketawa. punchline eberiwer.'. #macambanggapulaktutau.. boleh sudah aku jadi rajalawak. hikk >.<  rajalawak sendiri2 boleh lah. tapi aku banyak merepek jak actually. tapi enjoy lah yaa :) hee

Friday, 11 January 2013

11 Januari bertemu Ilahi

bismillaahirahmaanirraheem.

hari ini bumi uia dikejutkan lagi dengan pemergian seorang pelajar yang kembali kerahmatullah pagi tadi. saya tak kenal arwah ni. pagi tadi saya nampak status si brother ajib, 




innalillahi wainna ilayhi rojiun~ 

lepas tu, kat twitter pun saya ada nampak @uiabest update tweet tentang berita ni. 




dan, one of my friend's friend pun ada update tweet, upload gambar status fb arwah pada 31 disember yang lepas.. 




dan tadi saya menjelajah sebentar ke fb arwah. 
sedih baca posts kat wall arwah.
semua teman-teman dan ahli keluarga arwah kesedihan.
mereka kata dia baik, periang, suka bergurau dan hormat orang..


dan arwah ada kata..   
"Laju mana pun kita lari, kita takkan dpt lari dpd ajal dan maut tuhan"  


info kat fb jugak kata arwah meninggal kat bilik kat mahallah salahuddin.
jatuh tergelincir masa nak ke toilet. terhantuk.
wallahua'lam..
doakan buat arwah.. 


Innalillahi wainna ilayhi rojiun~


Semoga roh arwah di berkati dirahmati 
dilapangkan alam kubur 
diterangi cahaya indah dari syurga
dilindungi dari azab kubur dan azab api neraka
memperoleh syafaat Rasulullah saw di akhirat kelak 
dan tempat kan di kalangan hamba-hamba ALLAH SWT yang bertaqwa dan beramal soleh di syurga firdaus di akhirat kelak.
Aameen.


terbayang....
macamana lah saat maut menjemput kita? keadaan kita?
keadaan orang2 di sekeliling kita?
post2 di fb kita?
tapi yang penting, saat nya mati itu.. adakah dengan ucapan kalimah ALLAH?
ada kah hati yang dipenuhi atau diisi iman saat ruh terpisah dengan jasad?
bagaimanaa.......... 
ALLAHU KAREEM.. selamatkan lah~ 
sejahtera kan lah~ 



- RABIUL AWWAL - 

bakal hadir
bulan lahirnya kekasih kita
dan bulan perginya kekasih kita
Ya Rasulullah, 
kau kekasih sejati
hadiah terindah dari Ilahi
Quran dan Sunnah kami teladani 
sungguh kau kami rindui 
moga bertemu suatu hari nanti...


 
"Allahumma shalli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad nuuri-kas saari wa madaadikal jaari wajma’nii bihi fi kulli athwaari wa ‘ala alihi wa shahbihi yannuur”

Ertinya:
“Ya Allah, limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad, sang cahaya-Mu yang selalu bersinar dan pemberian-Mu yang tak kunjung putus, dan kumpulkanlah aku dengan Rasulullah di setiap zaman, serta shalawat untuk keluarganya dan sahabatnya, wahai Sang Cahaya.”
 
 
WAHAI KEKASIH - NAZREY JOHANI  (klik sini)
#lagu nie sedih sangat. sebak. :'(
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hatiku tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggikan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu menawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Di akhirat kitakan bersua


Thursday, 10 January 2013

Asal-usul Kak Gojesh & kata mereka..

bismillaahirrahmaanirraheem :)

assalamualaikum, haii semuaaa :) apa khabar all of you? alhamdulillahi rabbil 'alamin. hari ini kita masih bernafas dengan lancar, di beri peluang kenikmatan hidup untuk memperbaiki kelemahan dan terus beribadah kepada ALLAH :)
Alhamdulillah ya Robbana 'ala kulli hal wa ni'mah :) 


hari nie awal mood kak gojesh mau tulis-tulis. dan juga, hari ini, kak gojesh bukan mau cerita pasal biodata ahkak.. haha.. walaupun topiknya asal-usul, tapi di sini kak gojesh mau cerita, dari maaana datangnya nama gojesh itu :p

okay, actually nama nie lahir dalam hidup kak gojesh masa long sem lepas kot. sebab masa tu aku join kelas kakak ku. dia budak benl. so, join kelas dia, sebab masa tu aku xda kelas, jadi join lah, tengok macamana cara lecturer dia mengajar. lecturer tu sangat comel, sapa budak benl mesti kenal kak meimei. haha. so cute and funny!

so, masa, di belakang kami duduk lah segolongan abang-abang yang ayu dan manis. eeeeeeeveryy ayat dia selalu cakap, 'gojes!'. 'gojes!'. apa-apa benda pun, dia akan sebut 'gojesss!'. dan sungguh tidak ku sangka, aku cepat tejangkit dengan virus tu, huk =.=

then, sem nie, hari tu kami ada pergi program m2m (misi to mabul island).. so, aku pun actually ndak ingat macamana diorang semua boleh testart panggil aku gojes. tapi aku mmg suka sebut perkataan 'gojes!'. cumanya, bila kami buat ta'aruf, and perkenal diri depan adik-adik tu, semua kawan-kawan ku cakap, 'si gojes', 'si kak gojes', 'si awin gojes'. haha. #jadiakuterusperasan

actually, aku nda gojes pun. tapi aku memang bajet gojes! (hahakk). tapi actually bagus perasan nie! abang ichi pernah cakap ngan aku, 'awin ni kuat perasan!'. LUCUH! si badran pun, sama. dia cakap, 'kau nie kuat perasan bah', hahah. aku nda tau la diorang ingat or ndak, tapi aku ingat.. tapii, yang bagus nya bila kita bajet gojes nie, aku sentiasa yakin bila depan semua orang, aku ndak malu mau cakap, aku ready all the time :) tapi kena lah sopan santun. kena berbatas. jangan too over (walaupun aku memang selalu over). #hukk.
like my papa always remind me to, 'BEHAVE'. (nampak sangat aku nakal ;p)

