Friday, 18 October 2013

Penyesalan yang berpenghujung

hah. macam tu lah sifat nya manusia. bila dah berlaku baru nak menyesal. bila dah terlambat baru nak menyesal. aku lah salah satunya! tapi semua ini dengan izin ALLAH. aku tahu, tanpa usaha mimpi tidak bermakna dan menjadi kenyataan. dan memang silap aku bila aku kurang usaha dan sambil lewa. tapi inshaALLAH, ada sesuatu di depan sana yang akan hadir untuk aku. jadi nye, bila dah menyesal dan sedar nie, mohon berubah lah wahai sang ratu. toksah dok berangan lebih dah, kena gigih! hang dari dulu kata kena gigih, kena gigih.. dakkkk jugok~ tapi inshaALLAH lepaih ni, kita terai la nohh.. semangat sikittt :))

lagi satu perangai manusia, kita ni suka mengadu domba. mengadu sana, mengadu sini. kadang2 ada aduan tu ikut suka hati dan rasa jak. fakta jadi auta. hah, ini skrg tulis2 di blog, mengadu laiiniii!! hoho.

orang zaman sekarang, suka betul mengadu di laman sosial. haha. asyik besosial aje kejenye. termasuk lah aku kan. kalau aku...

FB : di sana, kadang2 aku merepek jugak. kdang2 jadi ustazah kejap. tapi aku banyak share2 saja. malas mau baca over2. sebab ramai orang over sana. tapi meluah itu ini tu, aku nda suka lah. bikin malu seja eh. cerita macam-macam benda. orang yang tidak tahu pun jadi tahu bah. diam-diam sudahh. kadang2 malas juga tu aku layan FB. tapi macam nda boleh nda layan. haha. kaki likeee :p

Twitter : sini kadang2 aku emo emo juga. kadang2 aku malas layan. kadang2 aku RT jak lebih. kadang2 ja baru bertweet2 sama orang. dan twitter pun kadang2 aku malas juga meluah sana sini. pernah sekali aku teremo. ahh ramai lagi tu yang perasan. sudahlah bulan puasa. memalukan seja. lepas tu aku jerak sudah. ndak mau lah lagi. bikin malu. malu ok. malu.

Instagram : haha di sini ni tunjuk perasaan melalui gambar. kau tengok lah insta ku, baru berapa bulan suda beratus gambar. satu hari seja kadang2 aku upload 4 5 gambar, dalam satu masa. tapi gambar2 yg mesej2 lah. bukan mukak ku. mukak ku bikin apa. kadang2 ja kalau trep lawa baru aku upload.

Tumblr : haa tumblr memang best. kebanyakan gambar aku upload di insta tu dapat dari tumblr lah ni. dulu rajinnya aku online tumblr. tapi sejak on9 di hp jarang suda. tengok gambar n save seja. xda suda main repost. itu lah tumblr ku mcm x begerak suda. siap main save ja x repost pun. tapi sana mmg best bah.

Blogspot : kalau datang gila ku baru aku main ini barang.

Wednesday, 16 October 2013

Cantik?

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Innallah jamil wa yuhibbu jamal. (Allah itu cantik dan sukakan kecantikan)

Kebanyakan manusia merasakan apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri. Mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaan-Nya.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hatilah dengan kurniaan Allah kepada kita dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya kerana-Nya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh-solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hamba-Nya yang soleh dan solehah.

- Perhiasan Agama

Tikam Belakang

'tikam belakang' - aku masih ingat ayat itu. intonasi itu. 

aku jadi malu. segan. kadang rasa tak tau nak letak muka. 

betul kah dia fikir aku tikam belakang? 

of course kakak dia tak tipu. cakap jujur apa yang dia dengar. 

tapi aku, mana nak letak muka bila dah dicop macam tu? 

dia maafkan aku. ya aku tahu. kami baik sekarang. 

cuma bila aku ingat, aduhh malunya. kerna dulu dia pernah anggap aku macam tu. 

bila aku ingat balik, yah, memang benar aku salah. aku silap.

budak muda yang jatuh cinta. -.-

bila berhadapan dengan benda ni, dengan dia, aku coba untuk ingat perihal ini, supaya tidak diselimuti harapan lagi. 

tikam belakang. 

sungguh aku tidak tikam dirimu! sungguh tidak... 

andai kau tahu situasi aku di masa itu.........

Sunday, 4 August 2013

Selagi Bujang

Hari tu kawan aku ada tanya, "Kat mana win? Sabah? Raya sana?"

