Sunday, 4 August 2013

Selagi Bujang

Hari tu kawan aku ada tanya, "Kat mana win? Sabah? Raya sana?"

Aku jawab, "Sabah lah. Selagi aku bujang mmg aku raya sini dulu lah"

Dia kata, "selagi bujang tak boleh blah!"

Kihkih. Betul lah kan. Selagi aku masih bujang, puasa raya wajib lah di sisi mak bapak. Lain lah kalau aku study kat oversea nuu.. ni takat uiam ja pun. Mestilah balik, nak-nak lagi tengah cuti ni ha. Balik laa..

Tengok. Memang tak lari dari topik kakhwin kan? Bukan ape. Ni nak cerita nikmatnya hidup masih bujang sebagai anak mak ayah yang comel :p

Aku adik beradik 6 orang. 4 kakak dan 1 adik lelaki, aku anak ke5. Dua orang dah kahwin, kakak aku yg nombor 3 ngan adik aku. ADIK aku yang lelaki tu dah kahwin okay. Jadi, kesimpulannya, secara automatic aku yang anak perempuan bongsu jadilah anak bujang mak ayah yang paling muda. Ye. Aku masih bujang. Dan paling muda tolak adik aku sebab dia dah kahwin. Kire, masih jagaan mak bapak lah.

Bila masih dalam jagaan ni, komitmen dia kurang lah sikit kan. Takat dok urus diri sendiri, lagi-lagi yang masih study tak kerja, memand rutin dok buat assignment, tido, jalan-jalan, tengok runningman, layan hp, tunggu cuti balik kampung. Takde lah busy nauu! Jadik, memang sangat takde lah komitmennye.. sebab tu nikmat aku kata jadi bujanh and masih study ni. Kalau bujang tapi dah kerja, tu lain cerita.. nikmat di situ lain pulak..

Kenikmatan lain is, kami adik beradik ramai. Rumah kadang ada nenek, ada makcik pacik kazen yang datang, apalagi kalau raya. Ramai2lah syok kan. Meriahh sikit. Tapi tang tidoq tu kena pandai2. Lagi2 rumah kami ada 3bilik ja. Mmg ada la yg tidoq bawah. Tidoq merata la kate ko.. ha gitu.. Adik aku pulak dah kahwin, dulu boleh je tompang bilik dia, laa ni mmg x dapat laa... so the best thing of being me is, aku tidoq ngan mak ayah ler jaeabnye hehe. Tapi takdak lah berkasih sayang ngan mak sangat. Setakat tidoq seblah menyebelah tutup mata bangun pagi sudah. Xde aku na manja2. Tapi ingat lagi dulu masa aku kat kolej.. penah tu aku balik cuti, bapak pulak asyik mancing ja. Aku tidoq ngan umi siap peluk2. Pastu mengalir mata sebab rinduu. Drama sangat kau winn. Touching gitu~ tapi ye lah...masa tu aku budak lagii. Dah mak ada depan mata peluk cium la puas2. Nangis tu perasaan..x salah nangis kat mak kita.. mana boleh ego.. Hmm nanti bila dah kahwin susah dah nak tidoq sebilik macam ni nga mak ayah. Tapi kalau laki ku sempoi redha tidoq bawah ngn geng2 lelaki (kot2 masa tu semua dah kawin, hahh pi pakat tidoq bawah semua, geng mak mak dan anak anak tido atas), ok ahh kannn...

Lagii. Masa ni free sangat lagi nak berkhidmat kat mak ayah nenek. Depa nak apa kita layannn. Depa mintak apa kita bagi tolong buatt. Apa ja kita ringan kan tulang. Satgi dah ada laki ada anak, tu dia nak urus laki satu hal, nak urus anak satu hal, nak urus diri satu hal. Tu dia lahh. As i said just now, tak banyak komitmen... nantii nantii, hahh banyakk sangat dah lah. Kalau kerja lagi lah.

Lagii .. bila dah kahwin.. banyak nak kene fikir. Mcmn kita fikir jaga mak ayah kita, kat mertua kita buat lagu tu jugak. Tak boleh berat seblah. Mmg la aku boleh cakap sbb aku x rasa lagi. Tapi apa payahnya? Kita cuba lah nanti.. positif sikit.. nanti inshaaAllah kita dapat yg senang nak handle jugak ;) yg sayang kat kita jugak ;)

So setakat ni syukur alhamdulillah aku masih bernafas sebagai seorg ana yg comel kepada makayah aku, sebagai student yg menuntut ilmu dan seorang bujang yg masih banyak yg perlu di perbaiki utk diri sendiri dan sekeliling. InshaaAllah.