and then, bila duduk dalam group misi club. menular lahh nama gojes tu. and juniors pun panggil aku si kak gojes. haha. aku ingat lagi si afiq tanya si ejam, "siapa bah nama kakak nie? x ingat aku. aku panggil dia kak gojes sejak".. hahaha. lucu betul aku rasa. serius melekat tu nama! andd si mahadi pun, (head commex ku), dia nie besfren si afiq, kiranya, budak-budak baru diorang nie lah yang aku rapat sikit sebab diorang ni kawan kepada adik ipar ku. satu sekolah dulu. si mahadi tu lah kalau komen-komen di fb, dia akan type, 'kak gojesh'.. aku first-first tengok, "apaaa bah jugak nie ada 'h' di belakang nie??" - mau marah kunun. tapi lama-lama macam cute pulak. haha. :p

dannn, baru-baru ni jak nie aku tukar url blog ni. dulu lain. panjang sikit. so, aku tukar kasi pendek. biar pendek tapi meaningful, menusuk kalbu gituu :p

&& actually, aku happy jugak lah plus terharu (#over) bila diorang panggil aku gojes, kak gojes, sebab nya, sampai bila-bila diorang akan ingat aku dengan that special name, yang baik-baik dan malatoppp! bukan yang buruk-buruk.. kalau buruk, sedih lah sayeeee :(

dan di sini, ada kata-kata merekaaaa.....


1 - AGM : Birthday Card 



ini nie kad birthday ku untuk birthday baru-baru ni (november). masa nie AGM, kak fiq yang buat kad nie. and ramai-ramai sign. actually kad nie lambat sampai sama aku memandangkan masa birthday ku and cuti awal muharram, aku sakit. dapat mc seminggu! haha. so, xda surprise-surprise ok. tapi last-last ada juak, masa agm, sekali sama kak hanun and kak gee. kalau tengok pic nie, i mean, when you read all the wishes, you may found 'gojes' word tu here and there. huhu. #perasan


2 - study circle 2


erkk.. haha ini pulak, masa study circle 2. sem nie lah. kelas tu jam 8 baru tu di aikol. ohh sungguh mak exercise pagi-pagi jalan di aikol. syukur aikol dekat sikit, kalau econs, aku drop terus! haha. #tipujaknie. alah, kelas seminggu sekali, boleh jak bah jalan-jalan sekali sekala memantau dan menghayati keindahan uia di aikol and econs. kalau di hs terus pun, bosan jugak bah :p

actually, masa ni ada game. kakak tu suruh kita sedia satu paper. and passing around untuk semua tulis apa first impression diorang bila tengok kita.. dann, ini lah yang aku dapat! masa dapat tu, terus istighfar gua! malu bah. sebab apa yang diorang tengok tu baik-baik jak. kita ni jak tahu siapa kita sebenarnya. anddd, first impression tu ndak semestinya betul. dan komen-komen di atas nie, might be wrong :) tapi macam betul jak semua tu! hahahahahahaha. overrrrr lagi :pp

tapi banyak-banyak komen di atas, aku paling tertarik yang - ada sifat keibuan - you want to know why? sebab nya, aku tekejut lah. itu first time kami jumpa, dan budak tu boleh terus cakap aku ada sifat keibuan. tahniah lah :) and bila kenal budak tu, dia cakap aku nie macam ibu-ibu. bukan ibu bermaksud tua tapi penyayang gitueww! aww. #titewmayuuu. hikk. 

tapi alhamdulillah. sifat tu, memang kuat dan bergelora di hati. #wahh. hang tak tengok macamana aku gigih jaga anak-anak ku hari tu?


3 - m2m new year gathering


ha nie pulak masa m2m new year gathering hari tu. kami ada buat game, which is, kami kena pick one paper from the box, so, nama siapa yang kami dapat, kami kena tulis tentang first impression - bila sudah kenal - dan wishes for future. dan aku dapat dari si kak rara. dia ni satu umur ku jugak, buat again, aku memang getek mau panggil dia kakak, sebab dia panggil aku baby. #hikk.  and tengok tu, terang lagi bersuluh, "To : Awin Gorgeous".. bukan mau perasan lah tapiii.. ehm.. terima kasih lah kakak! haha. (ini memang gedik gilaa)

Thursday, 3 January 2013

Interview

Baru second year dah ade interview?

Hey! I ada diploma what?

Tak salah pun kalau tiba-tiba ada interview kan.

Tapi ini UIA okay, even clubs je pun ada macam-macam interview. Pelik nau! Aku tak penah pegi pongg or experience it~

Yaaahh, tadi aku dapat call. Baru jak. Tengah hari tadi nie. Before azan. Erkk, before dan before lagi kot.

Num 03+ plus plus dan plus, dan aku dah agak mesti UIA lah kann.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

"Cik Syazwinnie?"

"Ye saye"

"Boleh datang ke CACC tak dalam minggu ni atau minggu depan untuk interview?"

"Ohhh, ehhmmmmm, boleh kot, hari ape eh?"

"Ikut lah bila free, minggu ni or minggu depan"

"Next week lah kot, hari isnin.. kul berape ye?"

"Anytime tapi kalau boleh pagi lah"

"Oh ok thanx Assalamualaikum"

Hmm. Actually, hari tu aku isi borang untuk jadi naqibah untuk kelas halaqohhhh. Faci and Chief Faci yang rekeman aku untuk isi. So, mak isi je lah, dengan sorang lagi kawan mak - Min - tapi budak nie adik lah dari ahkakk.

Sebenarnya, dulu masa masuk kelas halaqah 1, aku memang ada berangan-angan untuk jadi naqibah. Tapi aku tak tahu macamana pelantikan nye. Aku fikir cuma budak master or phd je. Then one day tu, aku ada kenal sorang kakak ni, geng-geng usrah, kat fail dia, ada namelist students untuk kelas halaqah. Kakak tu baru 3rd year. So, aku fikir, oohhh UG pun boleh je jadik naqibah..

