Saturday, 15 June 2013

Rajuk di hati tiada siapa yang tahu

Iya. Aku manusia. Aku manusia juga. Sama seperti kalian. Mungkin ada masa aku silap. Ada masa aku salah. Ya benar. Aku juga manusia yang melakukan kesilapan. Selalu melakukan kesilapan. Pada manusia, apa lagi pada Tuhanku. Begitu banyaknya amanahNya yang aku pertikaikan. Malah anggap remeh. Lalu tertunai lah dosa yang memang dibenciNya.

Akh manusia biasa. Kerna itu ada masa aku diselubungi perasaan yang tidak enak. Malah tidak bagus untuk jiwa lebih-lebih lagi untuk hatiku. Ia adalah racun. Meracuni segalanya. Meracuni jiwa, akal, hati, iman dan taqwaku. Akhlak ku turut sama tercemar.

Tapi aku manusia biasa. Hanya manusia biasa. Yang bisa merajuk pada mereka. Yang bisa merajuk pada keadaan. Yang bisa merajuk pada sekeliling. Apa kau tidak tahu aku punya rasa itu?

Atau aku yang tersilap cara bila hanya terus berdiam diri dan tidak mengutarakan? Aku senyum. Namun saat merajukku menjelma, senyum ku hilang. Tapi aku terus diam. Berdiam diri. Mereka terus memarahi, menyalahi, mencerca malah menghina. Dan aku terus diam. Apa aku tidak punya perasaan?

Mereka tahu mereka punya rasa marah. Mereka tahu mereka punya rasa sebal. Mereka tahu mereka punya rasa sakit hati. Tapi apakah mereka menyangka hanya mereka yang ada rasa itu? Dan aku tiada?

Aku manusia biasa. Aku punya sedih. Aku punya rajuk. Aku punya marah. Aku juga punya sakit hati. Tapi melebihi itu semua, aku punya rasa kecewa. Kekecewaan yang menggunung. Bilamana mereka terus2an dengan rasa marah, aku kecewa. Bila mereka terus2an bersikap sedemikian, aku kecewa. Tidakkah Tuhanku juga memberikan kalian sifat sabar, ihsan dan cinta? Aku kecewa. Sungguh kecewa.

Tapi kekecewaan ku itu tiada harganya jika ingin dibandingkan dengan rasa sabar ku. Sabar ku lah yang menjadikan aku sebegini. Kerna Tuhanku aku sabar. Kerna Tuhanku. Kerna Tuhanku. Kerna Rasulku. Kerna ibuku. Kerna bapaku. Malah kerna kamu. Kerna itu aku harus sabar. Kerna itu aku harus terus sabar. Dan kerna kesabaran itu....tiada siapa mengetahui rajuk di hati ku....

Sunday, 9 June 2013

Long holiday -- activated!

Alhamdulillahi rabbil 'alamiin. Akhirnya khalas juga exam yang bermula pada 27/5 dan berakhir pada 8/6. Syukur alhamdulillah. Exam kali ni, ok lah. Much better preparation compared to previous semesters. Dan hopefully menaik lagi pointer gua kali nie. Dan harap2 semuanya ok lah. Yang penting lepas inshaaAllah ;)

Malam2 macam ni tak buat apa pun. Duduk dan berbaring di atas sofa di ruang tamu, anak2 sudah belayar, so i pun layan blues. Esok inshaaAllah akan ke uia mau kemas bilik and check-out. Macamanalah mau kemas barang2 ituu?? Aigooo.

Dan today officially my first day holiday. A loonnnggg holiday. Bulan 6-8 yaa. Bulan 9 baru start sem lagi. Nahhh jadi apa kita mau bikin sepanjang cuti ni? Makin gojes la aku dengan bersantai di rumah with foods. Uhh yummy :)  Dan hari ini, aku sudah merasai kebosanan itu. Oh maiiii. Macamanaa... tapi ya lahh, sekarang ni pun baru bermood holiday, mood rehat2, lepak2 di rumah. Belum kuar mood jalan2. Memang kerja ku hari2 main begaduh besayang2 ja la sama si sameera.