Monday, 29 July 2013

Sang Kekasih

Wahai sang kekasih...
Aku begitu rinduu.. rindu padamu
Cinta yang tersemat di hati.. semakin berat ku rasakan
Namun ia tidak membuatku lemah.. malah menjadikan ku gagah
Aku rindu padamu.. sangat rinduu
Utuh kasih ku.. hanya Allah yg tahu
Memang aku bukan pencinta yang setia
Aku sering lupa padamu.. malah menduakan mu
Namun saat aku benar2 menangisi kerinduanku.. sungguh benar aku rinduu

Malam cinta ini..
Aku tersedu mempersoalkan, 'dapat kah aku bertemu mu wahai sang rindu?'
Aku diimpit ketakutan.. membayangkan aku tidak diizinkan bertemu mu
Luluh hati ku! Luluh!
Namun aku percaya.. cinta itu milikku..
Saat aku merindukanmu, rindu dihati mu juga milikku

Mereka turut menyampaikan salam ke atasmu.. kerinduan yang sungguh tak terucapkan
Kecintaan yang tak terluahkan.. hanya getar di dada yg semakin kuat ombaknya
Namun kau sungguh mengerti, kerna kau kekasih Ilahi
Dia Maha Melindungi dirimu wahai sang kekasih, doamu pada kami juga Dia santuni

Kemana jalan hidup kami jika tiada kau di sisi?
Sungguh kau cahaya atas cahaya yang menerangi pelusuk sanubari
Senyumanmu ku nanti menyinari corong hati
Saat kita bertemu sua di hari abadi

Saturday, 27 July 2013

Topik hangat

Sememangnya kita tahu, topik paling hangat zaman kini adalah topik kahwin. Isu kahwin. Nikah. Suami. Isteri. Pasangan soleh/solehah. Tips mencari pasangan terbaik. Merubah diri kepada yg baik jika ingin mendapatkan yang terbaik juga. Macam2. Sana sini kita boleh jumpa informations, articles, or anything di laman web sekarang. Facebook, twitter, blog, insta.. di mana2 lah. Semua belumba menulis dan sometimes macam #trend juga. Always pasal engangement and marriage.

Ok now i nak cerita pasal this one guy. I dont want to mention his name, he is not a celebrity but i think he is a well-known person jugak. Because he is 'someone's' cousin. So secara tak langsung dia pun ikut popular, sebab diorg ni penah berduet lagu untuk ost satu movie ni. And he is a doctor anyway. Haha. Be quiet if you know this guy! Actually lelaki ni baik, a good counselor, (betul ka ejaan dia tu), ahh nevermind..rajin tweet benda2 baik, peka dengan isu semasa, ada kerja bagus, dan anak yang baik? I guess. Because he keep talking and tweeting about quotes from his mom. Ehm. Anak yang baik lah nie ;) There's one time dia penah tweet, "Kalau nak carik wife yang lawa je, dah lama carik yg macam my mom, tapi bukan lawa je pilihan, nak yang solehah...." , something like that lah. What is he trying to say is dia boleh je carik wife selawa mak dia. Dan dia akan cari yg mcm mak dia sbb mak dia lawa. Tapi dia tanak pandang semua tu. Dia tak tengok wajah. Dia nak wanita yang cantik hati. Means dia tak memilih dari rupanya lah. Hmm. Ok actually aku bukan nak cakap pasal benda ni. Tapi dia ni kan, memang rajin layan twitter  alwaysss ada tweet dia. So, me and my junior, always RT him. Haha. Lepas tu kami pulak berbincang itu ini haha. This guys dia saaangat rajin tweet pasal jodoh. Adam hawa adam hawa. Yaaa dia belum kahwin and single. The thing is dia sangat rajin sampai aku kadang2 macam muak dengan tweets dia yg hanya pasal pasangan dan kahwin. Tweet benda tu bolehh..takde masalah. Benda baik kan  tapi kalau selalu sangat rasa cammm. Hmm. Kdg tgk dia ni mcm kesunyian ja. Haha jahat aku .. mungkin mmg dah sampai masa dia ubtuk berumahtangga so kita doakan dia cepat sampai seru keh? InshaaAllah aameen ;)

I remember there's one time, ada one guy inbox aku d fb. Lelaki ni jarang aku nampak dia online. Aku tau kami sudah lama friend tapi dia mmg jarang like or comment my statuses. So one day ni tetiba this guy pm aku. Aku kenal la dia ni sebab penah nampak nama dia even x pernah inbox before ni. Ya kot. X ingat. Soo taaruf2 sikit, tiba2 dia tanya topik hangat ni pulak. Dia tanya, "lelaki idaman awak mcmn ye?" . Hmm. Aku pun x tau macamana mau jawab soalan dia nie. But i guess if you read my previous post you'll know who's my lelaki idaman. Haha. Ok proceed..ya aku macam x tau mau jawab macamana. Bukan aku tiada ciri lelaki idaman tu. Ada. Memang ada. Tapi aku macam, do i still need to follow the guidelines? The characteristics of a guy that i adore? I dont think so. And i think i dont need it anymore. Sebab lagi i follow, lagi i sedih and kecewa.  Really seriously!