Then, alhamdulillah, rezeki aku kot dipilih oleh Sis Aini and Sis Namuli.

Jadi naqibah ni, bagi aku mungkin kita lihat senang je, tapi itu pun satu tanggungjawab tau. Kita kena simpan satu masa jumaat or sabtu, ikut jadual, jadi seorang naqibah, gi kelas - dan kena datang awal. Haha, aku dah la suka datang lambat gi kelas. Kalau jadi naqibah kena discipline more lah - itu pun kalau dapat jadi. Interview pun aku tak lepas lagi. Hoho.

And then, jadi naqibah nie, ada silibus yang diorang bagi. Akan ada notes sikit - jadi naqibah kena pandai mengejar and explain lah kan. Lepas tu, ada ayat-ayat Al-Quran yang kena hafal, hadith, doa, dan ma'thurat. So, tugasnye, kita kena make sure kita datang, datang awal!, mengajar ikut silibus or boleh gak borak-borak tapi ikut silibus tu lah kot, i mean, sharing moments ke.. Pastu, ada presentations - aku kena creative nak suh depa buat apa. Then make sure budak-budak nie hafal lah ayat-ayat hafalan tu..

Tapi aku belommmmm lagi interview.

Nak dijadikan cerita, actually interview nie dah lepas tau. Haha.

Hari tu dia mesej, suh mai ccac masa 27hb Dec, pukul 9 katenyeee.

Malam tu pulak, 26hb tu, kami ada solat hajat untuk Misi Club, dekat Female Sports Complex. Program tu habis awal je kot dalam pukul 10 or pkul 1030, ntah ler, lebih kurang macam tu lah. Bila dah kemas-kemas, orang pun dan beransur pulang, aku ajak si Mahadi meeting jap untuk Commex (Communique Exco) tentang apa plan for next tenure..

Lepas tu. yang mainboard lain nie pun ada meeting lah jugak kan. Meeting punya meeting punya meeting, ada lah mau pukul 2 jugak habis, or 0130 begitu kali ya? Ntah laa.. Masa diorang meeting tu, sempat lagi aku sama si qila practice berinterview konon, hahaa

Then, aku, qila, pija, rara pun balik ke Hafsah.. Tengok2 gate tutup! Dangggg betul! So, kami pun pusinggggg lah pergi pagar Asma' menghadap Aminah tu, haha. Aku tidur bilik Pija malam tu memandangkan aku lupa kunci ku tarok mana..

Sampai bilik, apa lagi, macam biasa, macam gaya beliau-beliau, kami pun cerita-cerita pasal masa depan, pasal Misi and macam-macam lah. Tapi kopi sja nda da bah. Hehe >.+

Cerita punya cerita, mak aiii, pukul 4 pagi sudah. Nahh. Tidur kita yunggg, aku interview jam 9 jo!

Tidur-tidur, bangun-bangun, tengok-tengok, jam 8. Mau pergi, ahhhh mau tidur! Aku msg Min. Min pun taknak pergi dan takut. So, aku sambung tidur, hoho

Lepas tu, fikir punya fikir, rasa rugi, tapi nda pa lah. Memandangkan next sem pun aku busy dengan Commex ku, Misi ku, so, aku nda perlu kot jadi naqibah nie. Mesti aku busy teruk.. Or just busy -- katenyee!

Tapi last-last, kena call jugak aku~

Rasa-rasa nya... aku lulus ka, fail? Hihi



Wednesday, 2 January 2013

M2M New Year Gathering



Rara | Kak Fiq | Kak Ima | Awin | Kak Sabrina | Qila
Ejam | Ajib | Salam | Badran | Nik | Redza

Ini lah buah-buah hati M2M saya. 

M2M tu actually is - Misi to Mabul Island. We went to Mabul Island during this semester's mid break, doing some community stuff, for 4 days before the Eid Adha. 

There are 12 of us, no lecturer or ustaz went together to the island. It is just 12 of us. 

Actually there are so much things to say about the trip, but I can't say a word because that moment was too precious, fantastic and amazing, even I can't turn it into words. Only these 12 hearts can feel how enjoy we are, how happy we are, and how meaningful the ukhuwwah between us.

And these pictures was taken last night, by Ramis, during our M2M NY Gath. It was held at Edu square, tepi kolam yang ada air pancut, ada sungai yang mengalir indah airnya, bulan bersinar dengan awan mengelilingi nya, bunyi-bunyi cengkerik dan katak juga menemani kami di situ. :) 

Seperti keadaan yang sama ketika di Mabul dulu, keriangan, kegembiraan dan kemesraan itu dirasakan sekali lagi bila kami ramai-ramai berkumpul, makan bersama, minum bersama, bermain game bersama, bergelak ketawa bersama dan menyanyi bersama. 

Ada yang membancuh air, ada yang memerap ayam, ada yang membakar arang serta memanggang ayam dan sosej, ada yang membawa cake dan donut, ada yang membawa keropok, ada yang membawa air kotak, ada yang membawa dadih, ada yang membawa kek batik, dan ada juga yang bergegas membeli domino's demi kekenyangan bersama :) 

Detik 12 malam yang tidak di temani fireworks, namun bisa kami mendengar bunyi-bunyi dentumannya. Orang di luar sana mungkin berasak-asak, berpanas-panas dan mungkin menjerit-jerit saat detik 12 tengah malam tu dilaungkan. Kami di sini, dengan udara yang nyaman, tenang, kenyang, senyum manis, dan macam-macam lagi. 

Module di mulakan dengam mengenang kenangan bermulanya perjalanan kami ke Mabul, di Mabul dan seterusnya saat perpisahan - oleh Brother Salam. Kemudian, module ke dua, permainan game, yang berulang-ulang kali cabutan namanya kerana asyik ada saja yang terkena nama sendiri. Dapat nama kawan, then tulis tentang 1st impression, bila sudah kenal dan wishes for them in future. Macam-macam impressions yang ada. Lepas tu saling teka meneka siapa gerangan yang menulis tentang kita :)

# Mungkin ayat saya agak skema di sini, tapi memang benar. Suara hati selalu skema dan puitis. Berbeza kadang-kala dengan bunyi suara lisan kita yang bermacam intonasinya. Dan ini juga mungkin kata-kata yang tidak mampu terluahkan. Ada banyak lagi. Tapi cukup lah sekadar hati yang merasa. Ikutkan, setiap seorang satu ingin ku tulis personality mereka. Mungkin di lain masa yaa.. 