Aku jawab, "Sabah lah. Selagi aku bujang mmg aku raya sini dulu lah"

Dia kata, "selagi bujang tak boleh blah!"

Kihkih. Betul lah kan. Selagi aku masih bujang, puasa raya wajib lah di sisi mak bapak. Lain lah kalau aku study kat oversea nuu.. ni takat uiam ja pun. Mestilah balik, nak-nak lagi tengah cuti ni ha. Balik laa..

Tengok. Memang tak lari dari topik kakhwin kan? Bukan ape. Ni nak cerita nikmatnya hidup masih bujang sebagai anak mak ayah yang comel :p

Aku adik beradik 6 orang. 4 kakak dan 1 adik lelaki, aku anak ke5. Dua orang dah kahwin, kakak aku yg nombor 3 ngan adik aku. ADIK aku yang lelaki tu dah kahwin okay. Jadi, kesimpulannya, secara automatic aku yang anak perempuan bongsu jadilah anak bujang mak ayah yang paling muda. Ye. Aku masih bujang. Dan paling muda tolak adik aku sebab dia dah kahwin. Kire, masih jagaan mak bapak lah.

Bila masih dalam jagaan ni, komitmen dia kurang lah sikit kan. Takat dok urus diri sendiri, lagi-lagi yang masih study tak kerja, memand rutin dok buat assignment, tido, jalan-jalan, tengok runningman, layan hp, tunggu cuti balik kampung. Takde lah busy nauu! Jadik, memang sangat takde lah komitmennye.. sebab tu nikmat aku kata jadi bujanh and masih study ni. Kalau bujang tapi dah kerja, tu lain cerita.. nikmat di situ lain pulak..

Kenikmatan lain is, kami adik beradik ramai. Rumah kadang ada nenek, ada makcik pacik kazen yang datang, apalagi kalau raya. Ramai2lah syok kan. Meriahh sikit. Tapi tang tidoq tu kena pandai2. Lagi2 rumah kami ada 3bilik ja. Mmg ada la yg tidoq bawah. Tidoq merata la kate ko.. ha gitu.. Adik aku pulak dah kahwin, dulu boleh je tompang bilik dia, laa ni mmg x dapat laa... so the best thing of being me is, aku tidoq ngan mak ayah ler jaeabnye hehe. Tapi takdak lah berkasih sayang ngan mak sangat. Setakat tidoq seblah menyebelah tutup mata bangun pagi sudah. Xde aku na manja2. Tapi ingat lagi dulu masa aku kat kolej.. penah tu aku balik cuti, bapak pulak asyik mancing ja. Aku tidoq ngan umi siap peluk2. Pastu mengalir mata sebab rinduu. Drama sangat kau winn. Touching gitu~ tapi ye lah...masa tu aku budak lagii. Dah mak ada depan mata peluk cium la puas2. Nangis tu perasaan..x salah nangis kat mak kita.. mana boleh ego.. Hmm nanti bila dah kahwin susah dah nak tidoq sebilik macam ni nga mak ayah. Tapi kalau laki ku sempoi redha tidoq bawah ngn geng2 lelaki (kot2 masa tu semua dah kawin, hahh pi pakat tidoq bawah semua, geng mak mak dan anak anak tido atas), ok ahh kannn...

Lagii. Masa ni free sangat lagi nak berkhidmat kat mak ayah nenek. Depa nak apa kita layannn. Depa mintak apa kita bagi tolong buatt. Apa ja kita ringan kan tulang. Satgi dah ada laki ada anak, tu dia nak urus laki satu hal, nak urus anak satu hal, nak urus diri satu hal. Tu dia lahh. As i said just now, tak banyak komitmen... nantii nantii, hahh banyakk sangat dah lah. Kalau kerja lagi lah.

Lagii .. bila dah kahwin.. banyak nak kene fikir. Mcmn kita fikir jaga mak ayah kita, kat mertua kita buat lagu tu jugak. Tak boleh berat seblah. Mmg la aku boleh cakap sbb aku x rasa lagi. Tapi apa payahnya? Kita cuba lah nanti.. positif sikit.. nanti inshaaAllah kita dapat yg senang nak handle jugak ;) yg sayang kat kita jugak ;)

So setakat ni syukur alhamdulillah aku masih bernafas sebagai seorg ana yg comel kepada makayah aku, sebagai student yg menuntut ilmu dan seorang bujang yg masih banyak yg perlu di perbaiki utk diri sendiri dan sekeliling. InshaaAllah.