♥ ♥ ♥ Cantik itu bukan yang auratnya kelihatan, tapi yang auranya kelihatan. =)
Monday, 27 February 2012
Ajarkan Mereka Tentang Cinta ♥
Ajarkan mereka tentang Cinta,
Ceritakan pada mereka tentang Hati,
Lalu beritakan juga kisah Hati yang Tabah dan Rapuh.
Khabarkanlah pada mereka betapa Hati memerlukan perisai Iman,
Ingatkan mereka tentang Hati yang sangat membutuhkan Cinta yang Tulus dan Abadi,
Ingatkan juga pada mereka bahawa Hati tidak memerlukan Sang Peminjam yang tidak tulus dan jujur..
Hati hanya menginginkan Sang Peminjam yang ingin menjaganya dengan 'Hati'.
Lalu, ceritakanlah pada mereka kisah Hati yang selalu rapuh ditimpa bencana dunia,
Bencana yang sering melemahkan dan menghancurkan hati-hati yang ada di seluruh dunia,
Kerana hilangnya Cinta,
juga kerana hilangnya 'dirinya'.
Kemudian, ceritakanlah pula pada mereka tentang Hati yang Tabah,
Diajari Cinta yang paling Setia,
Siapa pun akan gentar mencubanya!
Kerana perisai yang semakin kuat melindunginya,
Pastinya juga bersama senjata do'a yang tiada hentinya,
Sehinggakan Hati sukar sekali untuk disentuh para Pemusnah Jiwa.
Perlihatkan pada mereka indahnya Cinta,
Indahnya Hati yang terpelihara,
Tunjukkan pada mereka kehebatan Hati.
Semoga hati-hati mereka terpelihara daripada segala macam pemusnah.
InsyaAllah.
Ajarkanlah mereka tentang CINTA.
copy from : Nurul Sabrina Gazali
Sunday, 26 February 2012
Tanda-tanda Taubat Diterima
Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat; “Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima Allah atau tidak?
Jawabnya; “Ini adalah urusan Allah. Kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat padanya tanda-tanda, iaitu:
Seseorang itu berasa seperti dosanya masih banyak dan belum terhakis walaupun sering kali memohon keampunan kepada Allah SWT.
Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.
Sedih kerana mengenangkan azab Allah atas segala dosa yang pernah dilakukannya dulu.
Sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah dan sekalipun
tidak khuatir dengan urusan hidup serta rezekinya yang sudah dijamin
Allah SWT.
Sentiasa melihat rezeki yang diperoleh sangat banyak walaupun dalam pandangan mata manusia ia sangat sedikit.
Sentiasa merasakan bahawa amal ibadatnya terlalu sedikit biarpun banyak waktu dihabiskan kepada Allah SWT.
Menjaga lidah dan pertuturan, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
Jadi, sentiasalah kita bertaubat kepada Allah serta memohon
keredaan-Nya kerana hanya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang...
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang
bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka
lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.”(as Syura:25)
copy from : JEHAD_FISABILILLAH
Buying books ;)
Tahu tak, one of my favourite thing to do is, membeli buku :) beli buku banyak-banyak!!!
Bila dapat beli buku rasa puas sangat.. kan?
& I know, bukan I sorang ja yang suka beli buku.. orang lain di luar sana pun lagi ramai yang suka beli & suka baca. kan?
Hari tu, Ummi, Puan Faredah, Lecturer kelas BM Lanjutan cakap, 'saya suka sangat beli buku. sukaa sangat buat collection. tapi baca tu belum tentu bila. yang penting beli..hehe'
Yeah, same goes to me Ummi. Banyak gila buku I dah beli tapi sumpah buku yang di baca entah berapa jak. haha. Some books ada kasi tinggal di Tawau. Ntah di mana sudah. haha. Tanya Mom, beliau bilang ada tapi I pun xda masa mau carik bah. Huhu
Okay, and yesterday.. Me and Rara went to Alpha Angle, Wangsa Maju.. So pergilah MPH. Memandangkan voucher rm200 I belum di pakai lagi kan. So borong lah apa-apa yang berkenan..
Actually x banyak pun barang I beli. Sebab I ada beli color yang mahal sikit and also ada beli satu buku nie. The price is rm48.00.
The book is quite thick. 766 pages. But this is not about how thick or thin the book is, and akan menggambarkan kepandaian awak yang hebat. No! Bukan.. You know what, I think, allllll Muslimah should have this book. Yah, still belum baca. But you know what, buku nie, dia cerita satu per satu tentang perempuan, dalam setiap Surah yang ada dalam Al-Quran yang ada menyebut perihal perempuan. Surah apa, ayat berapa, isu apa, kenapa ayat ini di turunkan.. I belum baca lagi, tapi sebab tu lah I beli sebab mau tahu isi kandungan and all information to enhance my knowledge. Tapi ya lah, as I said just know, mau khatam buku ni ntah bila. Huhu. Lebih-lebih lagi 766 pages. Tapi InsyaALLAH. Banyak benda yang boleh di refer dalam buku ni untuk pengetahuan.
Dan, tahu tak buku apa lagi satu I beli? Hehe
Kalau awak semua jadi Rara, yang 24 jam sentiasa dgn I, mesti tahu kenapa I beli buku nie and rasanya memang perlu pun I beli buku nie. & all of you pun pasti tahu kenapa I bought this book kan? :) yah, rasa kita semua sama. Fitrah, Hehe

Subscribe to:
Posts (Atom)