# Dan Alhamdulillah, mereka-mereka ini juga lah golongan-golongan yang baik yang ku kenali.. Terima kasih kawan-kawan. Anda adalah yang terbaik, terima kasih atas segalanya, mohon ampun maaf dunia akhirat di atas segalanya selama perkenalan kita di dunia ini.. Moga bertemu di akhirat sana~ Di syurga Firdaus kelak, InshaaALLAH :)

# # Dan lihat kan banner baru header saya di atas? Itu lah salah satu gambar kenangan kami di Pulau Mabul. Sungguh indah segalanya :) 

Wednesday, 20 June 2012

Facts about me.

Bismillaahirrahmaanirraheem :)

Alhamdulillah, hari nie hujan rahmat menaburi bumi KL yang dilanda wabak jerebu for these past few days. And we're staying at level 10, so can you imagine how it feels? Hard to breathe darling. Sinus pun makin teruk. But thank ALLAH for every single thing. And alhamdulillah, hari ni, result UIA keluar. Dan syukur alhamdulillah, i did well compared to last semester. I can see the improvement, and InsyaALLAH there will be more improvements for future. =) Alhamdulillah.

Its been a long time actually i didn't write anything. And seeing many people talk about #FactsAboutMe at twitter, makes me feel wanna write facts about me here. And since there is no reader(s), easy lah sikit kan. Takdelah nervous sangat nak tulis or kantoi kat sesapa. But maybe ada lah one or two yang baca. Just want to share, for those yang baca.

Tapi ini lah masalah nya bila sudah berhadapan dengan laptop dan menatap ruangan "POST" ini. Mesti hilang idea and tak tahu nak tulis ape. tapi takpe lah, maybe I will proceed with this topic in the next post :)

الحمد لله على كل حال...:)

Friday, 1 June 2012

Salam Jumuah!

Bismillahirrohmaanirroheem :)

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh ~

Alhamdulillah, hari ini kita bertemu sekali lagi dengan Hari Jumaat, Penghulu segala hari! Jumuah Mubarakah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Pagi-pagi lagi hari ini saya telah diperlihatkan dengan satu video, di mana, one of my friend, kawan lama, kawan zaman sekolah menengah, tag saya dengan satu video di Youtube. Mau tahu video apa? Ini video nya ... - AL-WADOOD!

Sorry guys, saya nak share the video here lah kan, so senang uols nak tengok semua. Tapi failed! Hoho. Entah lah, saya ni, makin lama makin buta IT. Ntah apa yang silap sampai nggak bisa berhasil. Nggak apa lah, yang penting kalian bisa lihat ya video nya :)

So, dah tengok dah video nya? ALLAH sayang kita.. ALLAH sayang kita.. Jadi, let's say I LOVE ALLAH!! Jangan malu jangan segan. Lihat hati yang beriman dan bertaqwa itu, ada nama ALLAH di situ. Ada cinta ALLAH di situ. Subhanallah~ :)

Alhamdulillah, sekali lagi. Jumaat yang indah. Semalam di penghujung Asar, sehingga lah larut malam, UIA di hujani dengan titik-titik air yang sungguh indah dan syahdu. Penyejuk bumi UIA yang semakin hari di rasakan panas. Subhanallah! Penuh syahdu rintikan air membasahi bumi. Membasuh bumi. ALLAHUAKBAR~ Angin yang penuh nyaman. Semua itu ciptaan siapa? ALLAH SWT! Semua itu turunnya dengan izin siapa? ALLAH SWT! Jadi kenapa harus kita lupa pada ALLAH? Lihat nie..


 Surah Al-Kahfi, 54 : Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Qur'an ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah.


Nah.. jadi harus apa lagi? Mahu kah kita tergolong dalam hamba yang kerugian? Say NO!!! Then you ACT! Bertindak lah. Ayoh lakukan!! Pasti kalian tidak akan rugi. Jangan kuatir. Segala dugaan, cobaan, ujian, itu kan perancangan ALLAH SWT. Yang di uji itu hati-hati kita. 


"Apa hati kau kuat?" - Kata ALLAH.
"Apa hati kau yakin pada KU?" - Kata ALLAH. 
"Apa hati kau benar-benar taat pada KU?" - Sambung NYA. 
"Apa sungguh kau mencintai KU?" - Sahut NYA lagi.


 Di hari Jumaat yang indah dan penuh barokah ini, cuba kita lihat ke langit. Subhanallah! Indah! Bersih! Terang! Penuh cahaya! Tadi saya terbaca satu artikel - not terbaca lah - memang pergi view dan baca pun. Artikel di blog beliau bertajuk "Berjuta alasan hanya kerana satu sebab".


Dalam artikel beliau, beliau menyebut, bagaimana agaknya keadaan bumi jika matahari sudah putus asa dalam menjalankan tugasnya? bulan pula bagaimana? hutan yang menghijau bagaimana? Bagaimana kalau semuanya jadi lemah, letih dan berhenti dari mengikut arahan ALLAH SWT! Pastinya huru-hara!! Inikan pula kita yang sebaik-baik ciptaan. Ciptaan terindah. Yang mempunyai akal? Apa jawab mu? 


Jadi kita tanya diri kita kembali, sekali lagi ..


Surah Ar-Rahman , 45 :  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?





Ayoh kita sebut, ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! Atas segala nikmat yang ALLAH SWT berikan dalam setiap detik, saat, minit, jam, sehari-hari, sebulan, setahun, dari zaman Nabi Adam AS, Nabi Muhammad SAW, nenek moyang kita, orang tua kita, adik beradik kita, masa depan kita, ucap kan ALHAMDULILLAH! ALLAH SWT itu sebaik-baik perancang.. 