This is my 2nd time tulis blog pakai hp. Ok juga la kali. Cuma lambat lah menaip sikit kan banding dengan di laptop. Plus malas mau mengedit2, leceh tu gingg..

Haihh banyak lagi benda yang kak gojesh mau cerita tapi x tecerita. Haduu. Nantilah kalau datang rajin ku. InshaAllah perjalanan hidup menari2 di blog ni. Baaii ;)

Thursday, 23 May 2013

Sinar Yang Malap

Di sepertiga malam ini. Aku kembali merenung diri. Melihat kembali hari-hari lalu. Mengimbau rasa rindu yang pernah berlabuh. Iya, aku rindu! Rindu pada masa itu. Rindu pada rasa itu. Di seketika ini, aku bagai dalam mimpi. Di ketika-ketika ini, aku seperti jauh pergi. Tapi malam ini aku seperti terjaga dari mimpi. Aku ingin kembali ke masa itu. Bukan tidak pernah aku memikirkan, namun sering kali aku gagal. Gagal kerana usaha yang tiada usaha.

Di satu jalan yang lurus. Aku berdiri di bawah neon lampu. Lampu yang putih, yang terang. Aku lihat lampu itu, wah cantiknya. Terang dan mendamaikan. Langsung tidak menyakitkan mata. Namun membuahkan senyum di bibirku. Saat ia memancar menerangi aku, aku merasa dunia ku sempurna. Tiada yang aku perlukan melainkan lampu itu. Walau tiada siapa di sekeliling ku, aku merasa cukup. Kiri kanan depan belakang, semua kosong. Hanya aku dan lampu. Bahagianya! 

Satu masa aku memandang lampu indah itu. Mengapa ia sudah tidak seterang dulu? Mengapa ia seakan pudar? Mengapa aku tidak tersenyum? Malah aku sebok melihat ke sana ke mari mencari sesuatu yang lain. Dulu aku cukup bahagia hanya bersama lampu ini. Tapi masa ini aku melilau kiri kanan depan belakang. Aku alpa bersama mereka. Aku asyik sehingga aku terlupa neon ku yang semakin malap.

Aku merenung dia. Kenapa kau semakin aku lupakan? Mengapa setelah sekian lama aku tak menjengah mu dan kau sudah tidak seterang dahulu? Kau merajuk padaku kah? Dan apakah aku yang salah? Sedangkan memang itu sifat mu yang memberiku cahaya.

Aku merenung dia. Kaca yang melingkarinya penuh dengan habuk. Dari jauh bisa ku lihat. Dan baru aku perasan setelah sekian lama aku tidak merenungnya sebegini lama. Ohh habuk yang memalapkan cahayanya. Dari mana datangnya habuk ini? 

Aku tahu. Salah aku yang membiarkannya. Aku yang bersalah kerana tidak mengelapkan agar ia terus benderang. Aku tidak menggilapnya agar ia terus memancar bersih. Aku yang tidak mengendahkannya sehingga dia tidak mampu memberiku cahaya seperti sedia kala semahunya. Memang salah aku.

Aku lihat lagi. Aku boleh mengelap kaca itu. Aku boleh membersihkannya. Aku boleh. Tapi mengapa hanya aku renung dan membiarkannya terus dipenuhi habuk? Aku lihat saja. Aku tiada usaha. Usaha ku hanya melihat dengan harapan dia akan memberi ku cahaya yang indah semula tanpa berusaha membersihkannya dari segala kekotoran! Aku ada kudrat itu tapi....... Aku tiada usaha... aku tiada usahaa.....

Mengapa? Mengapa? Aku terlalu selesa diterangi cahaya lampu yang sepatutnya aku jaga. Aku yang patut terus setia bersamanya walaupun dia berada di sebatang tiang yang teguh dan kukuh. Aku tidak perlu ke mana-mana, kerna dia takkan kemana. Aku harus terus bersamanya kerna aku tak tahu ada apa di kiri kanan depan dan belakang itu. 