As i mentioned before, i met someone on 2009. Andd that guy adalah seorang yg sangat perfect di dalam kaca mata fizikal dan kaca mata hati gue. Ya. Semua characteristics yg i suka ada pada dia. Perfect. Complete. And for that, i think i dont want any body else, i dont need any body else and i want him. Just him and he is mine. Angkuh sangat kan cakap macam tu sampai lupa yg jodoh tu di tanan Tuhan. Dan at that time, i thought this is what we call jodoh. Macam2 benda jadi dan ini bukan kebetulan. Allahua'lam.. Tapi bermula disini la saya tahu yang saya tak boleh nak ikutcitarasa saya sgt. Suka mmg kena suka. Sebelum kahwin kena lah ada rasa suka dan redha tu. Tapi disini saya tahu yg kalau oun diapilihan hatimu..100% perfect, tapi kalau takda jodoh, takda jugak winn... Ingat lagi dulu banyak kawan nak tlg tapi aku kata satu benda ja, "kalau dah jodoh, walau takda org tlg ttp akan bersama jugak, tapi kalau takda jodoh, 1000 org tlg mmg xkan bersama jugak pun"...

Dan dari benda kecik yg berlaku dalam kehidupan kita, banyak yg merubah kita sebenarnya. Dan pada diriku, iya, banyak benda yg berlaku yg membuat aku merubah persepsi kepada certain perkara. Dari benda yg kecik hinggalah ke benda yang besar. Setiap yg berlaku itu ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya..dan aku bersyukur atas setiap sesuatu itu. Banyak benda yg berlaku kat aku yg seperti satu persediaan di masa depan. Ia ibarat Allah nak bagitau, 'you'll face this in future and I want you to practice it now'.

Dan bulan puasa kali ni, aku orang yang bangun sahur terawal. Masak itu ini. Kejutkan org. Prepare everything. Hm. Mcm practice ja tu! Haha who knows next year jadi binj org sudah. Huhh kononn laa. Tapi hm. When i try to talk about love, ahh it is --- No more. Capek lah..

Tuesday, 23 July 2013

Jodohku selamanya

As'salam. Alhamdulillahi robbil 'aalameen, masih hidup lagi hari ni, masih banyak nikmat kurniaan Allah, dan alhamdulillah kerana hidup di bulan romadhon. Alhamdulillah.. syukur ya rabb.

Hmm lama nau tak tulis kat blog ni kan. Banyak sangat benda mau tulis sampai nda tulis2.. training camp hari tu, kejutan bulan syaaban hari tu, benda2 lain yang mau di share, tapi tiada mood bah tulis. And today aku ada mood siiiikit mau tulis after tengok Ustaz Don. Haha. Tadi layan 30 minit.. alhamdulillah ada ilmu baru yg belia kongsikan dan sudah update pun tadi di fb.

Ilmu hari ini adalah mengenai lafas isti'azah, a'uzubillahi minasysyaiton nirrajiim, adalah sunat muakkad yg dituntut sungguh2 untuk di bacakan pada awal surah dan di tgh surah. Maknanya sebelum baca ayat, kena baca dulu lafaz ni. Kan kita skrg tgh sibuk nak khtam Al-Quran, jad kita tak baca dari surah ke surah tapi dari juzu' ke juzu'. Jadi bacakan lafaz isti'azah ni. Arahan ni ada di nyatakan dalam Qur'an, Surah An-Nahl ayat 98 :)

Hari ni nak cerita pasal jodoh ku. Haha. Iye saya belum kahwin lagi. Tapi nak nak cerita, there's one time, masatu di Tawau. Tengah syok jalan 30 Minit jugok lah ni. Lepas tu, my mom dia tgh prepare for dinner. Dok2 layan Ustaz Don, tiba2 umi cakap.. "Winn, cari menantu macam ni yaaa"...

Allah.. Allah.. mana nak carik mi? Haha. Mmg tak senang tapi tak susah. Janji Allah ada. Awak berubah lah win ke arah yg lebih baik. Bila umi cakap macam tu aku just jawab, InshaaAllah.. tapi dalam hati, Allah..ini seakan-akan amanah! Harus cari untuk Umi menantu yang macam tu.

Tau dak kenapa saya suka Ustaz Don? Sebabnya, dia berilmu. Dia seorang Ustaz. Dia tahu adab. Dia ada cara dia sendiri, bila mengajar, belajar, dia beradab. Tapi bila dalam kehidupan seharian, dia manusia biasa yang juga punya cita rasa dan lain2. Dia banyak sangat cerita. Dia suka melawak. Saya suka lelaki pendiam tapi pasepa taktau suka kat Ustaz Don pedahal dia banyak cakap. Bila dia mengajaq dia sungguh2. Semangat. Dia mengaji sedap, Subhaanallah :) Dannnn yg plg saya suma sebabb dia orang utagha!!!!!!! Hikkhikkk

Sebenaqnya.... dah jumpa calon macam ni.... they are not the same tapi ciri2 tu ada sikit.... Lama dah kenal, 2009..... Umi penah jumpaa.....

Tapi... semuanya masih rahsia Ilahi~~~