Banyakkan bersyukur. Banyakkan bersabar. Banyakkan berdoa.

Jangan kita berkeluh kesah! ALLAH itu ada :)

Sebagai penutup jangan lupa, banyakkan selawat ke atas Nabi yang tercinta di hari Jumaat yang mulia ini ;) Kat sini ada macam-macam jenis selawat yang ada, mari kita amalkan :)

Jazakumullahu khairan kathiran ~ =)

Wednesday, 30 May 2012

Sehari sebelum bulan Jun

Bismillahirrahmaanirroheem..

Assalamualaikum :)

Today is 30th of May. Tomorrow is 31st. The day after tomorrow is 1st June. Actually, for me, there is nothing special in month of June. Yang best nya adalah, aku rehat-rehat di rumah. Jaga my baby boo yang sedang sakit kerana banyak gigi mau tumbuh dan baru mau start berjalan. Semalam, I and my kakak - kak bie - also our maid, pergi UIA, ambil my sis - ain - yang ada exam. Eh, budak kecik Sameera tu pun of course lah ikut sekali kan. Nama dia tu I rasa tak perlu nak mention pun. Iye lah, kalau semua takdak kat rumah, sapa nak jaga beliau kan? And of course kalau tengok orang jalan je, confirm dia nak ikut. So, semalam... I bawak lah shawl yang I baru ambik dari kakbie. And then, I pun pakai kan kat SamSam. Ya ALLAH!! She's soooo cute you know! Wallahi~ Subhanallah. Cantik sangat! I pun mestilah nak over, pakai kan dia ala-ala style Arobbb giteww. And the best part is, dia duk diaaaaamm aje. Dari rumah to UIA, 20 minutes kot, dia diam aje and langsung tak bukak the tudung. Tapi for sure, kami on aircond kuat-kuat lah kan. Takut si kecik nie kepanasan. And lagi satu, dia sakit, so that is why lah dia diam aje. 

Our pretty-pretty wowww :)

Cantik tak? Comel tak? Hehe, I tak kisah lah uols kate tak cantik or tak comel ke, yang penting di mata I, Sameera saaaaaangatt cantik :) Because, she is my anak so mestilah dia penyejuk mata saya kan. Always beautiful :) Oh ya, you know what, I really like her bila dia sakit. Bukan sebab apa, tapi bila dia sakit kan, dia diam, dia tak banyak cakap, dia kurang ke sana ke sini, bila dia mai kat kita kan, dia manja-manja, menyandar kat badan kita, soo cute!! Lagi satu, bila kita peluk cium, dia diam ja. Dia suka. Kalau time dia sihat, makk aii. Pi sana, pi sini, cakap sana, cakap sini, tak mau tidoq, kami dok peluk cium pun dia ghimaihhh. Aku tekanan betullah! Sometimes kan, kita yang penat tengok dia. Tapi ye lah, budak-budak kan. Tapi kesian jugak lah kalo tengok dia sakit. Tapi dia nie, sakit-sakit pun, Upin Ipin tetap jalan. Mesti tengokk ok!! :D

Okay nextttttt!!

Okay, now I nak cerita pasal Kak Ana. Kak Ana tu, kakak kepada kawan I. Actually dah kenal lama. But only thru FB lah kan. Sebab mengenali adik nya buat aku ingin mengenali seluruh saudara maranya. Haha. Tapi itu over lah kan! Cukup lah adik beradik mak ayah dia saja. So, kami kenal 2009 or 2010 kot. Ntah lah.. Kamek sik ingat lah! Tapi yang pasti bukan 2008 lah. Sebab I masuk IIC, tahun 2008. I kenal adik beliau, tahun 2009. So, begitulah seterusnya.. Actually, kami kenal gitew-gitew aje kat FB tu. Takdelah rapat sangat mana pun. Tapi friend lah. Like sana, like sini. Tipulah kalau kau ada FB tapi kau tak kaki LIKE kan.. Then, komen sana, komen sini. Kadang-kadang chatting. Itu saja. Thennnn, tiba-tiba ada peristiwa berlaku antara kami last year, dan buat kami terpisahhhhh! Sedih sekali :(( Tapi tak apo, benda yang jadi itu dengan izin ALLOH, pasti ada hikmahnya yaa bukk.. Jangan kawatir, Sabar aja =) 

Dan Alhamdulillah, kini kami berteman semula masa bulan January hari tu. Inboxxxx aja terus langsung rapat sampai ke hari ini :) First time jumpa masa 19 Mei hari tu. Masa tu, hari Sabtu. Dia baru datang dari Brunei hari Isnin. Ha, cuma berapa hari ja dia di sini kan. Dia lum jumpa lagi pun adik-adik nya masa tu sebab diorang di Kedah. So, kami pun jumpa for the first time. Agak nervous jugak lah kan :D Hikhik. Tapi Alhamdulillah, everything went well. Pluss, kami pun sudah biasa chatting kan, so takdelah janggal sangat. Masa tu, I ngan Alynn yang pergi jumpa beliau. Alynn pun biasa juak ngan Kak Ana nie :)

Ini lah dia Kak Ana yang cantik tu :)
Siapa yang kenal adik dia, confirm orang kata sebijikkk!! Haha. Memang sama gila punn :) So, second time I jumpa Kak Ana nie, last week. Dia mai UIA. Tidoq sini. So, biasalah, cerita panjang-panjang, lebar-lebar, curhat gitew! Jam4 baru kami tidur~ HAHA! And, Kak Ana datang sini hari Sabtu after Zuhur, so, balik bilik, makan, rehat, relax, cerita-cerita. Then after Maghrib kami pi Greenwood. Ada mawlid. Alhamdulillah! Lama sudah I nak join mawlid nie. Alhamdulillah, first time I pi mawlid dengan Kak Ana. Kalau I sorang, memang I tak pergi kot, x tahu tempat. Tapi sebab ada kawan, so I pun pergi, Kak Ana pun semangat mau pergi. Lagipun, adik Ima a.k.a Cahaya Ayubi ambik kami di UIA nie ha. So kami pergi lah. Lagi satu, sebab ada saudara-teman dari Indonesia, adik Kak Farihah, Kariem namanya. Sebab tu pergi. Kak Farihah pun berharap sangat yang kami dapat jumpa si Kariem. Btw, walaupun Ima tu junior I masa di IIC, ini lah first time I jumpa dia. Hahaa. Lepas tu, ada lagi beberapa orang I jumpa, Linda (baru kenal malam tu), Asy Syazwi (Kawan FB), Burhanuddin (bukan kawan FB tapi Kak Farihah pernah cerita pasal beliau & kazen kpd Syazwi).