Aku harus setia. Aku harus terus berdiri bersamanya. Aku harus membersihkannya dari habuk kotor itu. Terus-terusan. Bukan sekali dua. Namun acapkali. Agar tiada habuk yang bisa menepek terus di kacanya....




OH ALLAH......... Agama mu, cahaya hidup ku~
Aku rindu getaran itu Ya Rabb
Aku rindu rasa rindu yang terlalu
Aku mendambakan cinta yang pernah ada dihati untuk kembali
Aku rindu Ya ALLAH....
Bersihkan lah...
Bersihkan lah...
Sucikan lah...
Sucikan lah...
Bantulah aku... Bantulah aku...
Laa hawla wala quwwata illa billah......

Tuesday, 21 May 2013

Kahwin nak grand je ke ?

Semalam terlihat photos yang diupload oleh one of my schoolmate dekat Instagram. It was a wedding ceremony. Tema color peach. Ada pengapit-pengapit and flower girls. Freehair and hijabster (Perkataan si Hani selalu pakai untuk si Rara). Haha. One of the photo siap ada briefing lagi untuk all these aweks.

Sememangnya topik kahwin ni topik paling hangat dalam dunia habaq kat hang! Siapa-siapa pun bila sebut pasal kahwin excited, ye dok? Tapi, aku rasa, still, there are some 'human' yang tak excited. Tapi itu hak masing-masing. Kita tak boleh nak condemn orang yang ada pendirian macam ni. Suka hati dia lah, kau nak sebok ape? Yang penting, sama-sama kita doakan kita bertemu pasangan yang soleh-solehah, baik budi pekerti, manis sedap elok mata memandang, dan sefahaman. 

Bila fikir balik, kenapa zaman sekarang ni, semua orang berebut mau kahwin dengan satu ekspresi yang bilamana kita tengok, kita akan sebut-- woww! gile lah! grand habis! (sambil nak tebeliak bijik mata kau!) Kann? Don't you think so? Tak tahu lah. Bila tengok-tengok, ye lah, maybe sebab kahwin sekali seumur hidup, jadi depa pun nak lah buat the best among the best. Tapi........

Dalam adik-beradik saya, baru 2 orang yang kahwin. Kakak saya yang nombor tiga. Dan adik saya--saya ada satu je adik dan dia adik lelaki, and takde abang. So yang first kahwin, kakak saya lah ofcourse. Masa dia kahwin dulu, hmm, nak kata grand, takde lah grand sangat, nak kata simple, tak jugak, biasa-biasa ja. Orang Tawau punya style bah! Haha. Tapi untuk wedding dia nie, kami buat 3 hari 3 malam jugak, siap pakai adat Brunei lagi. Hohh letih mak. Tapi serious puas lah sebab anak first mak ayah yang kahwin. So cam happy lah. Plus, dia nie kira bahan eksperiment jugak. Kekeke. Sebabnya tau dah di mana nak carik baju pengantin, pelamin, tukang masak, blablabla.. And also, maybe dia ni jugak the first and the last yang ber-adat brunei kahwin nya. Haha. Nda mau lah sudah buat pasnie. Hoho

Adik saya pulak. Sangat simple. Nikah pagi di Masjid Likas, terus majlis belah pompuan di masjid tu jugak sampai lepas Zohor. Petang rehat. Malam belah kami. Then, habis. Rumah the pengantins dekat ja, dalam jarak 10-15 minutes agaknye. 

So from these two ceremonies, boleh lah agak-agak macamana kami yang lain mau buat pulak kan. Yang penting simple, selamat, doa dari orang ramai, alhamdulillah. :) 

Tapi paling best is kawan ku si Hani. Haha. Dia cakap, bila dia kahwin, dia mau serve nasi ayam ja. Simple dan senang dan sedap. Haha. Hmm, so true. Aku pun terfikir benda yang lebih kurang macam tu, tapi idea kuu........biarlah rahsia! Hikhik~ Tunggulah time aku kahwin nanti, itu pun kalau my mom approve. Haha.