 
Kariem, Ima, Kak Ana, Awen =)

So, Alhamdulillah, rezeki bulan 5 nie, bertemu saudara-saudara yang tak pernah jumpa tapi dekat di hati :) Alhamdulillah.

&& Today is Kak Farihah's birthday! Sanah Helwah Ya ukhti wa Habeebti :) Uhibbukifillah =)

Friday, 25 May 2012

First paper

Bismillahirrahmaaniirraheem..

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, hari ni lepas sudah satu paper. Alhamdulillah, mampu jawab. Alhamdulillah, most of the questions tu, memang boleh jawab sebab baca & remember. Apa2 pun, mudah2an, ALLAH lembutkan lah hati lecturer saya masa tanda kertas tu nanti. Hopefully, lembut dan murah lah hati beliau nak bagi saya markah. InsyaALLAH Aameen.. 

You know what, sometimes saya tertanya2.. waktu dalam hall tadi.. saya rasa pelik.. macamanalah orang boleh habis awal or jawab dengan cepat nya soalan2 tu? Tadi cuma 2 jam. 40 MCQ and 5 essays questions. Semua wajib. Pelik lah macamana ramai yang boleh habis awal. Maybe diorang senang nak jawab, tahu nak jawab & ingat semua kot. Tadi pun semua muka cam puas hati je. Tapi macamana diorang boleh habis awal? Haha. Tak puas hati nie. Even I pun, utk MCQ, 40 minutes nak habis kan. Walaupun senang. Iyelah, 1qstn - 1mnt. Tapi tak pe lah, kehandalan masing2, kudrat masing2, rezeki masing2. 

Tapi Alhamdulillah, saya mampu menggunakan masa dalam kadar yang diperuntukkan iaitu 2 jam. Duduk dalam situ dari awal sampai lah habis. Iya lah, kot2 last minute ALLAH bagi ilham. Even last question tadi pun, Esei nombor 2, aku jawab 5 minit before pukul 5pm! Haha. Itu pun aku main hentam saja, sebab serius aku lupa!! Lama gila aku befikir apa ntah features of motion pictures nie. Aku ingat slides dia, aku ingat notes yang aku tulis, aku dapat imbas, but aku langsung nda dapat recall the points! Hm, takpe lah kan. So aku pun main bedal yang penting berisi, kot2 betul, at least ada lah markah. Takde lah hilang 4 markah macam tu ja. Kalau salah pun, at least berisi lah ruang tu kan, daripada kosonggg. 

So, pray for me for the following papers yaaa =)

Wednesday, 25 April 2012

Saya Anak Malaysia!!

Saya berbangga menjadi anak Malaysia!

Di Malaysia, kita beruntung tau. Sebab kita dididik dengan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. So, dari kecik lagi kita sudah expose dengan these two languages. Tak macam country lain, ada yang langsung tak tahu nak cakap Inggeris dari kecik sampai lah besar or sampai lah merantau ke negara lain. Sebagai contoh, saya ada banyak kawan dari negara luar. Salah satu nya, Algeria. Dari Algeria, ada Mohamed T., Chamsdeen, Mohamed D., Nuur, Asma, Iman. Ok, macam orang2 dari negara Algeria nie, mereka di sana, belajar dua bahasa jugak but Bahasa Arab dan Bahasa Perancis. Tak semua boleh cakap Arab dan juga Perancis. Bila mereka sampai di Malaysia, baru lah belajar bahasa Inggeris. Kesian kan? Tapi ok lah, baaanyak bahasa they can learn :) Macam kita, at least, kita tahu bahasa yang semua orang tahu dan semua orang boleh cakap.. Cuma the thing is, kita belajar bahasa Inggeris dari tadika, tapi sampai masuk Uni pun masih belum fasih. Malu kan? Kawan2 aku pun selalu aje gelakkan aku bila banyak grammar mistakes. They said, "All Malaysia are like that!". Hey!! not all ok!! Aku silap tak semestinya semua orang silap. Kawan aku silap tak semestinya semua orang silap. Sometimes pelik kan, diorang2 nie suka blame orang lain & tengok kesalahan orang lain. Tegur lagi. Tapi diri sendiri diorang kurang perasan. Takpe lah, diorang tegur pun, kira ok lah tu, so that I can improve myself :D

Actually, apa yang I mau cakap hari nie, bukan pasal itu semua. Macam nie, tadi pagi ada adegan yang berlaku semasa aku baru saja keluar dari bilik, turun dari level 4 and terjumpa makcik2 cleaner di bawah. Masa tu ada 3 makcik cleaner di depan ku. Then aku pun tengok la muka diorang & senyum...... Masa baru ja lalu diorang, tiba2 one of the makcik cakap,

"Tengok tu! Orang luar aje senyum, Malaysian takde pun yang senyum!!!"

Dangggg.....!

And I was like....."Makcik, I am Malaysian laa" (dalam hati aje)

The problem here is, aku tak kesah langsung lah about aku nie nampak Malaysian or not. Sebab, bukannya aku di sebut orang luar tu, aku ni orang putih or orang arab. It can be a Bruneian, Singaporean, Indonesian, Philippines, Siamese, or any other country lah dekat dengan Malaysia lah, Asean countries.

The thing is, pasal senyum tuu!!

Hey people! UIAM students!! awat hangpa takmao senyum, mahal sangat?

Bukan sebab view makcik tu je eh~ tapi aku pun kadang2 pelik. Actually banyak sangat orang claimed yang UIA students sombong2, belagak2.

Bila tiba waktu practical, memang banyak lah komen2 macam nie dari boss2 or supervisors.

To be very frank, aku ndak tekejut pun dengan this kind of statement! Yah.....

Sebab, aku sendiri tahu budak UIA tu macamana.. Memang bukan semua sombong dan berlagak.. But still. Just because kau budak UIA, International University, perlu kah kita berlagak?? Perlukah? Senyum pun takmau bagi ka? Apaa daa..

Senyum tu sedekah ok. Bila senyum, hati lagi senang..
Tolong lah jangan kedekut kawan2 :(
Bak kata orang Indon, senyum aja harus pelitt?? Ga usah pelit ahhh!!!

So, bermula hari ini, AYOH SENYUM DONG!!!!! =))






Friday, 20 April 2012

menyakitkan hati

saya tak tahu lah kenapa, saya sakit hati sangat. tension sangat. geram sangat. bengang sangat. bukan pada sesiapa, tetapi pada diri saya sendiri :( rasa nak nangis, rasa nak menjerit, rasa nak tumbuk-tumbuk, rasa nak gigit orang, tapi semua itu sebab diri saya sendiri yang selalu aje careless & lupa & suka nak tangguh-tangguh kerja. :(( huwaaaaa.

first thing yang buat saya tension sangat is, seperti apa yang saya tulis di entry sebelum ini, about my assignments, reports & presentations. benda tu lama dah. tapi buat relax. buat santai. tak buat apa-apa. yah, buku dah pinjam dah pun dari library tapi tak buat apa pun. buku tu elok lagi kat dalam plastik sebab masa pinjam hari tu terus ambik buku sekali banyak. so, memang dari bawak plastik. tapi dari hari pinjam until now, memang buku tu tak keluarkan lagi, tak baca lagi, tak carik point lagi. salah siapa?? SYAZWINNIE!! :(

sedangkan semua kerja dan tugasan tu bukan baru ja kena bagi like on the spot dapat terus kena hantar in two three days. no! before mid break lagi ok. tapi cik syazwinnie nie malas tahap babun, bila balik ampang tak bawak buku sebab aku memang jaga baby ja or on9 even sumtimes tak bawak laptop coz kat rumah ada laptop kakak. bila balik bilik kat uia aku kerja tidur aje. now lagi aku dah ada broadband sebab aboy ndak mau pakai sudah. dia pun terganggu belajar sebab asyik on9. & now aku mengadap jugak bendalah nie. salah siapa?? SYAZWINNIE!! :(

lepas tu, about uia nie. hari ni ada pre-reg for next semester and sem 1 which is bulan 9 nanti. dan aku ada masalah sikit. aku malas la nak cite panjang lebar kat sini. sebab panjang cite nye malas nak explain dan ia menyakitkan hati gue ok?! tapi semua itu salah siapa?? SYAZWINNIE!! :(

Hadui Syazwinnie, apa lah nak jadik kat hang ni oi?

Sedih nie. nak nangis tak boleh. takde rasa pun yang air mata ni akan keluar. sedih la. nak makan, bilik ni aku takde makanan. biskut je lah. makanan la tu kan. serbuk2 air pun ada. tapi heater aku rosak! tenson betul. menyakitkan hati lagi. memang dari hari tu lagi, aku pelik, masa masak air, tiba2 cam ada bau besi panas, cam tu lah. alah, tau kan mcmn bau besi2 tebakar tu? aku dok tengok belek2 heater nie, takdak pa pun. tapi bau ada. pastu rosak lah pulak!!

whatever it is, YOU CAN DO IT SYAZWINNIE! lantak pi la noh. ada masa 3 4 hari lagi walaupun kau sangat busy :) alah, akal ALLAH bagi dah. kudrat ada insyaALLAH. ilham tu mintak pada ALLAH. ALLAH ada. ALLAH kan tolong punyer :) La hawla wala quwwata illa billah =)

Thursday, 19 April 2012

Berakhir lah riwayat mu

Bismillahirrahmaanirrahiim :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Subhanallah, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerna aku masih lagi hidup di muka bumi ini. Hidup dengan nama hamba. Mendapat perintah untuk patuh, taat, dan beribadah hanya untuk-NYA. Alhamdulillah kerna aku masih lagi mampu dan mempunyai kudrat kurniaan Ilahi. Alhamdulillah atas kasih dan sayang-MU Ya RABB. Kasih, sayang dan cinta itu tiada ganti nya. Terlalu bernilai sehinggakan jasad ini juga tiada erti tanpa kasih dan sayang mu. Hati dan jiwa ini tiada erti bila tiada cinta yang mekar buat-MU. Syukur Alhamdulillah Tuhan Pencipta Alam yang mencintai setiap hamba-NYA. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bila di ceritakan, diungkapkan, dibahaskan, dibincangkan, diulaskan mengenai kata dan rasa syukur.. ianya seakan tidak bisa habis! Dan memang tidak akan habis!


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman : 16)


Ada yang bisa menjawab persoalan itu? Tiada!! Tiada!! Kehebatan, keagungan, keEsaan ALLAH, mmg tidak boleh dinafikan..
Siapa yang menciptakan alam? ALLAH!
Siapa yang menciptakan manusia? ALLAH!
Siapa yang menciptakan pokok dan haiwan? ALLAH!
Siapa yang menciptakan malaikat dan jin? ALLAH!
Siapa yang menciptakan air dan api? ALLAH!

Itu, ini, sana, sini, situ.. Semua itu dari ALLAH! Datang dari ALLAH!
Subhanallah! Hebat nya DIA!!



_________________________________________________________________


Sudah agak lama Cik Syazwinnie tidak menulis apa-apa di blog ini kan? Kalau ada entry baru pun kebanyakannya cuma copy & paste saja dari Fb or dari mana2 blog lain. But mostly from Fb lah.

And you know what? Berakhir sudah riwayat twitter ku :)
Kenapa? Ok, let me tell you...
Dulu-dulu, masa start buat twitter, aku pening ngan twitter. Aku rasa x best langsung. Semua yang kita tweet keluar kat Home/Timeline, even yang kita komen orang or balas post orang. So rasanya macam agak public di situ. Kurang privacy kan.

But then I realized that Twitter is much more better than Facebook. You want to know why? Sebabnya, macam di Fb, kalau kita tulis status yang hangen sikit kan, orang mesti touching la, terasa la, maki hamun or apa-apa lah, but when we tweet something on Twitter, nobody will respond to it! Which means we can be a freedom writer there. You can write anything you want. Tiada siapa peduli! Tiada siapa terasa hati! Tiada pergaduhan. Disebabkan oleh segala macam benda tweet, retweet keluar di timeline, makanya, orang pun kurang membaca posts kita. So, your business is your business, mine is mine.

But then today, aku mendapat semangat baru untuk mendelete nya!! hoyeahhhh :))
Actually, dari dulu lagi aku pernah terdetik untuk menghapus akaun Twitter ku, tapi aku fikir kawan-kawan dan aku takut what if aku delete and aku still mau pakai lagi akaun tu. Patut kah saya membuat yang baru pulak? Or dengan kata lain, aku menyesal mendelete nya..............

Tetapi hari ini, saya dengan penuh yakin telah men'deactivate'kan akaun Twitter saya.

Kenapa? Sebabnya, disebabkan orang suka menulis macam2, tweet macam2, iya lah, orang lain tak baca pun kan, or baca but with no respond so mereka2 itu lagi lah menjadi superduper freedom writer. Tulis ikut suka sedap hati saja.

And most of the tweets adalah makian. Or kutukan. Or ketidakpuasan hati. Or apa2 lah. And I, jadi rimas!!! Tahu apa rimas? Rimas ialah suatu perasaan yang mengundang ketidaksedapan di hati atau kesesakan di hati. Aku tak cek pun kat kamus or wikipedia or search di internet. Teori sendiri. Whatever =p

And, segala macam hal jugak lah kau nak tulis kat situ. Pasal kau. Lagu kau. Pasal orang. Masalah orang. Kebencian kau. Kecintaan kau. Perlukah kita mention allllll things tentang kita di situ? Keaiban, keburukan, kebaikan? No need sayang. Sometimes boleh la kot. Tapi hal baik tu aku rasa ok. But hal buruk? Hmmm..

Tadi pun ada sebab2 tertentu kenapa aku tiba2 jadi kuat mahu delete itu Twitter. Ntah lah. Ada lah beberepa orang yang tweet about something. And aku tiba2 terasa something or ada perasaan yang nggak enak di hati. Jahat kan? Jadi bagi mengelakkan pembiakan perasaan yang negative di hati, aku pun mengundur diri. Daripada aku memakan diri sendiri. Bagus aku makan roti :)

So that's why la no more Twitter. Fb aje lah. Tumblr pun, jarang suda aku reblog2 skrg. Jarang p tgk tu Tumblr. Fb la juak paling ku rajin...

And this blogspot pun, punyaaa lama baru aku ada semangat mau menulis.. Rinduu! :) Haha, tapi you know what, aku ada baaaanyak sangat assignment mau hantar. This week, kena hantar satu assignment & Alhamdulillah sudah present hari tu. Bahasa Melayu Lanjutan. The bad part is, semasa pembentangan aku tersasul cakap, "so", "alright".. dan markah pun di tolak :(( so sadd! But still I don't know markah ku berapa.

Then, ada satu presentation untuk Mass Comm. Itu assignment sudah hantar, tinggal present aje. Should be this week but kelas dua2 hari cancelled. So postponed!

& I have to finish two more assignments! & two presentations as well! By next week okayy. Weekend ni pulak I busy. Tapi takpe lah :) Aku pasti bisa lakukannya!!! Yeehaaa :))

To kawan2, doakan Syazwinnie okayy :)

Saturday, 3 March 2012

Saya bukan orang Arab!

mata minah arab pallesssuuuu =p

walaupun saya bercelak, saya bukan orang Arab
walaupun saya berjubah hitam, saya bukan orang Arab
walaupun saya berbahasa Arab, tapi saya bukan orang Arab
walaupun saya berkawan dgn org Arab, saya bukan org Arab
walaupun saya pelajar UIA, saya bukan orang Arab..
YA! saya bukan orang Arab, tgk hidung pun tahu! kekeke :DD


yeah. itu lah dia luahan hati ku di status FB tadi.
iyeeeeeee. 
tadikan, i pegi CAC hall kat UIA nie ha.
ada HALAL FAIR. 
banyak benda yang di jual.
coklat. blouse. jubah. tudung. makanan. buku. banyak lagi lah :D


so, tadi kan, i pergi lah one booth nie.
dia jual, krim mustajab, celak, sabun2 & ada lah benda2 lain lagi.
i datang sorang je. takde kawan.
pastu, yang jaga kedai nie 2 orang lelaki.
lelaki number 1 tegur i, "yes sister? may i help you? what do you want to buy?"
i pun senyum je lah. tak kata apa..
then dia suh kawan dia pulak cakap..
lelaki number 2 - "yes sister? may i help you?"
pastu ape benda ntah lagi lah dorang merepek kan..
i pun terus cakap... "hmmm, cakap melayu pun boleh" :)
pastu duadua tekejuttt!! "laaahhh melayu keee??" siap pegang dada ok?!
"ingatkan arab mana tadii"
hahahahaha
iyelahh, aku pun dok pakai jubah hitam, celak hitam, shawl hitam
style ala2 firaun lagi. so macam ala2 minah arab lah kan..

hey kawan..
tengok lah hidung saye nie!
tak mancung
mata pun tak galak
kulit pun tak cerah
nampak sangat aku nie melayu
ehh no! sabahan okeysssss
tapi orang sabah putih2!!
aku takkkkkkkkkkkkkkk :((

takpe lah. 
yang penting aku bukan orang Arab...
tapi kawen Arab pun boleyyyhhhhhh~ HAHAHA